KESAH SUK KEDAH
Kali ini, penulis akan
mendedahkan penglibatan kaum keluarga terdekat datuk Rasli di dalam isu Pulau
Bumbun Besar, Langkawi. Kononnya, kaum keluarganya (Datuk Rasli) berhasrat untuk
memiliki Pulau Bumbun Besar, Langkawi bagi tujuan membangunkan projek mega iaitu
sebuah Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa yang terkemuka di Asia.
Projek mega tersebut
dianggarkan bernilai RM 1.2 billion dan
melibatkan pengambilan tanah (syarat pertanian) milik kerajaan negeri
yang berkeluasan 160 ekar. Sekiranya, hasrat mereka dituruti oleh kerajaan
negeri, maka kaum kerabat Datuk Rasli akan menjadi orang paling terkaya di
Langkawi. Harta beliau yang sudah berlambak akan lebih berlambak-lambak lagi
hingga boleh di makan oleh 14 generasinya di kemudian hari.
Hasil siasatan mendapati datuk
Rasli secara langsung maupun tidak langsung telah bertindak membantu menjayakan
urusan ini khususnya melibatkan di bahagian pentadbiran kerajaan, samada di
peringakat daerah Langkawi maupun agensi-agensi di peringkat negeri.
Beliau juga bertindak sebagai
orang penting untuk mempengaruhi
kerajaan negeri bagi meluluskan permohonan tersebut. Bagi orang ramai yang
mungkin kurang tahu, Datuk Rasli adalah merupakan salah seorang Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang akan terlibat membuat keputusan di dalam projek
ini. Kedudukannya sebagai ahli mesyuarat kerajaan tersebut, tidak mustahil
beliau boleh mempengaruhi mana-mana exco menyokong permohonan kaum keluarganya
tersebut.
Bagi memohon kelulusan tanah
dan projek yang hendak dibangunkan tersebut ia telah di buat oleh sebuah
syarikat milik penuh bumiputera yang berpengkalan di Kuala Lumpur.
Penulis juga difahamkan, jika
permohonan tersebut diluluskan, mereka (syarikat) bersetuju membuat sedikit
bayaran kepada kerajaan negeri. Pendapatan yang kerajaan negeri bakal perolehi
umpan terlekat di celah gigi kuning mereka sahaja, sebaliknya mereka pula akan
menjadi maharaja di pulau tersebut.
Dalam hal ini, adakah datuk
Rasli mempunyai kepentingan secara langsung maupun tidak langsung ke atas tanah
dan projek tersebut ataupun syarikat berkenaan adalah proksi kepadanya.
Pendedahan ini menuntut Datuk
Rasli menjawab tentang kepentingan dan kedudukannya di dalam permohonan tanah
dan projek tersebut. Seluruh rakyat di negeri Kedah ingin beliau tampil memberi
penjelasan berhubung dengan pendedahan ini.
Kegagalan Datuk Rasli menjawap
atau menafikan penglibatan dan kepentingannya di dalam permohonan tanah dan
projek ini membolehkan orang ramai mengesyaki beliau sebagai telah
menyalahgunakan kuasa di atas kedudukannya dan melakukan rasuah. Jika tidak ia
membolehkan pihak SPRM menyiasat tentang hal ini. Jika sabit kesalahan, beliau
perlu di hokum setimpal dengan perbuatannya yang mengkhianati amanah rakyat dan
Al Sultan selaku Raja Pemerintah di negeri Kedah.
Walau bagaimanapun, harapan
mereka memiliki tanah di Pulau Bumbun Besar, Langkawi tidak kesampaian kerana
permohonan tersebut telah ditolak oleh kerajaan negeri. Barangkali penolakan ini
disebabkan pihak kerajaan negeri telah dapat mengesan permainan silap mata
mereka yang terlibat.
Juga diberitahu bahawa
penolakan permohonan tersebut menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan dalam
projek ini tersangat-sangat kecewa dan marah kepada kerajaan negeri, khususnya
Menteri Besar negeri Kedah. Bermula dari isu inilah datuk Rasli dan
konco-konconya membuat onar di dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagai
membalas dendam di atas ketegasan kerajaan negeri membuat keputusan.
Menurut sumber dipercayai, asas
penolakan permohonan ini adalah kerana kerajaan negeri mendapati ada sesuatu
yang tidak kena dengan prosedur serta kaedah pemerosesan permohonan tersebut.
Kecelaruan prosedur ini bukan tidak disengajakan, malah seperti telah dirancang
dengan teliti supaya hasrat mereka tercapai.
Laporan Pejabat Tanah Langkawi,
sebelum permohonan syarikat yang berhasrat memiliki Pulau Bumbun Besar untuk
dibangunkan Pusat Peranginan dan
Reakreasi Antarabangsa tersebut, sudah ada pihak-pihak lain yang berminat ke
atas tanah di pulau tersebut sejak tahun 1991 lagi. Pihak berkenaan turut
membuat permohonan rasmi untuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah Langkawi
seterusnya kerajaan negeri. Tetapi permohonan pihak berkenaan tidak ke mana-mana
ataupun diproses (dilayan) kecuali telah diluluskan sebidang tanah yang mempunyai geran individu
berkeluasan antara 16-17 ekar di tengah-tengah pulau tersebut.
Jadi, perkara ini menimbulkan
persoalan. Bagaimana permohonan dari pihak lain, Pejabat Tanah Langkawi boleh
diketepikan (fail ditutup) begitu saja, sebaliknya syarikat yang dikatakan ada
hubungan kekeluargaan yang rapat dengan datuk Rasli seolah-olah diberi keistimewaan.
Apakah mungkin ada arahan yang
kuat dari pihak pentadbiran atasan kepada Pejabat Tanah Langkawi untuk memproses
serta memberi keistimewaan kepada syarikat berkenaan.
Penulis melihat berkemungkinan
ia melibatkan sokongan orang dalam, demi mengaut keuntungan peribadi
mereka. Tidak mustahil mereka yang
terlibat telah dijanjikan bulan dan bintang serta mendapat habuan berjuta-juta
ringgit dari pihak yang berkenaan.
Bagi penulis, keputusan
kerajaan negeri menolak permohonan tersebut merupakan keputusan yang bijaksana
serta kemenangan buat rakyat Kedah. Ia juga mencerminkan kewibawaan dan
akauntabiliti kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat menjaga hak
serta kepentingan rakyat dan negeri Kedah. Ia sekali gus, kerajaan negeri telah
berjaya membenteras budaya kronisme yang berleluasa di bawah pentadbiran (kerajaan) Datuk Rasli.
Sesungguhya, ketegasan pihak
kerajaan negeri perlu diberi pujian oleh sekalian rakyat Kedah, di samping telah
memberi pukulan ‘KO’ kepada Datuk Rasli
dan kroni-kroninya. Sikapnya untuk
bermaharaja lela di atas kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan telah
dapat disekat oleh kerajaan negeri. Pastinya, Datuk Rasli tersangat kecewa serta
tercabar di atas tindakan tegas kerajaan negeri, seolah-olah mereka (kerajaan)
telah menconteng arang ke mukanya.
Barangkali, kerana sebab itulah
datuk Rasli kini telah menzahirkan sikap buruk dan keegoannya lalu bertindak
memboikot dan mensabotaj pentadbiran kerajaan dengan apa cara sekalipun,
sehinggakan keputusan exco tidak dilaksanakan ataupun tindakannya
dilambat-lambatkan.
Mudah-mudahan pendedahan ini
akan membuka mata khususnya buat kerajaan negeri dan rakyat Kedah, betapa datuk
Rasli adalah manusia yang tamak dan gila kuasa serta tidak layak di beri muka
lagi. Segala tindak tanduknya ibarat “harapkan pagar, pagar makan padi”.
Datuk Rasli adalah sejenis
manusia yang apabila diberikan madu kepadanya, ia balas dengan tuba. Rakyat
Kedah desak kerajaan negeri membuat tindakan drastik menamatkan perkhidmatan
kontrak serta-merta, demi menjaga kepentingan rakyat, kerajaan dan negeri
Kedah.
Insya allah, selepas ini
penulis akan mendedahkan siapakah di pemilik dan syarikat yang dikatakan ada
hubungan kekeluaragaan dengan datuk Rasli serta tersangat istimewa sehingga
bercita-cita memiliki Pulau Bumbun Besar, Langkawi. Tunggu dan bersabar…
P/S : dah banyak minggu orang dok cakap pasai dia. dia buat tak tau ja. siap bleh pi luaw negara. apa pun dia tak komen. maknanya dia setuju laaaa..... jenis orang umno ni, jadi baru pun x pa. pasai ketua dia kat pusat pun haramjadah. setakat barua tu, apa la sangat... janji duit juta-juta...eh billon....
No comments:
Post a Comment