Monday, April 21, 2014

PDRM : KAMI BUAT KERJA IKUT TELUNJUK DEPA ...


Ini Lah Bezanya Hina Rosmah Dan Hina Kapal Singh



                         Pemilik akaun Facebook hina Rosmah ditahan polis

Pemilik akaun media sosial Facebook yang didakwa menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memaparkan gambar cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Sumber polis memberitahu, suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.

Penahanan dibuat berdasarkan satu laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Sentul berkenaan dengan penyebaran satu gambar cebisan daging mayat manusia yang dikatakan Datin Seri Rosmah Mansor.

Polis turut merampas beberapa barang milik suspek seperti telefon bimbit, komputer peribadi dan beberapa alatan yang lain yang disyaki digunakan dalam penyebaran gambar tersebut.

Suspek kini ditahan di Lokap Berpusat Jinjang dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.


          Hina Karpal: Umno beri nasihat tapi tiada tindakan, kata Tengku Adnan 

Umno hari ini berkata akan bertindak untuk menasihati Ahli Parlimen ‎Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad susulan daripada perbuatan pemimpin itu yang menghina kematian mendiang Karpal Singh di laman Facebook minggu lalu, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan displin akan dikenakan ke atas ahli Parlimen itu memandangkan Nawawi sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Saya sudah komen mengenai kes ini menerusi akaun Twitter saya. Dalam kes membabitkan penghinaan kepada mendiang Karpal, perbuatan seumpama itu memang kita tidak sokong.

"Namun kita tidak akan ambil tindakan kerana ia dilakukan atas kapasiti peribadi dan saya percaya ia mungkin tidak disengajakan, Kita hanya akan menelefon dan memberi nasihat.

PM KITA : INILAH CARA MUDAH BEBAS RASUAH ....

Malaysia Berjaya Cipta Kaedah Hebat Untuk Hapuskan Rasuah..



UMNO/BN sudah menemui jalan untuk menghapuskan rasuah di Malaysia.... DENGAN BERLARI!...

Betul keni Tok Najib..buat larian beberapa meter.. boleh hapuskan rasuah..haha kut kut orang yang makan rasuah .gelak je ni..boleh ambil rasuah la..sebab depa kempen ..hapuskan rasuah hanya berlari..

Cuba Kita mengikut langkah negara terdekat Cara Indonesia dan Singapura hapus rasuah ..mengikut apa yang yang dengar dan baca di akhbar..Indonesia telah semakin hebat membenteras rasuah semenjak kejatuhan presiden Suharto..ramai Menteri dan Gabenor telah di penjara.. di Malaysia Menteri hanya dipenjara semasa di zaman Tun Abdul Razak je..sekarang hem hem..mau tau je la..

- media orang kampung

Summary only...

UTUSAN MELOYA : KAMI BERKHIDMAT TERKUTUK UNTUK UMNO/BN ...

Utusan Hanya Menjaga Aib Pemimpin UMNO


Pandai pula Utusan jaga aib pemimpin Umno...

SESIAPA yang membaca akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac lalu tentunya tertanya-tanya dengan maklumat yang dipaparkan akhbar tersebut.

"Ahli politik wanita didakwa berkhalwat," lapor Utusan.

Menurut laporan itu, seorang ahli politik wanita bersama pasangannya masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kangar atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel pada awal Mac lalu.

Ahli politik wanita berusia 34 tahun yang disebut namanya itu dituduh berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun. Mereka ditahan ketika berada di sebuah bilik hotel pads pukul 1.30 pagi, 3 Mac lalu.

Ahli politik itu didakwa di bawah Seksyen 9(2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 manakala pasangan didakwa di bawah Seksyen 9(1) enakmen yang sama.

Sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya.

Hakim Syarie menetapkan tarikh perbicaraan kepada 14 Mei.

Bagi mereka yang tidak mengikuti secara dekat politik Perlis, identiti ahli politik wanita itu pastinya menjadi tanda tanya memandangkan dia tidak dikenali di peringkat nasional.

Hanya setelah membaca laporan The Star pada tarikh yang sama kita akan mengetahui bahawa ahli politik wanita itu sebenarnya mengetuai salah satu sayap Umno negeri Perlis.

Pastinya kita kagum dengan keprihatinan Utusan dalam memelihara aib pemimpin parti itu di khalayak pembaca. Utusan bukan sahaja tidak menyiarkan jawatan yang disandang ahli politik wanita itu walaupun ianya jawatan tinggi parti di peringkat negeri, malah tidak menyiarkan gambarnya seperti dilakukan The Star.


Sekali lagi syabas diucapkan kepada Utusan kerana memelihara aib manusia. Namun sayangnya tindakan menjaga aib itu hanya dikhususkan kepada para pemimpin Umno.

Sebagai bukti, Utusan pada tarikh yang sama menyiarkan wawancara bersama pensyarah bidang ilmu dan peradaban, Prof Datuk Dr Sidek Baba yang sarat dengan kecaman dan kata nista terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sidek yang disifatkan Utusan sebagai "begitu rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya satu ketika dulu" kini tergolong dalam kelompok bekas kenalan dan penyokong Anwar yang lantang mengecam dan menghodohkan peribadi Anwar.


Sidek mendakwa masih mendukung dan bersimpati dengan Anwar sejak 1998 hingga 2011. Namun mengaku berubah pendirian selepas Anwar menghadapi pertuduhan liwat kedua.

Sidek mengakui telah menemui 30 orang antaranya bekas penasihat agama Anwar, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, bekas Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Nor, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin, Timbalan Menteri Luar, Hamzah Zainuddin dan tidak ketinggalan mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan maklumat tentang Anwar.

Mengaku sebagai 'orang akademik' dan 'ahli dakwah', Sidek dipetik Utusan sebagai berkata, "kebenaran maklumat adalah penting dan pedoman syarak adalah mustahak" sebelum beristikharah memohon petunjuk Allah.

Beliau memberikan tiga sebab untuk "meninggalkan Anwar" iaitu mendakwa Anwar mendokong pluralisme agama, hubungan Anwar dengan pihak luar "yang kontroversial" dan masalah integriti yang dimiliki Anwar.

Memang pelik dan dangkal bagi seorang yang mendakwa ilmuwan dan syarie untuk membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada musuh politik Anwar. Apatah lagi sebahagian daripada mereka disifatkan oleh aktivis veteran Umno dan Setiausaha BN Bandar Tun Razak, Zaharin Md Yassin sebagai 'biawak'. Namun itulah standard 'keilmuwan' dan 'komitmen syarak' Sidek yang kita mahu atau tidak mahu akui.

Bagi mereka yang mahu menilai sejauh mana kekuatan intelek Sidek dalam isu Anwar dan ulasannya tentang politik negara bolehlah membaca wawancara 1/3 muka Utusan dengan beliau.

Berbalik kepada komitmen Utusan dalam menjaga aib pemimpin politik, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa akhbar milik Umno itu hanya berminat menjaga aib pemimpin parti itu sahaja. Seperti kata Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, "Apa perasaan YB (Adun-Adun Umno-BN) jika menjadi mangsa fitnah (qazaf) selama 16 tahun?"

Itu sebenarnya ingatan ikhlas daripada isteri Anwar sendiri kepada pemimpin Umno dan mediumnya Utusan Malaysia tentang budaya fitnah dan qazaf yang kini telah berakar subur dalam parti itu.

Yang lebih mengaibkan, tatkala ghairah menyuburkan budaya qazaf, lebih ramai pemimpin Umno yang diragui moral dan integritinya menjawat jawatan penting dalam kerajaan.

Rasanya perlu untuk Prof Sidek beristikharah bagi memohon petunjuk Allah kerana kini berada dalam kelompok ahlul qazaf...

--------------------------------
Qazaf adalah satu kesalahan jenayah syariah apabila seseorang menuduh lelaki/wanita yang baik melakukan zina (termasuk liwat) tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil. -Ahmad Tajdid/HD

MENTERI UMNO : KAMI TAK HALAU! CUMA TAK BAGI TINGGAL DISITU SAJA ...

Kerajaan Umno-BN halau Melayu bertopengkan Akta Tanah

Pemimpin Umno-BN menjadi dalang utama merampas sejumlah besar tanah kampung Melayu warisan bukan sahaja di Lembah Klang juga seluruh negara dengan bertopengkan Akta Pengambilan Tanah. Pengerusi Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin berkata, perkampungan Melayu di ibu negara seperti Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum pada masa ini hanya tinggal nama di atas kertas yang dirampas dengan topeng pembangunan.
Menurutnya, pengambilan tanah juga tidak mengikut prosedur undang-undang apabila Tanah Rizab Melayu semakin mengecil tanpa berganti akibat dijual kepada pihak pemaju. "Warga kota sendiri dapat lihat depan mata bagaimana rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) walaupun mendapat pengiktirafan milikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998," ujarnya kepada Harakah. 
Katanya, walaupun ada perintah mahkamah, tetapi orang-orang Melayu di situ tetap dihalau oleh pemaju dengan menggunakan penguatkuasa Kerajaan BN. Mengulas sikap Kerajaan Umno-BN yang beria-ia kononnya mahu membangunkan Kampung Baru, Ishak berkata, tindakan itu hanya muslihat untuk menghalalkan niat tertunda mereka untuk mengaut keuntungan di atas pengusiran Melayu di ibu negara.
"Apa makna pembangunan Kampung Baru kalau hanya dibina bangunan bertingkat yang kemudiannya gagal dimiliki Melayu? Paling penting, roh hidup bermasyarakat dalam persekitaran kampung yang sedia ada akan pupus apabila hak milik warisan bertukar tangan menjadi projek mewah," ujarnya lagi yang juga Ketua Kampung Bandar Dalam.

MH 370 & DIEGO GARCIA : PULAU YANG TAK BOLEH DISENTUH ???

Tidak Banyak Jauh Bezanya Dengan UMNO Di Malaysia Ini......

Pulau Diego Garcia, Rakyatnya Dihalau AS dan British!

Tranungkite
 
 
Bermula tahun 1967, setiap orang Chagos yang meninggalkan Pulau Diego Garcia untuk rawatan perubatan atau bercuti di Mauritius, tidak lagi dibenarkan pulang ke tanah air mereka.

Tanpa ditemani keluarga atau harta benda, penduduk asal pulau yang terletak di jantung Lautan Hindi itu terpaksa merempat di penempatan setinggan Mauritius. Sehingga tahun 1973, hampir 1,200 orang Chagos dipindah secara paksaan ke Mauritius dan Seychelles.

Keluarga Jeannette Alexis antara penduduk Diego Garcia terakhir dipindahkan. Imbas Alexis: "Ayah memberitahu bahawa kami mesti meninggalkan pulau ini (Diego Garcia) kerana orang Amerika akan berpindah masuk dan ia tidak lagi selamat untuk kami sekeluarga."

Sudahlah mereka dihalau, haiwan peliharaan mereka terutama anjing dibunuh tentera British menggunakan gas dan kemudiannya dibakar.

"Anda boleh bayangkan tekanan yang mereka letakkan ke atas kami. Saya menangis dan berpaut pada kaki ibu dan walaupun masih kecil ketika itu, saya sedar bahawa kami telah meninggalkan sesuatu yang berharga dan ia merupakan rumah kami," luah Alexis.

Marcel Moulinie, pengurus sebuah ladang kelapa di pulau berkeluasan 44 kilometer (km) persegi itu menceritakan, dia diarahkan kerajaan British untuk memindahkan semua penduduk keluar.

"Apabila tiba waktu berpindah, mereka tidak dibenarkan membawa apa-apa selain beg berisi baju. Kapal kargo pemindahan yang digunakan pula kecil dan mereka terpaksa berhimpit selama lima jam," dedah Moulinie.

Penduduk Diego Garcia memberitahu bahawa mereka meninggalkan syurga dan dicampak ke neraka apabila tiba di Pelabuhan Louis, Mauritius. Berbekalkan kepakaran menangkap ikan dan berkebun, tanpa kemahiran profesional, mereka berdepan kesulitan mengadaptasi kehidupan di bandar serba lengkap itu.

Tambah menyayat hati, selepas ditinggalkan tanpa wang, pekerjaan yang dijanjikan dan rumah baharu, orang Chagos terpaksa berdikari hidup dalam buangan di tanah asing.

Selepas tiga dekad, tiada siapa mengetahui kisah kesengsaraan orang Chagos sehingga seorang penduduk asalnya, Olivier Bancoult, presiden bagi Persatuan Pelarian Chagos mendakwa kerajaan Britain di mahkamah.

Amarah Bancoult tidak terbendung setiap kali mengenang penderitaan yang dilalui bangsanya. Tiga abang Bancoult mati sebagai pemabuk akibat berputus asa dengan kesempitan hidup kritikal manakala adik perempuannya membunuh diri kerana terlalu merindui Diego Garcia.
 
Diego Garcia International Airport
Lapangan terbang Diego Garcia memainkan peranan
penting ketika serangan ke atas Iraq dan Afghanistan.

"Ia menyiat-nyiat perasaan saya dan sebab itu saya tidak akan berputus asa. Semua ini terjadi kerana AS dan British membuat hidup kami merana," luah Bancoult menerusi laporan rangkaian televisyen dan radio Amerika Syarikat (AS), CBS News pada Jun 2003.

Kelapa

Kontroversi membabitkan hak untuk pulang penduduk asal Diego Garcia dengan kerajaan Britain dan AS mendapat perhatian dunia. Namun ia tidak diperjuangkan secara besar-besaran ekoran bilangan kecil rakyatnya yang kini meningkat kepada 5,000 orang.

Mengupas punca perpindahan paksaan itu, penulis buku Island of Shame: The Secret History of The U.S. Military on Diego Garcia, David Vine seperti yang dipetik daripada Global Research pada tahun 2009 mendedahkan, orang Chagos dipindahkan kerana populasi mereka yang kecil dan bukan tergolong dalam orang kulit putih.

Pihak AS juga cuba menyebarkan cerita palsu dengan mengatakan orang Chagos hanyalah pekerja kontrak sementara yang mendiami Diego Garcia untuk jangka masa singkat. Sementelah, mereka telah hidup di pulau itu sejak Revolusi Amerika iaitu hampir 200 tahun.

Jelas Vine yang juga profesor antropologi di Universiti Amerika, Washington DC, orang Chagos diimport dari Afrika, India dan sekitar Kepulauan Melayu bagi bekerja di ladang kelapa dan kopra (kelapa kering) di pulau itu.

Nenek moyang

Diego Garcia yang merupakan salah satu daripada 52 pulau dalam Kepulauan Chagos pada asalnya bukanlah penempatan manusia. Ia ditemui pelayar Portugis, Vasco de Gama sekitar 1500-an tetapi tidak diiktiraf di dalam peta dunia.

Pada abad ke-18 (1700-1800), Perancis meletakkan Diego Garcia di bawah jajahan Mauritius. Hamba-hamba yang dibawa masuk ke pulau itu untuk sektor agrikultur kemudiannya menjadi majoriti penduduk dan merupakan nenek moyang keturunan Chagos hari ini.
 
Diego Garcia US Army Base [2]
Pangkalan tentera bersama Amerika Syarikat dan Britain
bagi meluaskan dominasi di Asia Barat.

British kemudian menawan Mauritius ketika Perang Napolean dan mendapat milikan ke atas Diego Garcia menerusi Perjanjian Paris. Tidak lama kemudian, pada tahun 1883, sistem perhambaan dihapuskan dalam sistem empayar British membolehkan orang Chagos membina peradaban sendiri.

Sehingga tahun 1971, pendapatan utama penduduk pulau itu diperoleh hasil perdagangan minyak kelapa. Ia merupakan sektor perladangan yang menguntungkan kerana minyak kelapa itu dijadikan minyak mesin yang berkualiti dan digunakan dalam lampu-lampu di Eropah.

Setahun selepas penubuhan Jajahan Lautan Hindi British (BIOT) pada tahun 1965, satu perjanjian rasmi telah ditandatangani antara United Kingdom (UK) dan AS bagi menjadikan Diego Garcia sebagai pangkalan tentera bersama.

Bagi menguatkuasakan perjanjian itu, Britain memisahkan Kepulauan Chagos daripada jajahan Mauritius, biarpun tindakan mereka menyalahi undang-undang penyahjajahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berdasarkan perjanjian itu, Diego Garcia dipajak kepada AS sebagai pertukaran pemansuhan hutang membeli peralatan ketenteraan bernilai AS$14 juta (RM45 juta).

Laman web Infoplease menyatakan, Diego Garcia terletak di luar rangkaian siklon (angin puting beliung) menjadikan ia pangkalan tentera efektif ketika Perang Dingin dan bagi memerhati pergerakan Kesatuan Soviet. Fungsinya sebagai pangkalan hadapan juga diiktiraf ketika Perang Teluk 1991.

"Menerusi Diego Garcia, AS boleh meluaskan kuasanya di sepanjang Asia Barat, Afrika Timur, India, Australia dan Indonesia," jelas Vine yang menyatakan AS kini memiliki kira-kira 1,000 buah pangkalan termasuk 287 di Jerman, 130 di Jepun dan 57 di Itali.

Diego Garcia juga dilengkapi pesawat pengebom terbesar AS termasuk Air Force B-52, B-1B dan B-2. Buktinya pada 17 Disember 1998, hampir 100 peluru berpandu kruis jarak jauh dilancarkan ke Iraq di bawah Operasi Desert Fox.

Pada 7 Oktober 2001 pula, AS sekali lagi menggunakan Diego Garcia sebagai pelancar pesawat pengebom B-52 dan B-2 bagi menyerang Afghanistan. Biarpun terletak lebih 4,828km dari selatan Iraq, ia tidak mengundang sebarang masalah logistik kepada AS. Malah Tentera Udara AS pernah mendedahkan bahawa B-52 mereka boleh menjangkau jarak melebihi 14,162km.

Seperti yang dinyatakan pada laman web rasmi Fasiliti Sokongan Tentera Laut Diego Garcia, kedudukan terpencil pulau itu membolehkan ia menjadi hab kunci bagi mengesan satelit dan bertindak sebagai salah satu daripada lima stesen pengawasan Penentu Kedudukan Global (GPS). Ia turut dilengkapi sistem Pengawasan Angkasa Optikal Elektro Darat bagi mengesan objek di ruang udara.

Dokumen rahsia

Berbalik kepada tuntutan hak kembali ke Diego Garcia oleh orang Chagos, pada tahun 2000, Bancoult bersama peguamnya, Richard Gifford berjaya menemui dokumen-dokumen rahsia yang telah diubah status berhubung penjelasan perjanjian antara AS dan Britain berkenaan pembinaan pangkalan tentera Diego Garcia.

Pendedahan daripada pihak Bancoult membawa kejayaan bermakna. Mahkamah Tinggi Britain memutuskan bahawa memindahkan penduduk asal Diego Garcia sebagai satu kegiatan haram.

"Orang Chagos tidak pernah menolak pangkalan AS di Diego Garcia tetapi mereka berkecil hati kerana dinafikan peluang pekerjaan di sana," ujar Gifford.
 
Chagossians-protest-Diego-Garcia
Penduduk asal merupakan petani dan nelayan.

Bagi mengekang kemaraan orang Chagos, kerajaan Britain mengeluarkan Titah Berkenan pada tahun 2004 bagi mengharamkan penduduk asal untuk kembali. Prerogatif diraja tradisional itu membolehkan Britain menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2000.

Namun pada Mei 2006, Mahkamah Tinggi di London memutuskan bahawa orang Chagos mungkin boleh pulang ke pulau lain di dalam Kepulauan Chagos dan menyifatkan tindakan kerajaan Britain sebagai menyalahi undang-undang dan melanggar standard moral.

Menurut laporan Huffington Post, meskipun tiga mahkamah rendah di Britain berpihak kepada orang Chagos, keputusan Mahkamah Tinggi dengan margin 3-2 berpihak kepada kerajaan Britain meranapkan impian penduduk asal Diego Garcia. Tahun lalu, Mahkamah Hak Kemanusiaan Eropah juga menolak rayuan akhir orang Chagos.

"Ia adalah pangkalan penting, saya setuju tetapi pada masa yang sama, mereka perlu sedar bahawa manusia juga penting," luah Alexis 

 
 

Sunday, April 20, 2014

MB UMporNO : KAMI BAKAL DI PECAT ???

Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Apa Puncanya..!!


Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan : Selepas berlabuhnya Pilihanraya Umum ke 13 yang cukup panas dalam sejarah politik di Malaysia selama ini, Datuk Seri Najib telah mengumumkan senarai menteri besar Malaysia seperti yang anda saksikan hari ini.
Menteri Besar 2014 GugurHakikatnya yang sebenarnya terdapat beberapa negeri Barisan Nasional yang diletakkan calon menteri besar sebagai tujuan strategi politik bagi negeri dianggap “agak panas” dengan harapan sedikit sebanyak dapat meredakan perbalahan dikalangan pemimpin peringkat tertinggi dan kem-kem politik di peringkat negeri. Tetapi….
Tetapi selepas 11 bulan lamanya, kalangan senarai menteri besar Malaysia 2014 seperti yang ada sekarang mula seperti “cacing kepanasan” apabila meletusnya spekulasi di mana Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi akan mengambil tindakan drastik menggugurkan dua menteri besar UMNO dan digantikkan calon lain. Siapakah gerangannya itu? Adakah………..?
Ketua Menteri Melaka (Idris Haron) dan Ketua Menteri Sabah (Musa Aman) dikecualikan kerana mereka adalah Ketua Menteri.

Senarai Calon Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Akan Gigugurkan?

  1. Menteri Besar Johor (Khaled Nordin)
  2. Menteri Besar Negeri Sembilan (Mohamad Hasan)
  3. Menteri Besar Perak (Zambry Kadir)
  4. Menteri Besar Terengganu (Ahmad Said)
  5. Menteri Besar Pahang (Adnan Yaakob)
  6. Menteri Besar Perlis (Azlan Man)
  7. Menteri Besar Kedah (Mukhriz Mahathir)
Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi, Datuk Ahmad Said akan digugurkan sebagai Menteri Besar Terengganu. Tetapi persoalannya “beranikah” Datuk Seri Najib Razak  mengambil tindakan drastik sebegini rupa? Apatah lagi memandangkan situasi di Terengganu cukup genting kerana kerusi Barisan Nasional di Terengganu cukup kritikal dengan hanya berkelebihan 2 kerusi sahaja berbanding Pakatan Rakyat di Terengganu. Sebarang kemungkinan boleh berlaku…
Sekarang ini di Terengganu ada 2 kem bagi politik Barisan Nasional di Terengganu
  • Kem Mat Said
  • Kem Idris Jusoh yang tidak disenangi Sultan Terengganu
Walaubagaimanapun Berita Semasa dikhabarkan Mat Said akan diberikan “jawatan baru”…..

Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Punca Ahmad Said Digugurkan?

  • “Geng Idris Jusoh” menemplak tindakan kem Ahmad Said yang telah membentuk kroni dan menyingkir lawannya secara halus disemua peringkat.
  • Kem Ahmad Said juga dikatakan tidak menghormati perjanjian perdamaian antara dua puak yang diusahakan oleh UMNO Pusat sebelum ini.
  • Ahmad Said membantu pembangkang untuk menjadi lebih kuat
  • Ahmad Said secara terang-terang mencabar beberapa arahan pimpinan atasan UMNO
Dan seorang lagi yang Berita Semasa difahamkan adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah dan akan ditarik masuk ke dalam Kabinet Persekutuan.
Walauapapun, berdasarkan pemerhatian Berita Semasa dalam banyak-banyak daripada senarai menteri besar Malaysia 2014 dan ketua menteri Barisan Nasional, Mohd Hassan antara pemimpin Barisan Nasional yang cerdik dan “think out of the box“.
Tetapi, disebabkan pemikiran Mohd Hassan macam itulah, Mohd Hassan mempunyai “musuh dalam berselimut” yang tidak gemar dengan caranya. Banyak masalah dan “sisa-sisa kotor” terpaksa bersihkan oleh Mohd Hassan.
P/S : Sama-sama kita nantikan pembaharuan yang bakal diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak bagi senarai Menteri Besar Malaysia 2014 yang terbaru ini!

PRESIDEN UMNO : INI UGUTAN @ NAK TAKUT-TAKUT AKU ???

Penjarakan Anwar: Kita bangkit jatuhkan Najib, kata Tian Chua

Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang berucap di hadapan penyokong di Jelajah Reformasi 2.0 di Pantai Dalam, malam tadi menyuarakan keyakinannya ramai yang akan bangkit membantah kerajaan jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 April, 2014.Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang berucap di hadapan penyokong di Jelajah Reformasi 2.0 di Pantai Dalam, malam tadi menyuarakan keyakinannya ramai yang akan bangkit membantah kerajaan jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 April, 2014.Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang mengulangi pendiriannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi.
Beliau yakin majoriti rakyat Malaysia akan turut sama memberikan tentangan serupa seperti reformasi pada 1998.
“Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.
“Saya ingin ulangi pendirian saya sekali lagi. Saya yakin majoriti rakyat akan bersama saya. Kalau berani perdana menteri Najib penjarakan Anwar, kita akan bangkit, jatuhkan Najib,” katanya di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, malam tadi.
Chua yang juga lebih dikenali sebagai Tian Chua menulis di Twitter @tianchua pada bulan lalu Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan.
Susulan daripada tulisan itu, polis merampas tablet dan telefon bimbit milik Chua ketika beliau sedang menyertai satu mesyuarat di Hotel Armada, Petaling Jaya.
Katanya, operasi pada jam 7.30 petang itu dijalankan di hadapan umum oleh sepasukan polis berpakaian preman yang membawa waran geledah.
Chua berkata, pada zaman pemerintahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat membuktikannya sendiri dan sejarah itu perlu diingati.

“Kita pernah menunjukkan rekod kita. Saya disumbat di dalam (Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di Kamunting selama dua tahun tetapi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), gas pemedih mata, kekerasan dan penindasan tidak akan dapat menahan kebangkitan rakyat.
“Dengan kebangkitan rakyat ini, Dr Mahathir juga tumbang dan inilah hakikat yang kita ingin ingati. Kita akan pertahan dan bangkitkan untuk jatuhkan Najib kalau berani penjarakan Anwar,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberi gesaan sama anak muda akan bangkit menentang kezaliman.
Katanya, himpunan menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini bakal menjadi saksi gelombang kebangkitan anak muda.
“Amaran saya kepada Najib dan Mahathir. Kalau kamu berani penjarakan Anwar sekali lagi, percayalah cakap saya bukan seratus, bukan seribu, berpuluh-puluh ribu anak muda akan lawan sampai Umno tumbang.
“Bersiap sedia tunggu arahan. 1 Mei kita jumpa di jalan raya. Bila-bila masa, mereka berani penjarakan Anwar, kita turun ramai-ramai tumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN). Insya Allah,” katanya.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan awal bulan ini, Pakatan Rakyat (PR)  akan turut serta dalam himpunan membantah GST 1 Mei ini dan memberi sokongan kepada  badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya.
Katanya, ratusan ribu orang akan menyertai himpunan kemuncak ini setelah rakyat saban hari terus dibebani dengan kenaikan harga barang berterusan dengan GST yang akan diperkenalkan pada tahun depan.
"Himpunan ini akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke  Dataran Merdeka," katanya.

DAH LAMA ORANG TUNGGU, TAPI TAK JAWAB JUGAK ...


(Oleh Amirul Azhan)
_MG_5979IPOH 20 APRIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mendedahkan barangan apa sebenarnya yang dibawa dalam kargo MH370 dan cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, banyak persoalan berhubung misteri kehilangan pesawat berkenaan belum dijawab Kerajaan Malaysia termasuk penjelasan mengenai kandungan kargo.
"Setiap kapal terbang yang berlepas mesti ada 'cargo manifest', maknanya keterangan barangan yang dibawa dan semuanya direkodkan, (tapi) yang ada (dalam MH370) hanyalah empat tan manggis dan bateri (lithium ion).
"Sampai sudah Kerajaan Malaysia dan MAS belum bagi maklumat dan masih lagi berahsia. Kenapa takut sangat? Benda apa yang nak dicuri? Apa sebenarnya barang yang nak dibawa ke China? Najib tolong beritahu," kata Anwar, di hadapan 4,000 hadirin pada ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Wisma KEADILAN, Bandar Ipoh Raya, Jumaat lalu.
Sehingga kini tiada laporan bahawa kerajaan menyerahkan butiran mengenai kandungan kargo itu kepada Kerajaan Australia seperti diminta.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 18 Mac menafikan MH370 membawa barangan berbahaya, sebaliknya menyatakan hanya terdapat tiga hingga empat tan manggis dalam pesawat itu. Namun, empat hari selepas itu beliau mengesahkan pesawat itu membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.
Anwar selanjutnya, mempersoal kelemahan ketara yang cuba ditutup kerajaan iaitu keupayaan sistem radar milik negara mengesan MH370.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, radar Malaysia sepatutnya mampu mengesan MH370 kerana kerajaan membeli sistem radar daripada Marconi untuk kawasan utara Malaysia.
"Radar Marconi dipasang di Pangkalan Udara (PU) Gong Kedak dibeli dengan kos RM1.2 bilion adalah canggih. Lalu lintas pesawat pelbagai saiz semua boleh nampak dan pesawat negara boleh memintas untuk tindakan segera jika ada pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara. Macamana radar boleh tak nampak? Kenapa rahsiakan maklumat ini dan tidak disampai kepada rakyat?
"Radar ada, tentera udara ada, Menteri Pertahanan pun ada, kalau kapal terbang tanpa kebenaran masuk dan lalu semua negeri dan jika dibom Komtar dan datang ke Ipoh macamana? Tentunya keselamatan kita tak boleh dijamin oleh Menteri Pertahanan, sebab itulah Hishammuddin (Hussein) mesti letak jawatan," tegas Anwar.
Turut dibangkitkan Anwar termasuk mengenai kehadiran dua penumpang warga Iran yang menggunakan pasport curi semasa menaiki penerbangan itu.
"Bagaimana pasport curi dari Itali boleh dipakai oleh orang Iran dan bolos masuk Imigresen sedangkan kita ada sistem canggih dan hal ini terlebih dahulu diberitahu oleh Interpol sekiranya ada berlaku kecurian pasport," kata Anwar.
Tegasnya, tiga persoalan penting ini yang masih belum dijawab, menguatkan dakwaan bahawa kerajaan Umno BN cuba menyembunyikan maklumat kehilangan MH370.

Thursday, April 17, 2014

ZUL NOORDIN : SAYA SEKARANG MANAGER KUTIP SAMPAH !!!


DETIK DAILY



MCA mengecam bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin sebagai tidak mempunyai otak kerana kenyataan tidak munasabah selepas kematian ahli politik veteran DAP, Karpal Singh awal pagi ini.


Dalam kenyataan melalui akaun Twitter @zukiflinoordin beliau dilihat seolah-olah  "lega" dengan kematian ahli Parlimen Bukit Jelutong itu kerana pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.

"Nampaknya Zulkifli Noordin sudah hilang rasional dengan cuba mendapatkan perhatian politik apabila mengeluarkan kenyataan tidak berperikemanusiaan," kata Ketua Biro Publisiti, Datuk Chai Kim Sen dalam satu kenyataan hari ini.

Chai menyifatkan bekas naib presiden Perkasa itu sebagai terlupa sifat asas setiap manusia.
"Zulkifli kelihatan terlupa dengan sifat asas yang diperlukan oleh setiap manusia," katanya.

Zulkifli berkata kematian Karpal akan memudahkan lagi kerajaan Kelantan dalam melaksanakan Hukum Hudud yang selama ini ditentang hebat oleh DAP.

"Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.

"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!" kata Zulkifli.

Chai menegaskan isu politik tidak boleh dijadikan alasan untuk menyakiti orang lain, mendesak Zulkifli yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu supaya bersara daripada politik.

"Amalan dalam politik tidak sepatutnya disalahguna dan menyinggung perasaan orang lain, tambah-tambah jika ia melibatkan kebajikan orang ramai.

"Jika Zulkifli tidak memahami kebenaran ini, atau tidak tahu tentang konsep hormat, beliau boleh bersara daripada politik," kata Chai lagi.

Karpal maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.