Friday, January 6, 2017

AMANAH : Jangan Jadikan SPRM Seperti Pokok Mati Yang Dihiasi Bunga-Bunga Palsu


1. Parti Amanah Negara (Amanah) bertekad untuk terus memperjuangkan agar SPRM menjadi sebuah agensi pencegahan rasuah yang berwibawa setaraf dengan badan-badan pencegahan rasuah antarabangsa.
2. Peranan dan wibawa SPRM mesti terus diperkasakan sesuai dengan iltizam dan komitmen kerajaan yang benar-benar mahu memerangi budaya rasuah yang semakin membarah di negara ini.
3. Pentadbiran Dato' Seri Najib Razak diperingatkan supaya tidak menjadikan SPRM seperti pokok mati yang dihiasi dengan bunga-bunga palsu (decorating dead tree with fake flowers) bagi mengaburi mata dan menipu rakyat bahawa kononnya pentadbiran beliau serius untuk membanteras jenayah rasuah.
4. SPRM telah menjalankan tugas penyiasatan dengan baik tetapi kes-kes yang disiasat terutama kes yang berprofil tinggi seperti kes 1MDB dan SRC International masih tidak menampakkan hasil kerana ianya berkahir di meja Peguam Negara.
5. Malaysia tidak lagi sanggup kehilangan penjawat-penjawat awam yang berwibawa khususnya dalam bidang penguatkuasaan jenayah seperti bekas-bekas pegawai SPRM yang bersara akibat kecewa kerana segala tanggungjawab yang dialksanakan tidak diendahkan malah dibakulsampahkan oleh pihak tertentu untuk menjaga kepentingan sesetengah pihak. Terbaru, Malaysia menyaksikan persaraan awal Dato' Bahri, bekas Ketua Bahagian Siasatan Khas SPRM.
6. AMANAH akan terus memperjuangkan urus tadbir yang baik (good governance) yang salah satu elemennya ialah pemisahan kuasa dan kebebasan bertindak Peguam Negara mengikut Perlembagaan tanpa rasa takut dan memihak (without fear and favour) kepada mana-mana pihak. Kuasa mendakwa (right to prosecute) oleh Peguam Negara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan hendaklah dijalankan berasaskan semangat keluhuran Perlembagaan.
7. AMANAH akan memastikan manifesto Pakatan Harapan mengangkat agenda ini.
Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah
6hb Januari, 2017

NAIK PANGKAT JADI KSU WALAU TERLIBAT RASUAH?


Kenyataan Media.
1. Suatu yang mengejutkan negara tentang sektor Perkhidmatan Awam bilamana *_SPRM menahan seorang pegawai tinggi kerajaan iaitu Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)_* yang menyertai perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun bermula dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981 dikatakan *_terlibat dengan rasuah sejak tahun 2010 sedangkan beliau menjawat jawatan sebagai KSU kementerian kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada bulan Oktober tahun 2015_*.
2. Persoalan yang berbangkit sekarang ialah SPRM mendakwa penglibatan KSU tersebut dengan perbuatan rasuah semenjak tahun 2010 dimana secara tidak langsung menunjukkan *_'amalan rasuah'_* KSU ini berlaku sebelum beliau dilantik sebagai KSU KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah .
Perlantikan beliau sebagai KSU merupakan kenaikan pangkat dari jawatan yang beliau pernah sandang sebelum ini sebagai Timbalan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pegawai Kewangan Negeri Selangor; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya,Pegawai Daerah Sepang,KSU Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani  dan terakhir sebagai KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bermula 16 Okt 2015.
Yang menghairankan saya ialah *_bagaimana beliau boleh dinaikan pangkat dalam keadaan beliau sudah pun terlibat dengan pengambilan rasuah semenjak tahun 2010?_*.
3. Apakah sistem saringan dalaman perkhidmatan awam begitu lemah sehingga *_tiada penapisan terhadap pegawai bermasalah_*.
"Berdasarkan tangkapan yang dibuat ia menunjukkan *_SPRM telah lama 'menghidu' kegiatan rasuah KSU tersebut_*.
Bagi saya ini menunjukan sistem kenaikan pangkat dan *_pemilihan calon untuk kenaikan pangkat perkhidmatan awam kanan dibuat secara yang sangat tidak bertanggungjawab_*".
4. Kenaikan pangkat perkhidmatan awam berada *_dibawah tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam_* dan terletak dibawah *_pengawalan Jabatan Perdana Menteri yang anggotanya dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri_*.Apa yang berlaku kepada kenaikan pangkat KSU KKLW yang kini ditahan dan disiasat oleh SPRM adalah suatu yang sangat memalukan.
*_"Amat memalukan apabila seorang yang berjawatan tinggi dikatakan berkelayakkan,berpengalaman dan berkredibiliti menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri sendiri"_*.
5. Apakah yang telah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa lakukan terhadap cadangan kenaikan pangkat terhadap Datuk Mohd Arif Abd Rahman dari jawatan Pegawai Kewangan Negeri kepada TKSU sehingga ke jawatan KSU.
Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan mengumumkan perlantikan Datuk Mohd Arif sebagai KSU KKLW pada 16 Okt 2015 menyatakan yang *_Datuk Mohd Arif mempunyai kelayakan,pengalaman dan kredibiliti_*.
Tan Sri Dr Ali Hamsa perlu memberi penjelasan sebelum memberi penghargaan dan kenaikkan pangkat kepada mana-mana pegawai Perkhidmatan Awam.
Menjadi harapan 30 juta orang rakyat Malaysia agar Datuk Mohd Arif Abdul Rahman dihukum dengan setimpalnya atas kesalahan yang sudah lama beliau lakukan serta menyebabkan kerugian besar kepada negara dan rakyat.
"Perbuatan rasuah bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama Islam serta nilai-nilai dan tatasusila murni kemanusiaan, tetapi ia juga boleh menjejaskan imej negara dan integriti Perkhidmatan Awam.
Rasuah dapat dihindarkan jika seseorang itu sentiasa berpegang kepada ajaran agama dan moral serta nilai-nilai murni kemanusiaan, di samping melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan cekap, jujur dan amanah serta tulus ikhlas semata-mata kerana Allah SWT".
*_Negara yang karam dengan rasuah adalah negara yang malang!_*
#RasuahAdalahNajis
#RasuahMenjijikkan
#RasuahMusuhNegara
#MalaysiaTanpaRasuah
#PerangiRasuah
#SelamatkanMalaysia.
*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
3:30pm Taman Al Walid Alor Setar
6 Jan 2017/ 7 Rabiulakhir 1438H

Tuesday, January 3, 2017

Rahman Dahlan Mengampu Tak Kena Tempat Sehingga Membodohkan Diri Sendiri




Bekas pengarah Bahagian Siasatan Khas (BOK) badan itu, Datuk Bahri Mohd Zin berkata bahawa beliau memilih untuk bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah. Ini fakta kes yang dinyatakan oleh Datuk Bahri bekas orang kuat SPRM.
 

Namun Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan mahu memutar belitkan cerita kononnya pihak SPRM telah menghubungi Datuk Bahri dan Datuk Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut.“Pemakan dedak ada di mana-mana, di luar sana mahu pun dalam jabatan-jabatan kerajaan,” kata Datuk Bahri.

Beliau juga membidas Abdul Rahman kerana mengadilinya tanpa fakta yang tepat.

“Tapi Rahman Dahlan dah adili saya tanpa merujuk kepada sumber asal iaitu saya sendiri.

"Maka berkewajipan bagi saya lepas pulih dari sakit nanti saya akan jawab satu persatu apa yang Pak Menteri itu tulis mengenai saya.

“Biar rakyat pula yang menjadi pengadilnya,” katanya.

Bahri turut memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak mencabarnya.

“Saya cukup pantang kalau orang pukul curi saya, dulu masa kes SRC Internation tengah memuncak ada sorang bekas ketua menteri membantai saya secara tidak adil...

“Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah.

“Ya, pengamal rasuah dan jangan cuba nak jadi juara kepada rakyat di luar sana,” katanya lagi. 

Kita berharap agar Datuk Bahri melakukan kehidupan selepas persaraan dengan lebih selesa.

Memang sah syarikat yang curi elektrik adalah milik Jamal Yunos



FAKTA mahkamah menunjukkan bahawa sebuah syarikat bernama Jamal Jaya Holding Sdn Bhd telah mengubahsuai meter elektrik milik Tenaga Nasional Berhad, TNB dalam bahasa lainnya syarikat itu telah mencuri elektrik sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM82,095.06 kepada TNB.

Aku dapat maklumat ni dari page Friends of Selangor, aku ada tulis dalam artikel sebelum ini:


Hasil carian aku di internet, aku berjaya menemui dokumen mahkamah tersebut. Dokumen mahkamah setebal 25 muka surat itu menceritakan secara terperinci bagaimana syarikat Jamal Jaya Holding Sdn Bhd yang menyewa di sebuah premis/ kilang beralamat di No 19, Jalan 9/118B, Desa Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur telah melakukan pengubahsuaian meter elektrik (curi elektrik).

Gara-gara syarikat Jamal Jaya Holding Sdn Bhd ini mencuri elektrik, tuan punya bangunan terpaksa naik turun mahkamah untuk menjawab tuntutan TNB.


Persoalannya sekarang, siapakah pemilik Syarikat Jamal Jaya Holding Sdn Bhd ini?

Hasil carian aku di internet dengan bantuan admin MiLo SuaM, aku jumpa dua bukti bahawa syarikat itu adalah milik Jamal Jamban atau nama sebenarnya Datuk Jamal Yunos, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Bukti pertama ialah laporan dari portal Berita Harian, yang menunjukkan bahawa resort dan hotel milik Jamal Jamban, iaitu Sekin Fisherman Village Hotel & Resort berniaga di bawah syarikat Jamal Jaya Holding Sdn Bhd.


Bukti kedua pula, dari blog milik Jamal Jamban sendiri. Dalam salah satu artikel yang memuji-muji dirinya Jamal sendiri mengakui bahawa
Jamal Jaya Holding Sdn Bhd adalah miliknya.


Kesimpulan yang aku dapat di sini ialah — Memang sah syarikat yang curi elektrik itu adalah milik Jamal Jamban. Nampaknya Jamal Jamban bukan sahaja pandai mengemis dedak dari Najib, malah pandai juga mencuri, sampaikan bekalan elektrik pun dia nak curi, patutlah kaya.

Pengarah SPRM bersara kerana tidak mahu bersekongkol


Datuk Bahri Mohamad Zin
Datuk Bahri Mohamad Zin


SHAH ALAM - Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, mengesahkan bahawa beliau telah bersara daripada jawatan itu berkuatkuasa 30 Disember 2016.

Memaklumkan perkara itu kepada Sinar Online, Bahri berkata persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.

"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Bahri memainkan peranan penting menyiasat kes SRC International (SRC) yang melibatkan perihal dana RM42 juta.

Dalam pada itu, Bahri turut mengesahkan bahawa enam pegawai BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.

"Ya betul, mengenai isu perpindahan itu," katanya ringkas.

Rakyat berang minyak naik, Najib sekeluarga bercuti di Australia


ARIF ATAN
 
 
Gambar di Instagram Norashman, anak lelaki perdana menteri menunjukkan mereka sedang bercuti di AustraliaGambar di Instagram Norashman, anak lelaki perdana menteri menunjukkan mereka sedang bercuti di Australia

Ketika rakyat mengeluh dengan kenaikan harga petrol dan diesel sehingga ada terpaksa beratur panjang di stesen minyak menjelang tahun baharu 2017, lain pula halnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekeluarga yang tersenyum riang menikmati percutian panjang di Australia.

Demikian juga banjir yang sedang melanda di Kelantan dan Terengganu sehingga mengakibatkan sesi persekolahan di kawasan terjejas terpaksa ditunda, anak Najib, Mohd Norashman seronok berswafoto bermain golf, menonton persembahan penguin dan berbasikal.

Lokasi percutian keluarga Presiden Umno itu dapat dikenal pasti apabila Norashman menghantar sejumlah gambar berkaitan aktiviti liburnya di Instagram bersama tag "#perth", ""#goldcoast"dan "#meadowsprings".

Dalam perkongsian beliau semalam di Instagram misalnya, Norashman yang juga fasih berbahasa Cina itu memberitahu berbasikal dengan ayahnya.

Pada masa sama, portal berita Malaysiakini dalam laporannya malam tadi turut mendedahkan data penerbangan pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 berpandukan laman pengesanan penerbangan Flight Aware.

Pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 merentasi Australia serentak dengan tarikh percutian keluarga PMPesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 merentasi Australia serentak dengan tarikh percutian keluarga PM

Maklumat tersebut termasuklah ketika pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu terbang merentasi Australia yang serentak dengan tarikh percutian keluarga Najib.

Pesawat 9M-NAA berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember pukul 12.07 malam dan tiba di Gold Coast pada 10.06 pagi.

Dari Gold Coast, 9M-NAA berlepas pada tarikh yang sama pukul 11.47 pagi dan tiba di Brisbane pada 12.09 tengah hari.

Akaun Norashman di Instagram kemudiannya menunjukkan anak bongsu Najib itu bermain golf di Gold Coast pada 23 Disember diikuti keesokannya melawat Sea World Gold Coast.

Selanjutnya pada 26 Disember, Malaysiakini melaporkan 9M-NAA berlepas dari Brisbane pukul 9.11 pagi dan tiba di Gold Coast pukul 9.35 pagi.

Pada hari sama juga, 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang.

Seterusnya, Instagram atas nama Norashman pada 28 Disember memaparkan anak Najib itu bermain gitar dalam sebuah bilik di Perth dan esoknya dilihat berbasikal di Perth.

Akhirnya, pada 30 Disember, Norashman bermain golf di Golf Meadow Springs & Country Club di Mandurah, sejam perjalanan dari Perth.

Sementara itu, tinjauan Malaysia Dateline di akaun rasmi Facebook Najib lewat malam tadi mendapati ramai warga internet mengecam keputusan kerajaan menaikkan harga RON 95 sebanyak 20 sen, RON 97 (15 sen) dan diesel 20 sen berkuatkuasa mulai 1 Januari.

Deretan #20sen membanjiri ruangan komentar pada Facebook Najib yang dilihat sebagai menyindir kenaikan harga bahan api itu selain sindiran netizen antaranya Bi Isma menulis, "Selamat tahun baru Najib.

Terima kasih hadiah tahun baru ini. Naik 20 sen seliter apalah sangat pada kita, kan?"

Turut membidas Hemaraj Balachandran, "Happy New Year. Thanks for the 20 sen"; Simon Riley pula secara sinis menyebut, "Salam 20 sen" manakala Gn Winnie mengucapkan, "Selamat menyambut tahun barang naik tanpa gaji naik."

Namun, pada masa sama #RespectMyPM turut memenuhi ruangan berkenaan yang sebahagian besarnya datang daripada akaun palsu seperti lazim berlaku sebelum ini.

MP: Kerajaan perlu jelaskan status halal-haram wang 1MDB guna pergi haji


MALAYSIA DATELINE
 
 
Raja Kamarul Bahrin ShahRaja Kamarul Bahrin Shah

Kerajaan harus segera memberikan penjelasan segera berhubung wang Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilaburkan di Pulau Cayman dan digunakan untuk menaja jemaah haji.

Ahli parlimen Kuala Terengganu dari Amanah Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, ini kerana semakin banyak timbul pertikaian khususnya daripada golongan agamawan mengenai status halal haram wang tersebut.

"Selepas isu kontroversi pengunaan wang 1MDB untuk ibadah haji tercetus, banyak pandangan serta pendapat telah diberi. Rata rata pendapat umum - "Wang ibadah haji perlu dari hasil yang halal"

"Ramai para agamawan termasuk Timbalan Mufti Kedah mempunyai pendapat yang sama. Oleh kerana itu saya di sini menuntut kerajaan segera memberi penjelasan tentang apa yang telah saya bertanya di Parlimen tentang pelaburan 1MDB di kepulauan Cayman.

"Kenapakah kerajaan memilih untuk melabur di kepulauan Cayman sebuah pusat terkenal simpanan wang judi, dadah dan kongsi gelap. Saya juga bertanya dari manakah sumber wang 1MDB untuk menaja jemaah haji?" katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, selain terbongkarnya pelaburan wang 1MDB di Pulau cayman, lebih banyak aktiviti pelaburan 1MDB terdedah antaranya wang 1MDB dilaburkan dalam filem "Wolf Of Wall Street" yang berunsur lucah yang melibatkan kerajaan Amerika merampas harta serta menjalankan dakwaan ke atas aktiviti penggubalan wang haram oleh 1MDB.

"Beberapa pegawai bank ditahan oleh kerajaan Singapura kerana terlibat dengan aktiviti penggubalan wang haram oleh 1MDB.

"Kerajaan Abu Dhabi membekukan harta serta wang syarikat rakan niaga 1MDB yang juga melibatkan aktiviti pelaburan besar Kelab kelab Malam di Amerika.

"Selain itu siasatan aktiviti penggubalan wang haram ke atas 1MDB juga sedang berjalan di Switzerland dan Hong Kong.

"Apa yang jelas di kesemua tempat pelaburan 1MDB tersebut aktiviti penggubalan wang haram berlaku dan disiasat. Oleh itu amat kritikal kerajaan memberi penjelasan terperinci sumber pendapatan 1MDB kerana mereka telah pun menghantar lebih dari satu ribu jemaah haji ke Mekah," tegasnya yang juga Ketua Biro Antarabangsa Amanah.

Terdahulu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1MBD tidak akan mendapat haji mabrur kerana ia berpunca daripada wang haram yang dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Raja Bahrin juga mencabar dan menuntut kerajaan membebaskan sekatan ke atas dokumen Laporan Ketua Audit Negara Malaysia ke atas 1MDB yang telah diletak di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Kami ahli Parlimen pun dinafikan hak kami membaca dokumen tersebut.

"Dengan membaca dan menyelidiki dokumen tersebut kami berharap dapat mengetahui sumber pendapatan dan perbelanjaan jemaah haji tajaan 1MDB," katanya.

Menurut beliau juga, segala gimik kerajaan selama ini mengenai indeks syariah, dan sebagainya tidak bermakna tanpa penjelasan terperinci mengenai sumber pendapatan dan perbelanjaan untuk jemaah haji tajaan 1MDB.

"Bagaimana mereka yang berkenaan boleh mengetahui keadaan yang sebenarnya kalau maklumat ini semua di rahsiakan?" katanya selain mendesak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Dusuki dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menyatakan sama ada pelaburan 1MDB di luar negara tersebut mematuhi panduan syariah yang di war-warkan kerajaan Malaysia.

Asyraf baru-baru ini mengingatkan bekas perdana menteri itu supaya tidak berlagak pandai dalam hukum berkaitan Islam sehingga berani mempersoalkan hal ibadah haji orang lain.

Abdul Rahman pula berkata hanya Allah layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak.

"PEMAKAN DEDAK ADA DI MANA-MANA" DAN MENYANGGAH HUJAH PENGARAH KOMUNIKASI BN


Tidak dinafikan bahawa tindakan bekas Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahri Mohd Zin bersara awal adalah disebabkan terlalu kecewa dan tidak ingin terus menanggung dosa, meskipun tempoh perkhidmatannya masih berbaki kira-kira dua tahun lagi.

Kecewanya beliau bukan atas sebab-sebab peribadi, tetapi kerana keinginan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan seolah-olah telah dihalang oleh pihak lain yang lebih tinggi berbanding dirinya.

Sebagaimana dipetik daripada portal FMT, Bahri berkata, "Saya kecewa kerana kes siasatan SRC International tidak boleh dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak menghadapi sebarang masalah.

"Bukan saja kecewa, malah saya rasa amat berdosa kepada 30 juta rakyat Malaysia."

Kepada Sinar Online pula, Bahri memberitahu, "Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan. Tindakan ini diambil kerana saya kecewa dan berdosa sangat kepada 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, saya rasa amat berdosa kalau saya masih berkhidmat kerana agama kita secara jelas melarang untuk cenderung kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderung pun tak boleh, apatah lagi terus berkhidmat."

Lebih dari itu, sebagaimana yang dilaporkan media dua tiga hari yang lalu, Bahagian Operasi Khas SPRM juga sekarang ini semakin dikecilkan saiznya dengan beberapa pegawainya dipindahkan ke bahagian-bahagian lain.

Maka, di mana seriusnya SPRM di bawah kendalian Dzulkifli Ahmad selaku Ketua Pesuruhjaya yang baru mahu membanteras aktiviti jerung-jerung besar yang masih bebas berkeliaran dengan tindakan terbaru itu?
Masihkah Dzulkifli ingat dan berpegang kepada warkah terbukanya sempena 100 hari menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dilafazkan dengan penuh semangat pada 8 November 2016 lalu?

Mereka yang jujur, ikhlas dan benar-benar berkhidmat untuk negara serta tiada kepentingan peribadi atau terghairah dengan dedak, jika berada di kedudukan Bahri, pasti akan turut merasa kecewa.

Ia seolah-olah memperlihatkan usaha gigih dan kejujuran mereka terhadap negara langsung tidak diambil kira.

Sudahlah  sebelum ini, ketika melakukan penyiasatan, tugas mereka diganggu dengan serbuan dan rampasan komputer oleh pihak berkuasa yang lain, hasil penyiasatan terhadap kes yang dianggap "straightforward" juga menjadi sia-sia akhirnya.

Hanya pemakan dedak yang tidak berasa apa-apa jika mereka diperlakukan seperti Bahri.

Yang lebih menarik, UMNO dan BN melalui Pengarah Komunikasi Strategiknya, Abdul Rahman Dahlan bukan saja pantas menjawab, bahkan secara terbuka menyangggah apa yang diluahkan oleh Bahri itu.

Ia dengan sendirinya menggambarkan Abdul Rahman yang mewakili UMNO dan BN seolah-olah tidak sealiran dengan pegawai kerajaan yang jujur, amanah dan benar-benar mahu berkhidmat untuk kebaikan negara.

Antaranya Abdul Rahman cuba menggambarkan SPRM hanya berperanan menyiasat dan tugas pendakwaan terletak sepenuhnya di tangan Peguam Negara dan pengasingan kuasa itu bertujuan mengelakkan mana-mana pihak menyalahgunakan kuasa mereka.

Kata beliau, "Tujuannya ialah untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada menyalahgunakan kuasa mereka. Ini boleh berlaku jika pihak yang menyiasat juga diberikan kuasa untuk mendakwa. Apatah lagi kalau kuasa untuk mengadili juga diberikan kepada pihak yang sama.

Monday, January 2, 2017

Pengarah Operasi SPRM bersara awal, kecewa kes SRC tidak ke mahkamah


"Bukan sahaja kecewa, malah saya rasa amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah," itu kata Pengarah Bahagian Operasi Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain yang dilaporkan memilih untuk bersara awal dari jawatannya.

Beliau dilaporkan memilih untuk bersara awal walaupun masih boleh bertugas sehingga tiga tahun lagi. 


Persaraan itu dibuat olehnya dikatakan kerana kecewa apabila kes yang dikendalikannya melibatkan SRC International yang juga merupakan anak syarikat 1MDB gagal dibawa ke mahkamah.

Siasatan kes rasuah SRC sebelum ini menggemparkan negara apabila media melaporkan, wang sejumlah RM42 juta ditemui dalam akaun bank peribadi perdana menteri, Dato Seri Najb Tun Razak.

Wang RM42 juta itu didakwa melalui dua syarikat lain iaitu, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri melalui dua transaksi pada 10 Febuari 2015 dan 26 Disember 2014.

Bahri dilaporkan berkata SRC yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB telah menyeleweng wang rakyat secara terang-terangan

"Begitu banyak wang rakyat diseleweng secara terang-terangan. Saya tidak layak berkhidmat di bawah undang-undang sarang labah-labah," katanya.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini juga pernah memberitahu bahawa beliau mendapat maklumat dari bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail mengenai wang RM42 juta yang ditemui oleh SPRM dalam akaun peribadi Najib.

Bagaimanapun Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, telah membersihkan nama Najib, daripada sebarang salah laku rasuah.