Tuesday, March 22, 2011

VIDEO SEKS PULAK : HUDUH SUNGGUH PERANGAI UMNO/BN ...

KENYATAAN AKHBAR

Johari Abdul, MP Sg Petani from PKRSaya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.
Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya.
Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu.

Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar.
Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu. Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini.
Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.2.

Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 4.
Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011.
Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

P/S : dah la nampak huduh, makin huduh pulak perangai puak-puak umno/bn la ni. bukan isu nak menaik taraf hidup rakyat. tapi depa dok kalut kacau anwar. PM pun satu, mana pendidikan dia dapat tak tau, benda macam ni pun tak boleh pikiaq. ingankan bapa dia ja tak berapa reti, mai anak buat keja bodo...

yang rahim tambik perogol budak pun kalut nak join sekaki pulak. tuan penasihat yang makan percent haram. ang dah makan luar kat thailand dengan tok eskay (estacy) tu senyap2 sudahlah. dok cerita kat orang. biaq pi kat ang la nak makan puteri umno ka, puteri thailand ka, puteri FLOM big mum ka. peduli hapa... bodo tua ...

Thursday, March 10, 2011

ISU UMNO VS PAS, KENYATAAN MUFTI KENA ADIL

SEMPURNYA PARTI BERNAMA UMNO...

MUFTI Perak, Harussani Zakaria dikatakan enggan membuat penjelasan kepada tuan Guru Nik Aziz berhubung isu `Undi PAS Masuk Syurga'. Sebelum ini Tuan Guru Nik Aziz telah menghantar surat kepada Harussani agar memberikan penjelasan tentang penulisan beliau berkaitan isu tersebut.
Memetik dari yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, Mufti Perak itu berkata, "Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan.
“Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,” katanya.Pelik sungguh, beliau mengaku bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik tetapi tidak mahu kaitkan hukum Islam di dalam politik. Jadi, mahu dikaitkan dengan hukum agama apa pula? Mahu PAS kaitkan dengan agama Kristian, Budha atau Hindu? Atau, adakah PAS akan berpolitik seperti orang sekular berpolitik? Kita bayangkan, seorang Jurulatih Bolasepak akan mengajar pelatih-pelatihnya tentang bermain badminton atau bercucuk tanam. Apa akan jadi?Adakah maksud Harussani agar PAS hanya bercakap pasal pembangunan, bina jalanraya, janji sediakan WIFI, janji padang Futsal, janji peruntukan berjuta-juta semasa berkempen sepertimana puak di sebelah sana sering amalkan?
Cuba Harussani sebutkan secara jelas sepatutnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam apakah yang patut PAS lakukan sewaktu berkempen?Mungkin Harussani masih beranggapan bahawa Umno lebih memperjuangkan Islam dari PAS, justeru itu pelik apanya Harussani memberi komen yang senada dengan pimpinan Umno. Saya juga tidak merasa pelik jika beliau berdiam diri jika ada orang yang mengaku Islam mengalungkan bunga ke kubur Kamal Antartuk. Pelikkah kita jika beliau berdiam tatkala Muhyiddin mengkritik Kerajaan PAS Kelantan yang ingin mengharamkan judi di negeri tersebut?Sebaik-baiknya Harussani berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz dan berilah pendapat beliau berpandukan hukum Islam. Jika PAS sebuah parti Islam tentulah PAS akan bercakap di mana-mana pun berkaitan dengan Islam. Jika Harussani sebagai seorang Mufti, masakan Harussani akan bercakap atau memberi ilmu tentang bagaimana untuk menjadi seorang ratu cantik yang terkenal. Itu bukan Mufti namanya.


P/S : orang melayu islam di malaysia hormat pada ustaz. dengan mufti dan ulama apatah lagi. tapi kalau mufti buat kenyataan ikut sedap mulut, macam mana ni. ustaz kampung pun bleh jawab betoi ikut nas-nas al-quran. tapi mufti buat kenyataan yang bleh di pertikaikan. rakyat biasa tak dak hak tegur, mufti pandai-pandai la pikiaq sendiri...

DAH PENCEN TU..SUDAH-SUDAHLAH TOK DET ...

Mahathir adalah satu wajah yang paling hodoh yang pernah dihasilkan oleh organisasi yang korup yang telah sedia hodoh iaitu Umno. Dia adalah contoh kelaku paling buruk terhasil atas daya usaha Umno memperbodohkan Melayu demi survival bangsa Umno.

Tetapi susuk bernama Mahathir ini bagai bernasib baik kerana hidupnya dikelilingi oleh para pak yet yang termakan budi yang sedia mati demi menjilat dirinya sehingga berkilat. Sekali lagi baru baru ini, Mahathir bagai digilap semula dengan terhasilnya buku kisah hidupnya, “A doctor in the house: The memoirs on Tun Dr Mahathir Mohamad” yang sarat dengan dendam kesumat terhadap musuh musuh politiknya.
Mungkin salah silah keturunannya yang berliku yang tak ramai tahu itu, membuatkan lidah Mahathir begitu lincah berpusing memutar mutar ayat sehinggakan memaksa rakyat percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988. Malah beliau juga tidak dilihat untuk bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih 100 aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.
Dalam buku nukilannya, Dr Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada Almarhum Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar. Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh.
Dr Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk memecat Tun Salleh Abas, mengarah Operasi Lalang mahupun untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.
Seperti biasa, hanya bangsa Umno yang bodoh saja yang ternganga percaya karutan Mahathir ini...
p/s : kalau dah bersara tu sudah-sudahlah. orang tak kacau kita, kita tok sah la dok kacau orang. orang yang teraniaya pun kata dia dah ampunkan tok det. jadi, tok det dok hingaq buat apa lagi. contohilah pak lah badawi. lepas bersara dia dok diam-diam. buat rumah besaq, beli tanah banyak ( duit mai mana jangan tanya), pastu dok diam-diam ...

APA PANDANGAN BEKAS Y.B MERBOK ???

RAMALAN TUN DAIM
Daim zainuddin pernah menggemparkaN dunia politik tidak lama dahulu apabila meramalkan Barisan Nasional akan jatuh di lima negeri. Ternyata ramalan beliau tepat. Terbaru, beliau memberi pendapat tentang suasana polotik terkini:RATING FOT NAJIB IS GOOD BUT RATING FOR UMNO IS NOT GOOD
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin meluahkan pendapat beliau di dalam Malayisan Business yang terbaru bahawa pencakar langit Warisan Merdeka yang dicadang dibina PNB adalah tidak perlu.Kerajaan seharusnya menumpukan perbelanjaan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat daripada keghairahan membina pencakar langit. Walaupun perbelanjaannya oleh swasta iaitu PNB tetapi rakyat merasakan mereka tidak memerlukanya.Menurut Tun Daim jika beliau ada sebanyak RM5billion seperti jumlah kos pembinaannya, beliau akan laburkan di England dengan perolehan pendapatan sebanyak 6% setahun bermakna RM300juta.“Saya tidak fikir pembinaan projek tersebut akan memberi pulangan yang sama sebanyak RM300juta malah saya boleh membina setiap tahun satu bangunan 20 tingkat” kata Tun Daim.
Berhubung dengan ura-ura untuk mengadakan PRU tahun ini Tun Daim berpendapat BN masih belum bersedia untuk menang kerana keserabutan politik di akar umbi masih belum selesai.Walaupun kepimpinan DS Najib dilihat agak memberansangkan tetapi prestasi BN khasnya UMNO masih diparas tercorot. ‘Rating for Najib is good but rating for UMNO is not good’, kata Daim.BN masih lagi gagal memenuhi kehendak asas pengundi dan harus kurangkan laungan dan slogan.
P/S : pandangan tun daim zainuddin, selalu tepat. mungkin pandangan terbaru ni buat najib lega sikit. tapi tak lega pulak bagi umno. kalau tun daim kata BN boleh menang besar kalau buat pilihanraya terdekat, konpom najib dah bubar parlimen. sapa boleh pujuk tun daim tukar kenyataan tak ???

Monday, February 21, 2011

UMNO MERBOK : YAHOO !!! POKCIK KAYO .....

Ketua UMNO Bahagian Merbok akan dilantik sebagai Bendahari Perhubungan UMNO Negeri.
Desas-desus, sutsit-sutsit telah melanda UMNO Kedah bahawa Ketua UMNO Bahagian Merbok akan dilantik sebagai Bendahari Perhubungan UMNO Negeri.Ini kerana lobinya sangat kuat dan kencang disertakan pula Dato'Ahmad Bashah adalah keluarga suku-sakat mereka.

Perlantikan ini jika berlaku adalah dikira tepat pada masanya memandangkan kewibawaan beliau mengaut dana-dana asing dari Singapura dan kebolehan melobi projek dengan menumbuk meja menteri dan mengugut menteri-menteri yang tidak layan projek jutaan ringgit permohonan beliau.

Memandangkan amalan pentadbiran UMNO banyak mengunakan wang sehubungan itu Bendahari perlulah dilantik dari kalangan ketua bahagian yang rajin hemoy, muka tak malu dan broker atas angin yang kulit tebal.Semoga UMNO Kedah tidak pungggahhh.
P/S : TERINGAT pantun orang dulu-dulu. betoi rupanya.....
siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama jadi menteri...
la ni dah jadi bendahari negeri..kalau umno umur panjang, jadi menteri kewangan la pasni....

DUIT UMNO MERBOK DI SELEWENG ??????

Urus Si Tajul said...
Macam mana depa nak berhujah dengan professional AJK depa pun tak tau apa itu penyata keewangan.Yang sah seorang lagi Juruodit tak tanda-tangan pun. Mana Pi?
Cuba kita congak bodoh - mana pi duit sewa Pelita Restoran Nasi Kandar?

1. Pendapatan dari Sewa tahun 2007 RM 72,000.00
2. Pendapatan sewa tahun 2008 RM 66,000.00 (Isunya : Terdapat perbezaan kekurangaan sebanyak RM 6,000.00)3. Sebenarnya pendapatan sewa yang diperolehi dari Pelita Nasi Kandar ialah sebanyak RM 15,000.00 sebulan dan dibahagi dua di antara Bahagian Sungai Petani dan Merbok.
4.Ini bermakna tiap-tiap Bahagian akan dapat RM 7,500.00/bulan (RM 7,500 X 12 BULAN = RM 90,000.00).
5.Sepatutnya Penyata Kewangan kena menunjukkan RM 90,000.00 dalam ruang pendapatan sewa dan bukannya RM66,000.00.
PERSOALANNYA : KEMANA PERGINYA WANG SEBANYAK RM 24,000.00 ?Jawabnya depa nak tutup lubang ini sebab tu depa tak jawab.
P/S : tu adalah kata-kata komen pembaca di blog merbok times. kesimpulan bodohnya, memang duit tu kena selewenglah. ada yang kata ketua lama, dato` cikgu mi bauk, ada yang kata zaman ketua dato` cikgu tajul. tapi, mana-mana ketua pun depa kata songlap serupa jugak. pasai, siapa jadi ketua bahagian, boleh lantik bendahari bahagian. jadi, bendahari dengan ketua, sama-sama naik tocang. kalau macam ni, bestlah jadi ketua, duit sewa nasik kandar bleh dapat masuk poket, ntah-ntah makan kat nasik kandaq pelita pun free jugak... bertuah betoi badan ....

KEPINCANGAN UMNO MERBOK : BLOG MERBOK TIMES DI BELASAH ...

Blog Merbok Times dibelasah dengan carutan dan kata-kata kesat
Berikutan dengan pendedahan berani dan telus Blog Merbok Times berhubung dengan beberapa kepincangan pentadbiran UMNO Bahagian Merbok yang melibatkan isu Penyata Kewangan UMNO yang kabur dan ketandusan aktiviti-aktiviti bahagian yang menyentuh rakyat, Blog Merbok Times telah dibelasah dengan carutan, kata-kata kesat dan maki hamun.


MerbokTimes dapat merasai melalui gaya bahasa dan susunan ayat-ayat yang dipaparkan ianya datang dari juak-juak Datuk Tajul Urus Mat Zain, Ketua UMNO Bahagian Merbok kerana mereka mungkin lupa bahawa ayat sebegini adalah mainan harian mereka di luar sana.Hakikatnya tiada siapa pun di kalangan mereka yang tampil berhujah secara ilmiah, professional, bijak dan berfakta untuk menjelaskan sejelas-jelasnya isu yang sebenar dibangkitkan dikalangan ahli-ahli UMNO.


Mereka juga gagal dan tidak pandai mengambil kesempatan ini untuk memberi penjelasan yang ikhlas dan berilmiah kepada warga bloggers yang rata-ratanya terdiri dari pengundi-pengundi atas pagar dan generasi muda yang sedang melihat kelakuan tidak senonoh mereka.Kelakuan-kelakuan yang penuh carutan dan buruk ini jelas membawa lambang dan wajah yang hodoh kepada kepimpinan UMNO Bahagian Merbok di bawah pimpinan Tajul Urus Mat Zain.Yang sebenarnya apa yang harus mereka lakukan ialah menjawab segala kesangsian ahli-ahli ini dengan menjelaskan kedudukan yang sebenar secara professional, intelektual, berfakta dan berilmu.


Jika pendekatan ini diambil mereka akan dilihat berhemah, bijaksana dan berbicara benar dan kepimpinan mereka akan disanjung dan dihormati.Seharusnya mereka ingat bahawa kekuatan media baru internet mengatasi kekuatan akhbar-akhbar perdana dan media-media konvensional lain. Jangan sekali-kali memandang rendah dan bermain-main dengannya.
P/S : NO komen la problem umno merbok. depa kata setandan pisang, takkan semuanya buruk. masalahnya, pokok pun buruk. tebang jelah pokok-pokok tu. jadi, penulis secar peribadi amat terharu dengan perjuangan merbok times. walaupun berbeza ideologi politik, tapi kebeberaniannya, agak mengejutkan. berani sungguh dia pi kacau geng2 datuk2 tu. jaga-jaga silap hari bulan, makan tanah sat gi kot. penulis ambil kesempatan la copy past merbok times punya posting. tahniah merbok times...

Sunday, February 6, 2011

APABILA UMNO MERBOK CACA MERBA DAN JIWA KACAU ...

Kedah Times: Sapa Sebenar pemecah belah UMNO Merbok?
Lawatan YAB Perdana Menteri ke Sg Petani hari kamis lepas telah memberi semangat baru kepada penyokong-penyokong UMNO dan BN Kedah. Semangat untuk bersatu dan merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat Cakap kosong.
Kedah Times berharap agar ada sedikit sentuhan juga di hati pemimpin-pemimpin UMNO Kedah untuk bersatu, membuang perkara remeh-temeh dan kepentingan diri sendiri. Ini juga menjadi harapan semua penyokong UMNO Kedah.
Gelora dan Gelombang merah untuk merampas kembali Kedah dari PR sedang membuak-buak. Jangan ada pemimpin UMNO yang menganggap ini sebagai hangat-hangat tahi ayam atau cuba menonjolkan diri dengan merosakkan semangat perpaduan yang bakal di bentuk.
Apa yang sering dirisaukan sedang berlaku. Terkini difahamkan Ketua UMNO Merbok sudah memecat Ketua Penerangan Merbok. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang!
Datuk Tajul Urus telah dikatakan memecat ketua Penerangan UMNO merbok Datuk Zubir selepas sahaja PM kembali ke K
uala Lumpur selepas melawat Sg Petani pada hari Kamis lalu.

Inilah perangai ketua yang sering disebut-sebut oleh penyokong UMNO sebagai yang suka menimbulkan rasa kebencian rakyat kepada UMNO dan juga perangai yang sering memporakporandakan UMNO Kedah. Tindakan beliau bakal menambahkan lagi rasa kebencian penduduk kepada UMNO terutama pengundi Merbok.
Atas apa sebab pemecatan ini dilakukan, hanya Ketua Bahagian Merbok saja yang tahu.
Kedah Times dan mungkin ramai lagi merasakan Datuk Tajul Urus tidak sepatutnya melakukan perkara sebegini di waktu UMNO Kedah dalam usaha untuk menyatupadukan seluruh penyokong dan rakyat untuk kembali kepada UMNO.

Jika ini menjadi permainan Tajul Urus, maka beliau tidak layak untuk memimpin sebuah organisasi. Mungkin beliau layak menjadi Pengarah Syarikat Singapura tetapi tidak layak untuk menyatupadukan dan menjadi pemimpin rakyat.
Pertanyaan Kedah Times, sampai bila pemimpin UMNO nak buat perangai sebegini? Rayuan dan saranan Presiden UMNO pun mereka bangkul sampahkan!
report : kedah times
P/S : cakap tak kena, tendang tak kena ,tembak tak kena. habis tu nak buat macam mana? nak dengar sinar fm pun tidur tak lena. kalau lagu ni, tak payah la buat "GELOMBANG MERAH", mai pakat buat "GELOMBANG HIJAU". bukan setakat kedah ja selamat dan satu malaysia pun selamat geng...

Friday, February 4, 2011

PANAS UMNO MERBOK : DATO` ZUBIR DI TENDANG KELUAR ???

Ketua Penerangan UMNO Merbok dipecat kerana lawan tokey ?
UMNO Merbok nampaknya bergolak teruk. DS Najib baru sahaja menasihat supaya elakkan perbalahan dalaman jika BN ingin menguasai Kedah kembali semasa lawatan kerja beliau baru-baru ini. Belum pun sempat dakwat kering perbalahan sudah tercetus apabila Ketua Penerangan Bahagian Ybhg Datuk Zubir Saad dipecat dari jawatannya kerana dikatakan melawan tauke.

Kekerapan Datuk Zubir turun padang berjumpa ketua-ketua cawangan dan JKKP dilihat satu ancaman kepada Ketua Bahagian. Populariti Datuk Zubir ternyata mengatasi populariti Ketua Bahagian kerana Datuk Zubir dikira seorang hartawan yang dermawan tidak lokek untuk menyumbangkan apa-apa sumbangan yang dipohon oleh ketua-ketua cawangan.

Tindakan Ketua Bahagian yang tidak berapa cerdik ini adalah salah satu usaha cantas mencantas seperti apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir. Datuk Zubir adalah mangsa kedua selepas Tuan Syed Osman dicantas sebagai AJK Bahagian kerana terlalu menonjol atas platform Perkasa.
Menurut sumber beberapa lagi individu-individu di dalam barisan UMNO Bahagian akan menerima padah yang sama di dalam usaha memertabatkan Ketua Bahagian sebagai hanya tokoh tunggal yang layak menjadi calun dalam PRU13 yang akan datang. Nampaknya Merbok tidak berubah walaupun di dalam kalah.
oleh : Merbok Times
P/S : Sesiapa bleh sahkan laporan ni?.kalau ianya benar, memang kacau bilau la umno merbok. dato` zubir seorang yang kaya dan intelek di sia-sia umno merbok. beliau pakar bidang mentadbir dan bab-bab meniaga ni. habis sumber kewangan dato` tajul pulak nanti, harap pencen cikgu banyak mana saja. tapi kalu ada duit tepi ok la sikit.
dato` zubir ni pengaruh besaq. dengar-dengar dia orang kesayangan dato` seri shafie afdal dulu. waktu jadi pengerusi perhubungan umno kedah. dato` seri jamil khir baharom pun suka kat dia. bukan tu saja, datuk mukhriz tun tok det dengan datuk paduka ahmad bashah yang jadi ketua umno negeri minat cara dia keja. habis tu, ketua umno merbok nak duduk tang mana? alang-alang tak senang duduk, baik buang terus.
tapi....kalau sorang ketua umno merbok saja yang tak berkenan, tapi ahli umno ngan jkkp semua berkenan. tambah pulak geng-geng ketua peringkat negeri semua berkenan dekat dato` zubir, nak tengok lagu mana pulak lepas ni. makin panas la kerusi umno merbok tu. tambah-tambah dekat PRU-13... syoknya raya ....