Thursday, March 10, 2011

DAH PENCEN TU..SUDAH-SUDAHLAH TOK DET ...

Mahathir adalah satu wajah yang paling hodoh yang pernah dihasilkan oleh organisasi yang korup yang telah sedia hodoh iaitu Umno. Dia adalah contoh kelaku paling buruk terhasil atas daya usaha Umno memperbodohkan Melayu demi survival bangsa Umno.

Tetapi susuk bernama Mahathir ini bagai bernasib baik kerana hidupnya dikelilingi oleh para pak yet yang termakan budi yang sedia mati demi menjilat dirinya sehingga berkilat. Sekali lagi baru baru ini, Mahathir bagai digilap semula dengan terhasilnya buku kisah hidupnya, “A doctor in the house: The memoirs on Tun Dr Mahathir Mohamad” yang sarat dengan dendam kesumat terhadap musuh musuh politiknya.
Mungkin salah silah keturunannya yang berliku yang tak ramai tahu itu, membuatkan lidah Mahathir begitu lincah berpusing memutar mutar ayat sehinggakan memaksa rakyat percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988. Malah beliau juga tidak dilihat untuk bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih 100 aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.
Dalam buku nukilannya, Dr Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada Almarhum Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar. Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh.
Dr Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk memecat Tun Salleh Abas, mengarah Operasi Lalang mahupun untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.
Seperti biasa, hanya bangsa Umno yang bodoh saja yang ternganga percaya karutan Mahathir ini...
p/s : kalau dah bersara tu sudah-sudahlah. orang tak kacau kita, kita tok sah la dok kacau orang. orang yang teraniaya pun kata dia dah ampunkan tok det. jadi, tok det dok hingaq buat apa lagi. contohilah pak lah badawi. lepas bersara dia dok diam-diam. buat rumah besaq, beli tanah banyak ( duit mai mana jangan tanya), pastu dok diam-diam ...

No comments:

Post a Comment