Sunday, February 15, 2009

INILAH HAKIKAT UMNO.....

Mac sudah semakin hampir. 24 - 28hb Mac nanti PAU akan diadakan. Para perwakilan yang sepatutnya membawa suara yang telah ditetapkan bahagian mungkin akan berubah arah kerana habuan yang diterima dari calon-calon berkenaan. Di mesyuarat bahagian-bahagian calon-calon yang terpilih ditentukan dalam tandas-tandas semasa mesyuarat berlangsung atau sebelum itu lagi. Dalam PAU nanti akan berlaku yang sama. Ini sedang hangat berjalan sekarang. Di bahagian-bahagian sentiasa ada broker yang menjual orang (perwakilan), nampaknya susahlah Husin Lempoyang nak cari makan. http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/

Ada yang kata bahawa PAU (Perhimpunan Agung UMNO) akan menjadi PAKAU (Perhimpunan Agung Kepala Agong UMNO). Kerana itu dibahagian-bahagian semua berebut-rebut nak jadi perwakilan, maka banyaklah RMRM yang dilaburkan. Sampai di PAU ini, para perwakilan-perwakilan itu akan cuba memungut semula keuntungan dari pelaburan yang mereka telah lakukan. Maka mereka akan mengumpul RMRMRMRM.
-petikan suara perihatin umno jerantut
-nak bagi salah, tak bagi serba salah, sah dah kalah. habis macam mana? semua makan rasuah la pa lagi. dari atas sampai ke bawah. dari bapak sampai ke cucu. semua kedarah duit haram. tu yang jadi perangai pelik sangat tu. peringkat cawangan..rasuah. peringkat bahagian.....rasuah. peringkat negeri...rasuah. peringkat kebangsaan.....mestilah la rasuah. dah terbukti dah. ahli umno sendiri yang bagitau kata rasuah segalanya. tv, paper, intenet, radio semua bagitau pemilihan umno tercemar dengan rasuah. awat teruk sangat sampai macam nie. sudah pasti duit sekarang sedang di tabur lagi. maka akan wujud lah nanti selepas pemilihan UMNO MAC 2009 INI, SATU ANGKATAN TONGKANG PEMIMPIN UMNO YANG RASUAH!!!

Tuesday, February 10, 2009

BACULNYA MEREKA: penakut tak bertempat...

Pernahkah anda sekalian terlihat suratkhabar-suratkhabar seperti di dalam gambar ini dijual secara terbuka kepada orang awam di kedai-kedai runcit atau di mana-mana sahaja?Jika pernah, sila laporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menurut KDN kedua-dua suratkhabar itu hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja dan bukannya untuk edaran orang awam.
Penulis juga mengucapkan tahniah kepada KDN kerana telah mengadakan operasi KDN untuk merampas edaran kedua-dua suratkhabar milik PAS dan PKR kerana telah melanggar permit edaran suratkhabar parti politik.

oleh: Dr Novandri Hasan Basri /minda intelek meloya
- tengok lah telatah mereka. penakut tahap kera luku (sejenis kera yang amat penakut dan bacul sikapnya). terlalu takut dengan pendedahan kebenaran kepada rakyat. takut rakyat bangun kerana kebenaran. mereka bersengkongkol dengan KDN untuk mencapai hasrat nafsu mereka. sanggup buat apa cara sekali pun agar cerita sebenar tidak sampai ke pengetahuan rakyat. mereka menggunakan pelbagai cara untuk memperbodohkan rakyat. Umno/Bn boleh menggunakan segala kemudahan kerajaan, tak cukup dengan itu tv, suratkhabar semua boleh guna. semua untuk politik. semua bodek depa. puak umno nampak tak? ker buat-buat tak nampak? yang cerdik pandai nampak tak? yang ada degree, master, phd nampak tak? ker makan habuan sekali? tue baru dari segi kebebasan media, belum lagi yang lain. cuma satu saja pesanan kita. jangan biarkan diri anda di kongkong oleh duit. gunakan sedikti akal fikiran yang di berikan untuk memikirkan sedikit perkara berlaku.... itu saja...

Monday, February 9, 2009

ISU DERHAKA: umno buktikan mereka buta sejarah...


BN terus menggunakan strategi kotor, cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara apabila menghalang sistem mahkamah yang diadili Pakatan Rakyat terhadap kesahihan pelantikan Menteri Besar dan kerajaan BN di Perak.

Berhubung tindakan tersebut, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifakannya sebagai satu lagi bentuk kerakusan Umno-BN yang cuba merampas hak perundangan yang diizinkan sistem negara ini.
Menurut beliau, tindakan Umno-BN itu amat tidak bermoral dan ia merupakan satu jenayah terhadap sistem negara setelah mereka merampas kuasa perundangan dan perlembagaan dalam krisis di Perak.
"Sekali lagi Umno-BN cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara kepada setiap rakyat untuk mendapat pembelaan yang sebenar di mahkamah," tegasnya.
Jika tindakan Pakatan Rakyat tidak benar dan tidak izinkan tindakan undang-undang dalam bentuk seperti itu beliau mencabar Umno-BN terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

Katanya, ia juga berlaku kepada Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.
"Saya juga mencabar tindakan undang-undang diambil terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu," tegasnya.
Begitu juga tambah beliau tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.
Menurut beliau, jika mengikut pandangan Umno-BN perbuatan pihak Standard Charted Public Bank itu merupakan satu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu tetapi mengapa pada waktu itu Umno tidak marah dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bank.

Justeru, beliau berharap supaya pihak Umno-BN jangan mempolitikkan isu mencabar kesahihan Menteri Besar dan kerajaan BN sebagai satu bentuk pendurhakaan.
Sebaliknya kata beliau itu merupakan hak yang diizinkan dalam negara ini.
Beliau meminta Umno-BN tunjukkan kejujuran dan jangan cuba menuduh Pakatan Rakyat telah durhaka terhadap Tuanku Sultan

-petikan harakah daily
mungkin umno/BN tak tengok buku sejarah kot. tak pun memang tak taw sejarah. kesian la pulak. kalau pemimpin diorang yang tua dan tamak tu buat-buat lupa sejarah tak pa la jugak. ni dak, yang putera umno dan pemuda umno pun sama. muda-muda lagi dah jadi macam tue. awat la hangpa ni cepat lupa. kedarah benda haram banyak sangat kot nie. dah la tue, gedik pulak buat perhimpunan menyokong sultan. sapa yang derhaka sultan nie? baca buku undang-undang sikit, bukankah tindakan itu boleh di ambil ke atas keputusan sultan. tindakan umno/BN dulu lagi dahsyat. lupa ka geng putera/pemuda umno wei. takkan yang tue nak kena bagitau. MB pakatan rakyat siap mintak pohon untuk derhaka. punya la tertip. hangpa? main rempuh jaa. isk..pikiaq sendiri la noo. besaq-besaq da. kalau benda nie pun nak kena bagitau..sia-sia hidup wei....

Sunday, February 8, 2009

bukan islam VS UMNO.....

Terkini, MAKLUMAN dari Kedah Darul Aman yang mengatakan seorang Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Arumugan a/l Vengatarakoo, iaitu ADUN Bukit Seambau dari PKR telah meletakkan jawatannya malam tadi. Ini berikutan beliau tidak tahan lagi dengan tekanan dan ugutan supaya beliau melompat parti. Akibat bimbang dengan keselamatan keluarganya, maka beliau terpaksa mengundur diri dan meletakkan jawatan secara terhormat. Perkara ini telah disahkan. Ini bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan iaitu di kerusi DUN Bukit Selambau Kedah dalam masa terdekat ini.

Tahniah kita ucapkan kepada YB Arumugan, biarpun beliau bukan beragama Islam namun atas dasar maruah dan harga diri serta tidak mahu mengecewakan para penyokongnya beliau lebih rela mengambil keputusan berundur dari menerima habuan "rasuah" dari puak-puak UMNO. Berbeza sekali dengan tiga ADUN PKR di Perak yang kononnya beragama Islam, namun sebenarnya mereka tiada maruah dan harga diri serta lebih rela dijual beli tanpa memikirkan impaknya di kemudian hari nanti.

-petikan pahangdaily.


kalau macam ni keadaanya, apa guna kita menyokong spesis politik bernama UMNO. dasar hidup ahanya untuk rasuah. semua orang tau, kedah taw, semenanjung tau, seluruh malaysia tau, asia tenggara tau yang UMNO teruk dengan rasuah. betapa terukya. dah la dalam pemilihan rasua, bertanding pun rasuah. sampai nak pancing orang lain pun rasuah. apa barang UMNO nie ???. rakyat yang cerdik, takkan pilih pemimpin dari puak-puak kedarah duit haram ni. akalua makan pun haram..perangai jadi haram jadah la macam perasuah tu... sedah lah wei.... orang bukan islam pun malu terima rasuah...hangpa main makan macam tu ja... malu..malu....malu... tapi puak-puak nie tak tau malu...

UMNO MULA GEMPUR KEDAH KITA......

Eksklusif: Gempar, Exco Kerajaan Negeri Kedah YB Arumugan ADUN PKR Bukit Selambau Letak Jawatan Akibat Tidak Tahan Tekanan Puak BN !

ALOR SETAR - Belum pun sampai seminggu UMNO dan BN yang diketuai oleh Najib Razak "merampas kuasa" di negeri Perak, kini khabarnya mereka sudah mula melebarkan sayapnya pula ke negeri "Jelapang Padi" Kedah Darul Aman. Najib seboleh-bolehnya akan menggunakan segala kekuatan, jentera dan kewangan untuk "membeli" serta "memaksa" ADUN-ADUN Pakatan Rakyat terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO dan Barisan Nasional.
Agenda beliau jelas, dimana Najib mahu seboleh-bolehnya tiga negeri utama yang dikuasai Pakatan Rakyat dengan "majoriti mudah" seperti Perak, Kedah dan Selangor dirampas semula secara paksa sebelum beliau mengambil alih kuasa. Biarpun rakyat kecewa dan melihat senario ini, namun itulah wajah sebenar anakanda mantan PM Allahyarham Tun Abdul Razak ini. Kelibatnya jauh sekali bagai "langit dan bumi" jika mahu dibandingkan dengan ayahandanya itu. Kini Najib menggerakkan seluruh kekuatan juak-juaknya untuk mengganyang pula Kerajaan Negeri Kedah. Berbagai isu-isu sensitif yang akan dibangkitkan bagi mengelirukan rakyat. Modus Operandinya hampir sama denngan apa yang dilakukan di Perak dulu. Bermula dengan "umpan wanita" seterusnya "rasuah". Inilah yang berlaku kepada dua ADUN PKR yang merupaka Exco Kerajaan Negeri Perak dulu. Kini mereka akhirnya tewas dengan pujukan, gertakan dan kemewahan yang dijanjikan oleh Najib sekiranya mereka sanggup bersama UMNO dan Barisan Nasonal Karat itu.

-petikan pahangdaily


maka, angkatan akan datanglah petualang rakyat UMNO ke kedah untuk merampas DUN bukit selambau. maka nanti, adalah janji-janji buat menara ka, bangunan ka, lebuh raya ka kat bukit selambau tu. x percaya tengoklah. bukit selambau akan jadi bukit duit. kayalah orang bukit selambau nanti. tapi ingat...bagi duit ambik...pangkah tak payah. rasanya geng najib altantuya dan pak lah akan turun nanti. mahdir khalid pun confirm la join sekali. declare war in bukit selambau. rakyat nak pilih sapa? pandai-pandai la buat keputusan noo...

Saturday, February 7, 2009

Perak: DERHAKAKAH RAKYAT???- "Raja Adil Raja Di Sembah, Raja Zalim Raja Di Sanggah".

Oleh MOHD FADZLI MOHD RAMLY

Saya sebenarnya cuba mengelak diri dari menyentuh soal politik dalam tulisan saya. Tapi keadaan semasa seolah-olah membuatkan saya rasa berdosa dan seperti ’syaitan bisu’ sekiranya saya diam membatu. Saya gagal melawan runtunan jiwa dan warna sebenar saya.
Tidak dapat saya nafikan bahawa isu yang berlaku di Perak adalah merupakan persoalan perlembagaan dan isu perundangan. Tetapi saya amat berkeyakinan dan menegaskan bahawa isu sebenar di Perak adalah kuasa eksekutif dan sistem beraja telah ‘merompak’ kerajaan negeri dari rakyat Perak!

Isu pertama adalah adalah kuasa sultan untuk mengarahkan perletakkan jawatan Menteri Besar dari Nizar. Saya bersedia untuk bertanggungjawab menyatakan bahawa tindakan Sultan adalah salah di sisi undang-undang! Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan bahawa Menteri Besar tidak memegang jawatan tersebut dengan perkenan Sultan.
Artikel 16(6) Perlembagaan Perak menyebut :
If Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.
Soalan saya: Bagaimana hendak menentukan bahawa MB telah hilang keyakinan di DUN? Siapa yang berhak menentukan kehilangan keyakinan tersebut? adakah Sultan berhak menentukannya? atau dimana kita hendak mengukur bahawa MB telah kehilangan mandat negeri?

Yang berlaku: satu sidang akhbar Najib bersama-sama ADUN-ADUN yang dikatakan melompat dan diistiharkan bahawa BN telah memperolehi majoriti yang cukup untuk tubuh kerajaan negeri! Saya nak tegaskan bahawa perkara ini adalah tidak sah untuk mengesahkan bahawa MB telah hilang keyakinan di DUN Perak! Malah ianya adalah salah sama sekali di sisi undang-undang! Hanya satu cara iaitu dibuat di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri melalui Undi Tak Percaya (vote of no confidence) di DUN. Sultan tidak boleh hanya mengarahkan MB mengosongkan jawatan begitu sahaja!
Kedua: Siapakah sebenarnya memegang majoriti di DUN Perak? Menjawab isu ini adalah perlu untuk kita melihat komposisi DUN Perak. 28 Pakatan Rakyat, 28 BN dan 3 Bebas. Justeru, kita harus mengkaji kedudukan 3 anggota “Bebas” ini. Sebelum bertanya siapakah yang mereka sokong, adalah perlu diakses kesahihan kedudukan mereka di DUN memandangkan isu perletakan jawatan mereka berbangkit. Perletakan mereka telah dimaklumkan oleh Speaker DUN kepada SPR, tetapi SPR menolak surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN tersebut atas alasan terdapat keraguan terhadap surat perletakan jawatan beliau. Soalnya adakah SPR mempunyai bidangkuasa menolak perletakan jawatan tersebut yang dimaklumkan oleh Speaker DUN Perak kepada mereka?
Dari aspek perundangan, saya tegaskan bahawa SPR tidak mempunyai apa-apa kuasa melalui samada Perlembagaan Persekutuan, Akta SPR 1957 mahupun Akta Pilihanraya 1958. SPR telah melangkaui kuasanya yang sedia ada! Yang ada hanyalah, peruntukan apabila Speaker DUN memaklumkan SPR kekosongan kerusi DUN terbabit, terima dan laksanakan Pilihanraya Kecil di kawasan terbabit. Oleh yang demikian, dimana kuasa SPR untuk tidak menerima makluman Speaker? Jadi adakah boleh kita menggangap BN miliki majoriti? Dalam hal ini, saya sangat percaya bahawa SPR telah jadi “tapir tunggangan” apabila membelakangkan arahan Speaker tersebut!
Dengan berkeadaan 28 kerusi Pakatan, 28 kerusi BN dan 3 Bebas, keadaan Perak amat tidak menentu. Bagaimana pula 3 Bebas kembali menyokong Pakatan? Tak ke haru jadinya..Oleh itu cara terbaik adalah serahkan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya negeri! Nasib dan mandat rakyat Perak tidak harus diserahkan hanya kepada pemimpin korup dan seorang Sultan. SUHAKAM sendiri berpendapat bahawa mandat perlu diserahkan kembali kepada rakyat Perak.
Saya berhujah di sini bukanlah berniat untuk menderhakai Sultan dan sistem Raja Berpelembagaan negara ini. Saya percaya bahawa hujah saya ini adalah amat konstitutional dan mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
Saya percaya bahawa isu ini akan menimbulkan banyak aplikasi perundangan dan perlembagaan. Adalah terlalu dangkal dan dajal untuk mengatakan bahawa Sultan tidak boleh disaman di sisi undang-undang dan beralasankan derhaka, kerana apa yang berlaku adalah Sultan dinamakan sebagai Defendan bertujuan untuk memperolehi finding fact ataupun natijah terhadap sesuatu persoalan undang-undang dan bukan ingin mengheret Sultan ke penjara. Justeru, pemimpin politik kerajaan haram jangan menghina diri mereka! Biarlah kerajaan mereka haram, jangan diri mereka juga haram di sisi undang-undang.
Ya! Saya adalah penderhaka kepada sistem yang khianat kepada rakyat!


-petikan sidang online....

Tuesday, February 3, 2009

BERCELARUNYA UMNO.....


Apakah keputusan dari post-mortem – post-mortem yang telah UMNO lakukan semenjak PRU12 yang lalu? Apakah sudah diketahui punca kekalahan UMNO? Apakah penyebab UMNO/BN di tolak oleh rakyat? Setelah PRK P.044 diikuti PRK P036 dimana UMNO/BN masih lagi ditolak oleh rakyat, apakah pemimpin UMNO sudah menyedari penyebab kemerosotan sokongan terhadap UMNO/BN? Ada juga kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang telah ber’alih’ arah dengan menyertai parti lawan. Selalunya jawapan mudah yang kita berikan adalah mereka itu tidak setia,pembelot,tidak kuat semangat perjuangan. Apakah kita pernah menggali lebih dalam untuk mengetahui sebab-sebab lainnya?
Mari kita ke-kampung-kampung atau ke cawangan-cawangan dimana suara akar-umbi berada,kita cuba mendapatkan punca kenapa masyarakat atau rakyat menolak UMNO. Saya tidak membuat kajian terperinci namun ianya dapatlah dikira sebagai keputusan kolektif setelah berbual dan menanya ramai responden yang sedia berkerjasama. Mungkin permasalahan ini tidak sama antara kampong dan cawangan namun apa yang kita huraikan ini bukanlah sesuatu alasan yang salah sama sekali.
-petikan suara prihatin umno jerantut...
kalau orang umno sendiri yang kata umno ni bercelaru dan berlaku kepincangan..apa cerita nie. bak kata pepatah di luah mati bapak..ditelan mati ibu... tapi, kalau ada pendapat yang kata umno adalah kapal yang kian tenggelam..... dan kena hukum mati mandatori oleh rakyat...mcm mana?
yang dapat di lihat sekarang..umno telah rosak teruk..tidak boleh lagi di baiki atau overhall. maknanya...tak boleh repair dah. jadi kesimpulannya..kita kena tukar yang baru. fikir-fikir lah.....

Monday, February 2, 2009

perak: NAJIB KATA KAT PAK LAH: tuan penasihat..... gagal lagi rancangan kita......25%...


Speaker Serah Surat Makluman Kepada SPR
IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menyerahkan surat rasmi memaklumkan kekosongan DUN Behrang dan DUN Changkat Jering kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak.
[Maka apakah SPR akan menerimanya atau juga bermain wayang untuk tidak mengadakan pilihanraya kecil di kedua-dua DUN itu?. Sama-sama kita nantikan perkembangan terkini perkara ini.Kami amat yakin Pakatan Rakyat akan menang dengan majoriti lebih besar jika ia berlaku. Gelombang kebangkitan rakyat di Kuala Terenggani pasti terjadi di Perak].
satu adengan yang sukar untuk di terima oleh UMNO/BN. ku harapkan dapat DUN FREE, rupanya kena bertanding la pulak...
boleh menang ka nie????
maka mengadaplah najib kepada paklah....
pak lah: apa hang buat ni najib, ari tu kata depa nak lompat mai kat kita. ni jadi lagu mana plak nie?
najib: depa kompom dah ari tu nak mai kat kita. duit pun janji nak dah nak bagi.
pak lah: pastu..awat jadi kalut sampai lagu nie?
najib: aku tahan depa dah kat umah aku, banyak ari. depa kata perak bleh dapat kat tangan kita...
pak lah: ok la kalau macam tue. nia yang M.B nizar umum depa letak jawatan nie apa ceqita? pilihanraya lain pulak apa nie?
najib: tu la pasai. mana aku tau depa tandatangan aku janji apa tak tau. depa kira hilang jawatan DUN ngan exco. x dapat kerusi free la lagu nie..
pak lah: hang nie fail betui la. mangkuk ayun. depa pun sama. aku cukup fobia dengar pilihanraya kecik nie......
najib: mana nak tau jadi lagu nie. M.B perak lagi cerdik dari kita...
pak lah: habih tue..lagu mana kita nie???????
najib: TUAN PENASIHAT...GAGAL LAGI RANCANGAN KITA..........
pak lah: TUNGGU BALAK APA PULAK NAK DATANG...............

PENANGAN untukmu pemBELOT....




PDO [6.17 am] - Nampaknya senario politik Perak semakin bertambah panas sekarang. Ini berikutan penafian kedua-dua Exco ADUN PKR bahawa mereka sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri petang semalam. Bahkan, kedua-dua ADUN terbabit tiba-tiba berbicara soal saman pula. Anehnya mereka sebenarnya yang memulakan, kini mereka pula takut berhadapan dengan kenyataan.
Amatlah wajar sekali jika mereka sudah tidak yakin dan hilang kepercayaan kepada PKR maka mereka harus berbuat demikian. Tindakan meletakkan jawatan adalah satu langkah bijak demi maruah mereka yang memang sudah tercalar sekarang ini. Namun langkah menafikan dan masih mengatakan mereka tidak pernah keluar parti, jadi calon bebas atau pun menyertai UMNO. Dalam hal ini Pakatan Rakyat dilihat lebih bijak sekarang.
Kedua-dua ADUN terbabit kini seolah-olah terperangkap dek permainan politik mereka sendiri. Khabarnya mereka ditawarkan ganjaran RM10 juta jika menyertai UMNO. Bahkan Jamaluddin sendiri dipercayai pernah menghubungi isteri Datuk Nasaruddin Hashim (ADUN Bota) agar menasihatkan suaminya kembali semula ke UMNO. Kononnya selain ganjaran kemewahan, Datuk Nasa juga akan ditawarkan jawatan sebagan Menteri Besar Perak sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ditumbangkan nanti.
-petikan malaysia kini.
hahahaha.....nak kaya cepat. lupa pulak ada perjanjian dulu. tu la hangpa....orang dah pesan awai-awai. percaya kay umno..la ambik la kat hangpa. tamak, haloba, bongkak takabur lagi. sendiri buat...sendiri tanggung laa naa......