Saturday, February 7, 2009

Perak: DERHAKAKAH RAKYAT???- "Raja Adil Raja Di Sembah, Raja Zalim Raja Di Sanggah".

Oleh MOHD FADZLI MOHD RAMLY

Saya sebenarnya cuba mengelak diri dari menyentuh soal politik dalam tulisan saya. Tapi keadaan semasa seolah-olah membuatkan saya rasa berdosa dan seperti ’syaitan bisu’ sekiranya saya diam membatu. Saya gagal melawan runtunan jiwa dan warna sebenar saya.
Tidak dapat saya nafikan bahawa isu yang berlaku di Perak adalah merupakan persoalan perlembagaan dan isu perundangan. Tetapi saya amat berkeyakinan dan menegaskan bahawa isu sebenar di Perak adalah kuasa eksekutif dan sistem beraja telah ‘merompak’ kerajaan negeri dari rakyat Perak!

Isu pertama adalah adalah kuasa sultan untuk mengarahkan perletakkan jawatan Menteri Besar dari Nizar. Saya bersedia untuk bertanggungjawab menyatakan bahawa tindakan Sultan adalah salah di sisi undang-undang! Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan bahawa Menteri Besar tidak memegang jawatan tersebut dengan perkenan Sultan.
Artikel 16(6) Perlembagaan Perak menyebut :
If Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.
Soalan saya: Bagaimana hendak menentukan bahawa MB telah hilang keyakinan di DUN? Siapa yang berhak menentukan kehilangan keyakinan tersebut? adakah Sultan berhak menentukannya? atau dimana kita hendak mengukur bahawa MB telah kehilangan mandat negeri?

Yang berlaku: satu sidang akhbar Najib bersama-sama ADUN-ADUN yang dikatakan melompat dan diistiharkan bahawa BN telah memperolehi majoriti yang cukup untuk tubuh kerajaan negeri! Saya nak tegaskan bahawa perkara ini adalah tidak sah untuk mengesahkan bahawa MB telah hilang keyakinan di DUN Perak! Malah ianya adalah salah sama sekali di sisi undang-undang! Hanya satu cara iaitu dibuat di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri melalui Undi Tak Percaya (vote of no confidence) di DUN. Sultan tidak boleh hanya mengarahkan MB mengosongkan jawatan begitu sahaja!
Kedua: Siapakah sebenarnya memegang majoriti di DUN Perak? Menjawab isu ini adalah perlu untuk kita melihat komposisi DUN Perak. 28 Pakatan Rakyat, 28 BN dan 3 Bebas. Justeru, kita harus mengkaji kedudukan 3 anggota “Bebas” ini. Sebelum bertanya siapakah yang mereka sokong, adalah perlu diakses kesahihan kedudukan mereka di DUN memandangkan isu perletakan jawatan mereka berbangkit. Perletakan mereka telah dimaklumkan oleh Speaker DUN kepada SPR, tetapi SPR menolak surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN tersebut atas alasan terdapat keraguan terhadap surat perletakan jawatan beliau. Soalnya adakah SPR mempunyai bidangkuasa menolak perletakan jawatan tersebut yang dimaklumkan oleh Speaker DUN Perak kepada mereka?
Dari aspek perundangan, saya tegaskan bahawa SPR tidak mempunyai apa-apa kuasa melalui samada Perlembagaan Persekutuan, Akta SPR 1957 mahupun Akta Pilihanraya 1958. SPR telah melangkaui kuasanya yang sedia ada! Yang ada hanyalah, peruntukan apabila Speaker DUN memaklumkan SPR kekosongan kerusi DUN terbabit, terima dan laksanakan Pilihanraya Kecil di kawasan terbabit. Oleh yang demikian, dimana kuasa SPR untuk tidak menerima makluman Speaker? Jadi adakah boleh kita menggangap BN miliki majoriti? Dalam hal ini, saya sangat percaya bahawa SPR telah jadi “tapir tunggangan” apabila membelakangkan arahan Speaker tersebut!
Dengan berkeadaan 28 kerusi Pakatan, 28 kerusi BN dan 3 Bebas, keadaan Perak amat tidak menentu. Bagaimana pula 3 Bebas kembali menyokong Pakatan? Tak ke haru jadinya..Oleh itu cara terbaik adalah serahkan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya negeri! Nasib dan mandat rakyat Perak tidak harus diserahkan hanya kepada pemimpin korup dan seorang Sultan. SUHAKAM sendiri berpendapat bahawa mandat perlu diserahkan kembali kepada rakyat Perak.
Saya berhujah di sini bukanlah berniat untuk menderhakai Sultan dan sistem Raja Berpelembagaan negara ini. Saya percaya bahawa hujah saya ini adalah amat konstitutional dan mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
Saya percaya bahawa isu ini akan menimbulkan banyak aplikasi perundangan dan perlembagaan. Adalah terlalu dangkal dan dajal untuk mengatakan bahawa Sultan tidak boleh disaman di sisi undang-undang dan beralasankan derhaka, kerana apa yang berlaku adalah Sultan dinamakan sebagai Defendan bertujuan untuk memperolehi finding fact ataupun natijah terhadap sesuatu persoalan undang-undang dan bukan ingin mengheret Sultan ke penjara. Justeru, pemimpin politik kerajaan haram jangan menghina diri mereka! Biarlah kerajaan mereka haram, jangan diri mereka juga haram di sisi undang-undang.
Ya! Saya adalah penderhaka kepada sistem yang khianat kepada rakyat!


-petikan sidang online....

No comments:

Post a Comment