kedai kopi merbok.....

Monday, January 23, 2017

RAFIZI KATA RUGI...ISA SAMAD KATA UNTUNG ....NASIB MU LE FELDA


AKHIRNYA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terpaksa mengaku yang ia mengalami masalah kewangan yang teruk, khususnya berkaitan pengaliran tunai.

Untuk sekian lama pelbagai pihak bertanya dan membuat andaian mengenai kemungkinan agensi pembasmian kemiskinan itu mengalami masalah kewangan akibat urus tadbir yang lemah dan penyelewengan.

Pada 17 Januari, Bernama melaporkan yang Felda akan menjual secara agresif hartanya di dalam dan luar negara tahun ini bagi menstabilkan pengaliran tunai.Agensi berita nasional itu memetik Pengerusi baharu Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, sebagai berkata harta yang akan dijual termasuklah saham-saham Malayan Banking dan hotel di London.

Tidak ramai pelabur, khususnya pelabur institusi seperti Felda, akan menjual saham blue chip yang kukuh dan terjamin seperti saham Malayan Banking melainkan mereka betul-betul terdesak.

Maaf cakaplah kalau saya kata, pengakuan Shahrir itu mendedahkan kehambaran pengurusan dan prestasi Felda sejak ia dikepalai oleh Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mulai 1 Januari 2011.

Mohd Isa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun. Nyawa politik beliau dihidupkan semula oleh Mohd Najib setelah digantung keahlian daripada Umno pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi setelah didapati bersalah mengamalkan politik wang.

Selama lima tahun di bawah pengawasan beliau, Felda memperluas dan mempelbagaikan perniagaan Felda walaupun prestasi perniagaan utamanya, iaitu perladangan mengalami masalah kronik akibat kelembapan harga getah dan kelapa sawit.

Di bawah pimpinan beliau, Felda memasuki bidang hartanah, perhotelan dan pengilangan bijirin di luar negara serta mengkorporatkan aset melalui penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGV) pada tahun 2012.

Walaupun kedudukan kewangan Felda tidak kuat dan peneroka mengalami pelbagai masalah pembayaran, pengurusan Felda di bawah Mohd Isa terus mengembangkan perniagaan.

Yang terakhir dan penuh kontroversi adalah pembelian ladang Eagle High milik tauke Indonesia, Tan Sri (Kehormat) Peter Sondakh. Felda membayar harga yang jauh lebih tinggi daripada harga saham Eagle High di bursa saham.

Seperti yang telah saya catat dalam kolum sebelum ini, Felda nampaknya melakukan perluasan perniagaan lebih berasaskan kepada tuntutan politik daripada perniagaan berhemah. Misalnya penswastaan aset, termasuk tanah peneroka melalui FGV yang kini mengalami masalah kejatuhan harga saham yang teruk dan kerugian perniagaan.

Bernama memetik Shahrir sebagai berkata, penjualan harta itu adalah bagi menstabilkan aliran tunai, membiayai kegiatan serta memulihkan ‘aset bermasalah’ di bawah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).Kedudukan kewangan Felda nyata teruk apabila mengalami masalah aliran tunai (cash flow). Aliran tunai adalah tunjang kepada perniagaan. Ia adalah perimbangan di antara wang keluar dengan wang masuk.

Nampaknya dalam kes Felda, duit keluar lebih banyak daripada duit masuk. Bukan itu saja. Di bawah Mohd Isa, Felda kerap dituduh membeli aset yang tidak strategik atau bermutu rendah tetapi membayar harga tinggi. Ini menimbulkan dakwaan bahawa pembelian itu tidak telus dan dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan perniagaan atau yang tidak mengutamakan kepentingan peneroka.

Menurut Shahrir, antara aset yang akan dijual ialah 35 juta saham Malayan Banking (Maybank). Felda bercadang menjualnya pada harga RM8.05 sesaham bagi memperoleh RM280 juta.

Saya kurang pasti mengapa Shahrir menyebut harga RM8.05 sesaham kerana harga saham Maybank lebih mahal daripada itu. Ia tutup pada kadar RM8.25 pada hari Khamis.

Selalunya apabila kita menjual saham mutu tinggi seperti saham Maybank secara blok kita meminta harga premium iaitu lebih tinggi daripada harga runcit di pasaran.

Kalau Shahrir ikhlas dan berani melakukan yang terbaik untuk Felda dan para peneroka, saya rasa elok sekiranya beliau melantik juruaudit luar (external auditors) bagi membuat audit forensik ke atas akaun serta kegiatan Felda, khususnya FIC. Saya akan mengecap Shahrir sebagai hanya cakap kosong kalau tidak bertindak tegas dan di luar kotak.

Memecat ahli Lembaga Pengarah FIC dan melantik anggota baharu tidak bermakna kalau masih berlaku ketirisan dan campur tangan politik dalam pengurusan Felda, khususnya menjelang PRU akan datang.Masalahnya Shahrir sendiri seorang ahli politik dan tidak kurang akrabnya dengan Perdana Menteri. Wallahuaklam.
A KADIR JASIN

Posted by cerita kedai kopi at 9:00 PM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

MERBOK fm

cerita kedai kopi ...

Berjihadlah(Lagu Tema PAS)

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....



TOK GURU

TOK GURU

PESAN TOK GURU

PESAN TOK GURU

Pesanan Presiden Umno @ PM Pertama Malaysia

Pesanan Presiden Umno @ PM Pertama Malaysia

ada apa dengan bulan ???

ada apa dengan bulan ???

MAI SEMAK ...

MAI SEMAK ...

DALAM JIWA

DALAM JIWA

CUACA MERBOK

Click for Alor Star, Malaysia Forecast

DEPA MAI LAWAT ...

dreamweaver statistics
web applications

UMNO @ PAS

UMNO @ PAS

TASBIH,TAHMID,TAKBIR...

PESAN AUDIT

PESAN AUDIT

PESAN MELAYU

PESAN MELAYU

PESAN VETERAN

PESAN VETERAN

SEJARAH HARI INI...

mai chek mai ...


web widgets

JANGAN LUPA NOOO...

JANGAN LUPA NOOO...

KEMPEN DAFTAR PEMILIH/MENGUNDI...

MOHON DENGAN SEGALA HORMATNYA UNTUK ORANG - ORANG MERBOK MENDAFTAR DIRI SEBAGAI PEMILIH BAGI DUN (Tanjung Dawai) - (Bukit Selambau) & PARLIMEN (Merbok).

note: kalau kita semangat sembang saja, berkempen kat kedai kopi, pacak bendera siang malam. bersengkang mata berkempen, siang malam pelekat poster tapi tak daftar mengundi....karut la macam ni wei...

cara: bawak i/c hangpa pi pejabat pos merbok (atau mana-mana pejabat pos di kawasan merbok). pastu bagitau kat kaunter nak daftar mengundi/ daftar pemilih. 5 minit siap. senang jek...

CELIK MATA...

Blog ini disediakan sebagai persediaan untuk pilihanraya umum akan datang PRU. di sini juga cuba untuk mencari isu-isu terkini untuk rujukan akan datang. blog ini juga adalah sebagai wadah untuk mempertahankan kemenangan pakatan rakyat khasnya parlimen/DUN di kawasan merbok khasnya dan kedah amnya.




BLOG GENG PR

  • KERENGGA
    Tahniah!!! Parlimen ‘wrapped up’! MP Pas ini direkod paling kerap guna bahasa kasar
    4 hours ago
  • Tukar Tiub
    RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
    3 years ago
  • SEDAKA Sejahtera™
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    3 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    3 years ago
  • Komentar Kini
    Anwar takut tak dapat jadi perdana menteri ke 8.
    5 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    5 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • Addin

BERITA TERKINI

  • Bloglist Malaysia
    Kebodohan Seorang Pesuruhjaya Parti Islam
    5 years ago
  • Malaysiakini

APA KATA DEPA.....

TALI BARUT










itu ini kenali diri...

Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam

Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Ada satu hero Melayu namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa




Blog Archive

  • ►  2022 (261)
    • ►  December (32)
    • ►  November (70)
    • ►  October (62)
    • ►  September (15)
    • ►  August (14)
    • ►  June (7)
    • ►  May (54)
    • ►  April (7)
  • ►  2020 (143)
    • ►  October (10)
    • ►  August (12)
    • ►  June (41)
    • ►  May (53)
    • ►  March (27)
  • ►  2019 (207)
    • ►  December (18)
    • ►  November (41)
    • ►  October (8)
    • ►  September (20)
    • ►  August (22)
    • ►  July (5)
    • ►  June (14)
    • ►  April (8)
    • ►  March (41)
    • ►  February (20)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (310)
    • ►  December (14)
    • ►  November (19)
    • ►  October (18)
    • ►  September (15)
    • ►  August (17)
    • ►  July (10)
    • ►  June (14)
    • ►  May (121)
    • ►  April (58)
    • ►  March (11)
    • ►  January (13)
  • ▼  2017 (368)
    • ►  December (27)
    • ►  October (35)
    • ►  September (8)
    • ►  August (48)
    • ►  July (46)
    • ►  June (40)
    • ►  May (35)
    • ►  April (11)
    • ►  March (13)
    • ►  February (53)
    • ▼  January (52)
      • Hanya 24 jam lebih 1 juta tandatangan petisyen ban...
      • UMNO SUDAH LUPA PADA MELAYU
      • Annuar Musa digantung jawatan Pengerusi Mara serta...
      • Salahuddin Berkalibar & Berpotensi Sebagai MB Johor
      • SELAGI TIDAK TOLAK UMNO, PENEROKA FELDA AKAN TERUS...
      • Masa depan Pas-Bersatu diputuskan 2 Februari ini
      • PENTING!! RAMAI TIDAK TAHU..Inilah sebab mengapa i...
      • Mesyuarat PPBM Putuskan Tetap Sertai Pakatan Harap...
      • RUU355-"BUKAN SETAKAT MENAIKTARAF MAHKAMAH SYARIAH...
      • APA SUDAH JADI DENGAN NAJIB?
      • Nurul Izzah: Zahid Seakan Relakan Penipuan, Demi "...
      • Obama lulus USD221 juta untuk Palestin beberapa ja...
      • TABUNG HAJI RUGI RM64 JUTA AKIBAT PELABURAN DI DAL...
      • PAS, Umno ‘menderita’ dalam pertandingan 3 penjuru...
      • SIAPA YANG UMNO LEBIH SAYANG?
      • Sejak Bila Aziz Kaprawi Jadi Jurucakap PAS Ni?
      • Fiksyen Sains Dalam Pembelian Senjata China
      • Kutipan GST meningkat, kualiti hidup rakyat menurun
      • Selepas Najib Kantoi Menipu Forest City Ada Pajaka...
      • RAFIZI KATA RUGI...ISA SAMAD KATA UNTUNG ....NASIB...
      • Apa dosa kalau saya jadi TPM ikut undang-undang? –...
      • Setakat Sembang Berani Lah
      • Kit Siang: Salam perdamaian kepada PAS bukan pura-...
      • MCA Pernah Tuntut Jawatan TPM Tahun 2009 Lah Najib...
      • Zahid Akui Majoriti ‘Cybertrooper’ Menentang Kerajaan
      • ISU - MCA - TPM, NAJIB ATAU MAHATHIR YG TIPU..
      • Beli Rumah Pada Masa Ini Umpama “Bunuh Diri” ?
      • MP mohon mahkamah isytihar Najib salah guna kuasa
      • Shahrir akui ketirisan dalam Felda
      • China Bantu Kita Kawal Sempadan?
      • Tanah rizab Melayu wasiat raja-raja hanya tinggal ...
      • Skandal jual beli tanah Hasan Arifin
      • Biarlah Saya Di Tuduh Derhaka, Dr Mahathir Jawab K...
      • Kapcai Mungkin Dihalang Masuk KL - Tengku Adnan
      • PEMBANGUNAN J.B.
      • Lim Guan Eng Menang RM300,000 Saman Terhadap "Beri...
      • Selepas dibelasah Ridhuan Tee, Gerakan minta maaf ...
      • LETAK JAWATAN PENGERUSI MARA, KETUA PENERANGAN UMNO!!
      • Ajaib Kalau Boleh Kalahkan Najib
      • Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem meninggal dunia
      • Duhai Annuar mana satu betul ni?
      • Mengejutkan ! Bukan didakwa atas kesalahan rasuah ...
      • 1MDB DAN RM2.6 BILION - APA KENA MENGENA DENGAN HI...
      • AMANAH : Jangan Jadikan SPRM Seperti Pokok Mati Ya...
      • NAIK PANGKAT JADI KSU WALAU TERLIBAT RASUAH?
      • Rahman Dahlan Mengampu Tak Kena Tempat Sehingga Me...
      • Memang sah syarikat yang curi elektrik adalah mili...
      • Pengarah SPRM bersara kerana tidak mahu bersekongkol
      • Rakyat berang minyak naik, Najib sekeluarga bercut...
      • MP: Kerajaan perlu jelaskan status halal-haram wan...
      • "PEMAKAN DEDAK ADA DI MANA-MANA" DAN MENYANGGAH HU...
      • Pengarah Operasi SPRM bersara awal, kecewa kes SRC...
  • ►  2016 (467)
    • ►  December (29)
    • ►  November (10)
    • ►  October (13)
    • ►  September (42)
    • ►  August (45)
    • ►  July (55)
    • ►  June (39)
    • ►  May (32)
    • ►  April (22)
    • ►  March (50)
    • ►  February (68)
    • ►  January (62)
  • ►  2015 (736)
    • ►  December (50)
    • ►  November (50)
    • ►  October (53)
    • ►  September (105)
    • ►  August (103)
    • ►  July (57)
    • ►  June (75)
    • ►  May (57)
    • ►  April (71)
    • ►  March (42)
    • ►  February (18)
    • ►  January (55)
  • ►  2014 (934)
    • ►  December (61)
    • ►  November (5)
    • ►  October (71)
    • ►  September (51)
    • ►  August (86)
    • ►  July (66)
    • ►  June (73)
    • ►  May (132)
    • ►  April (95)
    • ►  March (55)
    • ►  February (114)
    • ►  January (125)
  • ►  2013 (257)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (123)
    • ►  January (108)
  • ►  2012 (275)
    • ►  December (116)
    • ►  November (45)
    • ►  October (75)
    • ►  September (5)
    • ►  August (12)
    • ►  July (11)
    • ►  June (5)
    • ►  April (6)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (8)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (6)
  • ►  2010 (89)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (14)
    • ►  July (4)
    • ►  June (13)
    • ►  May (16)
    • ►  March (14)
    • ►  February (13)
    • ►  January (5)
  • ►  2009 (76)
    • ►  December (1)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (1)
    • ►  August (5)
    • ►  July (8)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (17)
    • ►  January (17)

kedai kopi merbok

My photo
cerita kedai kopi
cerita kedai kopi, tiada hakim tiada saksi, masing-masing ada masalah sendiri, masalah dunia masalah peribadi, luahkan! jangan simpan dalam hati, boleh cerita dikedai kopi ...
View my complete profile





PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA

SEJARAH PAS...

Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Mulai daripada tarikh tersebut, PAS telah mula berjuang sebagai sebuah parti politik alternatif kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM).
Sokongan rakyat kepada perjuangan PAS telah teruji melalui pilihan raya umum pertama pada tahun 1955. Dalam pilihanraya yang melibatkan 52 kerusi, PAS telah berjaya memenangi 1 kerusi di Perak. Dalam pilihanraya kedua, pada tahun 1959, PAS telah mencapai kemenangan yang besar, iaitu dengan kejayaan membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, kerajaan PAS di Terengganu telah ditumbangkan memimpin Kelantan sehingga tahun 1977.Tahun 1969 adalah satu tahun penting dalam sejarah Malaysia.
Parti Perikatan telah mengalami kekalahan yang teruk sehingga mengakibatkan meletusnya Tragedi 13 Mei. Selepas Tragedi ini, untuk kepentingan negara, PAS telah bersama-sama membentuk kerajaan campuran di semua peringkat dengan Perikatan. Beberapa pemimpin PAS telah dilantik menjadi Menteri Kabinet. Pada tahun 1974, PAS telah menjadi ahli gabungan Barisan Nasional. Dalam pilihanraya yang diadakan pada tahun tersebut, calon-calon PAS telah bertanding diseluruh negara dan mencapai kejayaan yang besar.Penglibatan PAS dalam Barisan Nasional berakhir berikutan terjadinya krisis di Kelantan pada tahun 1977.
Sejak daripada tahun tersebut, PAS telah melalui perubahan besar, akibat daripada penyertaan golongan muda seperti Ustaz Fadhil Mohd Nor dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang. Berikutan dengan krisis yang dialami oleh UMNO, pada tahun 1987, yang mengakibatkan tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46, PAS telah bersama- sama menubuhkan satu pakatan politik yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah. Melalui pakatan ini, PAS telah berjaya sekali lagi memenangi kerajaan Kelantan pada tahun 1990. Kerajaan Kelantan berjaya dipertahankan sekali lagi dalam pilihanraya 1995.
Pada tahun 2004, pilihanraya ke-11, PAS telah bergabung dengan pakatan pembangkang lain -Parti Keadilan Nasional, DAP dan PRM dengan menubuhkan Barisan Alternatif. Sokongan dan penerimaan rakyat agak luar biasa, namun kerajaan persekutuan tetap milik Barisan Nasional.
Pada tahun 2008, pilihanraya ke-12, di langsungkan. Pakatan pembangkang menubuhkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. kejayaan terbesar dalam sejarah pembangkang malaysia di mana Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Kedah,Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan serta mengekalkan kuasa di Kelantan.
Pilihanraya ke-13? Kita tentukan....

PAS FOR ALL

PAS FOR ALL

KENALI PAS...

PARTI lslam Se-Malaysia atau ringkasnya disebut PAS adalah sebuah parti politik yang diluluskan pendaftarannya pada 31hb. Mei 1955 dengan Registration No. 733 (Penang). Pada awalnya ia didaftarkan atas nama Persatuan lslam Se-Malaya dengan rujukan kelulusan pendaftarannya 34 in R. of. S 26/52. (dipercayai beralamat dan bernombor di rumah asal Hj. Ahmad Badawi).
Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar.
Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangan tersebut, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:

1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.

2. Memperjuangkn lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.

6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.
Dengan tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut, segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar.Akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat PAS.

SEJARAH UMNO - 1946/ UMNO BARU-1982 ...

Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan orang Melayu sangat marah.
Satu kongres tergempar diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 untuk mencari jalan menentang rancangan tersebut. Kongres ini dihadiri wakil dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan dalam kongres ini juga telah dicadangkan ditubuhkan satu pertubuhan Melayu dengan tujuan menyatupadukan orang Melayu.
( pertubuhan melayu lain tidak disebut dalam sejarah UMNO)
Selepas kongres ini, dua lagi kongres diadakan iaitu pada 30 dan 31 Mac 1946 bertempat di Pejabat Akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan hari kedua di Rumah Persatuan Penang Peranakan Batu Road, Kuala Lumpur. Kemudian diadakan lagi kongres ketiga di Istana besar Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946. Dalam kongres ini dengan secara rasmi UMNO ditubuhkan.

(tidak di sebut nama penulis/akhbar tersohor yang menjadi gerakan awal menuntut merdeka)
Pada mulanya UMNO dicadangkan Oleh Dato’ Onn Jaafar dengan nama “Pertubuhan Melayu bersatu” atau United Malays Organization”. Bagaimanapun Tuan Za’aba mencadangkan supaya ditambah perkataan “kebangsaan” atau “national” selepas perkataan “pertubuhan”. Akhirnya kongres bersetuju untuk menamakan “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” (PEKEMBAR) atau “United Malays National Organization” (UMNO).

(nama petubuhan melayu tetapi menggunakan singkatan inggeris ???)

MERDEKA & HIDUP MELAYU ???

Setelah UMNO dilahirkan maka perjuangan menentang Melayan Union habis-habisan dijalankan oleh orang-orang Melayu. Dalam tempoh dua (2) tahun sahaja Malayan Union dapat dihapuskan, kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan secara rasminya pada 1 Februari 1948.
(nama pahlawan melayu asli lain langsung tidak di sebut)
Walau Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan Raja-Raja Melayu dikembalikan kuasa di negeri masing-masing,tetapi penjajahan British masih berkuasa dalam pentadbiran dan berkuasa membongkar sagala hasil kekayaan yang ada di dalam Negara ini. Sementara orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat apa-apa pembelaan.

(setiap negeri ada penentangan dari pemimpin setempat)
Bagi membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajahan ini, maka kemerdekaan bagi Negara ini harus diperjuangkan. Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu” digantikan kepada “Merdeka”.

(bukan idea dari UMNO)
Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang Dipertua UMNO semasa berucap sebelum meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan “dalam lima tahun dahulu kita sama-sama meruntuhkan ‘ Malayan Union’, maka sekarang ini kita akan robohkan pula ‘Persekutuan Tanah Melayu’ ini yang tidak berguna langsung dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita”.

(jasa dato` onn di ketepikan dalam sejarah)
Kerajaan British, apabila menyedari UMNO sudah mula bertindak ke arah perjuangan menuntut kemerdekaan, telah mensyaratkan kemerdekaan itu tidak akan diberikan sekiranya Negara ini masih dalam keadaan darurat dan tidak adanya kerjasama dan persefahaman antara kaum dalam Negara ini.

(tidak di nyatakan usaha bekas presiden umno dahulu yang terbuang turut berusaha mencari merdeka melalui parti untuk semua kaum atas usaha gigihnya)
Walau bagaimanapun di atas kegigihan UMNO dalam perjuangan menuntut kemerdekaan disamping kerjasama daripada MCA, serta kejayaan besar UMNO / Perikatan dalam Pilihan Raya 1955 menyebabkan British terpaksa akur di atas tuntutan UMNO. Akhirnya tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dipersetujui.

(tidak di nyatakan nama parti lain yang turut terlibat secara langsung. hanya menunjukkan hanya UMNO yang berjasa dalam lipatan sejarah kemerdekaan malaysia)
-sejarah dipetik dari kelab umno luar negara.

SALAM PERJUANGAN .....

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.

Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.

Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita.


Hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.

Kita jangan selalu mengharap…kerana mengharap tidak pasti tertunai.


Tetapi kita boleh bersabar…kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan.

Jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicinta.

Keinsafan bukan mudah untuk ditatang, tapi jelas diulang-ulang.


Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata.

Jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya.

Zaman berubah tetapi dendam manusia tidak pernah berubah.


Lelaki yang gagah mustahil tidak pernah menangis.

Tetapi percintaan yang akan menyebabkan mereka menangis.


Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran bukan kebendaan.

Jadilah ubi yang bertutup rapat, bukannya kek yang berkrim tetapi diharungi lalat.

Kedewasaan tidak menghalang apa yang diinginkan oleh setiap insan.

Manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu.

Tidak dapat bebas dengan sempurna kecuali tali itu putus; barulah ia bebas melayang.

Lagu Tema PAS.mp3

get more free mp3 & video codes at www.musik-live.net

say no to munafiqeen ...

Berserban dan berjubah bukan tiket untuk ke syurga. Begitu juga berseluar jeans dan berT-shirt bukanlah tiket ke neraka.

Berjanggut bukanlah bukti memahami perjuangan. Tidak berjanggut pula bukanlah bukti tidak memahami perjuangan.

Lulusan universiti Timur Tengah bukanlah indikator memahami Islam. Begitu jugalah lulusan universiti Barat bukan indikator kepada kejahilan.

Fasih berbahasa Arab bukan bererti memahami isi kandungan al-Quran. Gagal menguasai bahasa Arab pula bukan bererti gagal memahami petunjuk al-Quran.

Lama di dalam jemaah bukan bererti memahami perjuangan. Setahun jagung dalam jemaah bukan juga bererti buta perjuangan.

Apa yang penting adalah ilmu yang diamalkan. Ilmu bukan terletak pada jubah yang labuh atau serban yang besar tetapi ilmu adalah apa yang diamalkan atas keikhlasan hati budi yang tulus dan murni.

40 tahun berada di dalam PAS sebagai pemerhati dan pengulas tidak rasmi adalah jauh lebih hina berbanding anak muda setahun jagung yang bertungkus lumus berjuang mempertahankan PAS walau hanya dengan berseluar jeans.

Ilmu menghasilkan amal. Amal membuahkan iman. Iman menatijahkan taqwa. Taqwa melayakkan kita ke syurga Allah swt.

Picture Window theme. Powered by Blogger.