Tuesday, January 17, 2017

MP mohon mahkamah isytihar Najib salah guna kuasa


MALAYSIAKINI


Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua memfailkan saman misfeasans dalam pentadbiran awam terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan dalam isu 1MDB.

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam oleh tetuan Messrs Thomas Philip dan salinan 110 halaman itu dilihat oleh Malaysiakini hari ini.

Pua yang juga setiausaha publisiti DAP menuntut pengisytiharan bahawa defendan telah melakukan kesalahan misfeasance dalam pentadbiran awam.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Najib telah menyalah guna kedudukannya terhadap dana 1MDB untuk kepentingan peribadi.

Pua menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan dinilai oleh mahkamah.

No comments:

Post a Comment