Hanya dalam tempoh seminggu yang lalu saja, Najib Razak didapati telah melakukan dua kesilapan fakta yang tidak sewajarnya sebagai seorang Perdana Menteri.
Kali pertama, beliau mengatakan tanah di Forest City adalah pajakan selama 99 tahun dan ia tidak menjejaskan dari segi kedaulatan negara apabila orang-orang dari negara China menjadi pembeli utamanya.
Ternyata kemudian melalui papan iklan, billboard dan laman web Forest City sendiri, fakta Najib ternyata salah.
Tanah Forest City memang pegangan bebas dan ia akhirnya memaksa Bernama memadam fakta pajakan 99 tahun yang disebut Najib sebelum itu dalam berita yang disiarkannya.
Kali kedua, Najib menafikan dakwaan Tun Mahathir bahawa MCA pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sedangkan terbukti pada 3 April 2009, parti Cina komponen BN itu pernah berbuat demikian.
MCA ketika itu menggesa Najib yang baru menjadi Perdana Menteri agar mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN untuk Presidennya bagi mencerminkan "perkongsian kuasa" yang sebenar dalam negara ini.
Bagaimanakah kesilapan fakta sedemikian boleh berlaku kepada seorang Perdana Menteri?
Adakah Najib tidak tahu atau begitu tertekan dan serabut fikiran sehingga "cakap main bedal saja" menafikan sesuatu perkara tanpa mengira apa yang disebutnya itu betul atau salah?
Ataukah Najib memang suka cakap "hentam keromo" apabila fikirannya celaru dan tertekan sepertimana yang pernah dilakukannya mengenai wang RM2,600 juta dahulu?
Ketika itu Najib dengan selamba mengatakan, kalau pun mahu menyamun, takkankan beliau melakukannya dengan memasukkan wang ke dalam akuan sendiri di dalam negara, walhal menyedari perkara itu memang pun berlaku.
Adakah perlakuan-perlakuan Najib yang tidak sewajarnya itu yang membuatkan Zahid Hamidi tiba-tiba mengatakan hanya tinggal 6.6 peratus saja "cybertrooper" yang bersama UMNO dan kerajaan sekarang ini?
Kata Zahid, akibat ketinggalan jauh dalam perang maya itu menyebabkan persepsi negatif yang buruk kepada UMNO dan kerajaan.
Adakah Zahid juga sedang cuba mengatakan bahawa UMNO dan BN di bawah pimpinan Najib hanya menunggu masa saja untuk menemui titik nokhtahnya?
Lalu, apa perancangan Zahid seterusnya? (SH 23/01/2017).
No comments:
Post a Comment