Sunday, May 8, 2016

Hey...jangan terus jadi politikus bangang!


1. PRN 11 Sarawak telah pun tamat dan segala keputusan telah pun juga diketahui. Memang perkara lazim, pertandingan dalam pilihanraya di Malaysia sejak dari dahulu lagi hingga PRN Sarawak yang baru tamat, parti-parti pembangkang perlu berlawan dengan lawan yang bukan sahaja pengelat malah juga pembuli yang tegar. Pembangkang diajak berlawan sambil mulut mereka dizipkan, tangan diikat, kaki dihalang melangkah, tidak boleh menggunakan alat/senjata untuk berlawan dengan mereka, sambil mereka, Umno/Bn boleh melangkah ke mana-mana sahaja, malah menggunakan apa jenis heli pun... menggunakan tangan sebebasnya, mengguna pebagai alat buat membelasah lawan dan macam-macam. Ini perkara biasa dalam pilihanraya di Malaysia! Ok lah, oleh kerana ianya memang begitu, maka cakap banyak pun tak guna, cuma gerakkan terus  BERSIH untuk pilihanraya yang lebih adil di masa akan datang!

2. Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah parti-parti pembangkang terutama parti-parti yang kononnya wujudkan persefahaman di bawah nama Pakatan Harapan. Parti agama itu tidak perlu diperkatakan lagi di sini, kerana mereka memang sangatlah kuatnya (kalau kata tak kuat nanti, kena maki pula oleh para walaun!). Hang kuat....memang kuat....ok lah tu walau tak menang satu kerusi pun!

3. Manakala DAP, PKR dan Amanah memang mempunyai potensi untuk menyaingi rapat Umno/Bn, tetapi kerana sikap para pemimpin terutama dari DAP dan PKR yang macam kepala taik, tamak haloba dan tidak bersikap negarawan terhadap sesama sendiri, maka perkara buruk berlaku juga dalam PRN Sarawak...pertindihan kerusi dan bertanding sendiri-sendiri!

4. Tak perlu cakap siapa dan geng siapa dalam DAP dan PKR, tetapi cukuplah kita katakan pemimpin yang sebegini amat-amat mengecewakan rakyat, ini adalah pemimpin taik kucing yang busuk dengan ketamakan! Kamu boleh mengerakkan kuasa kamu dalam parti-parti kamu sementara kamu ada kuasa ini, dan jahanamkan terus harapan rakyat terhadap Pakatan Harapan semahu kamu, tapi kamu perlu ingat apabila rakyat benar-benar kecewa buatlah Pakatan apa pun, blok ke berapa pun, dan barisan apa, rakyat akan menganggap idea dan perancangan semua pemimpin politik itu mengarut, berkepentingan peribadi dan akhirnya "go to hell" lah kamu semua!

5. Sebab itu sementara ramai rakyat sudah kecewa dengan sikap pemimpin parti agama itu (lupakan parti itu) dan masih meletak harapan kepada proses politik dan majoriti rakyat masih menaruh harapan kepada Pakatan Harapan, tolonglah, baik LGE mahupun Azmin Ali, jangan terus jadi politus bangang dalam PRU 14 nanti. Pakat kerusi dari sekarang, tetapkan awal-awal, runding baik-baik dan selesai pertikaian dengan tegas, bukan bersikap talam dua muka dan baling batu sembunyi tangan, di saat-saat hampir hari penamaan calon. Kami kecewa jika kamu bersikap sedemikian!!! Jangan jadi bodoh!

6. Pakatan Harapan jika sekiranya masih mahu diwujudkan, tolonglah bertanding bersama, bekerja bersama, bantu membantu dan berlawan dengan Umno/Bn dan Blok ketiga sebagai satu pasukan. Jika tidak bubarkan Pakatan Harapan, kerana jika Pakatan Harapan yang tidak berkerja sebagai satu team, ia hanyalah menjadi Pakatan Taik Minyak sahaja!

7. Kepada Mat Sabu yang memimpin Amanah yang berusia 7 bulan itu, tolonglah, arahkan semua ahli-ahli Amanah kerja kuat, tambah ahli, tubuh cawangan dan kawasan, jangan asyik tahu bersidang di kedai-kedai kopi, berpolitik dalam whatsApp group dan buat sidang akhbar semata-mata. Kamu Amanah ada potensi yang sangat baik dan begitu cerah, dalam politik Malaysia baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak. Keputusan PRN Sarawak membuktikan segalanya, walaupun masih berusia 7 bulan. Tapi ingat harapkan potensi sahaja tidak akan ke mana malah akan hanya mengulang sejarah parti sejarah sahaja. Kerja kuat dan smart adalah perkara utama. Jangan abaikan potensi ini. 

8. 13 buah DUN di Sarawak itu harus terus dibina segala kekuatan Amanah di sana mulai dari tarikh penamaan calon tempoh hari sampai bila-bila. Setiap negeri Semenanjung perlu terus meng-anak-angkatkan dun-dun yang mereka telah dipertanggungjawabkan dalam PRN baru-baru ini. Jika ini berjaya dilakukan dengan aggresif dan dinamik, In shaa Allah 5 tahun lagi Amanah mempunyai harapan yang paling baik dengan Islam yang berpendekatan Rahmatanl lil alamin.

9. Proses keahlian ahli Amanah jangan terlalu lembab dan bentat, atasi segera masalah yang berbangkit. Jika boleh pagi mohon jadi ahli, petang dah boleh dapat kad keahlian, bukan seperti sekarang terhegeh-hegeh. Macam mana nak urus negara kalau begini? Dua tahun lagi PRK ke 14 akan tiba, Amanah perlu membuat pecutan dalam segala hal, bukan banyak memberi alasan begitu-begini. 

10. Akhirnya, jika Pakatan Harapan hendak ditawarkan kepada rakyat buat menentang Barisan Nasional yang banyak masalah itu, seriuslah kamu, berpakatlah wahai LGE dan Azmin Ali. Jangan kamu terus menjadi politus bangang yang menghampakan sekali lagi harapan rakyat, sebagaimana pernah pemimpin parti agama lakukan dalam PRU 13 yang lalu! Kami tidak mahu lihat lagi WALAU SATU KERUSI PUN, WALAU APA ALASAN PUN, berlaku pertindihan kerusi antara parti-parti Pakatan Harapan!!

11. Jika berlaku juga.....cukuplah buat kamu...wey, you are nonsence!!

No comments:

Post a Comment