Monday, April 25, 2016

Siapa PENGKHIANAT sebenar sehingga negara luar masuk campur urusan negara?


Tiada negara luar yang akan masuk campur urusan hal ehwal negara sekiranya syarikat pelaburan sarat hutang negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membuat onar di negara asing dengan pelbagai urusniaga yang meragukan.
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kesal dengan tindakan negara luar yang cuba masuk campur hal ehwal dalam negara sememangnya menjengkelkan dan menggelikan hati.
Mungkin bukan Tun Dr Mahathir Mohamad yang nyanyuk tetapi Najib sendiri sudah nyanyuk, atau mengalami sindrom lupa.
Agaknya Najib sudah lupa syarikat yang membuat onar di negara-negara ini; Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Luxembourg, Singapura dan Hong Kong.
Negara-negara ini sedang giat menyiasat dan mereka tidak mahu terpalit dengan skandal wang haram yang dilakukan oleh individu tidak bwrtanggungjawab.
Siapa yang mengundang negara ini menyiasat dan menyebabkan imej negara tercalar?
Jika pihak berkuasa negara tegas dan berdisiplin dan melaksanakan tanggungjawab, mana mungkin negara-negara luar ini akan mencampuri urusan negara.
Lebih menghairankan, mengapa Najib sedih melihat negara asing campur tangan dalam urusan negara, bukankah beliau sendiri juga yang meminta bantuan negara Arab Saudi membantunya dalam menjelaskan isu wang derma RM2.6 bilion. Jadi mengapa pula mahu membangkitkan mengenai negara luar yang sedang menyiasat salah laku 1MDB sebagai mencampuri urusan hal ehwal negara?
Kenyataan Najib ini menunjukkan seperti beliau sudah menyedari risiko yang bakal dihadapinya jika didapati bersalah dalam skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara ketika ini.
Apa lagi jalan yang ada pada Najib ketika ini? Adakah beliau masih mengharapkan Pak Arab lain yang akan tampil mempertahankan dirinya atau adakah beliau akan menggunakan hujah-hujah sempit untuk melepaskan dirinya?
Atau adakah Najib akan menggunakan isu kedaulatan negara untuk menjaga legasi kuasanya?
Bukankah kedaualatan negara sudah terobek dek kerana Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA) yang ditandatangani oleh kerajaan beliau sendiri? Jadi apakah kedaulatan yang ingin dimaksudkan oleh Najib lagi?

No comments:

Post a Comment