Sunday, May 8, 2016

Najib Bakal Dirundung Malang..




Najib bakal dirundung malang. Dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijangka akan diadakan ekoran kematian dua orang ahli Parlimen dalamnahas helikopter di Sebuyau, Sarawak petang Khamis lalu merupakan pengukur sebenar survival Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, dua pilihan raya kecil ini beri peluang lebih awal kepada rakyat untuk menghukum pemerintahan Najib yang ketika ini berada dalam krisis.


“Dua Pilihanraya Kecil ini lebih bererti dari pilihanraya besar 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.



Najib bakal dirundung malang. “Lebih mengerikan jika difikirkan bahawa dalam Pilihanraya Umum lalu, Allahyarhamah Noriah Kasnon mengatasi calon PAS hanya dengan 399 undi di kawasan Sungai Besar dan Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad menang dengan hanya 1,082 undi dalam tandingan tiga penjuru,” ujarnya dalam entri terbaru di blog.


Kata Zainuddin lagi, kegagalan Barisan Nasional (BN) di dua kawasan ini, akan menjatuhkan moral Najib serendah-rendahnya kerana beliau hanya menumpang kekuatan kepimpinan orang lain dan bukannya kekuatan sendiri.


Najib bakal dirundung malang


“Jika sekiranya BN menang di kawasan-kawasan ini maka pastinya akan mengangkatmaruah Najib setinggi-tingginya, menaikan semula imej BN dan memberikan harapan baru kepada UMNO dalam menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.


“Jika menang ,Najib juga akan dapat membersihkan kekotoran imejnya sekian lama keranaisu 1MDB, RM2.6 billion dan masalah isterinya,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment