Wednesday, September 25, 2019

Calon pembangkang PRK Tanjung Piai tak semesti MCA


Wartawan MalaysiaGazette

Mohamed Khaled Nordin



KUALA LUMPUR – Sesiapapun wakil calon pembangkang dalam PRK Tanjung Piai tidak semestinya perlu mengikut acuan semasa pemilihan PRU-14.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pasukan pembangkang tidak perlu terikat dengan paradigma politik sempit.

“Memberitahu UMNO dan Pas bahawa oleh kerana kami telah mengetengahkan agenda Muafakat Nasional, maka kami harus memberikan laluan kepada MCA untuk membuktikan kami mendukung politik multicultural adalah sangat dangkal.

“Anda masih tidak boleh keluar dari pemikiran poliik dari lensa kaum yang sempit. Bahawa kawasan tertentu mesti diwakili oleh kaum tertentu dan parti tertentu.

“Muafakat Nasional mesti mematikan paradigma cetek dan kolot ini,” kata bekas Menteri Besar Johor itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, hanya calon terbaik yang mesti ditonjolkan di Tanjung Piai.

“Calon yang kita bermuafakat dan bersetuju, bahawa dia mempunyai potensi, kemahiran, wibawa dan tenaga yang boleh mencorak dan membangunkan Tanjung Piai,” ujarnya.

Calon yang dipilih, katanya mesti mewakili semua UMNO, MCA, Pas, MIC dan sesiapa juga yang bernaung di bawah lembayung Muafakat Nasional merupakan ‘calon semua untuk semua’.

“Kita mahu seorang yang kompeten dan berwibawa. Yang boleh bersuara bagi masyarakat Tanjung Piai, mengenali Tanjung Piai, dan faham denyut nadinya.

“Muafakat Nasional mesti bersedia untuk melakukan anjakan drastik dengan nilai baru ini,” katanya.

Menurut Mohamed Khaled, nilai yang mendahulukan perwakilan terbaik di parlimen bukan parti terkuat atau bangsa terbesar atau persefahaman politik yang lapuk.

Jika tidak, katanya, Muafakat Nasional dan rakannya Barisan Nasional akan terus terbelenggu dengan formula politik yang tidak lagi realistik seperti Pakatan Harapan.

“Akhirnya, harapan saya agar Tanjung Piai adalah tentang pertembungan ‘politik sederhana dan pertengahan’ yang sihat, demi Malaysia yang lebih demokratik,” katanya.- MalaysiaGazette

Pemilihan Pan Macam Format Kejohanan Hoki



Ada beberapa sebab di belakang tabir isu Pan kena buat semula AGM di banyak tempat. Sebenarnya ia bukan isu yang besar, hanyalah strategi. Tiada apa yang patut dimalukan kerana dalam berpolitik, kadang-kadang taktik mengelirukan musuh. Ia perlu bagi membuat  serangan balas yang tidak disangka ke atas musuh. Kau orang tahu ketawa jer, bukan nak hadam isu. OK, aku cerita.

Ahli PAS ada 1 juta orang, dah masuk Pan 800 ribu, sebab tak puashati dengan PAS kalah dalam PRU, dan mereka rupanya sudah sokong Pan yang menang, mengikut dakwaan Presiden Pan. Memang 800 ribu ahli PAS itu gila nak ke Putrajaya. Sehingga sekarang mungkin mereka sudah mengutip ghanimah.

Mereka tidak miskin merempat lagi sebagaimana mereka duduk di dalam PAS dahulu. Lagi yang baki tu, 200 ribu, majoritinya masuk Pan lagi, sebab marah Penyatuan Ummah atau Muafakat Nasional dengan Umno. PAS hanya tinggal AJK Pusat sahaja dan beberapa kerat lagi sekarang.

Kemudian ahli Umno ada 3 juta orang, dan tak puashati juga dengan Penyatuan Ummah, lari lagi dalam 80 peratus, jadi 2.4 juta orang masuk Pan. Bayangkan mereka masuk serentak pada hari yang sama. Ada baca tak berita SUA Pan tak jawab telefon bila wartawan nak tanya pasal isu ni?

Dia nak jawab macamana dia mungkin tengah guna telefon nak kira ahli baru masuk, sampai jem, tak tahu nombor keluar ke tidak nak jumlahkan semua ahli tu. Juta, engkau tahu? Juta tu. So jangan nak tuduh dia nak lari dari wartawan. Tambah lagi dia jadi timbalan menteri, super busy.

Ketiga, Mat Sabu sebenarnya dah tahu yang Ikram cuba nak makan dia dalam pemilihan. Jadi Mat Sabu buat dulu pemilihan yang olok-olok, dan dia tak kisah ramai orang dia kalah. Kemudian lepas pemilihan ini, dia dah dapat ahli baru yang juta-juta, jadi dia pun batalkan semua pemilihan lama, buat yang baru dengan alasan teknikal. Haaa, sekarang Ikram dah kena game dengan Mat Sabu. Softway, hardway Ikram kena. Biar dia rasa.

Mat Sabu bukan bodoh, dia dah ada pengalaman dengan perwakilan PAS yang teruk dulu kenakan dia dalam pemilihan. Sia-sialah kalau tak belajar kan? Jadi kali ni, elephants are ready to fight again. Mampuslah Ikram kali ni, Abang Mat buat come back huh, baru dia tahu macam mana nak main bangsat dengan Abang Mat.

Saya sokong Abang Mat sebab Ikram ni lagi jahat. Tapi, mungkin juga pemilihan Pan dia buat format macam hoki. Lepas kalah suku akhir atau separuh akhir, main lagi, jadi ada chance nak menang tempat keempat hingga kelapan. Aku agaklah.

Teori ahli PAS dan Umno masuk Pan ni ni aku rasa-rasa jer, sebab Pan duk ratib kata ramai ahli PAS dengan Umno tak puashati dan nak masuk Pan. Tak tahu betul ke salah. Ikut suka aku jer buat teori. Tapi kau orang semua perasan tak, dia ratib ramai ahli PAS dan Umno tak puashati dan nak masuk Pan sebab penyatuan tu. Lepas tu dia ratib pulak yang penyatuan ni tak bawa apa-apa faedah. Dah engkau yang kata ramai ahli pergi kat engkau sepatutnya PAS dengan Umno melingkup dah sebab ahli lari. Jadi apa yang tak ada faedahnya? Untunglah engkau, macam bodohlah pulak.

Tapi yang paling bodoh, pengikut dia yang masih percaya dengan Pan. Hafal jugaklah ayat Quran, nak kata penyatuan tak ikut sunnah, muafakat berlumba-lumba ke neraka kata bos dia orang. Masih tabah kena tipu lagi walau dengan AGM dia terbatal. Untuk manifesto tu, jangan cakaplah. Yang ni tak boleh buat-apalah kan, bodoh tu kan percuma, bukan kena cukai pun. Habislah dia orang borong.

Tapi kalau Pan tak boleh guna bendera untuk mana-mana PRK, harap maklumkan pada PAS. PAS ni bersikap profesional, walaupun lebai. DAP pernah nak guna lambang kita sebab ada isu dengan ROS. PAS OK jer, boleh bagi. Pan pun, kalau ada isu dengan ROS, lagilah kita boleh bagi kalau nak guna. Tapi jangan guna bendera DAP, nanti habislah, dulu orang tak percaya yang Pan ni khadam DAP 😊

Mohd Nasir Abdullah
24 September 2019

[WARKAH DARIPADA ANAKANDA SITI]



Wahai ayahanda yang anakanda kasihi,

Warkah ini bukanlah warkah teguran, akan tetapi warkah belas kasihan.

Baru-baru ini anakanda maklum akan ucapan ayahanda ketika mengulas berkenaan Penyatuan Ummah yang melabel perkara tersebut adalah perlumbaan ke neraka berbanding dengan Konsep Rahmatan Lil- Alamin yang dibawa oleh ayahanda.

Ayahanda, anakanda berasa terkilan sekali akan kata-kata ayahanda. Jika di’google’ nama ayahanda, umum mengetahui bahawa ayahanda merupakan menteri agama. Selaku menteri agama, ayahanda adalah bapa kepada hal ehwal agama, yang pada asalnya berperanan membela, menyokong dan mengharmonikan segala alternatif yang menguntungkan Islam untuk negara.

Ayahanda,
Anakanda melihat ini sebagai satu perilaku yang tidak senang di mata anakanda sebagai seorang yang beragama islam. Satunya melabel perlakuan orang, duanya meletakkan hukum buruk pada langkah dan niat yang suci. Barangkali ini mungkin strategi politik yang ayahanda mahu menonjol untuk meraih populariti. Jika pun itu tujuan ayahanda, betul ayahanda sudah menang kerana berjaya raih populariti. Tetapi kesannya pada hati-hati ummat Islam, ayahanda pasti lebih mahir untuk menilik.

Sependapat anakanda, jika sekali itu pun dahsyatnya ayahanda memusuhi penyatuan ummah antara PAS dan UMNO, tidak perlulah sehingga menghukum gagasan pihak lawan sebagai pertandingan ke neraka. AllahuAkbar, moga Allah Mengampuni dosa-dosa kita semua.

Anakanda berharap sangat pada ayahanda, berhentilah berkata-kata perihal yang menatijahkan sesuatu perkara yang memudharatkan kredibiliti ayahanda, lebih parah lagi menconteng arang kepada posisi menteri agama yang ayahanda jawat sekarang. "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengarkan."

Sudah Allah ingatkan kita di dalam Alquran,

"Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar."
(Al-Baqarah 2: Ayat 94)

Akhir kata daripada anakanda, anakanda sedar akan kedudukan semasa anakanda yang masih tidak jelas samada syurga atau neraka, jangankan anakanda, para alim ulama juga, Rasulullah sendiri yang dijamin syurga sentiasa melakukan solat taubat, zikir dan munajat. Adakah ayahanda begitu yakin akan jaminan syurga yang dekat dan neraka berkedudukan jauh daripada ayahanda?

Yang benar,
Anakanda
SITI NURAISHAH BINTI MASIRAN,
SETIAUSAHA
SINERGI MAHASISWA ISLAM
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
22 Muharram 1441H
22 September 2019

AG TELAH MENGHINA MAHKAMAH DALAM KES #ADIB


.
Alasan penghakiman oleh Hakim Koroner Rofiah Mohamad baru sahaja keluar, di mana Hakim yang arif lagi bijaksana memutuskan secara prima facie bahawa Peguam Negara Tommy Thomas telah menghina Mahkamah.

Berikut ini adalah beberapa petikan yang relevan:-

“Adalah amat tidak wajar dan menyalahi prinsip perundangan inkues serta subjudis bagi AG untuk mengambil kedudukan mengenai punca kematian arwah Adib yang masih menjadi persoalan yang cuba dirungkaikan di dalam inkues yang sedang berlangsung.

“Perlakuan AG yang sedemikian itu telah ‘scandalized’ prosiding inkues tersebut. Inkues berkenaan boleh sahaja ditanggap sebagai hanya satu lakonan atau permainan wayang dan satu proses ‘rubber stamping’ sahaja kepada kedudukan yang telah diambil oleh AG.

“Oleh itu, atas imbangan kebarangkalian saya memutuskan bahawa pemohon telah menunjukkan secara prima facie bahawa AG telah melakukan penghinaan terhadap Mahkamah.”

- Puan Hakim Koroner, Rofiah binti Mohamad.

Via Aidil Khalid

Mohon tuan puan untuk tekan SHARE dan C&P status ini untuk disebarkan diseluruh saluran media sosial anda.

Didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.
#TangkapTommy #KeadilanUtkAdib #Justice4Adib

‘PH kata Melayu tak terancam tapi anjur kongres Melayu’ -



BANGI, 22 Muharram 1441H, Ahad – Hanya satu solusi yang boleh dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menebus semula maruah orang Melayu dengan mengembalikan dominasi politik serta kepimpinan negara kepada orang Melayu dan Islam.

Presiden Professional Muslim Community (PMC), Hazwan Mohamad  berkata, dominasi itu tidak seharusnya diukur melalui jumlah kerusi di Parlimen semata-mata, tetapi kesedaran mengenai hakikat pengaruh kekuasaan yang boleh diterjemah kepada keakuran secara sukarela.

Tanpa menafikan realiti politik hari ini, beliau berkata, dominasi pengaruh orang Melayu dan Islam dalam kerajaan sudah runtuh selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Saya tidak mahu mengulangi bacaan politik beberapa NGO yang sudah memberi ‘warning’ awal terhadap pengaruh besar ‘Abang Long’ (DAP) dalam Pakatan Harapan dan juga tidak lupa pengaruh luas golongan liberal sekular demokratik yang sedang berpaut teguh bersama Ahli-Ahli Parlimen dalam Pakatan Harapan. Tetapi inilah realiti yang kita perlu hadap.

“Isu hak keistimewaan orang Melayu Bumiputera, UEC, ICERD, naratif sejarah baharu, tulisan Jawi, bahasa Melayu bahasa kedua, RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam di DUN Selangor, buku-buku yang dahulunya diharamkan kini dibenarkan kembali, penularan ajaran sesat Syiah, gerakan liberalisme, perlekehan terhadap kempen beli produk muslim dahulu dan macam-macam lagi yang dihidangkan dimuka kita semua,” katanya.

BERSATU KERANA AQIDAH ADALAH PERLUMBAAN MENUJU SYURGA DAN MENGHINDARI NERAKA



(Menghadkan perpaduan kepada tujuan-tujuan politik kepartian semata-mata, hanya terhad kepada ahli-ahli parti politik kepartian sahaja sangat mendedahkan diri kepada kegelinciran niat dan maksud)

Oleh : Sahibus Samahah Tuan Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Perak

1.  Bersatu kerana aqidah dan bertujuan untuk menegakkan kehendak Allah di atas muka bumi ini adalah satu tuntutan Allah SWT dan tidak boleh dipandang ringan dan remeh apatah lagi untuk dipersendaguraukan. Banyak ayat al Quran dan hadith Rasulillah SAW yang memerintahkan umat Islam bersatu padu kerana aqidah bahkan tidak sedikit ayat al Quran dan Hadith-hadith Nabi SAW yang mencela perpecahan bahkan memberi amaran keras kepada pemecah belah dan pemutus tali persaudaraan sesama Islam. Semua orang Islam patut tahu perkara asas ini.

2.  Rasulullah SAW dan para sahabat r.a telah menunjukkan teladan dan contoh bagaimana arahan Allah SWT boleh dilaksanakan dan terbukti memberi kesan yang besar kepada membentuk hala tuju baru umat Islam dalam berperanan di dalam kehidupan. Kisah Aus dan Khazraj yang melupakan kisah lama mereka demi menyahut seruan perpaduan al Quran adalah bukti yang nyata bahkan dipuji di dalam al Quran.

3.  Perpaduan yang diusahakan atas tujuan yang benar adalah penyebab kepada terselamatnya pihak yang bersengketa dari jurang api neraka sebagaimana firman Allah SWT : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (QS Aali Imran:103)

4.  Umat Islam wajib menyokong apa jua usaha untuk menyatu padukan umat Islam atas dasar aqidah dan wajib mendahulukan sangkaan baik kepada perpaduan ini . Janganlah meletakkan andaian-andaian buruk, terlajak berani memberikan andaian-andaian buruk sedangkan hati-hati umat Islam hanya mampu dijinakkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT : Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (QS al Anfaal : 63)

5.  Kepada pihak-pihak yang sedang terlibat di dalam perpaduan ini, semesti beringat bahawa barangkali ini peluang terakhir yang Allah tawarkan kepada mereka. Jangan khianati Allah, jangan khianati Rasulullah SAW, jangan khianati umat Islam. Oleh itu, hanya menghadkan perpaduan kepada tujuan-tujuan politik kepartian semata-mata, hanya terhad kepada ahli-ahli parti politik kepartian sahaja sangat mendedahkan diri kepada kegelinciran niat dan maksud. Jika ada pihak-pihak mahupun individu yang berniat khianat kepada Allah, Rasul dan umat Islam dan masih mengejar kepentingan peribadi, ingatlah kes mereka sebenarnya akan dikendalikan sendiri oleh ALLAH SWT ! Firman Allah SWT : Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (QS al Anfaal : 63)

https://www.indahnyaislam.my/2019/09/bersatu-kerana-aqidah-adalah-perlumbaan-menuju-syurga-timbalan-mufti-perak/

CARA KENALPASTI BARANG MUSLIM ATAU BUKAN MUSLIM


Semasa beli  barang di supermarket..
kalau konfius barang tu produk muslim atau bukan muslim,
sila buka https://www.mukminbrands.com/

Taip shj nama produk cth : 'santan KARA'.
Sistem akan bagitau produk tu bukan muslim dan siap bagitau nama company sekali.

Sebarkan, semoga bermanfaat buat semua..

MASUK JENAMA TERUS BOLE TAHU PRODUK MUSLIM ATAU TIDAK.

SOKONG BMF DGN SYARAT PRODUK BERKUALITI (BUKAN SAMPAH) / SEDAP, 
HARGA BERPATUTAN KOMPETITIF BERBANDING DGN PESAING PRODUK BUKAN MUSLIM.

PGELUAR, PGILANG, PBORONG, PRUNCIT,  PGUSAHA PRODUK & PKHIMATAN MUSLIM MESTI ADA TANGGUNGJAWAB MELAKSANAKN FARDHU KIFAYAH DGN MJUAL PADA HARGA YG TIDAK MBEBANKAN UMAT ISLAM YG TDIRI DARI B40 & M40.

BERNIAGALAH IKUT CARA SUNNAH DGN TIDAK MGAUT KEUNTUNGAN BERLEBIHAN SEMBELIH SAUDARA SEISLAM SEOLAH2 MAHU CEPAT KAYA KRANA  HANYA PGUNA MUSLIM YG AKAN TERUS MYOKONG (BELIAN ULANGAN) DAN MENYUMBANG VOLUME (KUANTITI) KPD PRODUK MUSLIM.

HANYA DGN SALING BELAS KASIHAN  DI ANTARA PEMBEKAL DAN PGUNA  PROJEK BUY MUSLIM FIRST BMF AKN DIRAHMATI & DIBERKATI.

Wednesday, August 14, 2019

Projek DAP 'Langgar Tun M' dalam Kabinet hari ini?



DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF

SHARE THIS


TIGA isu hangat dijangka akan ditimbulkan oleh pemimpin DAP dalam mesyuarat Kabinet yang dijadual dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Kebetulannya pula ketiga-tiga isu yang mahu ditimbulkan oleh pemimpin DAP ini adalah bercanggah dengan pendirian Tun Dr Mahathir, malah keputusan awal kabinet sebelum ini.

Dua daripada isu ini, iaitu isu pengajaran tulisan khat Jawi di sekolah dan isu Lynas, malah telah mendorong DAP memanggil pertemuan khas semua wakil rakyatnya 5 Ogos lalu (khat Jawi) dan malam tadi (Lynas).

Bukan calang-calang orang yang akan menyuarakan isu-isu ini kerana semakan semula pengajaran tulisan khat Jawi akan dibawa sendiri oleh Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Keputusan untuk membawa usul mengkaji semula pengajaran tulisan khat Jawi ini pula didokong kuat oleh pemimpin DAP secara berkumpulan, khususnya DAP Perak dan Biro Undang-Undang DAP, dan secara individu.

Begitu juga dengan isu Zakir Naik yang akan dibawa oleh Naib Pengerusi DAP yang juga Menteri Sumber Manusia, Kula Segaran, yang mengumumkannya menggunakan letterhead rasmi kerajaan walaupun isu ini bukan berada di dalam bidang kuasa kementerian beliau.

Tekad DAP dalam isu Dr Zakir, selain tergambar di dalam dokongan pemimpin DAP lain terhadap Kula, terlihat dalam ayat yang beliau gunakan, iaitu "tindakan mesti diambil terhadap Dr Zakir" dan "masanya sudah tiba untuk Dr Zakir meninggalkan Malaysia".

Pendirian keras DAP dalam isu Lynas pula telah disuarakan oleh ramai pemimpinnya dan tergambar dalam kenyataan Ahli CEC DAP yang juga ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu.

Kata Ronnie Liu, "Kami (DAP) akan buktikan Lynas telah melanggar semua janji dan syarat yang mereka persetujui dan memang telah mencemar 'underground water' dll".

Sudah nekad benar nampaknya pemimpin DAP mahu 'melanggar' Tun Dr Mahathir dalam mesyuarat kabinet hari ini.

Akan berjayakah Menteri-menteri kabinet DAP mempengaruhi ahli-ahli kabinet lain supaya menyokong agenda mereka?

Sama ada DAP menang atau kalah hari ini, yang pasti ialah kenekadan mereka akan mengubah hala tuju politik negara.

DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF

Isu aibkan Presiden selesai, PAS terima maaf



HARAKAHDAILY


SHARE THIS





KUALA LANGAT: Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi mengambil jalan penyelesaian harmoni berhubung isu muat naik gambar mengaibkan terhadap pimpinan PAS oleh seorang pemilik akaun Facebook.

Pendekatan tersebut sekali gus menghidupkan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang digagaskan PAS apabila hal tersebut ditangani secara tertutup dan menerima permohonan maaf atas keterlanjuran dilakukan.

Sebelum ini tular gambar suntingan menggunakan wajah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden MCA, Dato' Seri Wee Ka Siong yang berpelukan secara aib hingga menjadi kemarahan warga media sosial itu.

Pertemuan antara Dato' Dr Yunus yang juga Adun Sijangkang telah berlangsung dengan pemilik akaun tersebut, Lim Siong Leong secara tertutup di Poliklinik Sijangkang milik Dr Yunus, di sini pada pagi tadi.

"Beliau menyatakan permohonan maaf di atas hantaran yang tidak disengajakan dan tidak berniat jahat. Hakikatnya, PAS menerima permohonan maaf tersebut.

"PAS juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menjalinkan tautan persaudaran sesama kaum dan merapatkan jurang perbezaan sesama kita.Semoga hubungan kaum di Malaysia akan lebih harmoni dan sejahtera," ujar Dr Yunus. -