Wednesday, September 25, 2019
[WARKAH DARIPADA ANAKANDA SITI]
Wahai ayahanda yang anakanda kasihi,
Warkah ini bukanlah warkah teguran, akan tetapi warkah belas kasihan.
Baru-baru ini anakanda maklum akan ucapan ayahanda ketika mengulas berkenaan Penyatuan Ummah yang melabel perkara tersebut adalah perlumbaan ke neraka berbanding dengan Konsep Rahmatan Lil- Alamin yang dibawa oleh ayahanda.
Ayahanda, anakanda berasa terkilan sekali akan kata-kata ayahanda. Jika di’google’ nama ayahanda, umum mengetahui bahawa ayahanda merupakan menteri agama. Selaku menteri agama, ayahanda adalah bapa kepada hal ehwal agama, yang pada asalnya berperanan membela, menyokong dan mengharmonikan segala alternatif yang menguntungkan Islam untuk negara.
Ayahanda,
Anakanda melihat ini sebagai satu perilaku yang tidak senang di mata anakanda sebagai seorang yang beragama islam. Satunya melabel perlakuan orang, duanya meletakkan hukum buruk pada langkah dan niat yang suci. Barangkali ini mungkin strategi politik yang ayahanda mahu menonjol untuk meraih populariti. Jika pun itu tujuan ayahanda, betul ayahanda sudah menang kerana berjaya raih populariti. Tetapi kesannya pada hati-hati ummat Islam, ayahanda pasti lebih mahir untuk menilik.
Sependapat anakanda, jika sekali itu pun dahsyatnya ayahanda memusuhi penyatuan ummah antara PAS dan UMNO, tidak perlulah sehingga menghukum gagasan pihak lawan sebagai pertandingan ke neraka. AllahuAkbar, moga Allah Mengampuni dosa-dosa kita semua.
Anakanda berharap sangat pada ayahanda, berhentilah berkata-kata perihal yang menatijahkan sesuatu perkara yang memudharatkan kredibiliti ayahanda, lebih parah lagi menconteng arang kepada posisi menteri agama yang ayahanda jawat sekarang. "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengarkan."
Sudah Allah ingatkan kita di dalam Alquran,
"Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar."
(Al-Baqarah 2: Ayat 94)
Akhir kata daripada anakanda, anakanda sedar akan kedudukan semasa anakanda yang masih tidak jelas samada syurga atau neraka, jangankan anakanda, para alim ulama juga, Rasulullah sendiri yang dijamin syurga sentiasa melakukan solat taubat, zikir dan munajat. Adakah ayahanda begitu yakin akan jaminan syurga yang dekat dan neraka berkedudukan jauh daripada ayahanda?
Yang benar,
Anakanda
SITI NURAISHAH BINTI MASIRAN,
SETIAUSAHA
SINERGI MAHASISWA ISLAM
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
22 Muharram 1441H
22 September 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment