Thursday, December 18, 2014

BLOGGER UMNO : KAMI "BANGANG" BUKAN PANDAI ...


Article ini saja saya abadikan dalam blog: Ikut ‘pandai’ Umnolah


Najib vs Muhyiddin: Siapa yang menang akhirnya? DR DZULKEFLY AHMAD 

PENULISAN ini adalah cubaan menziarahi kembali Perhimpunan Agung Umno (PAU) serta membaca politik Umno; khasnya tentang kepemimpinan Presiden dan Timbalannya, dalam cita-cita untuk mengemudi seterusnya perjuangan yang semakin getir seumpama sedang melalui lautan penuh gelora.

Ucapan yang kurang enak serta menghampiri ‘lucah’ seperti ‘membakar coli’ dan ‘minyak pelincir’ kurang sangat nilai ilmiahnya termasuk juga cakap-cakap macam ‘ustaz dan ustazah ekspres’ yang tebal dengan prejudis tidak wajar dilanjutkan. Cakap terbuang namanya.

Kalau boleh saya cadangkan kepada warga besar Umno kedua-dua pimpinan Wanita Umno ini wajar ditolak segera oleh Umno kalau Umno nak ‘survive’. Akan tetapi kalau mereka dikekalkan bahkan diangkat lebih tinggi lagi, bagus sangat untuk pembangkang di negara ini. Itu semua saya tak mahu campur. Ikut ‘pandai’ Umnolah.

Walau macam mana pun gegak-gempita ucapan perwakilan lain, di mana-mana perhimpunan parti politik di muka bumi ini, hanya ucapan orang nombor satu dan dua sahaja yang wajar diberikan tumpuan.

Yang lain itu sekadar menambah rempah ratus, sesudu dua ajinamoto sahaja. Dengan kekangan ruang, maaf tidak wajar saya melanjutkan untuk memberi laluan kepada yang lain, walaupun ada dikatakan menarik.

Saya tumpukan dulu ucapan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sejak bermain peranan ‘second-fiddle’, peribadi ini memang diakui umum tidak pernah menyerlah.

Berucap atau tidak, tidak sangat jadi pertikaian ahli apatah lagi pihak awam atau media. Jarang-jarang mungkin kadang-kadang sangat yang menyerlah dan selalunya tidak dipeduli. Lazimnya hambar.

Tidak begitu dalam PAU yang baru ini. Berkebetulan saya berada di hadapan set TV ketika itu. Saya tonton dan dengari seluruh ucapan beliau. Bukan sahaja punya ‘wow faktornya’ tapi sangat berlainan dan berbisa.

Lebih penting bagi saya selaku penganalisis politik yang memimpin sebuah think-tank parti adalah untuk membaca semuanya dengan beberapa lapis bacaan. Saya mahu lanjutkan naratif dan pengamatan ini.

Tentangan Terbuka Menyimpang sedikit, tentangan terhadap Presiden Umno bukan lagi satu rahsia. Ia telah menjadi satu ‘open-secret’ atau rahsia terbuka. Wujud ketidakselesaan terhadap dasar serta kecenderungan kepemimpinan Presiden parti.

Penentangan terhadap dasar-dasar ‘liberalisasi’ ekonomi dan kewangannya telah lama dinyatakan oleh ‘warlords’ parti yang sangat tebal doktrin ‘Kemelayuan’nya. Kesemua dasar ‘liberalisasi’ ini ditanggapi kelompok ini sebagai menggugat kepentingan Melayu.

Pun begitu ‘warlords’ beserta sebahagian besar ahli parti menyatakan tidak persetujuan mereka apabila Presiden Umno menamatkan undang-undang drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA dan Kanun Darurat peninggalan penjajah British.

Nah, apakah ini ‘backdrop’ politik yang melatari ucapan Timbalan Presiden Umno ini? Pastinya kalau perhitungan tentang janji Presiden mereka untuk memansuhkan satu lagi akta peninggalan penjajah yang sangat besar manfaat dan kegunaan untuk parti pemerintah di negara ini yakni Akta Hasutan 1948.

Perhatikan kembali ucapan Muhyiddin dan kita tekuni ma’ani atau maksud-maksud yang sarat dalam bait-bait ucapan beliau tempoh hari. Mungkin ada beberapa perkara yang wajar saya tonjolkan tentang ucapan beliau yang sangat besar maknanya.

Sayugia diingat ucapan ini dibuat Muhyiddin pada perasmian Perhimpunan Wanita dan Pemuda. Saya memerhatikan kritikan beliau tentang ekonomi khususnya kesenjangan atau jurang antara kaya-miskin dan antara kaum Melayu-Bumiputera dan Bukan Bumiputera adalah sangat bertepatan. Sandaran statistiknya sangat tepat dan relevan. Beberapa contoh boleh saya ulangi di sini.

“Dalam era pasca DEB, data terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia untuk tahun 2013 menunjukkan bahawa jurang ekonomi antara kaum masih wujud. Misalnya, pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera sebanyak RM3,282 masih rendah berbanding kaum Cina, iaitu RM4,643 dan kaum India sebanyak RM3,676.”

“Dalam kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah, 75.5% adalah Bumiputera. Pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera juga masih jauh lebih rendah berbanding kaum-kaum lain. Hanya 36.3% transaksi bangunan hartanah kediaman melibatkan Bumiputera.

Pemilikan hartanah bangunan industri dan perdagangan Bumiputera juga rendah iaitu 2.37% bagi hartanah industri dan 7.85% bagi hartanah perdagangan.” (point 13) “Secara umumnya, kedudukan ekonomi orang Melayu hari ini masih meruncing. Ketidaksaksamaan dalam masyarakat agak menggerunkan kita.

Pada masa yang sama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam meneruskan agenda ekonomi Melayu. Kita bersaing dalam ekonomi yang lebih terbuka.”

“Kita berhadapan dengan fahaman kesamarataan yang menentang sebarang pelaksanaan agenda Melayu. Menerusi pelbagai instrumen perjanjian perdagangan bebas antarabangsa, negara kita didesak supaya jangan lagi mengamalkan dasar untuk melindungi kepentingan kaum Bumiputera.

Kononnya, dasar seperti ini merupakan penghalang kepada pembangunan ekonomi dan merencatkan pasaran.” Kesemua ini akhirnya saya perhatikan tersimpul dan terangkum maksudnya dalam ayat ini:

“Saya ingin mencadangkan supaya Agenda Bumiputera serta dasar dan strategi merapatkan jurang ekonomi dijadikan teras utama Rancangan Malaysia Ke-11 yang merupakan lonjakan terakhir Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju”.

“Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional tidak boleh dilaksanakan secara picisan atau terpisah daripada kerangka besar ekonomi negara. Ia mesti dilaksanakan secara inklusif, komprehensif dan merentasi semua sektor ekonomi.

"Oleh itu, kita perlu menjadikan Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, bukan agenda kaum. Saya juga mencadangkan satu Dasar Ekonomi Nasional yang baharu dirangka untuk memacu inisiatif kesaksamaan ke hadapan.”

Nah... pada pengamatan saya Najib di'checkmated' oleh Muhyiddin. Hampir sahaja Muhyiddin mahu isytiharkan bahawa bosnya telah gagal. Dalam politik “timing” atau “kejituan waktu” adalah segala-galanya dalam perlaksanaan strategi. Punyalah banyak program-program GTP, ETP, NKRA dan NKEA dengan segala KPI dan SRInya, tetiba sahaja Muhyuddin secara lantang dan di hadapan semua perwakilan Wanita dan Pemuda,mengisytiharkan bahawa beliau mahukan satu Dasar Ekonomi Nasional yang baharu! Dengan kata lain,

Najib telah gagal kerana kemiskinan masih wujud di kalangan Melayu-Bumiputera dan gejala jurang kaya-miskin terus melebar di antara kaum. Program Liberalisasi Najib sekaligus diimplikasikan sebagai punca kegagalan dasar-dasar ekonomi Najib.

Aneh analisis ini! Hanya yang naïf politik yang membacanya dengan selapis sahaja. Menekan Najib Seolah-olah tidak cukup lagi untuk ‘menekan’ Najib, Muhyiddin beralih kepada isu yang lebih membakar yakni Akta Hasutan yang telah pun dijanjikan Najib kepada rakyat dalam dua pernyataan beliau untuk memansuhnya.

Dunia dah ketahuan dan sebuah interview dengan BBC pada Julai 2013, Najib telah menyebut akan memansuhkan Akta Hasutan ini. Lebih awal lagi pada 12 Julai 2012, Najib menyebut di hadapan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail.

Apakah kenyataan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohammad bahawa Melayu akan menjadi seumpama “Red-Indians” di Amerika satu kebetulan atau semua telah diorchestrated dan ‘stage-managed’?

Hanya Allah yang lebih Mengetahui! Muhyiddin membuat saranan yang tajam dan tegas, memintas Najib dalam hal polemik ini.

"Pada hemat saya juga, dalam semangat untuk mengikis sikap prejudis sesama rakyat, adalah wajar kerajaan mengambil tindakan tegas dalam membendung kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama daripada memercikkan api perbalahan.

"Adalah lebih baik kita mencegah daripada nantinya terpaksa merawat luka permusuhan yang parah. Kerana itu saya telah menyatakan pendirian saya mengenai Akta Hasutan.

"Bagi saya, Akta ini wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan. Peruntukan khusus perlu dimasukkan untuk melarang mana-mana pihak daripada mempersoalkan jaminan perlembagaan mengenai kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

"Akta ini juga perlu menghalang mana-mana pihak daripada mempersoalkan hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing." Berdepan dengan asakan Muhyiddin pastinya merimaskan Najib.

Beliau sememang tidak punya banyak opsyen kecuali untuk tunduk dan akur kepada orang nombor duanya yang kelihatan lebih mantap dan bersedia kali ini.

Nah, apa lagi keupayaan Najib untuk membuat sikap yang tegas serta pendirian yang tidak berganjak dalam hal Akta Hasutan ini?

Akhirnya beliau terpaksa mengakui setelah mendengar kehendak seluruh ahli Umno, maka beliau mengambil sikap untuk mendengar pandangan ahli.

Paling jelas dan tuntas ‘serangan’ Muhyidin terhadap Najib adalah dalam isu pemilihan parti. Saya ungkapkan kembali secara verbatim.

"Kita tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku. Kita perlu merekayasa perubahan. If change does not happen, we have to engineer the change. Justeru pada hemat saya, wajar untuk kita pertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut kehendak Perlembagaan Umno dan tidak ditangguhkan selepas pilihan raya umum seperti yang pernah dibuat sebelum ini."

Pada awalnya Muhyiddin bercakap tentang masa yang semakin suntuk untuk Umno berubah, diberi setahun sahaja lagi. Kemudian beliau mahu pemilihan tahun depannya tetap dijalankan!

Apakah mesej semua ini? Tegas beliau, "If change does not happen, we have to engineer the change" (Jika perubahan tidak juga berlaku, kita yang kena ubahkan). Cakap-cakap yang Muhyiddin hendak bersara pasti ‘spin’ yang dibuat oleh satu pihak yang mahukan beliau digantikan.

Oleh siapa ya? Bagaimana pula dari pihak Presiden Umno itu sendiri dalam menangani serangan yang bertali arus dari segenap sudut ini. Kini Tun Mahathir sudah mulakan tembakan beliau tentang kegagalan PAU menangani isu 1-MDB, TPPA dan jurang-kaya miskin.

Mampukah Najib bertahan? Muhyiddin Tidak Lagi Berselindung Setelah dibutirkan penampilan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyuddin Yasin yang agak mantap, saya akan berkongsi pengamatan saya tentang Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Saya hanya minta diizinkan berterus terang dan tidak perlu sangat menyantuni diplomasi dalam berkarya.

Takut-takut tak kesampaian maksud sebenar nanti. Sukar untuk dinafikan bahawa Najib pastinya gugup dan tersentak mendengar ucapan Muhyiddin yang luar biasa petahnya.

Lebih mengganggu kestabilan emosinya adalah terjahan beberapa isu yang difahaminya sebagai memintas, mengepung bahkan mengikat beliau. Garis ucapan Najib wajarnya berbeza supaya tidak dilihat terperangkap dalam kerangka dan kotak pemikiran Muhyiddin khasnya dalam isu-isu seperti agenda tuntutan pemilihan parti yang beliau desak supaya langsungkan juga dan tidak ditangguhkan.

Lafaznya jelas... "kita perlu merekayasa perubahan... ‘If change doesn’t happen, we have to engineer the change’... jarang-jarang sangat dia berbahasa penjajah... kalau perubahan tidak berlaku kita yang perlu mengubahnya.

Tegas beliau lagi, "justeru pada hemat saya, wajar untuk kita pertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut Perlembagaan Umno dan tidak ditangguhkan selepas pilihan raya umum seperti pernah dilakukan sebelum ini." Juga tegas dan tajam adalah tuntutan Muhyiddin supaya dirangka Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, bukan agenda kaum.

Saya juga mencadangkan satu Dasar Ekonomi Nasional yang baharu dirangka. Bukankah segala GTP, ETP, NKRA dan NKEA serta segala KPIsnya di bawah Pemandu itu kebanggaan Najib. Pendeknya NAJIBNOMICS lah! Sederap kata-kata Muhyiddin, tampak Najib semacam terkulai.

Di mana jawab balas Najib sama ada dalam ucapan dasarnya mahupun penggulungannya? Di mana penjelasan Najib yang menerangkan bahawa kita tidak perlu semua itu kerana kita telah ada segala Program Transformasi Ekonomi (ETP) mahupun Transformasi Kerajaan (GTP)?

Tegasnya beliau seakan-akan mengaku kalah dan bersalah. Sebab Muhyiddin tampilkan statistik dan tulisan-tulisan terkini. Bukan sahaja menyebut buku-buku Joseph Stiglitz dan Piketty tetapi membawa statistik dan ‘evidence’ terkini dengan penulisan Dr Mohammad Khalid (The Colour of Inequality) dan Pakar ekonomi Just Faaland, J.R Parkinson dan Rais Saniman membuktikan dalam buku mereka Growth and Ethnic Inequality: Malaysia’s New Economic Policy.

Mesej Menjadi Lantang Kalau Najib tak faham lagi biarlah saya tambah semangkuk dua untuk betul-betul pastikan gol disumbat kemas-kemas.

Mesej ini telah menjadi lebih lantang dengan peluncuran Laporan MHDR atau Malaysia Human Development Report Bangsa-Bangsa Bersatu. Secara lebih khususnya betul Perikatan-BN telah menurunkan Kadar Kemiskinan dari 49% isi-rumah (household) pada tahun 1970 ke serendah 1.7% pada 2010.

Sementara kadar kemiskinan telah berjaya ditangani yang menjadi pertikaian kesemua pakar-pakar ekonomi mutakhir ini adalah persoalan Jurang atau Kesenjangan kaya-miskin bukan sahaja disegi pendapatan (income) tetapi jauh lebih parah, sama ada dalam sesuatu kaum mahupun antara kaum ialah jurang kekayaan (wealth) diukur dari segi aset.

Ini bicaranya Muhyuddin! DEB berjaya mensasarkan penurunan kadar kemiskinan tetapi jurang dan kesenjangan masih lagi berleluasa dan program Najib dan sebelumnya, pendeknya gagal! Itu mesej Muhyiddin! Meneliti ucapan dan penggulungan Najib langsung tidak terjawab! Pada saya KO atau ‘Knock-Out’ Najib!

Dengan kata lain, apa jaminan kalau Najib diberi lanjutan kepimpinan dalam Umno-BN bahawa beliau akan memperbaiki prestasinya. Muhyiddin dan warlords Umno telah pun mengisyaratkan tidak persetujuan program Najib melalui Pemandu!

Muhyuddin secara tegasnya mahukan Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, bukan agenda kaum dan menuntut Dasar Ekonomi Nasional yang baru. Nah, meneliti kembali ucapan Presiden Umno tempoh hari, saya masih tercari-cari kata-kata ibunya, yang mega dan bersifat ‘visionary’. Maaf, tegasnya tak ada.

Najib sememangnya tahu bahawa beberapa warlords termasuk dua Tun telah bersuara -- Mahathir dan Daim. Kritikan mereka sebelum PAU adalah sangat keras dan tajam. Isunya ialah 1MDB yang kepada Mahathir dan Daim adalah ‘debacle’ atau mala petaka menunggu meletup.

Tun Mahathir dan Daim telah ‘mengherdik’ Najib dengan pelbagai cacian yang sangat pedas.

Mereka mengharapkan akan ada perwakilan atau juga pimpinan yang mengangkat isu-isu ini termasuk TPPA yang beliau bangkitkan. Najib sebaliknya lebih sibuk menghitung popularitinya yang mesti sentiasa diukur nisbah orang nombor duanya.

Dilihat dan ditanggapi lemah oleh perwakilan bakal membawa bencana dan padah untuk kesinambungan kepimpinannya. Maka itu lebih besar manfaatnya dari cuba mengetengahkan isu 1MDB atau pun TPPA, mentelahan kedua-dua ini,

Muhyiddin secara mudahnya boleh lepas tangan. Bahkan dia boleh sahaja meletakkan seluruh punca masalah kepada Najib selaku bos nombor satu. 1MDB ialah Najib dan Rosmah, mengikut persepsi umum, khasnya kerana keterlibatan Jho Low, anak muda jutawan yang kaya-raya serta kaitannya dengan 1MDB.

Meskipun tidak seorang pun tahu apa pegangan saham Jho Low dalam 1MDB. Tidak ada retorik baru atau ‘slogan baru’ yang baru kecuali “Solidariti Melayu dan Bumiputera” yang dilafazkan bersekali dan senada dengan “Solidariti Umno”. Nak dibawa ke mana retorika ini Najib? Sangat janggal seperti picisan yang amat asing dan tersasar.

Dalam suasana landskap politik negara melalui peredaran dan berangkat meninggalkan segala yang bersifat ‘feudal’ dan ‘kuno’ dengan Politik Baru yang serba ‘terangkum dan inklusif’, Najib tiba-tiba sahaja mengungkapkan wacana dan ‘discourse’ bahasa yang sangat ‘aloof’ atau ‘terpisah’ dalam alam khayalan Umno lama dan pastinya bukan Umno Gen-Y, Umno Khairy, Umno Saifuddin, Umno Ashraf Wajdi dan Umno Puteri!

Maka ketika Najib cuba membawa perihal ‘Peremajaan Umno’ dengan ungkapan istilah JIL Umno, pastinya rekaan Wajdi dan Fathul Bari (tekaan penulis), pertaliannya menjadikan Umno dipersepsi semakin eksklusif oleh umum.

Tambahan dengan orientasi yang mahukan pemerkasaan Akta Hasutan, Umno jelasnya tidak dapat tidak dilihat sebagai bergerak kebelakang dengan penuh paradoks dalam era pencerahan politik dan pendemokrasian. Umno sudah menjadi parti ‘ekstrem kanan’ atau ‘far right’ di segi spektrum ideologi yang difahami bahasa Sains Politik.

Tambahan Najib dan Umno kini yang sangat selesa dan melazimi NGO Melayu-Islam yang ditanggapi umum sebagai ‘ekstrem kanan’ dengan pegangan doktrin ‘Melayu-Islamist’ supremacist. Di mana yang hendak dikatakan peremajaan Umno.

Yang dimaksud ‘remaja dan peremajaan’ adalah diukur bukan sahaja usia mereka tetapi dengan nilai, aspirasi dan cita-cita golongan muda. Bolehkah kita bayangkan seangkatan anak muda berusia di bawah 30 tahun contohnya, tetapi mempunyai ‘worldview’ yang feudal, aristokratik, rasis dan fasis dan sangat ekstrem seperti Taliban di segi pegangan agama dan pembawaan kehidupan.

Di situ paradoksnya kalau bercakap tentang 'peremajaan' tetapi tidak diberikan 'pencerahan' yang diperlukan bagi membolehkan potensi mereka dikembangkan dan menjadi anasir yang menyatukan umat dan bangsa-negara.

Di sini letak kegagalan 'peremajaan Umno' yang sangat ‘superficial’ dan tertumpu hanya kepada peralihan generasi untuk 'jawatan' atau dengan kata ‘kuasa, pengaruh dan kemewahan’ tetapi tidak berangkat meninggalkan segala kebobrokan serta tradisi dan ‘baggage’ Umno yang usang dan mengaibkan. Rakyat tidak berhajatkan JIL Umno yang berperangai macam Umno lama yang didakwa umum ‘membolotkan kekayaan dan memperkaya suku-sakat’.

Apakah saya merekayasa kesemua ini? Pastinya tidak! Tun Mahathir sendiri membuat sebutan bahawa beliau kecewa PAU tidak membahaskan perkara-perkara yang bersabitan 1MDB, TPPA dan gejala kewujudan kaya-miskin! Apa perlu mengangkat isu-isu negara dan nasional ini, kalau pun tidak perlulah diulangi menyebutkan kegelojohan dan kerakusan penguasa pilitik Umno-BN tentang perihal NFC dan PKFZ?

Sebab menyebut dan mengangkatnya isu-isu ini akan menginsafkan ‘JIL Umno’ akan kepincangan tadbir-urus dan tuntutan pentadbiran yang bersih, telus dan bertanggungjawab.

Untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat, bukan sahaja sokongan orang Umno diperlukan, bahkan Umno mesti menyatakan bahawa mereka telah sedar dan berani mengaku kesalahan dan kesilapan lampau dan mahu berubah.

Pastinya kepercayaan rakyat yang telah tertipu kesekian lamanya ini, tidak boleh dipulihkan dengan hanya laungan slogan "Hidup Melayu" atau pengenalan kalimat-kalimat besar seperti Solidariti,

Peremajaan dan JIL Umno wahai Presiden Umno! Mentelahan pendedahan Laporan Transparency International Malaysia (M-TI) baru-baru ini yang menyenaraikan ‘Orang dan Parti Politik’ yang paling korup berbanding kelompok kerjaya yang lain termasuk Polis dan Kastam.

Kemudiannya disusuli pula oleh Tun Mahathir beberapa hari berikutnya dengan menyebutkan "parti politik kebelakangan ini semakin korup".

"Parti politik kini diakui lebih banyak dicemari masalah rasuah kerana ramai ahli politik guna kedudukan kumpul kekayaan peribadi." Siapa Yang Tumbang Selepas Perhimpunan Agung Umno? Kelincahan gelagat dan pidato Presiden dan Timbalannya dalam PAU sukar untuk dinafikan, baik oleh kawan atau lawan.

Cara ucapan umum atau ‘public speaking’ kedua-dua pemimpin Umno ini semacam mereka itu ‘finalis’ dalam ‘pertandingan’ untuk merebut siapa juara pemidato dalam Umno. Sesekali terasa mual dan jelek pulak bila berlebih-lebihan atau ’over’ kata anak muda. Itu pandangan peribadi saya.

Membaca dari dalam media sosial pula (Fb dan blog) semacam mengesahkan hakikat tersebut dan setiap ’kumpulan’ cuba mengangkat ‘bosnya’ serentak memperlekeh ‘pesaing’nya. Kedua-dua pemimpin Umno ini tersilap dalam menanggapi apa yang dihajati dan diharapkan oleh seluruh rakyat di negara ini.

Ya, rakyatlah yang bertanggungjawab menentukan sama ada Umno-BN terus memerintah atau di jadikan pembangkang di peringkat Persekutuan nanti. Jelasnya kedua-dua mereka telah tersasar kerana hanya bermain dalam gelanggang Umno pada PAU itu, khususnya di penggulungan. Inilah apa yang dikatakan, dengan izin, ‘Playing to the gallery’.

Malangnya kalau pun semua ahli dan perwakilan dalam PAU, memberi ‘standing ovation’, bertepuk-sorak dan bertempek meneriak ‘Hidup Melayu’ sekuat-kuatnya, akan tetapi kalau rakyat dan pengundi diluar ‘gallery-gelanggang’ itu, menolak Umno-BN, maka kedua-dua pemimpin ini berserta seluruh pimpinan parti dan barisannya akan bakal tersungkur dan tumbang!

Justeru, saya mahu mengulas secara lebih substantif menghuraikan kenapa dan bagaimana mereka telah gagal mengekploitasi semaksimanya tumpuan seluruh rakyat terhadap PAU tempoh hari.

Najib ada menyebut akan perihal itu, tetapi beliau sendiri lebih pentingkan ‘style’ dan gaya. Jelasnya yang paling kecewa adalah Tun Mahathir sendiri. Umum mengetahui Tun adalah negarawan yang tidak pentingkan ‘style’ dan ‘bahasa yang berbunga-bunga’.

Najib sejak dulu semacam nak menandingi ketua pembangkang dan kini dengan Timbalannya pun tampak macam dah kalah. Pun begitu, Tun menyelar PAU sejurus selepas tirai PAU dilabuhkan. Berkebetulan Tun telah membangkitkan isu 1-MDB sebelum berlangsung PAU dengan sangat konsisten.

Amat mengecewakan Tun adalah kerana bukan sahaja kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu sengaja tidak menyinggung perihal 1MDB, isu itu tidak juga dibangkitkan oleh mana-mana perwakilan yang berucap.

Turut menjadikan Tun berang kerana dalam banyak-banyak ucapan perwakilan tidak ada juga yang menyentuh isu TPPA dan paling mustahak adalah isu jurang kaya-miskin.

Bagi Tun, sebagai parti pemerintah gamaknya, tidak membicarakan dan mendebatkan hal-hal ini, jelas membuktikan Umno tidak menghayati denyut nadi rakyat dan peka tentang apa yang menjadi topik perbualan rakyat teramai.

Jelasnya bukan macam topik orang-orang Umno dan kuncu-kuncunya yakni hal kontrak dan kontrak.

PAU mempamerkan Umno yang sedang gusar dan dalam serba ketakutan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14. PRU ke-14 itu masih jauh tetapi Umno dikejar dan dihambat dengan igauan yang sampai ke paras ‘paranoia’ dan ‘neurosis’.

Tidak mustahil seluruh pimpinan tertinggi Umno, perwakilan serta ahli-akar umbi parti mahukan Akta Hasutan dikekalkan malah diperkasakan justeru kerana menayangkan bahawa legasi peninggalan penjajah yang telah menghadiahkan mereka kuasa satu hari dulu, akan menyelamatkan mereka dari serangan pembangkang termasuk pimpinan NGO dan terkini sekumpulan 25 “Elit Melayu”.

Hanya Pak lah yang berani menegur akan perkara tersebut. Dalam serba keserabutan fikiran inilah terserlah fenomena ‘neurosis dan paranoia’ pimpinan Umno. Dengan kekangan ruang, saya hanya mampu memilih satu isu besar sahaja dahulu.

Najib dan Muhyiddin memilih untuk meyakinkan rakyat bahawa Umnolah pejuang Islam dan konsisten dalam mendukunginya.

Saya petik untuk tatapan saudara kembali apa yang disebut Timbalan Presidennya.

"Saya pernah berkata bahawa jika kita menganggap Malaysia ini di bawah pimpinan Umno, berada di atas landasan perjuangan, mengikut syariat Islam dan hukum syarak dan ada orang kata sebaliknya pula, bagaimana kita hendak cari satu penilaian yang boleh menggambarkan bahawa negara Malaysia ini, hala tuju yang dibawa oleh Umno dari dulu sampai sekarang ini adalah berpandu kepada tuntutan Islam yang sebenarnya, maka lahirlah cadangan supaya kita buat satu Indeks Syariah.

"Indeks syariah ini akan membuat penilaian sejauh mana negara ini bawah Umno menjaga agama kita, menjaga akal, menjaga keturunan, menjaga nyawa dan menjaga harta benda. Lima tuntutan maqasid syariah."

Sangat tidak sopan buat Muhyiddin yang secara semberono menyebutkan bahawa Umno telah melandaskan perjuangan parti Melayu terbesar itu di atas landasan Islam dan secara tiba-tiba mengisytiharkan juga bahawa 'liberalisme' telah menjadi musuh Umno nombor satu dan bukan lagi PAS.

Saya akan hanya mengulas dari satu sisi sahaja. Ditakdirkan sejurus PAU tamat, sebuah badan antarabangsa ‘Transparency International–Malaysia (TI-M) mendedahkan dapatan berikut mengikut ‘Malaysian Corruption Barometer’ (MCB) 2014 dari kajian di kalangan 2,032 responden.

Kelompok paling korup ialah parti politik (45%), diikuti oleh pasukan polis (42%) dikuti dan pegawai kakitangan dan penjawat awam (31%).

Umno yang telah memerintah negara ini untuk lebih 5 dekad lamanya dan diketahui sebagai parti politik paling korup sehingga pernah memecat pimpinan tertinggi parti kerana rasuah dan amalan politik wang dan akibat itu sarat seluruh jentera pemerintahan dengan rasuah, tiba-tiba mandakwa bahawa mereka telah berlandaskan semua amalan mereka di atas pentadbiran Islam?

Umno yang masih punya menteri-menteri, menteri-menteri besar yang sama ada telah sabit kesalahan mahupun dalam proses perbicaraan kerana amalan rasuah dan pecah amanah dalam kes-kes sperti KPFZ dan NFC, bersedia membuat dakwaan bahawa segala-galanya mereka telah lakukan atas nama Islam dan dalam penghayatan Islam?

Penguasa politik Umno serta kuncu-kuncu dan kroni yang telah membolot kekayaan negara dengan segala cara batil dan amalan kronisme yang menghampiri rasuah dan jenayah, tidak termasuk lagi hal hal pembaziran bersedia untuk mendakwa bahawa mereka telah melakukan semua itu dengan komplian dengan muamalat kewangan Islam?

Hanya instrumennya sahaja ‘syariah-komplian’, sama ada dalam PKFZ, NFC dan MITP dan lain-lain, tetapi penipuan, amalan direct-nego dengan harga yang sangat ‘bolated’, curang dan culas adalah segala muamalat yang bertentangan dengan Syariat Islam! Sila perhatikan ayat Allah SWT:

"Dan Janganlah kamu makan (atau mengambil) hak dan harta(orang lain) di antara kamu dengan cara yang salah..." (Al-Baqarah: 188) Baru-baru ini kita diumumkan akan kewujudan 20 bilionair dan 30,054 jutawan. Alhamdulillah! Syabas! Kalau rezeki itu dari usaha gigih, cekal, kreativiti mereka tidak sesiapa yang harus cemburu. Mereka menjadi ikon dan ikutan golongan yang belum berjaya.

Namun kalau di kalanagn mereka ini terdapat golongan dari kalangan orang politik dan kuncu-kuncunya, rakyat mahukan supaya mereka berani isytihar bagaimana kekayaan mereka itu mereka jana.

Mereka sendiri seharusnya sedar dan insaf kerana rezeki akan disuapkan ke mulut isteri dan anak-anak mereka dan menjadi darah daging zuriat sehingga ke anak cucu.

Nah, seandainya cara perolehan kekayaan ini adalah secara batil yakni rasuah dan segala cara yang salah, rakyat minta mereka segera bertaubat kerana rakyat sesungguhnya tidak redha wang dan dana rakyat dicuri dan rompak oleh golongan yang sepatutnya menjaga Amanah Rakyat! Mereka wajar pulangkan wang rakyat ini!

Sesungguhnya saya sedang dalam proses mendengar keluhan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat GLC yang sedang diasak dan diperas ugut oleh seorang menteri yang mahu diberikan sejumlah wang sebanyak RM50 juta bagi memudahkan syarikat beliau meneruskan perolehan yang dikeluarkan oleh kementeriannya.

Beliau tidak akan lakukan! Dikatakan bahawa wang tersebut adalah untuk diberikan kepada 5 bahagian. Senang-senang menjadi menjadi multi-millionaire dengan satu transaksi kontrak!

Dan amalan ini dakwa beliau adalah lumrah. Lumrah di kalangan orang politik dan orang birokrat dan pegawa tadbir! Beliau menyebutkan tidak akan ‘tunduk’ namun kawan-kawan beliau dalam kedudukan yang sama tidak boleh beliau jamin.

Nah, ini tidak termasuk pelbagai cerita menteri yang meminta 5-10% bayaran upfront kepada syarikat-syarikat yang diberikan kontrak. Biasa sahaja itu. Saya terpaksa percaya kerana yang mencerita adalah pihak yang memberi dan mereka dikatakan terpaksa memberi kalau tidak tak dapat kontrak! Mereka pun dua kali lima juga.

Makanya wahai pimpinan Umno, anda janganlah bermudah untuk mendakwa bahawa Islam telah menjadi landasan perjuangan Umno! Jangan jadikan persepsi orang Islam dan bukan Islam tersalah tanggap tentang Islam itu kerana amalan buruk dan kebobrokan kamu.

Mutakhir ini menjadi lebih buruk kerana pegangan ekstremisme agama secara sempit yang diadunkan dengan doktrin ketuanan Melayu. Semua ini mahu dipaksa sebagai mendukungi Islam sementara Islam itu pada sifat hakikinya adalah penuh rahmat dan adil untuk semua...

Alahai Umno! Penulis ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Friday, December 12, 2014

PM : AIR MUKA @ TALAM DUA MUKA ???


Surat terbuka: Najib mesti jaga air muka sendiri - HARAKAHDAILY

\
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti jaga 'air mukanya sendiri' dan mengambil tindakan tokoh-tokoh besar negara itu dengan jiwa yang besar.


"PM dan kabinet hari ini wajar menerima hakikat yang barisan kepimpinan hari ini tidak boleh meneruskan kepimpinan mereka lagi," tulis Aspan Alias dalam blognya.

Baginya, seramai 25 orang manusia ternama telah menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Najib, mengkritik PM secara terbuka dengan berani baru-baru ini adalah petanda yang rakyat sudah tidak lagi dapat menahan kelemahan kerajaan hari ini.

Berikut tulisan penuh beliau.

UMNO sekarang dalam keadaan yang terburuk dalam sejarah penubuhannya dan penguasaannya ke atas kerajaan. UMNO sudah tidak tentu rupa bentuknya lagi dan UMNO sedang teraba-raba dalam kegelapan.

Pemimpin UMNO khususnya pucuk pimpinannya bukan tidak mahu berubah tetapi mereka tidak tahu cara untuk berubah dan apa yang mereka perlu ubah. Terlalu banyak untuk diubah, tidak tahu yang mana satu yang hendak diubah dahulu dan yang mana hendak diubah kemudian.


Kita tahu dan yakin, jika ini jugalah kumpulan yang diamanahkan untuk terus memimpin parti itu, UMNO itu sendiri akan terjun bersama mereka. Mereka sekarang tidak sedar yang mereka adalah ‘liability’ besar dan penyumbang kepada kehancuran parti itu dan bukannya pemimpin kepada negara lagi.

Kita berterus teranglah, Najib dan kumpulannya tidak lagi mampu untuk membetulkan parti ini. Hanya jika kita berniat untuk merosakan negara dengan lebih teruk lagi sahaja, baru kita berikan tugas untuk menyambung amanah yang telah diberikan sebelum ini.

Semuanya dan serba-serbinya di ambang kehancuran dan ia amat susah untuk memperbaiki segala kelemahan mereka dalam sekali gus. UMNO sudah terbiar oleh pimpinannya sejak tiga puluh tahun dahulu. Seperti yang disebut dalam posting sebelum ini, UMNO sedang dipimpin oleh mereka yang tidak mempunyai ‘talent’ untuk melalui proses memperbetulkan parti mereka.

Berlagak dan berlakon seperti pemimpin yang berkepimpinan, sudah tidak lagi dapat menyorokkan kemampuan dan nilai kepimpinan mereka yang lemah dan buruk itu. Mereka tidak pernah belajar kerana mereka tidak tahu apa yang hendak dipelajari dalam kepimpinan negara. Mereka tidak mampu untuk menjadi pemimpin sebenar maka mereka terus sahaja memaparkan nilai kulit sahaja dalam kepimpinan mereka. ‘They are not leaders; they are just acting like one’

Lagi mereka mengumumkan tindakan pembaikpulihan, lagi dalam masalah yang mereka hadapi. Tidak payah disebut lagi segala masalah yang mereka hadapi dan mengulangi acap kali. Sekarang waktu untuk bertindak secara drastik untuk mendapatkan perubahan itu. Najib dan barisannya perlu dan wajar berundur jika mereka mahu dikenang sebagai penyelamat parti terbesar itu. Pengunduran Najib dan barisannya merupakan sumbangan terbesar mereka kepada negara.

Hanya dengan berundur sahaja yang membolehkan mereka dianggap sebagai penyelamat parti itu, kerana jika mereka masih kekal bergayut kepada parti itu, mereka sendiri merupakan penyumbang besar kepada kemusnahan parti yang memimpin kerajaan sejak merdeka dahulu.

UMNO sekarang ibarat telur di hujung tanduk. Ia juga boleh diibaratkan seperti kapal besar yang sudah berkarat terumbang ambing di lautan luas tanpa nakhoda. Oleh kerana nakhoda yang sudah hilang punca dan arah anak-anak kapal dan penumpang dalamnya sedang mabuk dan muntah-muntah kerana hala tuju yang tidak menentu.

Baru-baru ini terjadi peristiwa yang tidak pernah terjadi kepada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini di mana seramai 25 orang manusia ternama telah menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Najib, mengkritik PM secara terbuka.

Semua orang tahu apa isi kandungan surat itu, tetapi yang saya hendak sebut ini ialah ia merupakan tanda dan bukti yang Najib sudah sepatutnya berhenti dan membiarkan sesiapa yang berpengalaman dari kalangan tokoh politik dan ‘planners’ untuk membawa negara ini kepada politik baru yang saya sebutkan tanpa jemu-jemu sejak beberapa lama dahulu.

Najib mesti jaga 'air mukanya sendiri' dan mengambil tindakan tokoh-tokoh besar negara itu dengan jiwa yang besar. PM dan kabinet hari ini wajar menerima hakikat yang barisan kepimpinan hari ini tidak boleh meneruskan kepimpinan mereka lagi. Penghantaran surat secara terbuka dengan berani ini adalah petanda yang rakyat sudah tidak lagi dapat menahan kelemahan kerajaan hari ini.

Semua pemain politik yang menguasai kerajaan hari ini wajar mengangkat bendera putih dan menyerah sahaja jika mereka masih ada saki baki harga diri mereka. Mereka adalah di kalangan yang bernama dan bergelar yang pernah menjadi ketua-ketua jabatan pelaksana kepada kerajaan kita.

Mereka terdiri dari bekas hakim-hakim, bekas duta-duta besar negara, bekas ketua-ketua setiausaha kementerian dan bekas pegawai tertinggi angkatan tentera dan Polis dan berbagai-bagai lagi jabatan pertubuhan.

Ini merupakan undi tidak percaya yang dilakukan secara terbuka dan jika ia diarahkan kepada Perdana Menteri ia adalah juga arah kepada seluruh ahli-ahli jemaah kabinet yang mentadbir negara kita sekarang. Ahli-ahli kemaah kabinet sekarang adalah kabinet lantikan Perdana Menteri, maka mereka juga wajar berhenti bersama PM yang melantik mereka.

Mereka yang menulis surat terbuka itu juga wajar memahami hakikat yang merosakan negara tidak mungkin boleh diyakini untuk memulihkan keadaan negara sekarang ini.

Seperti yang disebutkan tadi jika kita bercadang dan berhajat untuk merosakan lagi negara sahaja baru kita boleh memberikan tanggungjawab membaik pulih negara itu dilakukan oleh mereka yang sedang memimpin negara sekarang ini. Mereka hanya berkebolehan untuk meranapkan segala fabrik politik, kerajaan dan kenegaraan sahaja.

Ada yang menganggap kepimpinan hari ini adalah makhluk perosak (pest) kepada negara ini. Meminta mereka memperbaiki negara serupalah seperti yang disebutkan oleh perbidalan, ‘seperti tikus membaiki labu’ sahaja.

AHMAD MASLAN : INI NAMANYA DURIAN RUNTUH UNTUK ORANG FELDA ...

KEJATUHAN SAHAM FGV DAN KEMELUT DALAM FELDA



Saham FGVH tinggal RM2.60 sesaham hari ini. Merudum begitu teruk berbanding dilancarkan pada 28 jun 2012 pada tahap RM4.55. Ia di ramal turun lagi ke paras lebih buruk. Belum ada sebarang kenyataan dari YAB Perdana Menteri mengenai situasi kritikal pada ketika ini. Sewaktu pelancaran, PM kata peneroka dapat durian runtuh, bukan lagi BRIM tapi BROOM!

Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang 
Bajet Felda setiap tahun sekitar 1.8 bilion untuk membayar gaji Staf, pembangunan ladang, penempatan felda, infra, pendidikan dan lain lain. Saya tidak pasti melalui Perjanjian Pajakan antara FGVH dengan Felda untuk membayar Felda RM508 setiap tahun dapat dilakukan atau tidak. Berdasarkan maklumat terkini, Bajet Felda 2015 akan dipotong di sana sini. Sudah tentu berbagai insentif terhadap peneroka dan Gen 2 akan dikurangkan. Perolehan tahunan Felda kian berkurangan. Tabungan dari simpanan dan pelaburan kian menyusut dengan teruknya. Kini, banyak bergantung dari ihsan Kerajaan, walhal, sebelum penyenaraian FGVH, Felda pernah memperolehi pendapatan bernilai RM2.387 bilion dan setelah ditolak berbelanjaan, masih ada lebihan RM389 juta!
Sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, tahun 1990, diumumkan tiada lagi pembukaan Felda baru. Tanah seluas 360,000 hektar yang di mohon dari Kerajaan Negeri dibuka Ladang Felda atas alasan memberi pendapatan baru kepada Felda, tidak lagi bergantung peruntukan Kerajaan semata mata. Alhamdulillah, Felda Plantation dianggap berjaya dan memberi sumbangan 60-70% pendapatan Felda.

Amat menyedihkan, Felda Plantation di pajak selama 99 tahun kepada FGVH dan Felda kehilangan pendapatan yang begitu besar. Suatu keputusan yang tidak bijak sama sekali. Dibantah oleh sebahagian besar Pegawai Kanan Felda. Akibatnya, Pengarah Besar Felda waktu itu, Dato' Dzulkifli Abd Wahab dan hampir 20 orang yang lain diambil tindakan; dipetisejukkan, di tukar, turun pangkat dan lain lain.
Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang  dan luka yang kami dapat
Hiruk pikuk kejayaan penyenaraian FGVH di pukul canang seantero dunia. Penyenaraian di Bursa Malaysia itu yang kedua terbesar di dunia selepas Facebook. Ia meletakkan FGVH syarikat perladangan terbesar mengalahkan Sime Darby dan IOI. Istilah durian runtuh di popularkan dan menjadi modal pilihanraya PRU 13; apatah lagi RM15,000 'dirasuah' kepada 112,635 orang peneroka.

Jumlah habuan dan umpan terbesar kepada rakyat Malaysia!
Kami di fitnah 
Tidak menghairankan kenapa 80% undi warga Felda di 54 parlimen seluruh negara solid kepada BN pada PRU 13 lalu. Jika wang ehsan yang diterima penduduk Terengganu yang nilainya jauh lebih rendah, antara punca utama Kerajaan PAS tumbang pada pilhanraya 2004; bayangkan RM 15,000 yang diterima peneroka Felda!
Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang 
Allah Maha Adil. Berapa lama pengkhianat dan petualang peneroka ini mahu berseronok meratah hak rakyat. Musim bulan madu dengan memfaraidkan harta peneroka telah berakhir. Kini, mereka bertempur sesama sendiri. Dulu berkonspirasi membuang Dato' Dzul dan pegawai Kanan yang tidak disenangi, kini beradu kekuatan sesama mereka.

Dato' Faizoull Ahmad menerima giliran. Di gantung jawatan selama dua bulan serta merta. Pengumuman yang mengaibkan beliau dan keluarganya. Saya difahamkan, antara alasannya, Faizoull membuat PERLANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT STAFF yang tidak dirujuk ke Lembaga Pengarah Felda dan tidak ikut prosedur JPA.
Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang 

Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang  dan luka yang kami dapat
Tetapi saya yakin ada sebab lebih besar kenapa Faizoull menjadi musuh utama Isa Samad ketika ini. Belum sampai masanya untuk saya dedahkan.

Saya simpati kepada Faizoull. Beliau yang begitu taat pada Isa pun menjadi mangsa. Pegawai Kanan yang setia dengan Faizoull saya jangka akan turut tersingkir. Dato' Hanapi, salah seorang dari empat Timbalan Pengarah Besar Felda memangku jawatan Faizoull.

Mungkin ramai tidak tahu keadaan di Felda sebenarnya begitu gawat. Tan Sri Raja Alias, Arkitek Felda masih hidup. Saya yakin beliau amat bersedih dengan apa yang berlaku di Felda. Saya akan berusaha untuk bertemu dengan beliau. Saya berhasrat mengambil inisiatif untuk mengumpul bekas bekas Pengarah Besar Felda seperti Dato' Aladin, Fadzil Yunos, Tarmizi dan lain lain. Saya harap YBM Tengku Razaleigh Hamzah boleh memainkan peranan mengembalikan zaman kegemilangan Felda. Boleh tentu ada formulanya, sebab sudah dua kali saya bertemu dan berbincang dengannya.
Sebagai langkah permulaan, suatu majlis Solat Hajat Perdana akan dibuat sebelum akhir tahun ini.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH FELDA........

TAN SRI ZAM : BANGANGKAH KAMI ???



BACA KOMEN ZAM

INI BUKAN BLOGGER BENGGONG SEPERTI KATA NAJIB..IHSAN BLOG ZAM YANG DIMUATTURUN BARU BARU INI.


"Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar telah membuat kenyataan mesra dan menyegarkan kepada Dr. Mahathir dengan mengnganggap Mantan Perdana Menteri itu bersuara berani semata mata untuk melihat masa depan negara mempunyai hala tuju yang betul bila beliau mengatakan ramai yang layak untuk ganti Najib sebagai Perdana Menteri.

Mahfuz sebelum ini diketahui sebagai orang Pas yang paling keras dan lantang mengkritik Mahathir dalam banyak hal.

Bagaimanapun yang lebih penting untuk ditanya adakah kenyataan Mahfuz itu kerana beliau telah mendengar desas desus mengatakan ada rundingan damai sedang berlaku antara PKR dengan UMNO atau adakah kerana Mahathir melihat Azmin Ali sebagai berpotensi untuk calun PM yang perlu kembali kepada UMNO?."


INI PULA TENTANG KES LIWAT 2 YANG MASIH TERTANGGUH


HAKIM HAKIM MENUNGGU HASIL RUNDINGAN KES LIWAT ANWAR

"Kelewatan kes liwat Anwar Ibrahim ini telah mengesahkan keraguan orang ramai selama ini terhadap keupayaan sistem kehakiman dan keadilan negara. Masa yang bagitu lama diambil telah menimbulkan berbagai sepkulasi ,prasangka,persepsi dan pandangan negatif terhadap integriti, kecekapan,kebijaksaan dan sihat atau tidak sihat badan kehakiman negara..

Persepsi atau spekulasi paling terkini dan terburuk ialah mengatakan hakim - hakim sedang menunggu keputusan rundingan yang sedang diadakan. Saya tidak tahu apakah rundingan yang sedang diadakan itu? Siapakah yang terlibat? Ada campurtangan politik ke?"
Demikian ulas Zam beberapa hari lepas dalam posting beliau dan bergambar bersama beberapa bloggers Umno veteran yang melihat suasana seakan adanya rundingan dipihak Najib dan dan Anwar?
Jika diambil kira laporan yang menggunakan Khairuddin, bermakna adanya percaturan sedang berjalan di kem Mahathir untuk menyingkirkan Najib , manakala najib pula sedang berusaha berhadapan dengan masaalah ekonomi dan juga desakan pihak Mahathir yang cuba mencari bintang baru bagi menggantikan Najib. Mungkin beliau melihat Mokhzani sesuai disitu?

PM ROSMAH : ISTERI SAYA DI SERANG ...

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemimpin Umno lapor polis ke atas 1MDB



Datuk Khairuddin Abu Hassan dari Umno bahagian Batu Kawan membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi petang ini.

"Saya berasa curiga dan ragu-ragu dengan pengurusan kewangan 1MDB yang tidak telus," katanya kepada pemberita.


Melihat kepimpinan Najib yang makin tertekan, Rais Yatim baru baru ini menegaskan bahawa adalah elok jika Najib diberi peluang hanya untuk 3 tahun lagi sebagai PM. Manakala Mahathir dan Daim pula melihat bahawa Najib gagal memguruskan kewangan negara dan berhutang lebih 500 billion malah ada yang menyatakan bahawa ianya lebih dari itu. Walau apa pun ianya telah melebihi 50% had KDK dalam negara.

Rata rata menyatakan tentang kebimbangan akan kadar keberhutangan negara yang dilihat sebagai telah mencapai tahap tenat jika tidak diuruskan dengan baik.Tekanan mengenai bebanan GST dan cukai yang digunakan bagi menjalankan ekonomi domestik dilihat membebakan rakyat dan kakitangan kerajaan menuntut kenaikan gaji akibat tekanan kenaikan harga barang dan petrol.
  
 Mahathir mengkritik pentadbiran Najib,manakala Ku Li pula membidas nasib Umno yang sukar berubah. Mahathir menyatakan bahawa tiada calon untuk menggantikan Najib kerana tiada dari Umno yang berkelayakkan.

Najib semakin panik.

PM KITA : AKU BUAT DONO (DON`T NO) JER ....

Ku Li kecewa dengan keadaan negara bawah pentadbiran sekarang


Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, ahli Parlimen paling lama berkhidmat di Malaysia kecewa dengan keadaan negaranya.

"Saya tidak boleh hadapi semula pengalaman apabila Malaysia, selepas Merdeka, terperangkap dalam situasi sama dengan apa yang kita hadapi sekarang," katanya dalam temubual bersama The Edge Review.

Landskap politik Malaysia bermasalah, apabila isu sensitif perkauman dan agama mendominasi tajuk utama media dan bualan umum, menerima kesan kemerosotan ekonomi serius dengan hutang sektor awam yang meningkat dan isi rumah meninggalkan negara ini sangat terdedah kepada kejutan luar.

"Kita tidak pernah berada dalam situasi sebegini," kata ahli politik veteran berumur 77 tahun itu.

Tengku Razaleigh, putera raja daripada negeri pantai timur Kelantan itu sememangnya tahu.

Sejak pertengahan 1960-an, Tengku Razaleigh memainkan peranan dalam beberapa inisiatif ekonomi negara dan memegang jawatan penting sebagai menteri dan menjadi pesaing kuat untuk menjadi pemimpin utama negara.

Pada 1965, beliau menjadi pengarah eksekutif pertama Bank Bumiputra, yang hari ini selepas mengalami beberapa transformasi menjadi penjana kewangan serantau Kumpulan CIMB.

Pada 1974, beliau dilantik sebagai pengerusi dan ketua eksekutif perbadanan minyak nasional baru, Petroliam Nasional Berhad (Petronas), satu jawatan yang disifatkan perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein sebagai "setara dengan menteri Kabinet".

Ketika zaman kegemilangannya, Tengku Razaleigh juga mencetuskan gelombang dalam parti Umno yang mendominasi kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN).

Pada 1971, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 2 tahun kemudian menjadi bendahari parti.

Ini diikuti dengan pelantikannya dalam Kabinet apabila menjadi menteri kewangan sekitar 1976 hingga 1984, dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri dari 1984 hingga 1987.

Beliau meninggalkan kerajaan selepas tewas merebut jawatan presiden Umno, dan perdana menteri Malaysia yang secara tradisinya datang dengannya, menentang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kekalahannya menyebabkan Tengku Razaleigh digugurkan daripada kerajaan, bersama dengan penyokongnya.

Sejak itu, beliau disisihkan daripada politik arus perdana dalam Umno dan kerajaan. Tetapi bagi kebanyakan rakyat Malaysia, beliau kekal bersuara lantang.

Thursday, December 11, 2014

BLOGGER BANGANG : BILA NAJIB NAK SAMAN TOK DET ???

Eloklah Najib saman Mahathir

BANGANG

1. "Doubt is to find truth. Those who do not have doubt cannot think. Those who cannot think, cannot find truth." - Imam Al-Ghazali.

2. Pertamanya kami nak mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi sebab tak termasuk dalam kategori "BLOGGER BANGANG" yang disebut Najib dalam PAU lepas. Sebabnya mudah..tiada siapa pun yang bayar kami. Sebab tu kami bebas kalau nak "memBANGANGkan" Najib, mahupun Menteri Besar N9..hehe!!

3. Tapi kami juga tahu ada pihak yang pernah menggunakan nama Paneh Miang untuk buat tuntutan bayaran daripada tokoh tertentu..kononnya Paneh Miang ni wakil mereka di Negeri Sembilan. Disebabkan satu sen pun kami tak dapat..maka wal harammu till mataiii!!

4. Najib cakap Rosmah yang mengajarnya perkataan "BANGANG". Di sini ada 2 kemungkinan..satu Rosmah kerap memBANGANGkan orang lain yang secara kebetulan Najib selalu mendengarnya; kedua mungkin Najib sendiri sering diBANGANGkan Rosmah..mana la nak tau kan?!

PAU 2014

5. Kebanyakan pembahas ketika PAU lepas telah menyuarakan rasa tak puas hati mereka. Antara isu yang disentuh ialah Akta Hasutan, Ekonomi, Tanah Rizab, Penguasaan Bahasa Melayu, GST, Biasiswa, Pengangguran, Sekolah Vernakular, Isu Perpaduan, Perbezaan Antara Kaum, Isu Sentuh Anjing..bla..bla..bla..

6. Berapi-api pembahas berucap..kedengaran ucapan memasing seolah mereka ahli parti pembangkang pulak dan bukannya wakil kerajaan yang memerintah. Padahal kuasa ada pada mereka..ada pada UMNO..jadi apa ke BANGANG yang korang dok memekak? Bukankah UMNO sepatutnya jadi juara dalam segala tindakan dan keputusan kerajaan, dari dok bercakap tak sudah2..tak selesai masalah pun. Atau ahli UMNO memang tengah berlatih nak jadi pembangkang lepas PRU-14?

7. Dah berbuih pembahas berucap..macam2 isu dicakap..akhirnya ucapan penggulungan Presiden yang orang ingat ialah..Rosmah tak nak jadi Ketua Wanita Bahagian atau MB N9..serta perkataan BANGANG!! Sebab tu bila wartawan tanya komen Tun Mahathir berkenaan ucapan penggulungan Najib, dengan sinisnya Tun jawab, "Ini semua SOOOLIIIDAAARIIITIII.."

8. Kini dah lebih seminggu PAU 2014 berlalu..apa impaknya? Business as usual..wal hasil balik asal..

AMERIKA

9. Apabila Joe Biden dan Joseph Y Yun mempertikai perbicaraan melibatkan Anwar serta mengkritik keputusan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan, Tun Mahathir dan KJ telah membidas kritikan tersebut. Maka berbondong-bondonglah pengampu Najib memetik bidasan Tun Mahathir dan KJ itu.

10. Adakah pengampu Najib tak berasa risau andai lepas ni Amerika akan mula merenggangkan diri dan menjadi kurang mesra dengan Najib? Bukankah selama ini Najib begitu dahagakan pujian Amerika hinggakan dipuji senator Amerika pun boleh jadi tajuk utama akhbar!!

11. Jika Tun Mahathir yang balun Amerika tidaklah pelik sebab seluruh dunia tahu sentimen negarawan itu terhadap Amerika. Tapi KJ? Terasa janggal dan peliklah pulak..nampak sangat macam pelakon channel Zee.

12. Bukankah pemansuhan ISA sebelum ini disebabkan Najib nak sangat bodek Amerika. Jadi tak mustahil Akta Hasutan juga akan dimansuhkan sebab PM Malaysia sentiasa terhegeh2 pujian Amerika. Lagipun Joseph Kurup dah cakap di Dewan Negara bahawa penggubalan Akta Keharmonian Nasional tetap akan dibincangkan walaupun Akta Hasutan dikekalkan.

13. Disebabkan TIADA JAMINAN berapa lama Akta Hasutan akan kekal, ditambah dengan keputusan Menteri JPM Najib yang masih mahu Akta Keharmonian Nasional digubal, maka kemungkinan untuk Akta Hasutan bakal senasib dengan ISA adalah sesuatu yang tak boleh diketepikan; Najib boleh saja nak buat alasan pada masa depan yang Akta Hasutan kononnya bertindan dengan Akta Keharmonian Nasional bagi merasionalkan pemansuhannya. Jadi apa maknanya lakonan KJ bidas Joe Biden? Nak mengaburi mata yang sedia buta?

SAMAN

14. Semua maklum yang Najib dalam proses saman Rafizi Ramli dan Tony Pua berkenaan isu 1MDB. Selaku Menteri Kewangan yang mana 1MDB adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan, Najib mengambil tindakan saman setelah diasak bertalu2 tanpa mampu berikan penjelasan konkrit atas segala dakwaan Naib Presiden PGayR dan Pengerusi DAPig Selangor itu.

15. Kalau tak silap (memang tak silap pun) Tun Mahathir juga mempersoalkan Najib dalam isu 1MDB. Malah Tun Mahathir terang-terangan 'menuduh' syarikat milik Kementerian Kewangan itu berjudi apabila menyimpan sebahagian dana mereka di Cayman Island. 

16. Tun Mahathir juga tanpa segan silu mengatakan Malaysia bakal tergadai dan menjadi boneka Amerika disebabkan kedegilan Najib yang tetap berkeras mahu menandatangani perjanjian TPPA. Terbaru hari ini pula Tun Mahathir pertikai tindakan kerajaan dalam menangani krisis penurunan harga minyak dunia.

17. Akhir2 ni Tun Mahathir kelihatan tak jemu mengkritik kerajaan serta mempertikai sekian banyak keputusan Najib yang kelihatan merugikan negara.

18. Jadi alang2 Najib dah saman Rafizi dan Tony, apa kata Najib saman jugak Tun Mahathir. Bila Tun dah kena saman, sekurangnya dia terpaksa senyap. Takdelah sesiapa lagi yang berani nak kritik Najib. Maka mudahlah Najib nak jahanamkan negara tanpa gangguan. 

19. Bila kurang kritikan, bermakna 'terbuktilah' semua tindakan yang Najib buat tu semuanya betul..tiada yang salah..negara tak rugi..rakyat tak susah..mantap..tertarik..kau memang da bomb..kan? Heh!

20. Apa tunggu lagi Ah Jib Gor..samanlah Tun Dr Mahathir Mohamed. Ada bran?!

LGE : TUH..ADA ORANG NGAKU ROBOH RUMAH MELAYU, APSAL TAK PI TANGKAP ???

Hari tu Umno menyalak kata Guan Eng nak roboh kg melayu tapi kenapa UDA yg bercakapnya!?

UDA: Roboh rumah ikut prosedur undang-undang

Tindakan meroboh baki rumah di Kampung Tanjung Tokong adalah mengikut prosedur undang-undang dan perintah mahkamah, kata Pengarah Urusan Kumpulan UDA, Ahmad Abu Bakar.
Beliau berkata mahkamah turut memberi kebenaran kepada pihaknya untuk menjalankan pembangunan semula di tapak kampung berkenaan.
"Kami amat prihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk malah telah beberapa kali menunda hasrat merobohkan rumah mereka atas dasar perikemanusiaan," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya UDA telah mengeluarkan notis pada 8 November 2012 apabila penduduk tidak memberi maklum balas terhadap tawaran yang diberikan kepada mereka, diikuti notis peguam pada 12 Disember 2012 dan 14 Januari 2013.
Beliau berkata penduduk telah diberi cukup masa untuk mempertimbangkan tawaran berkenaan sebelum notis mahkamah berikutnya dikeluarkan pada 19 Jun 2013.
"Kes tidak mahu berpindah ini sebenarnya hanya melibatkan beberapa buah keluarga kecil dan kebanyakan mereka tidak mendiami kampung itu," kata Ahmad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden kekecohan melibatkan 200 penduduk yang cuba menghalang kerja meroboh sebuah rumah penduduk kelmarin.
Suasana menjadi tegang sehingga menyebabkan lima pemuda ditahan polis namun mereka dibebaskan kemudiannya.
Hasil rundingan ADUN Tanjong Bungah, Teh Yee Cheu, perhimpunan itu bersurai kemudiannya dan pihak pemaju bersetuju untuk memberi tempoh tujuh hari lagi bagi keluarga terlibat mengosongkan kediaman mereka.
Katanya buat masa ini, 241 keluarga sudah ditempatkan di rumah transit lebih dari tiga tahun dan kesemua mereka akan dipindahkan sebaik sahaja projek pembangunan di kampung berkenaan siap.
Ahmad berkata UDA telah bersetuju untuk mengecualikan bayaran sewa rumah selama tiga tahun di samping memberi sebuah rumah percuma untuk setiap keluarga terlibat mengikut kelayakan yang ditetapkan.
Katanya UDA turut memperuntukkan hampir 1.6 hektar tanah untuk dijadikan Kampung Warisan Melayu Tanjung Tokong di samping membaik pulih Masjid Tuan Guru, Masjid Karwa dan sekolah agama di kawasan itu.
UDA memohon penduduk terlibat supaya menghormati keputusan yang telah ditetapkan sebelum ini dan mematuhi perintah mahkamah serta memenuhi hak pemaju, katanya.
"Apa yang ditawarkan UDA sememangnya menguntungkan penduduk terlibat dan tidak ditawarkan pemaju lain," katanya.

PM NAJIB : SAYA PM PALING GEMBIRA ....

shahbudindotcom


Walaupun Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pernah mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri paling gembira, gelaran itu kini seharusnya sudah pun berpindah kepada Najib Razak.

Jika Perdana Menteri pertama itu didapati memanggil rakan-rakannya bermain poker ketika api pergaduhan kaum sedang marak di Chow Kit dan Kampung Baru dalam peristiwa 13 Mei 1969, Najib pula tetap meneruskan agenda percutiannya ke luar negara biar pun pelbagai isu sedang melanda negara ketika ini.

Najib ketika ini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Korea Selatan dan beberapa hari selepas itu dikatakan terus bercuti panjang sehingga 6 Januari 2015.

Pada 1 Ogos lalu, iaitu pada Hari Raya ketiga dan sehari selepas mengadakan lawatan rasmi ke Belanda berhubung isu MH17, beliau juga didapati bercuti panjang sehingga 15 Ogos. 

Sebagaimana yang didedahkan oleh Asia Sentinel, di sebalik membatalkan jamuan Hari Rayanya, Najib didapati bercuti di beberapa bandar Eropah seperti Paris, Sardinia (Italy), Cannes, Rom dan London bersama sekumpulan ahli perniagaan Cina,  jutawan  playboy Taek Jho Low serta bekas Perdana Menteri Qatar.

Hanya dalam tempoh kira-kira empat bulan saja selepas percutiannya yang terakhir, Najib sekali lagi mengambil cuti dan berehat di luar negara.

Tahun-tahun sebelumnya juga, meskipun era pemerintahannya sentiasa diselubungi banyak masalah, Najib dan keluarganya sentiasa meluangkan masa untuk bercuti.

Dengan ini, tidak diragui lagi bahawa daripada semua Perdana Menteri, Najiblah yang paling "enjoy" dan bergembira dengan jawatannya. Beliau dan keluarganya, disebalik pelbagai kecaman dan kekalutan yang berlaku dalam negara, didapati terus bergembira dengan segala macam kemudahan yang hadir bersama jawatan Perdana Menteri yang disandangnya.

Cuti tetap cuti dan semua yang  berlaku dalam negara seperti prestasi kerajaan yang dipertikai, sokongan rakyat yang terus merosot, kritikan Mahathir yang berterusan serta 1001 isu lainnya, langsung tidak mengganggu perancangannya untuk bercuti dan bergembira.

Sebelum ini, ketika timbul isu pembaziran dan kemewahan yang melibatkan isteri dan keluarganya, ia juga tidak mengganggu untuk terus berbelanja mewah sehingga satu demi satu "kebejatan" keluarga Perdana Menteri didedahkan kepada umum.

Tidakkah ini menunjukkan Najib seorang pemimpin yang mementingkan kegembiraan dalam hidupnya?

Berbanding Mahathir yang pernah tidak bercuti selama beberapa tahun ketika suasana dalam negara tidak begitu menggalakkan suatu waktu dahulu dan kemudian bercuti panjang selama dua bulan apabila keadaan negara terkawal, Najib seolah-olah tidak sedia menangguhkan kegembiraannya yang sebenarnya tidaklah lebih utama daripada amanah yang dipikulnya.

Sebagaimana dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu, di samping menyatakan kebimbangan bahawa hanya dengan merosotnya sokongan pengundi sebanyak 2 peratus saja sudah boleh menyebabkan UMNO dan BN hilang kuasa dalam PRU 14, Muhyiddin Yassin turut menyatakan bahawa beliau dan Najib akan mengurangkan program-program ke luar negara bagi memberi lebih tumpuan kepada masalah dalam negara.

Ketika pewakilan UMNO di Dewan Merdeka bertepuk dan bergembira dengan perkhabaran itu yang seolah-olah menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin, sejurus kemudian semuanya "terbarai" apabila didapati Muhyiddin pergi China manakala Najib pula ke Korea Selatan.

Dan ini juga bukanlah kali pertama Najib dan Muhyiddin tidak berada dalam negara secara serentak, malah disambung pula dengan percutian Perdana Menteri sehingga 6 Januari 2015 tidak ubah seperti memandang "enteng" semua masalah dan kekalutan dalam negara.

Adakah Najib tidak bimbang dengan kedudukan UMNO dan BN yang kian merosot ketika ini yang ditambah dengan kritikan berterusan daripada Mahathir terhadapnya?

Apakah Najib juga tidak bimbang UMNO akan kalah dan kemungkinan BN menjadi pembangkang selepas ini?

Atau Najib memang tidak peduli dengan nasib dan masa depan UMNO selepas ini kerana sekurang-kurangnya beliau sudah merasa menduduki kerusi Perdana Menteri yang menjadi buruan ramai pemimpin itu.

Kekentalan dan ketidakpedulian terhadap pelbagai masalah serta kekalutan dan tetap meneruskan percutian lebih dari sekali dalam setahun serta mengutamakan kegembiraan memang sukar ditandingi dan melayakkan Najib diberikan trofi "PM paling gembira dalam sejarah Malaysia".