Tuesday, September 21, 2010

TAHNIAH UMNO/BN KEDAH !!!!!


Gosip ini melibatkan ahli politik terutamanya Menteri, tertanya-tanya juga samada benar khabar angin mengatakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal telah berkahwin dengan aktres Zahida Rafik.

Ini gosip yang tersebut di blog-blog hiburan. Sebelum ini pelbagai cerita kita dengar mengenai isteri Shafie Apdal yang menjadi perbualan orang politik termasuklah polemik dengan isteri orang paling besar dalam politik.Tetapi itu cerita sebelum Ramadan.Cerita selepas Ramadan mengatakan Shafie sudah memperisterikan Zahida di London.Kalau beTul, tahniah. Kalau tidak betul, minta maaf.

Selepas Bung, ada lagi Pak Menteri "makan" pucuk muda? Saya petik:

[BN] Gosip angin sepoi-sepoi bahasa menyatakan yang si Zahida Rafik ini sudah pun berkahwin dengan seorang menteri di London sebelum bulan puasa hari tue. Khabarnya bukan sebagai isteri pertama. Mungkin kedua, mungkin ketiga.Kalau betullah dah berkahwin, tahniah kami ucapkan kepada Zahida Rafik. Nampaknya menteri-menteri kita tersangatlah femes di kalangan artis.

Dulu Bung berjaya mengorat Zizie, kini giliran Zahida Rafik pulak dingorat oleh menteri. Taste tinggi jugak yek menteri Malaysia nie.Satu je yang menjadi kemusykilan kami dari dulu sampai sekarang, apa sebenarnya si Zahida nie buat sampai layak digelar artis. Berlakon pun macam tak ada. Menyanyi lagi lah kan? Ada sesiapa boleh terangkan kepada kami?Apa pun tahniah kepada si menteri yang mendapat gadis secun Zahida Rafik untuk dijadikan isterinya. Semoga kekal ba
hagia.Siapa Pak Menteri itu?

Ada blog menulis:
P/S : ...Aduhh.. betul ke gossip ni?? Amboihh laa.. pak pak menteri boleh tahap jugak tastenya.. risik-risik khabar, menteri tu menteri kemajuan luar bandar dan wilayah siapa lagi kalau bukan Shafie Apdal.
Tak kisah pun kalau nak kawin muda, cuma.. kerja dan rakyat tu janganlah lupa. DS Najib suruh tambah cawangan UMNO, tapi pak pak menteri tambah cawangan sendiri. Salah faham nampaknya.. adehh la...

MB UMNO KEDAH DULU LAGI BODOH DARI BUDAK SEKOLAH ???

ALOR SETAR, Sept 2010: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid meneliti laporan audit negara bagi mendapatkan bukti peningkatan hasil negeri 205 peratus seperti yang dikehendakinya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan media ketika meraikan puluhan ribu pengunjung berbilang bangsa ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, petang semalam.

Kelmarin, bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yang digugurkan itu meminta kerajaan negeri memberikan penjelasan mengenai dakwaan terdapat peningkatan mendadak hasil negeri 205 peratus tetapi tiada sebarang pembangunan yang dilaksanakan di negeri itu.
Menurut Azizan, laporan audit tersebut secara jelas menunjukkan peningkatan hasil negeri yang amat ketara selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran dari Barisan Nasional (BN) yang diterajui Mahdzir.
"Laporan audit negara dibentangkan di dalam parlimen, kalau dia nak pertikai, bermakna dia tak yakin dengan apa yang dibahaskan di parlimen
.

"Pembalakan menyumbang kepada peningkatan hasil yang amat ketara, dari RM8 juta setahun menjadi RM38 juta setahun. Budak sekolah pun boleh beza yang mana lebih tinggi di antara kedua-dua angka itu," katanya sinis.
Menurutnya lagi, bidang pertanian masih menjadi penyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kedah seperti tahun-tahun sebelumnya walaupun tidak mengalami peningkatan yang ketara seperti bidang pembalakan. -HARAKAH
P/S : AKU TABIK "SPRING" KAT Y.A.B USTAZ AZIZAN NIE. SETIAP SOALAN PENGACAU DARI UMNO/BN KEDAH. DIA BANTAI DIRECT TO THE POINT TANPA BELAS KASIHAN. INILAH MB YANG KITA CARI ....

PEJUANG MELAYU TAPI BAHASA MELAYU TAK BETOI ...


TAHNIAH MPSPK- GAMBAR LUCAH SUDAH DI BUANG ...



TAHNIAH, kerajaan PAS Kedah, telah membuang iklan lucah @ menjolok mata di premis di lot 88, sungai petani, kedah...
terima aksih juga kepada MPSPK atas tindakan dan kepekaan aduan....

BEZA TIDUR ANTARA 2 PEMIMPIN KITA ....

beza tidur antara Dato` Seri Najib Tun Razak dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz...


Friday, August 27, 2010

UMNO KEDAH : KINI DI ICU - KERANDA ON DA WAY...

Politik UMNO Kedah didakwa tenat
ALOR SETAR - Politik UMNO Kedah hari ini sudah tenat. Parti itu juga dikatakan berada pada usia emas dan sarat dengan penyakit seperti perkauman, kronisme, nepotisme, budaya rasuah, termasuk mencabuli undang-undang federalisme.
Exco Kesihatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Dr Ismail Salleh berkata, itulah gambaran yang boleh dikatakan terhadap keadaan politik semasa bawah pengurusan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
“Latar belakang pendidikan yang rendah, ditambah pula dengan ketiadaan ciri-ciri kepimpinan dalam diri menyebabkan beliau tidak dilantik untuk mengetuai UMNO Kedah, sebaliknya hanya jawatan nombor dua sahaja,” katanya. Dr Ismail yang juga ADUN Alor Mengkudu berkata, Ahmad Bashah juga telah hilang kepercayaan dan sokongan penyokong tegar di DUN Bakar Bata termasuk pengundi ‘fixed deposit’ di Taman Wira Mergong yang telah beralih angin.
“Kemenangan tipis beliau dalam Pilihan Raya Umum lalu, disusuli pula dengan kemasukan pemuda dan bekas JKKK Taman Wira Mergong ke dalam Pas, baru-baru ini membuktikan beliau sudah hilang bisa,” katanya. Menurutnya, tidak hairanlah Ahmad Bashah kini ‘meracau’ untuk meraih sokongan politik dengan merentasi kawasan DUN, untuk mendapatkan sokongan baru.
“Dalam keadaan politik beliau yang sakit, Ahmad Bashah mula mencari keuntungan politik dengan meninggalkan kawasan DUN sendiri merentasi DUN Kota Darul Aman milik DAP dan Alor Mengkudu milik Pas, untuk menunjukkan keprihatinannya,” katanya. Dr Ismail turut menyelar tindakan Ahmad Bashah yang membawa pihak media membuat laporan keperitan hidup keluarga Rasilawati di Kampung Alor Mengkudu supaya rakyat dapat saksikan keprihatinan beliau membela keluarga itu, yang kononnya tidak dipedulikan oleh ADUN Alor Mengkudu.
“Beliau seolah menangguk di air keruh apabila mempolitikkan isu itu, dan apabila kononnya tuan rumah yang disewa keluarga Rasilawati diberi notis keluar rumah dalam masa 24 jam, sekali lagi Ahmad Bashah membawa media untuk memaparkan peristiwa itu,” katanya. Menurutnya, apa rasionalnya tindakan ADUN Bakar Bata itu dan kenapa beliau tidak menjaga pengundi di kawasan sendiri yang memerlukan pembelaan wakil rakyat daripada menyibuk di kawasan lain.
P/S : KALAU NAK MUHASABAH DIRI SEMPAT LAGI NIE. DI HARAPKAN MEREKA-MEREKA YANG BERMASALAH DAN JUGA BERSALAH MASIH LAGI ADA MASA UNTUK INSAFKAN DIRI. SEMOGA ANDA SEMUA TERUS DI TERANGI CAHAYA. KALAU TAK JUMPA CAHAYA JUGA, BAIK JOIN BULAN PURNAMA. BULAN PURNAMA HARUS TERUS MENERANGI BUMI KEDAH....

UMNO ALOR SETAR : APABILA YANG AFDAL TIDAK LAGI SEMPORNA & YANG BASHAH SUDAH KERING

Alor Setar: Hilang percaya terhadap Shafie Afdal
Sementara itu, isu yang hangat menjadi topik perbincangan ialah perletakan jawatan 11 Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian Alor Setar pada 7 Ogos yang lalu. Kesemua mereka didakwa bertindak meletakkan jawatan melalui satu notis dengan alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pemuda UMNO bahagian dan UMNO bahagian sendiri yang diterajui oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Mohd Shafie Afdal.
Kepimpinan UMNO bahagian dan Pemuda bahagian didakwa meminggirkan peranan pergerakan itu selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Kewujudan mereka seolah-olah tidak dipedulikan dalam kepimpinan sedia ada.Namun begitu Ketua UMNO bahagian, Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan bahawa konflik yang berlaku membabitkan kepimpinan beliau.
Sebaliknya, beliau mendakwa masalah yang timbul disebabkan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Ketua Pemuda UMNO bahagian, Zubir Zabidi dan bukannya terhadap kepimpinan tertinggi UMNO bahagian Alor Setar yang diterajui oleh beliau.Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kemungkinan ada antara mereka yang tidak berpuas hati dengan pihak lain dan mengaitkan isu ini hingga memperbesar-besarkan perkara yang tidak sepatutnya.
Kumpulan 11 yang diketuai oleh bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO bahagian, Mohd Azreen Azizan nekad tidak ingin bersemuka dengan Ahmad Bashah lantaran perbincangan sebelum ini tidak membuahkan hasil.Walau bagaimanapun, setiap Pemuda bahagian mempunyai 24 ahli jawatankuasa termasuk Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari, Ketua Penerangan serta tiga orang AJK yang dilantik dan 15 yang dipilih.
P/S: APA BO;EH BUAT BRO, TERIMA SAJALAH HAKIKAT ITU BRO. AKU NAK TENGOK MUKA PEMIMPIN BARU UMNO KEDAH YANG SANGGUP TERIMA KETUA BAHAGIAN ATAU KETUA PERHUBUNGAN UMNO NEGERI. KOT-KOT ADA PEMIMPIN UMNO YANG ADA TELOQ NAK JADI KETUA NEGERI. BAKAL M.B TUE...

UMNO SUNGAI PETANI : BALA MAI DAH NIE .....

Gerakan anti Ali dilancar di Sg Petani

Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Ali Yahya, terus dirundung krisis keyakinan apabila sekumpulan 200 ahli yang tidak sebulu dengannya, menggerakkan usaha mempertikaikan kepemimpinannya menerusi pakatan Gerakan Anti Ali (GAA).

GAA yang mendakwa menerima sokongan kira-kira 80 daripada 130 cawangan Umno dalam bahagian itu, turut mempertikaikan tindakan Badan Perhubungan Umno negeri Kedah yang mengekalkan jawatan Ali meskipun jawatan itu dipangku timbalan pengerusi Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.Diketuai Abu Bakar Ahmad, GAA menuntut badan perhubungan Umno Kedah melucutkan semua jawatan yang masih disandang Ali, iaitu penyelaras parlimen dan pengerusi majlis pembangunan pertanian negeri yang diwujudkan atas kapasitinya selaku ketua bahagian.Bercakap dalam satu sidang akhbar kelmarin, Abu Bakar berkata pihaknya kecewa dengan Ahmad Bashah yang didakwanya berbohong kepada ahli Umno bahagian dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengekalkan jawatan Ali sebagai ketua bahagian.Menurutnya, GAA menganggap kenyataan Ahmad Bashah `tidak masuk akal' kerana Ali sepatutnya dilarang menghadiri sebarang urusan rasmi setelah pengurusan dan pentadbiran bahagian itu kini diambil alih Umno negeri.
Katanya, selaku pemangku ketua Umno bahagian Sungai Petani, Ahmad Bashah seharusnya lebih arif mengenai perlembagaan parti dan patut memahami sejarah Umno Sungai Petani yang pernah melalui pengalaman sama pada 1990-an.Abu Bakar berkata, peristiwa itu membabitkan penyandang ketika itu, Datuk Shuib Lazim digantung tugas kerana masalah dalaman yang menyaksikan Pengerusi Umno negeri yang juga Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff ditugaskan Majlis Tertinggi (MT) mengambil alih pengurusan dan pentadbiran bahagian itu.Katanya, Osman bertindak menyerahkan urusan pentadbiran bahagian kepada seorang ahli jawatankuasa pada ketika itu dan hanya memantau tetapi tidak seperti Ahmad Bashah yang didakwanya mencari jalan untuk menyelamatkan karier Ali semata-mata.
Menurutnya, sehingga kini Ahmad Bashah masih gagal mengadakan perjumpaan dengan GAA bagi berbincang mencari penyelesaian terhadap kemelut dalaman itu.“GAA tidak akan teragak-agak melakukan sesuatu perkara yang lebih 'dahsyat' sekiranya Ahmad Bashah dan Umno Kedah masih bersikap lepas tangan dalam menangani masalah bahagian Sungai Petani,” tegasnya lagi.Pada 11 Julai lalu, persidangan perwakilan Umno bahagian Sungai Petani kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ali berucap di majlis perasmiannya. Keadaan bertambah kecoh apabila lebih ramai perwakilan bangun termasuk naib ketua bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan ketua Puteri Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof yang turun dari pentas meminta Ali berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara perwakilan dengan penyokong Ali.
Isu itu dirujuk kepada MT yang kemudian menyerahkannya kepada Badan Perhubungan Umno negeri untuk mencari jalan penyelesaian dengan diketuai Ahmad Bashah, yang dilantik pemangku ketua Umno bahagian Sungai Petani.Minggu lalu, Ahmad Bashah mengumumkan Ali dikekalkan ketua bahagian tetapi diprotes GAA yang menganggap timbalan pengerusi Umno negeri itu (Ahmad Bashah) masih memangku jawatan Ali selaras dengan arahan MT dan Ali sewajarnya tidak memegang sebarang jawatan.
P/S : UMNO/BN DOK KACAU ORANG MERATA, LAST-LAST YANG DIRI SENDIRI DOK TERABOQ LAGI NI. APA CEQITA: SELESAI DULU LA MANA-MANA YANG PATUT DULU KOT NOOO... YANG PR PLAK JANGAN DOK KEJA GELAK PULAK. BUAT KEJA KITA ELOK-ELOK...

Monday, August 23, 2010

UMNO KEDAH ROSAK TERUK DAH NIE .....

Jumaat lalu, ana ke Lapangan Terbang Sultan Abd Halim, Alor Star menunggu kawan-kawan dari Kuala Lumpur. Sesampai di bangunan terminal, ana terkejut melihat banyak kereta Perdana dan Merz hitam. “Ai PM nak mai ka? Atau Muhyiddin. Tapi tak ada polis,” tertanya saya. Dalam terminal ana jumpa seorang kawan yang juga bekas orang kuat UMNO Bahagian Kota Star.
Biasalah bila bertemu kawan lama, banyaklah perkara kami borak. Ana tanya kawan ana, siapa yang nak mai. Ramai juak-juak UMNO dok tungggu. “Entah,” katanya. “Hai hang orangkuat UMNO tak kan tak tau?” tanya ana. “Manalah aku tau. Aku tak ambil kisah langsung bab UMNO. Buang masa. Aku dah lama tinggal UMNO. Lebih baik aku joint puak-puak tabligh,”jawabnya.

Ketika pesawat tiba, ana nampak mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Mahadir Khalid keluar dan disambut oleh tiga empat orang kuatnya dan terus keluar. Sebentar kemudian, nampak pula bekas Exco Kedah, Datuk Osman Aziz seorang diri keluar terus ke kereta yang menantinya.

Selang beberapa minit keluarlah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang diimport, Datuk Shafie Afdal. Adalah empat lima orang kuat UMNO datang bersalam dan menyambutnya. Merekapun terus ke kereta dan keluar. Kemudian keluar pula Datuk Othman Abdul mantan Ahli Parlimen Pendang seorang diri keluar dan terus ke keretanya.Disini terbuktilah bahawa geng-geng UMNO Kedah masing-masing bawa hal. Hang hang! Aku aku!. Kalau betulah UMNO Kedah masih bersatu padu sudah tentu peristiwa di Lapangan Terbang Alor Star tidak semacam itu. Masing-masing bawa hal. Sudah tentu mereka akan tunggu dan keluar bersama.Terbuktilah sudah seperti yang dihebuh UMNO Kedah tunggu masa saja nak lingkup.
p/s : NAK TUNGGU komen dari orang kuat yang UMNO yang sempurna lagi afdal selaku ketua perhubungan umno kedah komen. pastu tengok apa pula datuk paduka bashah komen plak, tapi gerakan 4B dia pun tak komen-komen lagi nie......