Biasalah bila bertemu kawan lama, banyaklah perkara kami borak. Ana tanya kawan ana, siapa yang nak mai. Ramai juak-juak UMNO dok tungggu. “Entah,” katanya. “Hai hang orangkuat UMNO tak kan tak tau?” tanya ana. “Manalah aku tau. Aku tak ambil kisah langsung bab UMNO. Buang masa. Aku dah lama tinggal UMNO. Lebih baik aku joint puak-puak tabligh,”jawabnya.
Ketika pesawat tiba, ana nampak mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Mahadir Khalid keluar dan disambut oleh tiga empat orang kuatnya dan terus keluar. Sebentar kemudian, nampak pula bekas Exco Kedah, Datuk Osman Aziz seorang diri keluar terus ke kereta yang menantinya.
Selang beberapa minit keluarlah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang diimport, Datuk Shafie Afdal. Adalah empat lima orang kuat UMNO datang bersalam dan menyambutnya. Merekapun terus ke kereta dan keluar. Kemudian keluar pula Datuk Othman Abdul mantan Ahli Parlimen Pendang seorang diri keluar dan terus ke keretanya.Disini terbuktilah bahawa geng-geng UMNO Kedah masing-masing bawa hal. Hang hang! Aku aku!. Kalau betulah UMNO Kedah masih bersatu padu sudah tentu peristiwa di Lapangan Terbang Alor Star tidak semacam itu. Masing-masing bawa hal. Sudah tentu mereka akan tunggu dan keluar bersama.Terbuktilah sudah seperti yang dihebuh UMNO Kedah tunggu masa saja nak lingkup.
p/s : NAK TUNGGU komen dari orang kuat yang UMNO yang sempurna lagi afdal selaku ketua perhubungan umno kedah komen. pastu tengok apa pula datuk paduka bashah komen plak, tapi gerakan 4B dia pun tak komen-komen lagi nie......
No comments:
Post a Comment