Friday, August 27, 2010

UMNO ALOR SETAR : APABILA YANG AFDAL TIDAK LAGI SEMPORNA & YANG BASHAH SUDAH KERING

Alor Setar: Hilang percaya terhadap Shafie Afdal
Sementara itu, isu yang hangat menjadi topik perbincangan ialah perletakan jawatan 11 Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian Alor Setar pada 7 Ogos yang lalu. Kesemua mereka didakwa bertindak meletakkan jawatan melalui satu notis dengan alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pemuda UMNO bahagian dan UMNO bahagian sendiri yang diterajui oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Mohd Shafie Afdal.
Kepimpinan UMNO bahagian dan Pemuda bahagian didakwa meminggirkan peranan pergerakan itu selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Kewujudan mereka seolah-olah tidak dipedulikan dalam kepimpinan sedia ada.Namun begitu Ketua UMNO bahagian, Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan bahawa konflik yang berlaku membabitkan kepimpinan beliau.
Sebaliknya, beliau mendakwa masalah yang timbul disebabkan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Ketua Pemuda UMNO bahagian, Zubir Zabidi dan bukannya terhadap kepimpinan tertinggi UMNO bahagian Alor Setar yang diterajui oleh beliau.Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kemungkinan ada antara mereka yang tidak berpuas hati dengan pihak lain dan mengaitkan isu ini hingga memperbesar-besarkan perkara yang tidak sepatutnya.
Kumpulan 11 yang diketuai oleh bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO bahagian, Mohd Azreen Azizan nekad tidak ingin bersemuka dengan Ahmad Bashah lantaran perbincangan sebelum ini tidak membuahkan hasil.Walau bagaimanapun, setiap Pemuda bahagian mempunyai 24 ahli jawatankuasa termasuk Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari, Ketua Penerangan serta tiga orang AJK yang dilantik dan 15 yang dipilih.
P/S: APA BO;EH BUAT BRO, TERIMA SAJALAH HAKIKAT ITU BRO. AKU NAK TENGOK MUKA PEMIMPIN BARU UMNO KEDAH YANG SANGGUP TERIMA KETUA BAHAGIAN ATAU KETUA PERHUBUNGAN UMNO NEGERI. KOT-KOT ADA PEMIMPIN UMNO YANG ADA TELOQ NAK JADI KETUA NEGERI. BAKAL M.B TUE...

No comments:

Post a Comment