Friday, August 27, 2010

UMNO KEDAH : KINI DI ICU - KERANDA ON DA WAY...

Politik UMNO Kedah didakwa tenat
ALOR SETAR - Politik UMNO Kedah hari ini sudah tenat. Parti itu juga dikatakan berada pada usia emas dan sarat dengan penyakit seperti perkauman, kronisme, nepotisme, budaya rasuah, termasuk mencabuli undang-undang federalisme.
Exco Kesihatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Dr Ismail Salleh berkata, itulah gambaran yang boleh dikatakan terhadap keadaan politik semasa bawah pengurusan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
“Latar belakang pendidikan yang rendah, ditambah pula dengan ketiadaan ciri-ciri kepimpinan dalam diri menyebabkan beliau tidak dilantik untuk mengetuai UMNO Kedah, sebaliknya hanya jawatan nombor dua sahaja,” katanya. Dr Ismail yang juga ADUN Alor Mengkudu berkata, Ahmad Bashah juga telah hilang kepercayaan dan sokongan penyokong tegar di DUN Bakar Bata termasuk pengundi ‘fixed deposit’ di Taman Wira Mergong yang telah beralih angin.
“Kemenangan tipis beliau dalam Pilihan Raya Umum lalu, disusuli pula dengan kemasukan pemuda dan bekas JKKK Taman Wira Mergong ke dalam Pas, baru-baru ini membuktikan beliau sudah hilang bisa,” katanya. Menurutnya, tidak hairanlah Ahmad Bashah kini ‘meracau’ untuk meraih sokongan politik dengan merentasi kawasan DUN, untuk mendapatkan sokongan baru.
“Dalam keadaan politik beliau yang sakit, Ahmad Bashah mula mencari keuntungan politik dengan meninggalkan kawasan DUN sendiri merentasi DUN Kota Darul Aman milik DAP dan Alor Mengkudu milik Pas, untuk menunjukkan keprihatinannya,” katanya. Dr Ismail turut menyelar tindakan Ahmad Bashah yang membawa pihak media membuat laporan keperitan hidup keluarga Rasilawati di Kampung Alor Mengkudu supaya rakyat dapat saksikan keprihatinan beliau membela keluarga itu, yang kononnya tidak dipedulikan oleh ADUN Alor Mengkudu.
“Beliau seolah menangguk di air keruh apabila mempolitikkan isu itu, dan apabila kononnya tuan rumah yang disewa keluarga Rasilawati diberi notis keluar rumah dalam masa 24 jam, sekali lagi Ahmad Bashah membawa media untuk memaparkan peristiwa itu,” katanya. Menurutnya, apa rasionalnya tindakan ADUN Bakar Bata itu dan kenapa beliau tidak menjaga pengundi di kawasan sendiri yang memerlukan pembelaan wakil rakyat daripada menyibuk di kawasan lain.
P/S : KALAU NAK MUHASABAH DIRI SEMPAT LAGI NIE. DI HARAPKAN MEREKA-MEREKA YANG BERMASALAH DAN JUGA BERSALAH MASIH LAGI ADA MASA UNTUK INSAFKAN DIRI. SEMOGA ANDA SEMUA TERUS DI TERANGI CAHAYA. KALAU TAK JUMPA CAHAYA JUGA, BAIK JOIN BULAN PURNAMA. BULAN PURNAMA HARUS TERUS MENERANGI BUMI KEDAH....

No comments:

Post a Comment