Monday, May 5, 2014

MUFTI DUIT : DAPAT DUIT, KLUAQ FATWA ...

Kalau Ikut Pendapat Mufti Pahang, Nampaknya Kenalah Sokong BN Sampai Kiamat

Shahbudin Husin, 

Setelah mengeluarkan pendapat meminta rakyat agar menyokong perlaksanaan cukai GST yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan beberapa hari lalu, Mufti Pahang, Abdul Rahman Othman sekali lagi menampakkan dirinya sebagai seorang agamawan yang gemarkan perhatian dan tumpuan, khususnya daripada pihak kerajaan.

Jika kenyataannya sebelum ini yang meminta rakyat menyokong GST dipertikaikan banyak pihak kerana beliau ditafrifkan tidak mempunyai cukup pengetahuan mengenai ekonomi serta percukaian dan pendapatnya dikeluarkan semata-mata kerana kedudukannya sebagai mufti, kali ini kenyataannya lebih menarik perhatian apabila beliau menyatakan Islam melarang menggulingkan kerajaan dan memburuk-burukkannya secara terbuka.

Sambil menasihatkan rakyat agar sentiasa taat kepada kerajaan melainkan jika menggalakkan aktiviti maksiat, katanya lagi, haruslah diingat bahawa Islam menggalakkan segala masalah yang berbangkit diselesaikan melalui perbincangan dan bukannya dengan cara memburuk-burukkan kerajaan.

Kenyataan Mufti Pahang ini dipercayai dikeluarkan berikutan pelbagai bantahan rakyat terhadap kerajaan, dengan yang terbaru demonstrasi membantah GST yang diadakan di Dataran Merdeka dan dihadiri oleh tidak kurang daripada 50 ribu rakyat pelbagai kaum.
Sebagaimana biasa, setiap kali adanya demontrasi ia sering dikaitkan dengan usaha menggulingkan kerajaan sedangkan PR diketahui umum lebih ingin menukar kerajaan melalui proses pilihanraya setiap lima tahun sekali. Apa yahg sering dipertikaikan ialah proses pilihanraya yang disifatkan tidak adil, berat sebalah dan penuh tipu daya sehingga ia dikatakan antara sebab BN kekal berkuasa sehingga ini.

Walaupun difahami oleh rakyat bahawa istilah menggulingkan kerajaan yang dilarang itu ialah percubaan menjatuhkannya secara kekerasaan dan menggunakan senjata atau menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong dan bukannya menjatuh atau memburuk-burukkan kerajaan yang dipilih dalam pilihanraya atau Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat, malangnya mufti tersebut tidak menghuraikannya secara detail kenyataan beliau.

Abdul Rahman hanya menyatakan pendapatya itu bersandarkan ijmak ulama Mohamad Abdullah tetapi mengelak untuk berhujah lanjut dengannya sambil berkata, "jika tidak percaya pergilah berhujah dengan ulama yang membuat ketetapan itu".

Kenyataannya yang tergantung dan sekerat jalan ini tentunya boleh mengelirukan dan membuatkan sesetengah orang yang cetek ilmu dan pengetahuan terus beranggapan bahawa usaha menukar kerajaan BN sedia ada atau mengkritik pelbagai kesilapan atau kecurangan kerajaan sebagai suatu dosa besar.

Tentulah ada yang lebih fanatik akan beranggapan bahawa kerajaan yang sedia ada hendaklah dikekalkan sampai bila-bila atau sehingga kiamat kerana percaya menukar kerajaan atau memburuk-burukkan adalah perbuatan berdosa besar dan boleh menyebabkan terhumban ke neraka.

Ia tidak ubah seperti kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria sebelum ini yang menyifatkan peserta demonstrasi sempena tahun baru sebagai golongan "bughah" dan darahnya halal dibunuh.

Nampaknya, selain Mufti Perak, ada seorang mufti yang suka perhatian daripada kerajaan dengan mengeluarkan kenyaaan kontroversi tetapi tidak dihuraikan sepenuhnya. Tidaklah dipastikan apakah tujuan kedua-dua mufti ini mengeluarkan kenyataan separuh masak seumpama itu, tetapi yang jelasnya ia menambahkan lagi kekeliruan masyarakat dan umat Islam.

Sementara ada yang tidak bersetuju, tentulah yang bersetuju juga ramai sedangkan sebagai mufti mereka seharusnya mengeluarkan hujah yang senada yang bersandarkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu, Al-Quran yang satu dan juga ajaran Nabi Muhammad yang satu.

Adalah lebih baik para ulama dan mufti lebih memfokuskan kepada pelbagai masalah dan penyelesaian yang bertimbun-timbun dalam masyarakat daripada ghairah ikut campur dalam konflik politik yang dengan mudah dapat dibaca "kilat dalam kilaunya" atau maksud tersiratnya daripadanya.

Dengan adanya para ulama dan mufti seperti ini, benarlah kata orang-orang beragama dan berilmu dahulu bahawa "pemerintah yang baik ialah yang selalu mendekati ulama tetapi ulama yang tidak baik ialah yang selalu mendekati pemerintah". (SH 05/05/2014)

PEMINAT BOLA : BILA GENG RAJA BERGADUH, KAMI TAK MAU KATA APA-APA ...

TMJ perli FAM - Jawatan Presiden sekadar warisan anak beranak..!!

TMJHanya penyerahan jawatan dalam kalangan ahli keluarga. Itulah yang disifatkan TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkaitan Presiden FAM pada kongres badan induk itu, 25 Mei ini.
Ia merujuk penyerahan jawatan itu daripada Presiden FAM sekarang, Sultan Ahmad Shah kepada anakandanya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah, TMJ berkata, tidak akan ada istilah pemilihan sebenar pada kongres itu nanti.
“Saya tahu tidak ramai orang mahukan saya berada dalam FAM. Saya berterus terang, saya tidak berminat (jawatan Presiden FAM) kerana benda ini jelas tidak ada istilah pemilihan.
“Ia hanya akan diturunkan daripada ayah kepada anaknya dan saya rasa seluruh negara tahu.
“Saya tidak pandai berdrama depan rakyat Malaysia kononnya ada pemilihan. Pencalonan itu ada tetapi saya sendiri sudah tahu apa akan terjadi.
“Saya tidak terhegeh-hegeh atau harapkan sangat,” katanya pada sidang media selepas memperkenalkan pemain import baru Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, di sini semalam.

Presiden PBNJ itu berkata, beliau cintakan bola sepak dan sudah melakukan perubahan di Johor.
“Insya-Allah saya boleh lakukan juga kepada negara tetapi jika ahli gabungan berasakan Tengku Abdullah lebih sesuai sebagai presiden, itu pilihan mereka dan saya hormati keputusan mereka.
“Saya harap Tengku Abdullah lakukan perubahan untuk bola sepak negara,” katanya dipetik Berita Harian.

PENASIHAT PM : ORANG TAK KACAU HANG, HANG JANGAN DOK KACAU ORANG ...

Najib dikecam kata air percuma punca catuan

KUALA LUMPUR: Dakwaan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa pemberian air percuma di Selangor menyebabkan catuan air baru-baru ini ternyata tidak disenangi dan dikecam warga laman sosial.

Memetik Selangor Kini, kelmarin Najib dilaporkan berkata langkah populis kerajaan negeri untuk memberikan air percuma dan keengganannya menaikkan tarif air adalah punca kekurangan air di negeri ini.

Tinjauan Selangor Kini di laman media sosial Facebook mendapati rata-rata pembaca mengecam kenyataan selain ada yang menjadikan kenyataan Najib sebagai bahan lawak jenaka dan sindiran.

“Dekat Johor dan Negeri Sembilan tiada air percuma malah mahal pun kena catu, sudah pergilah ‘selfie’ di sana,” tulis Sariph Sariphuddin.

“Air dengan air percuma adalah perkara berbeza. Air percuma kerana ia adalah tanggungjawab pemerintah kepada rakyatnya bukan menekan rakyat dengan pelbagai cukai. Semua orang tahu catuan disebabkan kemarau dan air empangan berkurangan. Jangan buat kenyataan yang kurang cerdik,” luah seorang lagi pemilik akaun Facebook, Roshan Rashid.

Sementara itu, ramai juga yang membandingkan catuan baru-baru ini dengan catuan sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1998.

“Teringat pula tahun 1998, empat bulan juga kena catu sebab keadaan cuaca, jadi fikir-fikirkanlah ya masa tu siapa yang pegang,” kata Rossi Hail.

“Tahun 1998 Selangor catu air selama 150 hari kerana cuaca, 1998 bukan PR,” ulas Joe Faris pula.

Selepas kontroversi kangkung, ‘selfie’ bersama Presiden Amerika Syarikat, Obama , kenyataan terbaru Najib kali ini turut mengundang sindiran warga laman sosial.

“Aku hairan juga, banyak betul yang komen kutuk Najib, maknanya banyaklah rakyat tak suka tapi dia tak sedar ke rakyat tak suka dia atau dia buat tak tahu saja,” sindir Mohd Firdaus Abdullah di Facebook.

“Beri air percuma menyebabkan musim kemarau, jadi kerajaan berhasrat naikkan tarif air supaya tak kemarau lagi- Jibby,” sindir seorang lagi, Anwar Haldir Aswad.

MAJLIS AGAMA TAK KATA APA PUN, HANGPA JANGAN NAK NYIBUK PLAK ...

Binaan Tandas yang biadap sebab berbentuk Masjid siap ada Kubah telah di pinda..!!


Tandas / Bilik Persalinan Menyerupai Surau Di Ubah Setelah Kecoh Di Alam Maya

Bilik persalinan berdekatan kolam mandi di Hotel Lotus, Desaru, di sini, menjadi isu selepas ada pihak memuat naik gambar bangunan yang didakwa menyerupai rumah ibadat di laman sosial, kelmarin.
Ekoran itu, pihak pengurusan hotel mengambil langkah segera menurunkan bahagian atas bangunan tersebut yang menyerupai kubah masjid bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan pengunjung hotel terbabit.
Pengurusnya, Indra Ghandi berkata, dia turut hairan mengapa isu tersebut dibangkitkan sedangkan bangunan tersebut telah lama dibina sejak hotel tersebut dikenali sebagai Desaru Impian.
Menurutnya, tanggapan orang ramai yang mendakwa bangunan tersebut tandas juga adalah tidak benar kerana bangunan tersebut merupakan bilik persalinan.
“Ia menjadi salah faham selepas ada pihak memuat naik gambar itu di laman sosial mengatakan bangunan itu tandas yang menyerupai surau.
“Sejak dahulu lagi bangunan tersebut telah ada, malah dengan rekaan sama seperti sekarang. Bangunan tersebut dibina dengan rekaan ala Morocco, bagaimanapun ia disalah anggap sesetengah pihak.
“Oleh itu sebagai langkah terbaik kita turunkan bahagian atas bangunan tersebut pagi tadi (semalam).
“Pihak pengurusan juga tidak mahu salah faham ini berterusan terutama kepada pengunjung hotel ini,” katanya.
Menurutnya, diharap dengan langkah yang diambil pihak pengurusan itu, orang ramai akan berhenti daripada memainkan isu tersebut.
Tambahan, isu tersebut merupakan isu sensitif terutama masyarakat di Malaysia adalah masyarakat majmuk. ~sh

ULAMA MUDA UMNO : KAMI CONTOH ULAMAK CARI MAKAN UNTUK PERUT KAMI ...

Asri sanggah Ulamak Muda UMNO yang kata Pelacur Kelas Atasan kepada Muslimah Tudung Labuh


Dr. Asri Belasah Kebiadapan Ulama Umno

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ‎kenyataan ulama muda Umno dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap apabila menyamakan Muslimah bertudung labuh yang menyertai perhimpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu dengan pelacur kelas atasan.
‎Katanya, tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman menggunakan hadis dilihat bukan sahaja menghina malah ia amat menjatuhkan martabat Rasulullah.
‎Mohd Asri berkata mengkritik atau mempunyai perbezaan pendapat itu merupakan satu perkara yang seringkali terjadi, namun bukan sehingga mengeluarkan kata-kata menghina.
"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.
"Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasullah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kenyataan ulama Umno yang menyamakan Muslimah bertudung yang menyertai protes sama dengan pelacur golongan atasan ditulis dalam entri laman Facebooknya atas nama 'Abu Amru Radzi Othman' pada Jumaat lalu.

"Muslimah tuduh labuh yang keluar berdemonstrasi adalah setaraf dengan pelacur atasan.
"Hendak saya samakan para Muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin, jangan harap," katanya seperti yang dipetik dalam ‎laman Facebook itu.
Selain itu, bekas mufti itu turut menolak dakwaan ulama Umno itu terhadap kritikan menyatakan ia sebagai kiasan dan ramai yang tidak memahami bahasa Melayu.
"Ini bukan mengenai pandai atau tidak bahasa Melayu atau faham atau tidak, kerana individu yang menulis itu pun bukannya tahu bahasa Arab," kata Mohd Asri.
Katanya, golongan seperti ini menggunakan agama untuk memaki orang lain, berniat jahat dan menunjukkan kecenderungan sangat bahaya.
"Budaya maki hamun ini sangat merbahaya," katanya.
Justeru itu, beliau menyarankan supaya Umno cuba mengelakkan daripada mempunyai kaitan dengan golongan yang berakhlak sedemikian.
"Kita katakan buruk nilai budinya. Saya rasa Umno perlu mengelak daripada dikaitkan dengan ahli seperti ini," katanya.
Bagaimanapun, status ulama Umno itu menerima kritikan daripada pengguna Internet yang lain dalam Facebooknya.
Ekoran daripada kritikan tersebut, pada hari yang sama, ulama Umno itu sekali lagi menulis di entri Facebooknya untuk mempertahankan kenyataannya itu.
Dalam statusnya Abu menulis, "siapa yang terasa adalah jahil budaya" yang merujuk kepada kenyataan menyamakan penyertaan Muslimah bertudung dalam demonstrasi sebagai pelacur golongan atasan.
Katanya lagi, ‎mereka yang mengkritik kenyataan itu jelas jahil dengan budaya Melayu walaupun berbangsa Melayu.
"Guru bahasa Melayu sering berkata bahawa bukan semua bangsa Melayu itu faham bahasa dan budaya mereka," katanya.
Ulama muda Umno itu mengakui kenyataannya itu mengundang ketidakpuasan hati orang ramai, terutama peserta demonstrasi Khamis lalu.
"Tapi tidak kurang juga orang yang condong kepada PAS dan neo-Khawarij dan beberapa orang yang kononnya berbudaya tinggi merasa kecil hati lantas marah," katanya.
Ulama muda itu turut mempertahankan kenyataannya itu dengan menyamakannya dengan karya novel SHIT tulisan sasterawan negara Datuk Shahnon Ahmad.
Katanya, sekiranya novel tersebut banyak dipertahankan orang ramai, jadi mengapakah kenyataannya dikritik.
"Kalau buku SHIT dipertahankan lalu ibarat di atas tentang sebab apa, sebab ibarat itu terkena batang hidung sendiri," katanya.
1 Mei lalu menyaksikan puluhan ribu rakyat turun ke jalanan dalam demonstrasi bantahan besar-besaran pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Demontrasi itu dianjurkan gabungan bersama 95 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. ~tmi

BN : KITA JUARA TRANSFORMASI ....

Setahun selepas PRU13, isu kaum dan agama terus bermaharajalela

Siri untuk memperingati ulang tahun pertama pilihan raya umum paling sengit negara; The Malaysian Insider menilai isu yang masih menguasai negara.

Agama dan kaum menjadi halangan utama Malaysia yang kelihatan hanyut walaupun dengan konsep 1Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 5 Mei, 2014.  
Agama dan kaum menjadi halangan utama Malaysia yang kelihatan hanyut walaupun dengan konsep 1Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 5 Mei, 2014.
Selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009, tumpuan adalah terhadap perpaduan negara dan ekonomi terbaik yang disimpulkan dengan konsep 1Malaysia.
Hari ini, setahun selepas mendapat mandat peribadinya yang pertama, negara ini masih hanyut seolah-olah tiada siapa yang mengawal Putrajaya, dan konsep 1Malaysia hanya nota kaki dalam sejarah.
Selepas memenangi lebih sedikit kerusi daripada pemimpin yang banyak difitnah Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas kehilangan mandat, majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2008, Najib Razak, Umno dan Barisan Nasional (BN) masih dalam belenggu itu.
Perlumbaan dalam isu kaum dan agama serta kelesuan dalam pendidikan terus melanda Malaysia tanpa penghujung.
Pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) pula masih membakar diri masing-masing dengan isu hudud atau undang-undang jenayah Islam.

PAS ingin membawa rang undang-undang persendirian bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan selepas digalakkan oleh Umno dan beberapa kumpulan Melayu Islam, mengecewakan sekutunya DAP sementara PKR masih belum memberikan maklum balas yang sesuai.
Walaupun bersetuju dengan pelan 10 perkara untuk menghormati kebebasan beragama pada tahun 2011, kerajaan BN melalui Peguam Negara masih merayu terhadap hak bukan Islam menggunakan perkataan Arab seperti Allah, manakala Bible berbahasa Melayu dan Iban, Al-kitab berisiko dirampas di bawah undang-undang agama yang bertujuan untuk menghalang penyebaran agama bukan Islam.
Kumpulan sayap kanan seperti Perkasa dan Isma menggunakan isu-isu ini untuk memaksa pandangan mereka bahawa Malaysia mesti sentiasa diuruskan oleh orang Melayu Islam dan bukannya mana-mana kaum lain yang membentuk 30 juta penduduk negara ini.
Pentadbiran Najib terus berdiam diri dengan desakan ini, samada sebelum atau selepas PRU13, bahkan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin juga diturunkan sebagai calonnya.
Ia juga membiayai aktiviti Perkasa dan Isma, meskipun pendirian mereka bertentangan dengan Najib yang mahu perpaduan diwujudkan di bawah 1Malaysia dan pelan perdamaian yang belum diketahui dengan sepenuhnya.
"Isu kaum dan agama terus mendominasi Malaysia kerana ia lebih mudah untuk digunakan berbanding bekerja keras untuk inisiatif yang lain seperti ekonomi atau ketelusan," kata seorang ahli politik BN yang enggan dinamakan kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, Umno tahu bahawa isu seperti ini akan memecahkan pembangkang sama seperti perpecahan Barisan Alternatif pada tahun 2011 apabila DAP keluar selepas PAS berkeras menguatkuasakan undang-undang agama di Terengganu.
"PAS berpecah belah tentang hudud, yang juga akan memecahkan PR," katanya.
Pengkritik juga menyatakan bahawa cara pengendalian isu penerbangan MH370 yang hilang adalah lambang semua kelemahan negara ini:
Tindak balas yang kacau-bilau di peringkat awal kehilangan pesawat Boeing 777- 200ER dengan 239 penumpang, keperluan untuk kelulusan daripada perdana menteri untuk mula mencari di pantai barat atau untuk mengeluarkan laporan, dan kerahsiaan butir-butir pesawat dan kenyataan para penyiasat serta ahli politik dan pegawai awam yang tidak cekap dalam menjalankan tugas pentadbiran.
"Pegawai kanan awam kita hanyalah hamba-hamba. Mereka ragu-ragu membuat keputusan dan menunggu ahli politik membuat keputusan untuk mereka, mengorbankan masa dan wang," kata seorang penganalisis politik.
"Jika anda tidak boleh bergantung kepada ahli politik untuk kepimpinan dan anda tidak boleh bergantung kepada penjawat awam untuk kecekapan dalam menjalankan tugas mereka, apa yang boleh anda harapkan? Adakah ia satu keajaiban bagi negara ini, yang seolah-olah berada di dalam lubang," soal beliau.
Kumpulan hak-hak sivil dan ahli akademik berkata Malaysia perlu melangkaui isu-isu kaum dan agama sahaja.
"Sejarah tidak pernah bergerak dalam garis lurus. Saya optimis bahawa kegilaan ini tidak akan bertahan. Satu hari ia akan meletus untuk membolehkan kita ambil pengajaran, saya tidak tahu, tetapi ia akan berlalu," pakar perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruq berkata baru-baru ini, mencadangkan sistem pendidikan diubah dan tindakan terhadap ucapan yang membawa kebencian diambil sebagai satu cadangan untuk memulihkan perpaduan.
Tetapi dengan hudud dan isu-isu Allah masih dimainkan dalam politik dan undang-undang, isu kaum dan agama akan terus menguasai wacana nasional dalam perebutan pengaruh di Malaysia di kalangan kedua-dua pakatan dalam pilihan raya umum yang akan datang. – 5 Mei, 2014.

BERNAMA : KAMI MEMANG SUKA BAB-BAB PUSING CERITA NEH ...



AAbdul Khalid nafi sokong GST

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak menyokong cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tetapi hanya menyarankan agar pelaksanaannya ditangguhkan sehingga jurang pendapatan diselesaikan.

Beliau menerusi laman sosial Facebook menyatakan, laporan yang mendakwa beliau menyokong cukai yang akan berkuat kuasa 1 April tahun depan itu disalah tafsir oleh media.

"Kenyataan saya mengenai GST disalah tafsir. Saya dengan jelas berkata pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan jika Gini coefficient (ukuran statistik ketidakseimbangan pendapatan dalam negara) adalah kurang daripada 4.5.

"Pelaksanaan GST perlu ditangguhkan sehingga kerajaan persekutuan menangani isu jurang pendapatan itu," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid di laman sama Jumaat lalu turut menyatakan perkara sama dan meminta ia ditangani terlebih dahulu.

"Belum masanya lagi untuk negara ini melaksanakan GST. Selesaikan dahulu jurang pendapatan rakyat.

"Saya tidak bersetuju dilaksanakan GST sekarang kerana jurang pendapatan antara rakyat berpendapatan rendah dan rakyat berpendapatan tinggi masih jauh," katanya.

Sinar Harian Sabtu lalu melaporkan Menteri Besar itu menyokong tindakan kerajaan mahu melaksanakan GST, tetapi menyifatkan cukai tersebut masih belum sesuai dilaksanakan di negara ini.

Beliau dalam laporan itu menekankan perbezaan pendapatan rakyat di negara ini amat tinggi dan sekiranya GST tetap dilaksanakan akan menambah beban khusus kepada golongan rendah pendapatan.

Khalid Ibrahim sokong pelaksanaan GST

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) secara peribadi menyokong pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), namun menganggap masanya belum sesuai.

Beliau berkata ia tidak sesuai dilaksanakan dalam tempoh terdekat berikutan pendapatan rakyat masih belum seimbang.

"Bukan masanya untuk laksanakan GST kerana keadaan pendapatan (rakyat) sekarang tidak seimbang. Apabila cukai dikenakan, orang yang kurang berduit akan berasa beban," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan kunci Masjid Darul Ibadah di Ijok di Kuala Selangor hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai perhimpunan yang membantah GST di Dataran Merdeka semalam yang turut disertai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Naib Presiden PKR R. Sivarasa dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Kunci masjid diserahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Ahmad Zahrin Mohd Saad kepada nazir masjid Mohd Ngasmawi Mufti.

Masjid itu mula dibina pada 2012 dengan kos RM5.4 juta dan ia siap pada 10 Januari lepas.
- Bernama

PENJAWAT AWAM : SYABAS GERAKAN ! INI BARU PEMBELA RAKYAT !!!



GST: 'Jangan ancam penjawat awam'

Ketua Pemuda GERAKAN Tan Keng Liang berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa tidak seharusnya mengancam untuk memecat penjawat awam yang menyertai perhimpunan anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Jumaat lalu.

"Kerajaan persekutuan BN bukan satu pemerintahan kuku besi… Sebagai ketua setiausaha kepada kerajaan, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan," katanya.

Dalam kenyataan itu, Tan juga berkata Ali sepatutnya menyerahkan kes kepada polis jika terdapat mana-mana penjawat awam yang melanggar undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Penjawat awam masih rakyat Malaysia. Mereka tidak harus diancam dengan pelucutan jawatan kerana mereka bertindak mengikut hak yang dilindungi perlembagaan persekutuan," katanya.

Pemuda GERAKAN juga menggesa ketua setiausaha negara agar tidak mengambil tindakan sewenang-wenangnya yang bertentangan dengan perlembagaan.

"Ini bertentangan dengan prinsip asas BN," katanya.

Seramai kira-kira 50,000 orang menyertai perhimpunan raksasa pada 1 Mei lalu bagi menyatakan bantahan ke atas GST, yang akan berkuatkuasa April tahun depan.

Ali dalam satu kenyataannya selepas perhimpunan itu memberi amaran bahawa penjawat awam yang menyertainya boleh dikenakan tindakan termasuk diberhentikan kerja.

Beliau memberi alasan, penjawat awam tidak boleh menentang aspirasi dan dasar kerajaan. -mk

Ali Hamsa, apologise for threatening civil servants

YOURSAY 'The civil service is not BN and they should not be treated as BN lackeys.'

Gov't threatens to sack anti-GST civil servants

Cogito Ergo Sum: The civil service serves the people. They do this by working in government departments to help facilitate the various services and programmes drawn up for the people's welfare.

It is the brave civil servant who dares tell his superiors that what he is doing does not benefit the rakyat. It is run from the taxes of the people, for the people. It is supposed to be neutral in all political matters. Yes, minister?

Habib RAK: The era of government knows best is over. This was what PM Najib Razak himself said. So what is wrong with civil servants expressing their views.

Are they not allowed to even do that? The "saya yang menurut perintah" is obsolete. I expected more from chief secretary to the government Ali Hamsa.

Survivor: Please be reminded that the civil service is not BN. They should not be treated as lackeys of the BN regime. Civil servants have their own individual rights to decide who should govern the country.

While they have to follow orders no matter how bad the government policy is, they should be allowed to exercise their own views.

Tikusmati: "Saya yang menurut perintah" - Ali Hamsa forgets that the above means working for the rakyat.

If he as the chief secretary to the government does not know this, he should just quit and join the political organisation of his inclination, for which we clearly know where his inclination lies.


Bystander: What kind of democracy is this? Civil servants are not permitted to criticise nor participate in protests even though there are valid reasons to do so. So they expect them to 'bodek' until we are like Greece and only then everybody is free to demonstrate?

If Ali Hamsa is worth his salt, then please ensure to sack the thousands of unhappy civil servants who demonstrated on May 1, 2014. 'Jangan cakap sahaja' (Don't just talk), do it and see the repercussions.

Civil servants like me have been loyal and obedient for too long and that's why Malaysia has deteriorated so badly. Stop your blind loyalty, Ali Hamsa.

Kim Quek: Sacking a civil servant for taking part in a public rally is a violation of his constitutional right, and is liable to be sued for wrongful dismissal.

A civil servant, like any other citizen, is entitled to his freedom of assembly peacefully under Article 10 (1) (b) of the Federal Constitutional irrespective of whether the assembly is to support or oppose a government policy.

Granted that a civil servant is duty bound to implement government policy that is within the law, whether he likes or dislikes such policy, but he is certainly entitled to his own personal opinion regarding such policy.

And it is perfectly legal for him to express such opinion in his own way whether through a public rally or otherwise, as long as such activity takes place in his own private time. This is his legal and constitutional right, and it would be illegal for the government to punish him for exercising that right.

Chief secretary to the government Ali Hamsa must therefore apologise to all the civil servants in this country for having so rudely threatened them.

Together: I agree with all the comments here in Malaysiakini.

What Ali Hamsa is trying to say is that civil servants must agree with all government policies in order to keep their job. This is a load of rubbish. Civil servants pay are paid by the working rakyat.

Mushiro: Why treat these civic conscious civil servants like terrorists when the country is half filled with corrupted and treasonous civil servants and yet they get away scot-free.

Dr Suresh Kumar: These civil servants who took part in the rally would most probably be from the lowest rung of the government hierarchy.

And obviously the GST (Goods and Services Tax) will have an adverse impact on them. It is only natural for them to be concerned and participate in the protest.

Ali Hamsa should not threaten them with termination, when he did zilch to all those government head of departments and chiefs who were plundering the nation dry with their procurement yearly as been reported by the auditor-general year in and year out.

Why bully bottom rung employees while the top guys go scot-free? Shame on you, Ali Hamsa.

Casey: With due respect, Ali Hamsa, civil servants - like any other citizen or people of this country - are obliged to support the government's 'aspirations and policies' only if they're in sync with the people's, and hence national, aspiration.

The government, to begin with, was instituted by the people, to look after their inalienable rights as provided for under the Federal Constitution. Hence, the government derived its just powers from the mandate of the people and not the other way around.

But if the government, at the exploit of its political masters, becomes destructive and act against the interest of the nation by transgressing upon the people's livelihood, liberty and their well being, then it is the right of the people, the civil servants included, to protest and to oppose it.

And if that fails to work, to institute a new government within what is provided for in the constitution.

SpongeBob: Has the delivery system for the public services improved under your leadership?

Are there any concrete statistics for measuring performance and benchmarks against which you can gauge the current standards under your leadership? Would you care to share your performance success statistics?

All I know is that some your top-ranking officers, including you, claim that the high quality of the civil service success is due to the hard work of dedicated subordinate officers and their untiring contributions.

So, stop threatening them and start showing your performance as you are paid by the taxpayers and not Umno.

Anonymous #20513663: This is the real reason our civil service is increasingly devoid of talent, especially independent and critical thinkers.

Talentcorp and all the window-dressing programmes in the world cannot make brilliant Malaysians come back and submit themselves to the political bullying and repression that goes on in our civil service.

Hopeful123: Can a police report be lodged against the chief secretary for threatening the civil servants? The civil servants must get together and collectively sue this man.

Yours And My Malaysia: They are threatening the people. They all deserve to be sacked, not those who attended the anti-GST rally.
-mk


Penjawat Awam Yang Terlibat Dalam Perhimpunan GST, Bakal Di Pecat !

Penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

"Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai penglibatan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam pekeliling dan tatatertib perkhidmatan awam (yang) bermula dengan amaran hingga buang kerja", katanya.

Menurutnya penjawat awam seharusnya menyokong aspirasi dan dasar kerajaan, bukan sebaliknya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada 864 penerima di ibunegara hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad.

Ali diminta mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 semalam, yang menganggap penjawat awam terlibat dalam perhimpunan itu dianggap pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

Beliau berkata sehingga kini, pihaknya tidak menerima laporan membabitkan penjawat awam dalam perhimpunan itu yang diadakan di Dataran Merdeka di sini semalam.

Terdahulu, dalam ucapannya Ali mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa mendokong dan melaksanakan Dasar Transformasi Negara ke arah menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Transformasi yang dilakukan berupaya meningkatkan daya saing negara di samping menjana kadar pertumbuhan ekonomi positif.

"Ini secara tidak langsung memungkinkan kerajaan untuk mempertimbang insentif dan kemudahan lain bagi kebajikan penjawat awam secara khususnya", katanya.

Beliau berkata penjawat awam adalah ejen penyampai yang terbaik untuk menterjemah setiap visi kerajaan.

Tahap kemajuan sesebuah negara bukan sahaja dinilai dari aspek kekukuhan ekonomi malah merangkumi ketelusan dan integriti yang dimiliki institusi negara itu termasuk sektor awam, katanya.

Justeru itu, Ali berharap semua penjawat awam mengamalkan konsep 'kerja sebagai ibadah' bagi meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap pekerjaan.
- Bernama

PRESIDEN UMENO : AKU MEMANG PEMALAS ...


Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat.
Idris Hj Ahmad
4/5/14

Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan.
Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak masih sedar, beliau bukan memerintah zaman batu yang tidak ada maklumat. Sekarang beliau memerintah zaman langit terbuka, bukan zaman Tun Dr Mahathir dahulu yang boleh auta kerana tidak ada media baru dan langit terbuka.
Sedarkah beliau negeri yang tidak dapat air percuma pun dicatu air, contohnya di daerah Taiping dan Larut Matang yang memang terkenal sebagai bandar hujan pun dicatu air. Sebahagian dari kawasan Parlimen saya di Bukit Gantang dicatu, dua hari ada air, dua hari dicatu air. Apakah beliau tidak ada maklumat atau memang beliau seorang yang malas berfikir untuk mencari maklumat.
Selangor tidak ada air kerana gagalnya syarikat kroni Umno menjalankan tugas dengan baik sehingga berlaku masalah kehilangan air yang tidak diatasi sehingga kini. Najib tahu atau tidak Syabas masih gagal menurunkan kadar kehilangan air daripada 30 peratus kepada 20 peratus seperti yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Selangor. Tingkah laku Najib sama seperti seorang ADUN Umno di dalam Dewan Undangan Negeri yang mengatakan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat memberi air percuma adalah usaha yang bodoh. Malangnya bila Tan Seri Khalid minta beliau beri nama dan alamat untuk tidak diberi air percuma kepada rumah beliau, beliau tidak bagi maklumat pula.