Lawatan YAB Perdana Menteri ke Sg Petani hari kamis lepas telah memberi semangat baru kepada penyokong-penyokong UMNO dan BN Kedah. Semangat untuk bersatu dan merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat Cakap k
osong.Kedah Times berharap agar ada sedikit sentuhan juga di hati pemimpin-pemimpin UMNO Kedah untuk bersatu, membuang perkara remeh-temeh dan kepentingan diri sendiri. Ini juga menjadi harapan semua penyokong UMNO Kedah.
Gelora dan Gelombang merah untuk merampas kembali Kedah dari PR sedang membuak-buak. Jangan ada pemimpin UMNO yang menganggap ini sebagai hangat-hangat tahi ayam atau cuba menonjolkan diri dengan merosakkan semangat perpaduan yang bakal di bentuk.
Apa yang sering dirisaukan sedang berlaku. Terkini difahamkan Ketua UMNO Merbok sudah memecat Ketua Penerangan Merbok. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang!
Datuk Tajul Urus telah dikatakan memecat ketua Penerangan UMNO merbok Datuk Zubir selepas sahaja PM kembali ke K
uala Lumpur selepas melawat Sg Petani pada hari Kamis lalu.Inilah perangai ketua yang sering disebut-sebut oleh penyokong UMNO sebagai yang suka menimbulkan rasa kebencian rakyat kepada UMNO dan juga perangai yang sering memporakporandakan UMNO Kedah. Tindakan beliau bakal menambahkan lagi rasa kebencian penduduk kepada UMNO terutama pengundi Merbok.
Atas apa sebab pemecatan ini dilakukan, hanya Ketua Bahagian Merbok saja yang tahu.
Kedah Times dan mungkin ramai lagi merasakan Datuk Tajul Urus tidak sepatutnya melakukan perkara sebegini di waktu UMNO Kedah dalam usaha untuk menyatupadukan seluruh penyokong dan rakyat untuk kembali kepada UMNO.
Jika ini menjadi permainan Tajul Urus, maka beliau tidak layak untuk memimpin sebuah organisasi. Mungkin beliau layak menjadi Pengarah Syarikat Singapura tetapi tidak layak untuk menyatupadukan dan menjadi pemimpin rakyat.
Pertanyaan Kedah Times, sampai bila pemimpin UMNO nak buat perangai sebegini? Rayuan dan saranan Presiden UMNO pun mereka bangkul sampahkan!
report : kedah times
P/S : cakap tak kena, tendang tak kena ,tembak tak kena. habis tu nak buat macam mana? nak dengar sinar fm pun tidur tak lena. kalau lagu ni, tak payah la buat "GELOMBANG MERAH", mai pakat buat "GELOMBANG HIJAU". bukan setakat kedah ja selamat dan satu malaysia pun selamat geng...









