selaku pengundi di DUN Tanjung Dawai dan Parlimen Merbok pada PRU-13, rasanya tak lama dah. mungkin begini :
DUN Tangjung Dawai (N26)
Y.b Dato` Dr. Hj. Hamdan Mohamed Khalib (PAS/PR)
VS
Yg. Bhg. Dato' Haji Mohd Zubir Saad (UMNO/BN)
PARLIMEN MERBOK (P14)
Y.b Dato` Rashid Din (PKR/PR)
VS
Yg. Bhg Dato' Haji Tajul Urus Hj. Mat Zain (UMNO/BN)
MANA CALON PILIHAN ???
mai kita tengok calon DUN dulu.
calon PAS, Dato` Dr. Hamdan mungkin ada kelebihan (jika dan hanya jika terus bertanding) kerana kapasiti dan kelebihan yang ada padanya. namun beliau mungkin lebih layak untuk bertanding pada peringkat parliman merbok kerana idea dan hasil kerja beliau (jika dan hanya jika PKR boleh kompromi dengan kouta kerusi). beliau boleh membawa suara rakyat di parlimen dengan lebih matap berbanding Y.B parlimen sekarang yang sunyi sepi. jika terus kekal di DUN tanjung dawai, y.b dr. hamdan kemungkinan juga boleh tewas kerana UMMO/BN akan menggunakan wang yang banyak. selain itu, majoriti lalu (79 undi) adalah amat goyah. kerana di sebabkan oleh protes penyokong umno ( tidak keluar mengundi / pangkah yang lain). jika pada PRU 13, penyokong umno keluar semua, PAS mungkin kalah. maka, y.b Dato` Dr Hamdan adalah lebih baik di calonkan di DUN bukit selambau kerana di sana lebih selamat kerana kaum cina dan india sukar beralih kembali sokongan kepada BN berbanding melayu yang "mudah lupa" bila tengok duit.
saingan dari UMNO/BN iaitu Dato` Hj. Zubir yang mempunyai kuasa kewangan yang besar dengan perniagaan farmasi yang berkembang pesat mampu untuk kuasai undi majoiti. dengan kempen telah di jalankan melalui pelbagai program komuniti (bersunat) dan sukan (piala datuk zubir) ia boleh menggugat kedudukan PAS merbok. begitu juga dengan pengalaman beliau sewaktu di dalam PKR dahulu, ada berita dalam yang akan di korek keluar.
Calon Parlimen Merbok.
secara kasarnya, y.b sekarang memang failed.(out of services). UMNO/BN jauh di hadapan dalam mengetengahkan masalah rakyat. macam mana PR nak ambik putrajaya kalau y.b hanya makan tidoq?. calon PR/PKR pada PRU 13 harus atau wajib DI TUKAR !!!. kami bagi pengundi di merbok, tak mau dia dah. serik mengundi macam ni. pilih calon yang lebih sesuai, atau kembalikan kerusi parliman merbok kepada PAS, bagi menyelamatkan kerusi tersebut. sesungguhnya PAS ramai calon pemimpin yang berkualiti. biarlah pilih calon bawahan dan berpendidikan bagi membawa masalah rakyat serta mempunyai suara di parlimen. kalau setakat dok atas kerusi, baik bagi kami si penoreh getah/pesawah dok kerusi y.b tu...
secara amnya, calon UMNO/BN, Dato` Hj. Tajul Urus giat menjalankan aktiviti di sekitar merbok sejak dari kekalahan BN (mac 2008). rata cerok kampung di turunnya. banyak duit di keluarkan ( jangan tanya mai mana, yang penting ambik sudah). rekod hitam dulu sudah lama terbenam ke dasar bumi merbok. beliau mempunyai keazaman yang kuat untuk merampas kembali parlimen merbok walau apa cara sekali pun. sebut saja apa program di kampung atau cerok mana di merbok. mesti di turun. lagi awal sampai daripada y.b parliman sekarang. bahkan, y.b sekarang tak sampai langsung. muka pun rakyat tak kenai... lagu mana tue???
PILIHAN CALON.
maka kami bagi rakyat biasa di merbok ni mintak jasa baik PAS/PKR MERBOK, tengok -tengok la calon dulu yang sesuai. kalau ada hati nak dapat sokongan rakyat dan perintah malaysia. jangan dok tiru mcm depa main tangkap muat saja. kalau nak konhsi kerusi, kongsi elok2. kalau tak..bagi semua kat PAS la. bagi PAS bertanding. gerenti baik punya calon. no lompat-lompat party .PASti Wibawa dan mantop.... sekian, selamat beramal ...
Saya sokong cadangan tuan...YB yang ada dan agen-agennya perlu dari sekarang buat program turun padang jumpa pengundi adakan program yang sesuai dengan lokasi
ReplyDeletekalau area tg dawai...pertandingan mancing, area bujang buat tanding sepak raga bulat dan etc. MKK kena main peranan skrg..boleh mula join dan bergaul dgn semua peringkat pengundi tak kira muda atau tua.... dan yang penting mulakan KERJA SEKARANG