Tuesday, May 18, 2010

JKKK-Jawatan Karut Kacau Kampung - Makhluk Perosak ...

'Jin Kacau Kampong' mencabul gadis di Tampin

Polis menahan seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebuah kampung di daerah ini Tampin, kira-kira pada jam 11.40 pagi semalam kerana disyaki mencabul Setiausaha Kerja JKKK kampung berkenaan.Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, lelaki berumur 47 tahun itu ditahan jam 11.40pagi semalam, sebaik tiba di Balai Polis Tampin untuk menyerah diri.

Menurutnya, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Tampin dan akan di bawa ke Mahkamah Majistret Rembau pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun serta sebatan. Penangkapan ini dibuat berikutan laporan seorang gadis berusia 18 tahun yang bertugas di sebuah balai raya di Gemencheh sebagai setiausaha kerja JKKK kampung berkenaan.

Sinar Harian semalam melaporkan seorang Setiausaha Kerja JKKK di daerah ini mendakwa dicabul kehormatannya oleh Pengerusi JKKK (ketua kampung) kampung berkenaan dan kejadian terakhir dikatakan berlaku Khamis lalu antara jam 8.00 malam hingga pagi.Berikutan bimbang gangguan seksual berulang, mangsa telah memberitahu keluarganya mengenai kejadian berkenaan dan membuat laporan di Balai Polis Gemencheh pada jam 10.30 malam hari berkenaan.-s/hn9

Sunday, May 16, 2010

PKR : Parti Kian Runtuh?.... Dulu Malu, Tapi Mahu....Kini Baru Ku Tahu...

PAS cadang ahli PKR ditarbiyyah supaya setia

Lebih banyak pihak menyuarakan desakan menuntut Wee Choo Keong supaya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Wangsa Maju, selepas bertindak keluar parti, Jumaat lalu.
Antara yang berbuat demikian ialah dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
Menurut Naib Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Wee (kiri) telah hilang kepercayaan pengundi, ahli-ahli PKR serta Pakatan Rakyat apabila dia berpaling tadah.

“Jawatan sebagai ahli parlimen adalah amanah dari parti, pengundi serta petugas Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus bekerja bagi memenangkan beliau dalam pilihan raya umum ke 12 yang lepas.

“Alangkah murahnya maruah serta harga diri seorang pemimpin seperti beliau. Dengan sedikit tawaran atau ugutan, beliau mudah berpaling tadah. Lupakah beliau siapakah yang berjuang bersungguh-sungguh menaikkan nama dan diri beliau sehingga mampu memenangi kerusi Parlimen Wangsa Maju?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Suhaimi berkata sebagai ahli parlimen, Wee sepatutnya menjaga kebajikan dan mengambil tahu hal rakyat dan pengundi beliau, bukan sibuk dengan kepentingan peribadi.

“Beliau seharusnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik dengan menunjukkan kredibiliti serta maruah yang tinggi sebagai wakil rakyat. Dalam keadaan parti memerlukan beliau, Pakatan Rakyat yang sedang diperkukuhkan, tergamak beliau mengambil langkah dengan meninggalkan PR. Tindakan beliau ini telah menghilangkan rasa hormat rakyat kepada beliau serta mengkhianati kepercayaan rakyat,” katanya.

Justeru, menurut Suhaimi PAS merasakan tidak wajar Wee masih bergelar ahli parlimen Wangsa Maju.


“Kerusi beliau perlu diserahkan kembali mandatnya kepada rakyat supaya rakyat dapat memilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat.

“DPPWP dengan ini mencabar Wee Choo Keong meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Wangsa Maju dan bertanding semula sebagai calon bebas bagi menentukan benarkah beliau masih mempunyai pengaruh dan menang dengan kekuatan beliau sendiri atau kerana kerja keras semua petugas Pakatan Rakyat!” katanya.
Wee 'pengkhianat'
Dalam pada itu, dewan pemuda PAS Wangsa Maju (DPPWM) pula menyifatkan tindakan , Wee yang mengistiharkan keluar daripada PKR sebagai 'pengkhianat'.

“Beliau sepatutnya malu dengan para pengundi di Parlimen Wangsa Maju yang telah memilih beliau sebagai wakil kepada mereka ke parlimen bagi menyuarakan masalah mereka di peringkat pusat di dalam Pilihan Raya Umum yang ke 12 (PRU 12) yang lalu.

“DPPWM juga merasakan alasan yang diberikan oleh beliau yang mana 'kononnya' tidak berpuas hati dan kecewa dengan cara parti dan kerajaan Selangor menangani isu pasir menerusi Kumpulan Semesta Sdn.Bhd. (KSSB) boleh dianggap sebagai bohong,” kata ketua pemudanya, Rohizad Aznan dalam kenyataan media hari ini.

“Ini kerana jika dilihat akan tindakan yang diambil oleh kerajaan Selangor melalui Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jauh lebih telus jika berbanding dengan cara Umno/BN memerintah Selangor sebelum in.,” katanya.

Menurut Rohizad desas-desus Wee meninggalkan PKR telah bertiup kencang pada hujung tahun 2009 lagi dan tindakannya juga diragui kerana mengumumkan perletakkan jawatan secara tergesa-gesa dan ketika kempen pilihan raya kecil parlimen Sibu sedang hangat berlangsung.

“Implikasi daripada kes ini, DPPWM menyarankan agar PKR patut lebih berhati-hati dalam memilih calon yang akan bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya yang akan datang.

“Ahli PKR juga disarankan agar ditarbiyyah supaya setia kepada kepimpinan dan parti walau dalam apa jua keadaan. DPPWM juga sedia membantu dalam proses mentarbiyyah ahli jika ia memerlukan, “ katanya.

P/S : TAN SRI MUHYIDDIN KATA, PKR-PARTI KIAN RUNTUH. DATO SRI NAJIB KATA, PKR- PAKAT KELUAR RAMAI-RAMAI, ORANG UMNO KATA, PKR-PARTI KENCING RAKYAT. X KIRA LA DEPA KATA DEPA KATA APA-APA PUN. TAPI YANG PASTI RAKYAT DAH BORING SANGAT DENGAN WAKIL RAKYAT PKR NI. TAK HABIS-HABIS MENYUSAHKAN ORANG. MUKA LAPAQ DUIT. TAKKAN MELOMPAT SAJA-SAJA. HILANG KEPERCAYAAN KONON, TRICK SAMA SAJA SEMUA. KALAU DOK KEJA KENCING RAKYAT, SAPA NAK PAKAI MUKA HANGPA TU DAH. JADI... KITA HARA ANWAR IBRAHIM PANGGIL WAKIL PAS, KALAU MALU DAP PUN TAK PA. PI TARBIYAH WAKIL RAKYAT PKR SAT. AWAT TERUK SAMPAI LAGU TU. JANGAN DOK TUDUH UMNO SAJA, KALAU IKAN TAK MAKAN UMPAN, TAK DAPAT AIHH IKAN TU........

Tuesday, May 11, 2010

LAWAK UTUSAN : BETOI KA ORANG PAS KAT KEDAH KELUAQ PARTI NI ...

Cerita tipu ‘61 PAS masuk Umno’
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA /

Selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Setar saya dihujani pertanyaan bertalu-talu mengenai berita berikut:

yang Dalam Utusan

ALOR SETAR, – Sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi.

Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, tindakan ahli-ahli Pas itu di negeri ini hanya satu permulaan kerana beliau mendapat tahu lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian tidak lama kerana berasa terpedaya dengan gelagat para pemimpin Pas. (UTUSAN 11 MEI 2010)

Yang Sebenarnya ..........

Di samping berita tersebut disiarkan di akhbar-akhbar primitif pro BN, ia juga dilaporkan dalam siaran berita. Cuma sejak akhir-akhir saya agak renggang dengan berita tv sebab pembohongannya berkali ganda dari lalu.

Beberapa fakta tidak betul dalam laporan tersebut. Antara disebut: Pas dalam Bahagian Alor Setar sebenarnya tiada ‘Bahagian’ dalam Pas. Jawatan Timbalan Ketua Pas Cawangan juga tiada dalam Pas. Satu lagi disebut Cawangan Akar Penyengat, tiada kampung dalam kawasan Alor Setar bernama Akar Penyengat. Yang ada Akar Peluru, tapi Akar Peluru tiada cawangan Pas. Laporan oleh media primitif BN itu sangat bercelaru. Maklumlah sebuah laporan bohong, jadi pembohongan pun bertali temali.

Saya terfikir barangkali yang dimaksudkan Akar Penyengat ialah Alor Penyengat, lalu saya menghubungi seorang aktivis PAS di Kampung Alor Penyengat untuk mendapat penjelasan. Rupanya betul Abu Bakar Hussain adalah bekas ahli biasa Pas cawangan tersebut. Dia bukan orang penting, ada pun tak genap, tiada pun tak kurang. Cuma dia seorang sahaja bekas ahli PAS yang sertai Umno di kalangan 61 orang yang dilaporkan itu. Manakala 60 orang lagi tu mungkin depa kira sekali dengan kera, lutong, mengkarong, pokka, merang dan jebon. Sebenarnya ada sebab orang tua tu masuk Umno tapi malaslah nak cerita kat sini, satgi nampak macam dia tu besag sangat. Cukuplah aku kata orang tua ni jenis ‘cari makan’ jugak, aqidah pun longgaq, ada habuan sikit pejam mata pii lah, balaihhh. Cuma kesianlah nak hidup pun tak berapa hari dah, silap haribulan mati dalam parti tong taik tu..lantak pii lah hang yang pi cari.

Media mereka laporkan cuma 61 orang ‘keluar parti’. Sikit sangat. Sepatutnya laporkan 600 orang baru berbaloi nak bohong. Macam di Kulim kelmarin dulu kononnya 1700 orang PKR India masuk MIC, walhal ahli PKR India di cabang (bahagian) tersebut tak sampai pun 500 orang. Sekali lagi depa kira dengan berok, ular, bewak, tenggiling, katak dan menatang gemuk pendek hak dok serondoi tu. Kalau orang yang masuk MIC tak sampai banyak tu. Yang terima borang tu pulak Dato’ Mat Bashah. Bila pulak dia jadi Pengerusi MIC Kedah? Walaupun memang dia layak jadi ahli MIC tapi kenalah keluaq Umno dulu baru boleh masuk MIC.

Sebenarnya ‘bakal MB Kedah’ Dato’ Mat Bashah berada dalam keadaan tertekan sekarang ni apabila ramai ahli Umno Bahagian Alor Setar keluar parti dan masuk PAS. Di Taman Wira hari tu 65 orang masuk PAS (diketuai oleh JKKP Pak Pin) dan berikutnya di Alor Mengkudu 55 orang lagi Umno masuk PAS (diketuai oleh Naib Ketua Umno cawangan Alor Keriang).

InsyaAllah 28 Mei ini bertempat di Taman Wira Mergong akan ada lagi majlis penyerahan borang Umno masuk PAS. Siapa ketuanya..tunggu dan lihat. Pasti mengejutkan! Kita rodak habis-habisan untuk pastikan PRU ke 13 nanti BN tertungging kat Bakar Bata… di samping tertiarap juga kat Pusat. sumber: -http://kedahlanie.blogspot.com/
P/S: UTUSAN DAN BERITA HARIAN TAK HABIS DOK KENCING RAKYAT. SELALU SILAP BAB NOMBOR NGAN BILANGAN NI. DAH BERAPA KALI DAH. MUNGKIN WARTAWAN UTUSAN NI BELAJAR TAK SAMPAI UPSR KOT. DOK KEJA BUAT LAWAK DALAM PAPER KERAP SANGAT NI. NAK PESAN KAT DEPA NI, KALAU TAK TAU KIRA..TANYA LA ORANG SEBELAH. KOT-KOT DIA PANDAI. JANGAN DOK KAWAN NGAN WARTAWAN METRO PLAK. SAT G HANGPA SEMUA SAMA JA. KAKALU NAK BUAT CERITA PUN..LOGIK-LOGIK LA SIKIT. NI MALAYSIA, PI TENGOK BUKTI KEJAP JER DAPAT. KALAU NAK TIPU PUN, AMBIK ISU LUAQ MACAM KAT US KA, AUSTRALIA KA, RUSSIA KA. KALAU MONGGOLIA ATAIU PERANCIS OK GAK. YANG TU JAUH..KAMI X BOLEH PI TENGOK BUKTI LAPORAN AKHBAR. ADUYAI.....(TERINGAT PLAK LAPORAN UTUSAN DULU WAKTU ALMARHUM PRESIDEN PAS USTAZ FADHIL NOOR. UTUSAN KATA 5000 PI MUASSASAH DARUL ULUM UNTUK ZIARAH. TENGOK DALAM HARAKAH/INTENET/KOSMO/BERITA TV/PI SENDIRI RUPANYA LEBIH 500,000. KIRA LAGU MANA TU?????

Sunday, May 2, 2010

MAI KOT MANA KARAOKE DI MERBOK.............



merujuk kepada soklan oleh pembaca bernama "tekukuq" di ruang shoutmix suara sang merbok berkaitan pusat atau tempat nyanyian karoke yang makin banyak di merbok. untuk penyetahuan, sebelum ini telah di dedahkan berkaitan perkara berkenaan pada tahun yang lalu. boleh rujuk pada "older post" pada blog ini...

sedikit maklumat tambahan berkaitan pusat karoke tersebut. memang banyak di merbok, tapi belum sampai tahap tari menari. walau bagaimanapun, kita kan kupas isu ni sikit. tak payah ambik gambaq kot...pakat tau dah tempat tu...

a)tempat baru yang di kesan, di persimpangan hutan rekreasi tupah, kedai baru yang di buat. kat sini kalau pi tengok, polis pun join sekali. pompuan berumur "rugget" pun ada. mai naik motor besaq. dari mana mai pun tak tau. tapi polis semeling pun join sekali. sampai pukui 2,3 pagi. karoke lagu 60 an, ala-ala pop yeh yeh. budak uitm kadang-kadang ada join sekali. di ketahui pemilik kedai adalah ahli pekida. lani dah banyak kedai naik kat situ. kedai buah, runcit dan laksa. status tanah... tidak di ketahui...

b)kedai makan kak long tomyam. dekat dengan car wash. jalan utama ke tupah. berhadapan dengan kem polis hutan, bersebelahan dengan kasut bundle. kedai baru 4 tahun di buat. pintu kedai sah melambangkan 3 warna. hijau, merah dan kuning. ahli kuat pekida. kedai ini menawarkan karaoke. satu lagu..satu ringgit. tapi kadang-kadang buka, kadang-kadang tutup. karaoke kadang-kadang ada. sejauh mana mengganggu ketenteraman orang berdekatan tidak di ketahui...

c)kedai makan bersebelahan aimnst university, semeling. bernama adilla restoran (kalau tak silapp). kedai ni dengar kata "vouge" sikit. karoke sampai ke pagi. macam-macam jenis orang ada. tua ada..muda ada... dia punya speaker... wowwwwww. dengar kata dah byk komplen, tapi tuan kedai guna kabel besaq. tak tau la setakat mana kebenarannya. kadang-kadang di sertai oleh pelajar aimst sekali, oversea tu...

d)kedai makan di restoran sungai batu besi. menyediakan mini karoke. disini dah lama wujud. dulu beka swakil rakyat dato` arzmi hamid karoke sini kalau dia masuk batu besi. karoke disini agak terpencil, dimana dikelilingi ru,mah kampung. kerap tutup awai. orang kata kalau lewat, orang sebelah kedai kacau. baguih la tu...


e) karoke tanjung dawai. depa kata penyanyi tetap kiah rock ada situ. kat sini nak kata apa tak tau. dah klama menapak kat situ. kat tepi pantai...kedai hujung sekali...banyak orang pi situ nak minum ngan karoke jek. yang ni pasai ada pompuan tu dok gedik sikit la kat depan. tapi orang tengok tak berkenan pun...

f) karoke depan uitm. ada 3 buah kedai siam, pattani di depan uitm. dengar kata untung. tapi waktu uitm cuti, tokak jari la depa ni. sini susah nak faham. kejap ada karoke..kejap takde. ntah mana satu tak tau. dulu kerap ada karoke..lepas tu ramai orang bising..dia tutup. angkut semua sub-woofer. pastu ada balik..pasti takder pulak. kejap ader..kejap x der. mcm chipsmore....

g)karoke singkiaq. yang bukan karoke. ni jamming. dah lama ada. dengar kata jalan ke dusun singkiaq. jalan penghulu kassim. rumah sebelah kiri. ada geng-geng muda main gitar and drum tiap malam. yang tak tau depa main untuk apa. independent kot. kalau bising sangat...konpom kena halau dengan tuan rumah...

h)geng gendut tali kecapi....bunyi gendang silat setiap petang dan malam. di kawasan kg belau. bunyi sampai pukui 12 malam. yang ni dengar kata bukan karoke. yang ni latihan gendang silat. selalu di jemput je rumah kenduri. tiada aktiviti sosial. ini dengar kata semangat orang lama nak bangunkan semula gendang melayu...

yang tu makluman setakat la. so...kalau ada apa-apa makluman lain. bagitau sat. tapi setakat yang diketahui, tiada lagi laporanm aktiviti sosial karoke. cvuma bunyi bising. tetapi kalu ada tanda-tanda yang boleh mandatangkan kesan negatif... bleh tutup mot karoke yang x der pekdeh tue. tapi kalau yang ada kebel kuat...tak tau la lagu mana...

DENGAR KATA PEMUDA KOT MERBOK ADA.... TUNGGU PA LAGI..WAKTU NI LA KOT. PASTU PBT YANG ADA...LEH BUAT PANTAU. JANGAN TENGOK JA. SAT GI RANG KATA KAT HANGPA. KEDAI ROTI CANAI KAT DEPAN TAMAN BUJANG FASA 4 HANGPA PI TOLAK DENGAN PEKHOE, YANG KAROKE HANGPA TINGGAI. SAPA NAK JAWAB NIE,...

TAK RETI, NAK TUNJUK PANDAI: BANGANGNYA MELAYU BERNAMA PERKASA ...



Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Kedah akan membongkar motif di sebalik soalan mengenai bidang kuasa sultan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Isnin lalu.
Ketua Wira Perkasa Kedah, Shahrol Niza Omar berkata, pihaknya percaya terdapat maksud tersirat di sebalik pertanyaan itu yang cenderung kepada cubaan untuk campur tangan terhadap bidang kuasa sultan.

Semasa persidangan DUN Isnin lalu, Mohd. Nasir Mustapa (Pas-Kubang Rotan) telah mengemukakan dua soalan bertulis iaitu
1.sejauh manakah bidang kuasa sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat

Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.

2.setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.
Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan. Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.
Awat nya yang Perkasa kalut sangat ni.tang mana yang salah nya?


Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.
Berikutan itu, pelbagai pihak telah mendesak kerajaan negeri memohon ampun daripada Sultan Kedah.
Bagaimanapun, sehingga semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak enggan melayan desakan tersebut kerana yakin kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.


Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;

Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.

Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.
Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.

Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai “Binatang” diarak dalam demontrasi itu.
Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

P/S : NTAH HAPA DASAR PENUBUHAN PERKASA. KATANYA NAK BELA MELAYU. TAPI RASANYA NAK BELA UMNO/BN. BAIK DAFTAR MASUK KOMPONEN BN LA LEPAS NI. X DAK KAITAN KEJA APA YANG DI BUATNYA. KALAU KETUA PUN KATAK..ANAK-ANAK PUN JADI BERUDU LA. JAHIL MURAKAB !!!. NAK BUAT TINDAKAN... TENGOK SEJARAH DULU LAA.DAH LA TAK FAHAM SOALAN. NAMPAK SANGAT MANGKUK AYUN TU. JANGAN MAIN HENTAM CROMOK, BUAT MALU PERTUBUHAN JER..........

LIPATAN SEJARAH POLITIK : MENGAPA PAS PERLU SERIUS DALAM UGUTAN BUNUH...



SEJARAH AHLI/AJK/ WAKIL RAKYAT PAS TERBUNUH @ DI BUNUH...

a] Julai 1967, Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas Hulu, YB Abdul Samad Gul Ahmad Mianji mati ditetak dengan kapak ketika selesai sahaja acara Maulid Nabi di bangunan Pas Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau yang ketika itu Ketua Pemuda PAS diserang ketika sedang membuka pintu keretanya.

b] 8 Mac 1970, YB Cikgu Tahrim Ariffin wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perlis, meninggal dunia dalam satu peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis.

c] 18 Januari 1985, tragedi ngeri Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap. Seramai lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau. Tujuh daripada ahli PAS cedera parah, berpuluh cedera ringan dan seorang daripada mereka, saudara Osman Talib syahid.

7. Serangan berulang beberapa kali lagi semasa Pilihanraya kecil Ijok dan Bagan Pinang tahun lepas hingga menyebabkan petugas PAS tercedera.

8. Jenayah yang dilakukan ini bukan hanya melibatkan mangsa dari kalangan pemimpin dan ahli PAS sahaja. Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 14 April 1982 ekoran pertelagahan mereka dalam merebut jawatan dalam mesyuarat Agung Bahagian Umno Tampin.

9. Dewan Pemuda PAS Pusat melihat Umno seperti mendatangkan ancaman kerana sentiasa melahirkan penjenayah dan samseng yang suka mengugut dan menindas rakyat hatta sanggup menggunakan kekerasan seperti membunuh .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pemuda ini disiasat dan didakwa di Mahkamah atas tindakan yang menimbulkan ancaman keselamatan kepada pemimpin PAS malah sebagai ketua kerajaan Negeri Kelantan . Andai benar ia adalah anggota pemuda UMNO sebagaimana yang didakwa , Pemimpin Umno khasnya dituntut agar memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh anggota PAS serta rakyat yang kasihkan pemimpin bertaraf ulama' ini .

P/S: PAS SEMESTINYA PERLU SERIUS DALAM HAL UGUTAN INI. INI KERANA PARTI PAS / PR ADALAH SEBUAH PARTI YANG MASIH BELUM BEBAS. INI KERANA PARTI PEMBANGKANG INI TELAH BERKALI-KALI DI SERANG DI SEGENAP PENJURU. SAMA SEPERTI PILIHANRAYA UMUM YANG TELAH 12 KALI BERLALU. DI MANA SETIAP KALI MASUK GELANGGANG, KAKI TANGAN DI IKAT, MULUT DI TUTUP, ANGGOTA LAIN DI LUMPUHKAN. MANAKALA PIHAK YANG SATU LAGI MENGGUNAKAN SEMUA SENJATA DAN KELENGKAPAN YANG ADA TERMASUK HALAL DAN HARAM DALAM MEREEMPUH PARTI PEMBANGKANG. KALAU MEREKA ANGGAP PAS SEBAGAI MUSUH, APA SAJA AKAN DI LAKUKAN. SEPERTI FILEM ,PREDATOR..... KALAU SANGGUP BERSUSAH PAYAH MEMBURU UNTUK MEMBUNUH..INIKAN PULA MANGSA DI DALAM TANGAN.........

PAKATAN KENA INGAT : 5 KERUSI DUN DIMENANGI PERCUMA OLEH BN DALAM PILIHANRAYA 12



Dalam PRU 2008 lalu, Parlimen Sibu menyaksikan pertandingan sesama Parti dalam Pakatan Rakyat. PKR dan DAP sama-sama bertanding dalam kerusi itu yang menyaksikan BN menang dengan majoriti. Jika PKR melalui calonnya, Lim Chin Chuang yang mendapat undi sebanyak 812 undi dan Wong Ho Leng, calon DAP yang mendapat undi sebanyak 15,903 tidak bertanding sesama sendiri, sudah tentu majoriti akan menjadi kecil iaitu hanya 2423 undi sahaja. Jadi tugas mudah buat Pakatan Rakyat untuk mendapat kira-kira 2423 undi lagi dalam PRK minggu hadapan.

Dan perlu diingat bahawa bukan sahaja Parlimen Sibu sahaja yang menyaksikan pertandingan sesama PR, tapi juga kerusi-kerusi lain. Kalau dianalisis, PR akan mendapat tambahan 5 kerusi DUN jika tiada pertandingan sesame sendiri. Mungkin ini kerana strategi dan juga kekurangan penyelarasan, menyebabkan satu kerusi disertai oleh dua parti dalam PR. Macam BN juga, mereka pernah hantar calon Bebas dalam PRK Bukit Selambau, semata-mata bagi memecah undi kaum Melayu dan menolak calon MIC.

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa hanya ada pertandingan satu lawan satu dengan BN pada PRU 13 akan datang jelas banyak melegakan semua pihak. Dan saya juga ingin mencadangkan agar PR menghantar semua calon dalam PRU akan datang. Jangan biarkan kerusi itu dimenangi oleh BN tanpa bertanding. Kerana ia adalah soal maruah dan semangat. Untuk tatapan semua, inilah kerusi yang menyaksikan pertandingan antara sesama Pakatan dan juga dengan Bebas, yang jika satu lawan satu dengan BN, sudah tentu PR memenangi kerusi tersebut :

1. DUN Derga (Kedah) (Undi PKR (6,353) dan DAP (2,095) : Jumlah : 8,448. Mengatasi kemenangan BN dengan majoriti 1,812 undi

N11 DERGA

Jumlah Pengundi: 22,159
Peratusan Kaum: M:54.78% C:40.07% I:4.11% L:1.05%

Dr. Cheah Soon Hai (BN) (6,516)
Cheung Khai Yan (PKR) (6,353)
Teoh Teik Guan (DAP) (2,095)
Majoriti: 163
Jumlah undi: 15,704
Peratus mengundi: 70.87%
Undi rosak: 740

Penyandang: Cheung Khai Yan (BN - Gerakan)
(Majoriti: 6,162 undi)

2. DUN Inanam (Sabah) (Undi PKR (4,293) dan DAP (2,864) : Jumlah : 7,175. Mengatasi kemenangan BN dengan majoriti 1,178 undi

N13 INANAM
Jumlah Pengundi: 19,300
Peratusan Kaum: B/I: 19.12% B/B/I: 46.28% C: 34.29% L: 0.31%
Goh Chin Lok@Johny Goh (BN) (5,979)
Jeffrey Kumin@John (DAP) (2,864)
Clarence Chin@Olay (Bebas) (196)
Daniel John Jambun (PKR) (4,293)

Majoriti: 1,686
Jumlah undi: 13,606
Peratus mengundi: 70.5%
Undi rosak: 274

Penyandang: Goh Chin Lok@Johny Goh (BN)
(Majoriti: 3,731 undi)

3. DUN Luyang (Sabah) (Undi PKR (2,794) dan DAP (3,571) : Jumlah : 6,365. Mengatasi kemenangan BN dengan majoriti 1,292 undi

N16 LUYANG
Jumlah Pengundi: 17,761
Peratusan Kaum: B/I: 9.19% B/B/I: 10.34% C: 79.61% L: 0.86%

Melanie Chia Chui Ket (BN) (5,073)
Alexander Wong Yun Kong (PKR) (2,794)
Chin Fung Vui@Bernard (Bebas) (92)
Fung Kong Win (DAP) (3,571)

Majoriti: 1,502
Jumlah undi: 11,625
Peratus mengundi: 65.45%
Undi rosak: 95

Penyandang: Melanie Chia Chui Ket (BN)
(Majoriti: 2,254 undi)

4. DUN Kapayan (Sabah) (Undi PKR (3,658) dan DAP (4,100) : Jumlah : 6,365. Mengatasi kemenangan BN dengan majoriti 1,596 undi

N19 KAPAYAN

Jumlah Pengundi: 20,723
Peratusan Kaum: B/I:16.75 % B/B/I:35.07 % C:47.27 % L:0.91 %

Datuk Edward Khoo Keok Hai (BN) (6,162)
Stephen Jacob Jimbangan (DAP) (4,100)
Datuk Chau Chin Tang (PKR) (3,658)

Majoriti: 2,062
Jumlah undi: 14,120
Peratus mengundi: 68.14%
Undi rosak: 200

Penyandang: Datuk Edward Khoo Keok Hai (BN)
(Majoriti: 3,193 undi)

5. DUN Likas (Sabah) (Undi PKR (1,888) dan DAP (3,235) : Jumlah : 5,123. Mengatasi kemenangan BN dengan majoriti 1,026 undi

N14 LIKAS
Jumlah Pengundi: 15,178
Peratusan Kaum: B/I: 16.72% B/B/I: 9.78% C: 72.87% L: 0.63%

Datuk Liew Teck Chan (BN) (4,097)
Yap Siew Kiong (PKR) (1,888)
Joan Goh Penn Nee (DAP) (3,235)
Kong Yu Kiong (Bebas) (182)

Majoriti: 862
Jumlah undi: 9,513
Peratus mengundi: 62.68%

Undi rosak: 111
Penyandang: Datuk Liew Teck Chan (BN)
(Majoriti: 3,993 undi)
P/S : BERDASARKAN KEPADA MAKLUMAT DIATAS,MAKA KESIMPULAN YANG DAPAT DI BUAT ADALAH SEPERTI BERIKUT
-PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT JANGAN TAMAK
-KALAU DAH BERPAKAT, JANGAN LANGGAR PERJANJIAN
-KALAU DAH SETUJU GABUNG DALAM PAKATAN RAKYAT, KENA IKUT
-KALAU SEMUA PARTI DALAM PAKATAN TAMAK, SEMUA RUGI
-KALAU PAKAT NAK KERUSI DUN/PARLIMEN, SEMUA TERLEPAS
-KALAU SEMUA PENTING DIRI SENDIRI, PAKAT GIGIT JARI
-KALAU SEMUA PAKAT BERJANJI DALAM MUKTAMAR DALAM KONVENSEN TAPI SEMUA LANGGAR MACAM MANA?
-KALAU TERUS MACAM NI, SAMPAI BILA PAKATAN RAKYAT NAK MENANG???

Muka Ceroi Umno/BN nak Bunuh TGNA - PAS Buat Laporan Polis



Dewan Pemuda PAS hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook lelaki berkenaan, Khamis lepas.

"Saya menyedari mengenai ugutan terbabit, selepas membaca komen seorang lelaki menggunakan nama Mohd Safuan Mohd Hilmi, yang ditulis pada malam Khamis lepas.

"Dalam laman webnya lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan balai polis itu.


P/S : AKU RASA ORANG YANG BUAT KENYATAAN TUE BELAJAT PMR PUN X LEPAS. KALAU AMBIK SPM PUN ALA KADAR JEK. TAK BELAJAR KER? KALAU TAK TAU POLITIK..G LEPAK KEDAI KOPI. JADI PENYOKONG M.U DAH LA. TAK PAYAH MASUK CAMPUR POLITIK. LAGI SATU NAK BAGITAU..NIK AZIZ TAK SAMA NGAN ALEX FURGUSON.. O.K?

Dilarang Menegur Pimpinan PAS Di Internet Nanti Musuh Tahu



Ahli-ahli PAS diiingatkan agar beradab ketika menegur pemimpin parti dengan menggunakan saluran yang betul dan bukan di alam maya.

Platform seperti muktamar atau mesyuarat agung parti merupakan tempat yang paling sesuai ketika menegur atau memberi pandangan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata ahli-ahli PAS boleh memberi pandangan dan teguran kepada pimpinan parti tetapi mesti menggunakan saluran yang betul.

“Kita (ahli PAS) boleh beri pandangan, teguran dan nasihat kepada pimpinan parti tetapi atas platform yang betul.

“Kritikan kita bukan di blog atau di alam maya yang boleh dilihat oleh semua orang termasuk musuh-musuh Islam,” tegasnya.

p/s : bab tegur2 dalam muktamar ni aku kurang setuju laa. bukan pasai pa..dulu pun ramai gak tegur perangai pimpinan kita nie. tapi buat dek jek. sampai tuan guru tegur depa buat tak tau lagi. last-last mai pulak idea haprak kerajaan perpaduan tu. dia buat paga blogger pro PR bengan tahap dewa. pimpinan kita nie kalau tegur dalam muktamar depa buat x dengar... kalau buat keja elok, transferen..x der saper nak kata.... jangan takut.... kami sayang pas..kami sayang pimpinan pas ( yang buat keja baik dan elok)