Sunday, May 2, 2010
PAKATAN KENA INGAT : 5 KERUSI DUN DIMENANGI PERCUMA OLEH BN DALAM PILIHANRAYA 12
Dalam PRU 2008 lalu, Parlimen Sibu menyaksikan pertandingan sesama Parti dalam Pakatan Rakyat. PKR dan DAP sama-sama bertanding dalam kerusi itu yang menyaksikan BN menang dengan majoriti. Jika PKR melalui calonnya, Lim Chin Chuang yang mendapat undi sebanyak 812 undi dan Wong Ho Leng, calon DAP yang mendapat undi sebanyak 15,903 tidak bertanding sesama sendiri, sudah tentu majoriti akan menjadi kecil iaitu hanya 2423 undi sahaja. Jadi tugas mudah buat Pakatan Rakyat untuk mendapat kira-kira 2423 undi lagi dalam PRK minggu hadapan.
Dan perlu diingat bahawa bukan sahaja Parlimen Sibu sahaja yang menyaksikan pertandingan sesama PR, tapi juga kerusi-kerusi lain. Kalau dianalisis, PR akan mendapat tambahan 5 kerusi DUN jika tiada pertandingan sesame sendiri. Mungkin ini kerana strategi dan juga kekurangan penyelarasan, menyebabkan satu kerusi disertai oleh dua parti dalam PR. Macam BN juga, mereka pernah hantar calon Bebas dalam PRK Bukit Selambau, semata-mata bagi memecah undi kaum Melayu dan menolak calon MIC.
Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa hanya ada pertandingan satu lawan satu dengan BN pada PRU 13 akan datang jelas banyak melegakan semua pihak. Dan saya juga ingin mencadangkan agar PR menghantar semua calon dalam PRU akan datang. Jangan biarkan kerusi itu dimenangi oleh BN tanpa bertanding. Kerana ia adalah soal maruah dan semangat. Untuk tatapan semua, inilah kerusi yang menyaksikan pertandingan antara sesama Pakatan dan juga dengan Bebas, yang jika satu lawan satu dengan BN, sudah tentu PR memenangi kerusi tersebut :
1. DUN Derga (Kedah) (Undi PKR (6,353) dan DAP (2,095) : Jumlah : 8,448. Mengatasi kemenangan BN dengan majoriti 1,812 undi
N11 DERGA
Jumlah Pengundi: 22,159
Peratusan Kaum: M:54.78% C:40.07% I:4.11% L:1.05%
Dr. Cheah Soon Hai (BN) (6,516)
Cheung Khai Yan (PKR) (6,353)
Teoh Teik Guan (DAP) (2,095)
Majoriti: 163
Jumlah undi: 15,704
Peratus mengundi: 70.87%
Undi rosak: 740
Penyandang: Cheung Khai Yan (BN - Gerakan)
(Majoriti: 6,162 undi)
2. DUN Inanam (Sabah) (Undi PKR (4,293) dan DAP (2,864) : Jumlah : 7,175. Mengatasi kemenangan BN dengan majoriti 1,178 undi
N13 INANAM
Jumlah Pengundi: 19,300
Peratusan Kaum: B/I: 19.12% B/B/I: 46.28% C: 34.29% L: 0.31%
Goh Chin Lok@Johny Goh (BN) (5,979)
Jeffrey Kumin@John (DAP) (2,864)
Clarence Chin@Olay (Bebas) (196)
Daniel John Jambun (PKR) (4,293)
Majoriti: 1,686
Jumlah undi: 13,606
Peratus mengundi: 70.5%
Undi rosak: 274
Penyandang: Goh Chin Lok@Johny Goh (BN)
(Majoriti: 3,731 undi)
3. DUN Luyang (Sabah) (Undi PKR (2,794) dan DAP (3,571) : Jumlah : 6,365. Mengatasi kemenangan BN dengan majoriti 1,292 undi
N16 LUYANG
Jumlah Pengundi: 17,761
Peratusan Kaum: B/I: 9.19% B/B/I: 10.34% C: 79.61% L: 0.86%
Melanie Chia Chui Ket (BN) (5,073)
Alexander Wong Yun Kong (PKR) (2,794)
Chin Fung Vui@Bernard (Bebas) (92)
Fung Kong Win (DAP) (3,571)
Majoriti: 1,502
Jumlah undi: 11,625
Peratus mengundi: 65.45%
Undi rosak: 95
Penyandang: Melanie Chia Chui Ket (BN)
(Majoriti: 2,254 undi)
4. DUN Kapayan (Sabah) (Undi PKR (3,658) dan DAP (4,100) : Jumlah : 6,365. Mengatasi kemenangan BN dengan majoriti 1,596 undi
N19 KAPAYAN
Jumlah Pengundi: 20,723
Peratusan Kaum: B/I:16.75 % B/B/I:35.07 % C:47.27 % L:0.91 %
Datuk Edward Khoo Keok Hai (BN) (6,162)
Stephen Jacob Jimbangan (DAP) (4,100)
Datuk Chau Chin Tang (PKR) (3,658)
Majoriti: 2,062
Jumlah undi: 14,120
Peratus mengundi: 68.14%
Undi rosak: 200
Penyandang: Datuk Edward Khoo Keok Hai (BN)
(Majoriti: 3,193 undi)
5. DUN Likas (Sabah) (Undi PKR (1,888) dan DAP (3,235) : Jumlah : 5,123. Mengatasi kemenangan BN dengan majoriti 1,026 undi
N14 LIKAS
Jumlah Pengundi: 15,178
Peratusan Kaum: B/I: 16.72% B/B/I: 9.78% C: 72.87% L: 0.63%
Datuk Liew Teck Chan (BN) (4,097)
Yap Siew Kiong (PKR) (1,888)
Joan Goh Penn Nee (DAP) (3,235)
Kong Yu Kiong (Bebas) (182)
Majoriti: 862
Jumlah undi: 9,513
Peratus mengundi: 62.68%
Undi rosak: 111
Penyandang: Datuk Liew Teck Chan (BN)
(Majoriti: 3,993 undi)
P/S : BERDASARKAN KEPADA MAKLUMAT DIATAS,MAKA KESIMPULAN YANG DAPAT DI BUAT ADALAH SEPERTI BERIKUT
-PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT JANGAN TAMAK
-KALAU DAH BERPAKAT, JANGAN LANGGAR PERJANJIAN
-KALAU DAH SETUJU GABUNG DALAM PAKATAN RAKYAT, KENA IKUT
-KALAU SEMUA PARTI DALAM PAKATAN TAMAK, SEMUA RUGI
-KALAU PAKAT NAK KERUSI DUN/PARLIMEN, SEMUA TERLEPAS
-KALAU SEMUA PENTING DIRI SENDIRI, PAKAT GIGIT JARI
-KALAU SEMUA PAKAT BERJANJI DALAM MUKTAMAR DALAM KONVENSEN TAPI SEMUA LANGGAR MACAM MANA?
-KALAU TERUS MACAM NI, SAMPAI BILA PAKATAN RAKYAT NAK MENANG???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment