Sunday, May 2, 2010

LIPATAN SEJARAH POLITIK : MENGAPA PAS PERLU SERIUS DALAM UGUTAN BUNUH...



SEJARAH AHLI/AJK/ WAKIL RAKYAT PAS TERBUNUH @ DI BUNUH...

a] Julai 1967, Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas Hulu, YB Abdul Samad Gul Ahmad Mianji mati ditetak dengan kapak ketika selesai sahaja acara Maulid Nabi di bangunan Pas Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau yang ketika itu Ketua Pemuda PAS diserang ketika sedang membuka pintu keretanya.

b] 8 Mac 1970, YB Cikgu Tahrim Ariffin wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perlis, meninggal dunia dalam satu peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis.

c] 18 Januari 1985, tragedi ngeri Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap. Seramai lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau. Tujuh daripada ahli PAS cedera parah, berpuluh cedera ringan dan seorang daripada mereka, saudara Osman Talib syahid.

7. Serangan berulang beberapa kali lagi semasa Pilihanraya kecil Ijok dan Bagan Pinang tahun lepas hingga menyebabkan petugas PAS tercedera.

8. Jenayah yang dilakukan ini bukan hanya melibatkan mangsa dari kalangan pemimpin dan ahli PAS sahaja. Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 14 April 1982 ekoran pertelagahan mereka dalam merebut jawatan dalam mesyuarat Agung Bahagian Umno Tampin.

9. Dewan Pemuda PAS Pusat melihat Umno seperti mendatangkan ancaman kerana sentiasa melahirkan penjenayah dan samseng yang suka mengugut dan menindas rakyat hatta sanggup menggunakan kekerasan seperti membunuh .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pemuda ini disiasat dan didakwa di Mahkamah atas tindakan yang menimbulkan ancaman keselamatan kepada pemimpin PAS malah sebagai ketua kerajaan Negeri Kelantan . Andai benar ia adalah anggota pemuda UMNO sebagaimana yang didakwa , Pemimpin Umno khasnya dituntut agar memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh anggota PAS serta rakyat yang kasihkan pemimpin bertaraf ulama' ini .

P/S: PAS SEMESTINYA PERLU SERIUS DALAM HAL UGUTAN INI. INI KERANA PARTI PAS / PR ADALAH SEBUAH PARTI YANG MASIH BELUM BEBAS. INI KERANA PARTI PEMBANGKANG INI TELAH BERKALI-KALI DI SERANG DI SEGENAP PENJURU. SAMA SEPERTI PILIHANRAYA UMUM YANG TELAH 12 KALI BERLALU. DI MANA SETIAP KALI MASUK GELANGGANG, KAKI TANGAN DI IKAT, MULUT DI TUTUP, ANGGOTA LAIN DI LUMPUHKAN. MANAKALA PIHAK YANG SATU LAGI MENGGUNAKAN SEMUA SENJATA DAN KELENGKAPAN YANG ADA TERMASUK HALAL DAN HARAM DALAM MEREEMPUH PARTI PEMBANGKANG. KALAU MEREKA ANGGAP PAS SEBAGAI MUSUH, APA SAJA AKAN DI LAKUKAN. SEPERTI FILEM ,PREDATOR..... KALAU SANGGUP BERSUSAH PAYAH MEMBURU UNTUK MEMBUNUH..INIKAN PULA MANGSA DI DALAM TANGAN.........

No comments:

Post a Comment