Sunday, May 2, 2010

Dilarang Menegur Pimpinan PAS Di Internet Nanti Musuh Tahu



Ahli-ahli PAS diiingatkan agar beradab ketika menegur pemimpin parti dengan menggunakan saluran yang betul dan bukan di alam maya.

Platform seperti muktamar atau mesyuarat agung parti merupakan tempat yang paling sesuai ketika menegur atau memberi pandangan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata ahli-ahli PAS boleh memberi pandangan dan teguran kepada pimpinan parti tetapi mesti menggunakan saluran yang betul.

“Kita (ahli PAS) boleh beri pandangan, teguran dan nasihat kepada pimpinan parti tetapi atas platform yang betul.

“Kritikan kita bukan di blog atau di alam maya yang boleh dilihat oleh semua orang termasuk musuh-musuh Islam,” tegasnya.

p/s : bab tegur2 dalam muktamar ni aku kurang setuju laa. bukan pasai pa..dulu pun ramai gak tegur perangai pimpinan kita nie. tapi buat dek jek. sampai tuan guru tegur depa buat tak tau lagi. last-last mai pulak idea haprak kerajaan perpaduan tu. dia buat paga blogger pro PR bengan tahap dewa. pimpinan kita nie kalau tegur dalam muktamar depa buat x dengar... kalau buat keja elok, transferen..x der saper nak kata.... jangan takut.... kami sayang pas..kami sayang pimpinan pas ( yang buat keja baik dan elok)

No comments:

Post a Comment