Thursday, November 22, 2018

Muslimat Pas ajak wanita bantah ICERD




NURULATIQ AHMAD BANDI


Nuridah Mohd Salleh



SHAH ALAM - Dewan Muslimat Pas Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia termasuk golongan wanita untuk bersama-sama membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata, kami menyeru kebangkitan kesedaran semua sama ada Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak, termasuk golongan wanita untuk bersama dalam saf perjuangan membantah ratifikasi ICERD.


Menurutnya, jika sekiranya agama yang menjadi roh kekuatan umat manusia boleh dimusuhi, tentunya insan lebih lemah seperti kaum wanita, kanak-kanak, warga emas dan miskin lebih mudah ditindas.

“Ketika itu, perjanjian atau konvensyen hak asasi ciptaan manusia bukan lagi jaminan dan tidak lebih dari umpama sarang labah-labah.


“Apatah lagi setelah tembelang kepada usaha meratifikasi ICERD akhirnya pecah membongkar agenda tersembunyi pihak tertentu, menyerlah dendam beralaskan agama dan kaum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mustahil laksana ICERD?]

[ARTIKEL BERKAITAN: Dewan Ulama Pas ajak rakyat sertai perhimpunan tolak ICERD]

Nuridah berkata, inilah mentaliti keganasan yang mesti segera dicegah. Ia hanya memanipulasi segala deklarasi dan kedudukan untuk mencapai tujuan sulit mereka.

“Kesamarataan diuar-uarkan hanyalah ungkapan manis yang sebenarnya adalah racun pembunuh.

“Paling utama, ianya langsung tidak relevan dan menjejak di bumi Malaysia yang lebih dahulu menjadi contoh kepada dunia dalam menangani kepelbagaian di negara ini.

“Ia sebaliknya perlu terus diperkukuh dan dipertahankan,” katanya.

Nuridah menambah, demi segala yang telah dikecapi dan masa depan dinanti, kita akan pastikan Malaysia tidak akan kembali dijajah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tak halang anjur bantahan ICERD]

No comments:

Post a Comment