Dilaporkan bahawa SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan berkaitan aktiviti sebuah kementerian dikawal oleh anak kepada menteri berkenaan.
Kawalan anak menteri berkenaan dikatakan termasuk mempengaruhi pemberian tender kepada syarikat-syarikat yang dikehendakinya.
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri mengesahkan perkara itu sedang disiasat oleh SPRM ketika ini.
Siapakah anak menteri berkenaan dan siapakah pula menteri yang tidak bertanggungjawab yang membiarkan anaknya berbuat demikian?
Kenapa dalam Pakatan Harapan masih ada perangai-perangai hodoh begini?
Tidakkah ini semua menyusahkan Tun Mahathir dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Harapan?
Siapa pun menteri dan anak menteri yang berkaitan, jika hasil siasatan SPRM terbukti wujud kesalahan telah dilakukan, mereka haruslah diambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang.
Diharap Tun Mahathir tidak melindungi sesiapa di dalam kabinetnya yang didapati curang dan terbukti melakukan kesalahan.
Sebagaiman beberapa menteri era BN telah dibawa ke mahkamah kerana didapati ada bukti melakukan kesalahan, menteri-menteri Pakatan Harapan juga tidak harus dikecualikan daripada tindakan yang sama.
Malah kerajaan baru ini pasti akan lebih disanjung rakyat jika tidak bersikap pilih bulu dalam tindakannya menegakkan keadilan dan membongkar penyelewengan dalam kerajaan. (ShahbudinHusin 21/11/2018)
No comments:
Post a Comment