Thursday, November 22, 2018

Ini arahan kedua Tun M selepas suruh lawan Presiden ke?




MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI


Lokman Noor Adam


SHAH ALAM - 'Perseteruan' Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Adam dengan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar nampaknya tiada kesudahan.

Selepas 'berperang' di media sosial baru, baru ini, terbaharu palu gendang perang yang agak sejuk itu kembali bergema.


Perang kembali tercetus apabila Lokman tidak berpuas hati dengan Khairy berhubung hujahan beliau mengenai isu 1MDB menerusi satu wawancara dengan sebuah portal akhbar tempatan.

"Bila tonton ucapan beliau ini, kadang-kadang susah nak kawal rasa meluat dan marah.


"Kalau ikut hati nak sahaja menjawab manusia yang ada otak, tapi tak nak guna otaknya dan sahut cabaran mengkaji isu 1MDB dengan lebih mendalam dan cari jalan bagaimana kita boleh menerangkan kepada rakyat bagi menukar persepsi buruk terhadap 1MDB kepada positif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa KJ 'sakit hati' dengan program Najib, tanya Lokman]

[ARTIKEL BERKAITAN: KJ balas kenyataan Lokman, kata IQ seperti lobak]

Katanya, Khairy langsung tiada semangat nak memperjelaskan perkara sebenar.

"Asyik ambil jalan mudah menghadam tuduhan Tun Dr Mahathir dan meletakkan semua masalah berpunca daripada 1MDB serta Datuk Sri Najib," katanya.

Jelasnya, cukup-cukuplah menyerang bekas Presiden Umno.

"Tiada ke sekelumit jasa beliau pada kamu? Ahli Umno tak suka tengok kita bergaduh, tapi janganlah berterusan melakukan provokasi begini.

"Kenap ghairah sangat nak pecahbelahkan parti ni? Ini arahan kedua Mahathir selepas suruh lawan Presiden ke?," dakwanya.

Sebelum itu Khairy diwawancara berhubung isu 1MDB, beliau diminta mengulas sama ada isu 1MDB menjadi punca kejatuhan parti itu pada PRU14 lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kita kalah kerana 1MDB: Khairy]

[ARTIKEL BERKAITAN: KJ mengaku 1MDB punca Umno tumbang]

No comments:

Post a Comment