Thursday, November 22, 2018

Kelewatan keputusan PRU14...ini kata Azmin



MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI


Azmin

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ialah individu yang boleh memberi penjelasan berhubung pendedahannya mengenai punca kelewatan keputusan PRU14 lalu, disebabkan wujudnya komplot memujuk pemimpin Melayu-Islam daripada PH untuk membentuk kerajaan bersama Umno-Pas.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dalam isu itu Dr Mahathirlah orang yang paling sesuai untuk menjawab dakwaan berkenaan.


"Saya rasa elok dapat penjelasan daripada Tun M tentang perkara itu, kerana keputusan yang dibuat itu adalah satu konsesus untuk melantik beliau sebagai Perdana Menteri dan proses itu berjalan baik dan lancar, saya kira semua pihak bertanggungjawab untuk mendokong kepimpinannya.

"Bagi pihak PKR kita tegaskan termasuk dalam kongres PKR minggu lepas kami mendokong sepenuhnya kepimpinan Tun M Sebagai Perdana Menteri dan kita bagi sokongan atas dasar dan program yang akan dilaksanakan... itu pendirian PKR," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Ini puncanya kelewatan PH diumum menang PRU14 lalu]

Dr Mahathir kelmarin dalam wawancara bersama Mekong Review di Kemboja, beliau berkata, Umno-Pas mahukan kelebihan kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan sambil memainkan sentimen mengatakan PH tidak akan mampu mempertahankan kedudukan Islam seperti BN

Jadi itu adalah idea jika semua Melayu Islam (Umno-Pas) bersatu, barisan pembangkang baharu dipenuhi dengan orang Islam dalam Umno-Pas, mereka boleh mengheret orang Islam lain dalam PH, mencapai majoriti Melayu-Islam untuk menubuhkan kerajaan.

Bagaimanapun kata Dr Mahathir mereka dinasihati agar tidak berbuat demikian.

Beliau berkata, disebabkan itulah, berlaku kelewatan pengisytiharan kemenangan PH.

Katanya lagi, peralihan kuasa yang berlaku pada PRU14 itu ‘tidak selancar’ seperti dilihat dari luar.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M kata Harapan sudah menang]

No comments:

Post a Comment