Thursday, November 22, 2018

Adakah ini fitnah kepada BN, soal KJ



MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI


Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin membentangkan ‘Inisiatif Ekonomi Rakyat’ sempena Belanjawan 2019 pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. -Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu 'memancing' ahli Parlimen PH Melayu oleh pemimpin Umno pada malam keputusan PRU14 lalu.

Kata bekas Ketua Pemuda Umno itu, pada malam berkenaan beliau hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk bersama-sama mengikuti keputusan dan perkembangan PRU14.


"Langsung tiada usaha daripada Najib...dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid pun hadir. ada di situ mereka termasuk Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Tengku Adnan Tengku Mansor dan saya.

"Tiada sebarang usaha untuk beli ahli Parlimen. Najib cakap dengan jelas bahawa kita mesti terima keputusan ini (PRU14) dan esok akan umum BN terima keputusan tersebut dan serah pada Yang di Pertuan Agong untuk lantik Perdana Menteri, sangat jelas saya ada di situ. Najib cakap dengan jelas kita terima keputusan itu dan kekalahan tersebut," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.


Dalam pada itu ketika ditanya adakah dakwaan itu hanya fitnah kepada BN, Khairy berkata beliau tidak pasti.

"Saya tak pasti apa maklumat yang PM ada, saya cuma boleh cakap apa saya lihat dan dengar. saya lihat dan dengar sebab saya bersama dengan Najib. Maklumat orang lain yang tiada di kediaman Najib yang buat kerja tersebut, saya tak pasti.

"Tapi saya bersama dengan kepimpinan BN kalau ada usaha untuk cuba membeli ahli Parlimen mesti datang daripada 'atas' yang perlu mendapat restu," katanya.

Katanya sepanjang beliau bersama pimpinan tertinggi BN , sangat jelas tiada usaha untuk beli ahli Parlimen atau rancangan untuk timbulkan kekecohan dan rusuhan, langsung tiada.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ini puncanya kelewatan PH diumum menang PRU14 lalu]

Sinar Harian dalam laporannya semalam, menyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan ada pemimpin Melayu-Islam daripada PH dipujuk untuk membentuk kerajaan bersama Umno-Pas selepas berakhirnya pengundian PRU14 lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M kata Harapan sudah menang]

Dalam wawancara bersama Mekong Review di Kemboja, Dr Mahathir berkata, Umno-Pas mahukan kelebihan kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan sambil memainkan sentimen mengatakan PH tidak akan mampu mempertahankan kedudukan Islam seperti BN.

Jadi itu adalah idea jika semua Melayu Islam (Umno-Pas) bersatu, barisan pembangkang baharu dipenuhi dengan orang Islam dalam Umno-Pas, mereka boleh mengheret orang Islam lain dalam PH, mencapai majoriti Melayu-Islam untuk menubuhkan kerajaan.

Bagaimanapun kata Dr Mahathir mereka dinasihati agar tidak berbuat demikian.

Beliau berkata, disebabkan itulah, berlaku kelewatan pengisytiharan kemenangan PH.

Katanya lagi, peralihan kuasa yang berlaku pada PRU14 itu ‘tidak selancar’ seperti dilihat dari luar.


No comments:

Post a Comment