Sunday, December 21, 2014

TEKSI : BN KAKI KENCING ???

Najib kata tiada GST untuk Teksi tapi...

'Pemandu wajib bayar GST' kata Kastam


Mula-mula kita baca dulu apa yang diucapkan oleh Menteri Kewangan Malaysia dalam pembentangan Bajet 2014 mengenai Teksi dan GST ini..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata perkhidmatan pengangkutan dan perkhidmatan yang disediakan kerajaan tidak akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pengecualian perkhidmatan pengangkutan terbabit daripada GST termasuk bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot dan tol lebuh raya.

Sementara itu, bagi perkhidmatan yang disediakan Kerajaan, katanya, pengecualian GST turut meliputi penyediaan dokumen pasport, lesen, kesihatan dan pembelajaran di sekolah. 

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur lapor Berita Harian di SINI

Tiada GST untuk perkhidmatan TEKSI kata Najib..

Rentetan dari tersebarnya gambar di atas dilaman Facebook dan berbagai media sosial yang lain pihak Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM) tampil memberikan penjelasan..

Bagaimanapun penjelasannya bercanggah dengan apa yang Najib ucapkan mengenai perlaksanaan GST terhadap Teksi .

Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM) mengesahkan bahawa GST akan dilaksanakan kepada Pemandu-pemandu Teksi di Malaysia bermula 1 April.

Berikut adalah maklumbalas berkenaan dengan soalan yang dikemukakan daripada Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM) kepada pihak Kastam.

Encik Kamal, 
Selamat petang. Berikut merupakan maklumbalas berkenaan dengan soalan yang dikemukakan daripada Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM) : 
Soalan 1: 
Adakah pemandu teksi yang diberi perkhidmatan dan berpendapatan rendah diwajibkan membayar cukai GST? 
Ya. Apa-apa perkhidmatan yang tidak dikategorikan di bawah Perintah Cukai & Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 dan Perintah Cukai & Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 adalah tertakluk kepada GST pada kadar standard sebanyak 6%. Sebagai contohnya, sewaan teksi dan servis ke atas teksi adalah perkhidmatan bercukai GST pada kadar standard 6%. 
Soalan 2
Sekiranya kami harus membayar cukai GST, kepada siapakah perlu kami jelaskan pembayaran tersebut? 
GST dibayar oleh pemandu teksi kepada syarikat teksi berdaftar di bawah GST yang mengenakan GST ke atas bekalan atau perkhidmatan bercukai tersebut, dan seterusnya syarikat teksi yang berdaftar tersebut harus membayar GST tersebut kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 
Soalan 3 
Apakah kewajaran kami dikenakan cukai GST sedangkan tambang yang penumpang bayar kepada kami tidak dikenakan cukai GST? 
GST dikenakan kepada semua rakyat Malaysia yang memperolehi barang dan perkhidmatan bercukai di Malaysia. Mana-mana orang yang menjalankan perniagaan dikecualikan atau orang yang tidak berdafar GST juga perlu membayar cukai. 
Soalan 4 
Adakah tindakan syarikat teksi mengarahkan pemandu teksi membayar cukai GST 6% kepada syarikat itu benar? 
Sewaan teksi yang dikenakan oleh syarikat teksi yang berdaftar di bawah GST kepada pemandu teksi adalah perkhidmatan bercukai dan GST akan dikenakan pada kadar 6%. Ini tertakluk sekiranya jualan tahunan syarikat telah melebihi nilai ambang (threshold) sebanyak RM 500,000, syarikat adalah wajib didaftarkan di bawah Akta GST 2014 dan mengenakan GST sebanyak 6% ke atas perkhidmatan bercukai tersebut. 
Soalan 5 
Jika tindakan syarikat teksi mengenakan cukai GST kepada pemandu teksi itu benar, bagaimanakah pelaksanaanya, 6% itu diambil kira dari mana? 
Sebagai contohnya, GST harus dikenakan ke atas jumlah sewaan seperti berikut :  
Nilai Sewaan RM 50
GST 6% (RM 50 x 6%) RM 3
JUMLAH RM 53

Sekian, terima kasih.  
Kho Wun Lin
Penolong Pengarah Kastam
Sektor V, Bahagian GST
Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia

Persoalannya disini ialah apakah Pemandu-pemandu Teksi yang dikehendaki membayar 6% GST itu akan memotong 6% dari jumlah tambang yang dikenakan mereka terhadap penumpang untuk menjelaskan 6% GST yang dikenakan itu?

Sanggupkah mereka mengorbankan 6% tambang atau bayaran yang mereka perolehi itu untuk membayar GST sedangkan tanpa GST pun hidup mereka sudah terbeban?

Sudah tentu tidak.. 6% cukai itu sudah tentu akan dipindahkan kepada pengguna..

Jadi bagaimana Menteri-menteri dan Macai-macai boleh mengatakan perkhidmatan Pengangkutan tidak akan terjejas dengan perlaksanaan GST?

Tapi.. mungkin juga ada benarnya kata Najib itu.. Teksi tak dikenakan GST sebab Teksi tu bukannya boleh berjalan ataupun makan dan minum sebab ianya sebuah Teksi..

Jadi kalau dikenakan GST kepada Teksi macammana Teksi tu nak bayar sebab dia bukannya hidup..yang membolehkannya bergerak ialah Pemandu.. kah.. kah.. kah..

No comments:

Post a Comment