Wednesday, December 3, 2014

ANIFAH AMAN : AKU ULANG, MUFLIS LA AKU ...

Dato' Ishak cabar Anifah Aman ulang fitnah RM100 juta di luar mahkamah.

SEBELUM ini, dalam satu kenyataan di mahkamah, dalam perbicaraan saman fitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap Anifah Aman, menteri luar itu mendakwa 'kawan rapat' Anwar telah menawarkannya RM100 juta untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. 

Kawan rapat Anwar yang dimaksudkan oleh Anifah Aman itu ialah, Dato Ishak Ismail, mantan Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC.

Tuduhan Anifah Aman itu sangat berat, dan telah menjatuhkan reputasi serta maruah Datuk Ishak. Namun, Dato' Ishak tidak dapat berbuat apa-apa bagi membersihkan namanya terhadap tuduhan Anifah Aman itu kerana ia dibuat di dalam perbicaraan mahkamah di mana ia kebal dari tindakan saman.

‎Dalam satu kenyataan yang dipercayai merupakan kenyataan medianya, Dato Ishak mencabar Anifah Aman sama ada memohon maaf atau mengulangi fitnah tawaran RM100 juta itu di luar mahkamah, agar tindakan undang-undang boleh diambil terhadap beliau.

‎Jika kenyataan Anifah Aman yang menuduh Dato Ishak mahu merasuahnya sebanyak RM100 juta itu benar, Anifah patut mengulanginya di luar mahkamah. Jika tidak ternyata Anifah mengambil kesempatan mempergunakan mahkamah dan perbicaraan saman fitnah ke atasnya untuk menyebarkan satu lagi fitnah.

Elok juga Dato Ishak saman sekali Najib Razak. Bukan main dia terjerit-jerit di Perhimpunan Agung Umno memetik kenyataan Anifah Aman sambil menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai 'Mother of Corruption'.

Boleh tahan juga Najib Razak punya propaganda. Mahkamah belum buat keputusan lagi, dia dah awal-awal putuskan Anwar sebagai 'Mother of Corruption'.

Licik Anifah Aman bermain propaganda gunakan mahkamah‎, disambut pula oleh Najib Razak. Nampaknya ini taktik baru Barisan Nasional bermain persepsi untuk memperbodohkan rakyat.


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/12/dato-ishak-cabar-anifah-aman-ulang.html#ixzz3Kt0LXHOR

No comments:

Post a Comment