Inilah seorang Perdana Menteri yang bagus - Mahfuz
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang bercuti di luar negara dan sedang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii.
Menurut beliau, kini keadaan banjir di Pantai Timur terutama di Kelantan agak kritikal, tetapi Najib sedang bercuti di luar negara ketika rakyat sedang mengalami kesusahan akibat banjir.
"Jadi tahniahlah saya ucapkan kepada Perdana Menteri yang sedang bercuti di luar negara sekarang dan sedang bermain golf bersama Barack Obama. Ini adalah seorang Perdana Menteri yang mempunyai tahap keprihatinan yang sangat tinggi terhadap kesusahan rakyat.
"Walaupun sedang bercuti di luar negara, mungkin Perdana Menteri juga turut berdoa. Mungkin beliau tak akan lupa doa beliau kepada mangsa-mangsa banjir. Inilah seorang Perdana Menteri yang bagus berbanding Perdana Menteri sebelum ini," kata Mahfuz dengan nada sinis.
Kini Najib diberitakan sedang bercuti ke Hawaii dan ketiadaan beliau dalam negara juga menimbulkan pelbagai reaksi tidak senang, malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik beliau secara terbuka.Menurut beliau, kini keadaan banjir di Pantai Timur terutama di Kelantan agak kritikal, tetapi Najib sedang bercuti di luar negara ketika rakyat sedang mengalami kesusahan akibat banjir.
"Jadi tahniahlah saya ucapkan kepada Perdana Menteri yang sedang bercuti di luar negara sekarang dan sedang bermain golf bersama Barack Obama. Ini adalah seorang Perdana Menteri yang mempunyai tahap keprihatinan yang sangat tinggi terhadap kesusahan rakyat.
"Walaupun sedang bercuti di luar negara, mungkin Perdana Menteri juga turut berdoa. Mungkin beliau tak akan lupa doa beliau kepada mangsa-mangsa banjir. Inilah seorang Perdana Menteri yang bagus berbanding Perdana Menteri sebelum ini," kata Mahfuz dengan nada sinis.
Akhbar The Washington Post hari ini melaporkan, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sedang menghabiskan cuti Krismas di Hawaii ditemani rakan-rakan dan keluarga bermain golf serta beristirehat.
Bersama beliau di lapangan golf adalah tetamu mengejutkan, Najib yang merupakan antara empat orang termasuk Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama di pangkalan Marine Corps, Kanehoe Bay.
Sebelum ini, beberapa pihak termasuk kumpulan pendesak Melayu, Perkasa juga memberi kata dua kepada Najib supaya berhenti banyak menghabiskan masa ke luar negara jika tidak mahu hilang kuasa.
Kejatuhan mata wang ringgit dan harga pasaran minyak dunia yang memberi impak kepada keadaan ekonomi negara juga membimbangkan pelbagai pihak, namun Najib dilihat tidak serius terhadap masalah itu.
Malah, ketika rakyat sedang menghadapi banjir di beberapa buah negeri dengan keadaan yang agak kritikal di pantai timur terutama di Kelantan, Najib masih berseronok bercuti di luar negara dan turut menghabiskan masa dengan bermain golf bersama Barack Obama.
Sementara itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menggesa pihak kerajaan pusat dan Majlis Keselamatan Negara bertindak pantas memberikan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan kritikal di Kelantan termasuk di kawasan Kuala Krai.
"Kini penduduk di Kuala Krai sudah ada yang menyelamatkan diri sampai ke atas bukit tetapi mereka ketiadaan bantuan segera termasuk makanan, pakaian dan peralatan yang diperlukan.
"Untuk menyampaikan bantuan itu, segala peralatan yang diperlukan perlulah digunakan oleh pihak kerajaan pusat dan Majlis Keselamatan Negara termasuk helikopter," ujar beliau.
No comments:
Post a Comment