Monday, December 8, 2014

PM 1 MALAYSIA : RAKYAT WAJIB DIDAHULUKAN ....

Posted: 07 Dec 2014 09:06 PM PST

Harga barang naik berpunca harga minyak desel naik dan terus naik apabila GST dilaksanakan nanti.

Inilah yang dinamakan "rakyat didahulu" iaitu didahulukan menanggung beban sara hidup,yang semakin hari semakin tinggi dek angkara pemimpin yang berlumba lumba mengumpul harta.

Lebih lebih lagi rakyat jelata hari ini kelihatan tak marah, jauh sekali membenci kerajaan yang memerintah.

Mengapa? kerana mereka sudah disogok dengan BRIM RM 950 satu kepala setahun itu.

Sebab itu para pemimpin kerajaan tidak kisah apa apa beban yang menimpa pada mereka macam juga para pemimpin yang memerintah negara.

mengapa? kerana mereka jadi kayaraya setiap menteri ada ratsan juta harta. itu menteri. Bayangkan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Anwar Ibrahim pernah disebut ada harta RM 3 bilion. riuh seketika.

Apabila Anwar Cabar Muhyiddin agar isytihar hartanya. senyap sepi.

Jika Anwar ada harta RM 3 bilion bayangkan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.Berapa billion pula hartanya.

Macam mana mereka mahu berterus terang. Tak kan mereka akan isytihar harta mereka punca kedudukan ekonomi negara jatuh begitu terus.

Bukan macam zaman Saidina Omar yang berkata kepada rakyatnya, hendaklah anda sekalian menjadi rakyat yang taat dan patuh. maka seorang rakyat biasa tampil berkata, kami tidak mahu mematuhi anda sehingga anda beritahu kami dari manakah anda ambil baju yang anda pakai sekarang ini. Khalifah Omar tidak merasa tersinggung dan marah dengan pertanyaan itu, malah beliau melayani pertanyaan dan menerangkan dengan jelas hingga orang itu berpuashati dan lantas berkata, sekarang barulah anda boleh perintah kami dan kami akan mematuhi perintah anda.

Bolehkah para pemimpin kerajaan berterus terang dengan rakyat jelata apabila ditanya dengan persoalan yang ditanya kepada Saidina Omar.Mana mungkin mereka akan menjawab apabila ditanya dari manakah harta kamu ratusan juta itu.

Jika ada rakyat yang bertanya dengan persoalan demikian tunggu, akan ditangkap. Di sumbat dalam penjara dan tahan tanpa bicara selama 60 hari.

Rakyat Pembangkang yang tak undi BN pun dilayan dengan zalim segala hak anggota kemasyarakatan dinafikan. (tidak dinafikan rakyat pembangkang ramai yang dapat BRIM umpan untuk undi BN).untuk dapat rumah murah pun dinafikan. Jauh sekali untuk dapat satu lot tanah.Bayangkan bertapa zalimnya para pemimpin kerajaan yang memerintah sejak dulu dan selama lamanya itu.

No comments:

Post a Comment