Tuesday, December 30, 2014

PM KITA : SIKIT JER MATI, X PAYAHLAH DARURAT ...


21 kematian akibat banjir di 3 negeri

Pihak polis merekod 21 kematian akibat banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang sementara 10 lagi individu dilapor masih hilang dalam kejadian banjir setakat ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Kelantan mencatatkan bilangan kematian paling tinggi iaitu 14 orang sementara empat masih hilang, diikuti Terengganu yang mencatat empat kematian dan lima hilang.

Pahang pula mencatat tiga kematian dan seorang masih hilang, katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan bantuan bencana banjir untuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata PDRM mengarahkan 9,880 pegawai dan anggota untuk membantu mangsa banjir di negeri-negeri terlibat.

"Sebanyak 24 buah balai polis turut terjejas iaitu 19 buah di Kelantan, empat di Terengganu dan satu di Perak," katanya.

Khalid berkata enam laporan polis dibuat melibatkan jenayah kecurian pada musim banjir dan pihak polis menempatkan anggota tambahan di lokasi yang dijangka akan berlaku kejadian pecah kedai dan sebagainya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan pihak yang memohon bantuan kewangan kononnya untuk diberikan kepada mangsa banjir.

"Majlis Keselamatan Negara (MKN) menubuhkan sebuah tabung. Jadi saya menasihatkan sesiapa yang ingin menderma agar menyalurkan secara terus kepada MKN agar bantuan boleh diberi melalui satu saluran sahaja.

"MKN akan bertanggungjawab untuk mengagihkannya kepada mangsa banjir yang terlibat," katanya.

Sejumlah RM45,000 diterima PDRM iaitu RM25,000 daripada Tabung Kebajikan PDRM manakala RM20,000 lagi daripada syarikat korporat Jason Roadwork Construction North Soil Engineering untuk diagih kepada 947 keluarga anggota PDRM yang menjadi mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang. – Bernama

MENTERI UMNO : KAMI VVIP LAA, HORMAT LA SIKIT ...

Helicopter lebih utamakan VVIP dari mangsa banjir yang nazak dakwa Pegawai Perubatan..


Cerita ini datangnya dari Facebook seorang Pegawai Perubatan yang bertugas di sebuah Klinik Kesihatan di Kota Baharu yang turut terlibat membantu menyelamatkan nyawa mangsa banjir di Kelantan.

Dalam catatannya beliau mendedahkan bagaimana sebuah helikopter yang terbang kehulu-hilir dikawasan bencana lebih mengutamakan seorang VVIP dan membawa seorang pesakit yang berada dihujung nyawa..

Panjang  sekali catatannya itu dan telah dikongsi oleh lebih dari 600 orang hingga kini..

Catatan ke-8 pada 28/12/14

Jam 3.30 pagi

"Dr, kita ada satu kes ibu mengandung ingin melahirkan anak" - kata MA Karim mengejutkan saya daripada deep sleep cycle.

"Berapa contraction dan OS dia Kak Su" tanya saya kepada SN Su yang sudah 3 hari oncall tanpa henti menunggu ibu bersalin

"Contraction 3:1:15s dan OS 5cm" balasnya. Pesakit sudah lebih jangka daripada tarikh sepatutnya melahirkan anak.

"Ok kita buat partogram di sini. Saya tunggu di bilik sebelah jika ada apa-apa." Balas saya.

Pesakit semakin kuat mengerang.

Jam 6 pagi

Saya bangun untuk solat subuh. Sebelum itu saya menjenguk pesakit untuk mengetahui statusnya. Secara tiba-tiba, mata saya tertumpu pada tompok hijau di atas katil yang basah lencun.

Allah, light meconium stained liquor (bayi berak dalam perut)!

Sepantas kilat, saya mencapai glove dan melakukan vaginal examination(VE) untuk pemeriksaan lanjut. Kepala bayi sudah di bawah, membrane intact dan OS masih 5cm.

Pesakit perlu ke bilik bedah segera kerana bayi juga sudah menunjukkan tanda-tanda fetal distress/lemas. Mimpi ngeri saya bermula. Di kawasan ground zero ini, saya berhadapan kes obstetric emergency

Saya segera menghubungi bilik bersalin HUSM. MO mendengar masalah saya lalu meminta saya menghantar pesakit dengan segera ke hospital dengan nada seperti kes biasa.

"Dr, I'm in ground zero area and I need an helicopter now!" Saya menjelaskan situasi kritikal saya. Dr O&G itu bagai tergamam mendengarnya lantas segera berlari mendapatkan bantuan. Saya juga menghubungi bilik gerakan dan memaklumkan situasi terkini saya.

Selang beberapa minit, datang sebuah hilux membawa seorang lagi ibu mengandung. Selepas pemeriksaan, saya mempunyai seorang lagi pesakit yang ingin melahirkan anak dalam active phase of labor.

Ibu pertama terus mengerang kesakitan. SN SU melakukan VE dan mendapati OS sudah fully dan pesakit ready untuk bersalin. Kami terpaksa menyambut bayi ini di Hospital Badang juga dengan kelengkapan yang sangat terhad. Mesin suction dihidupkan. Kami memulakan second stage of labor. Apabila kepala bayi keluar, kegelisahan kami bertambah melihat tali pusat melilit leher bayi. Dengan segera, ia dipotong dan bayi itu dikeluarkan bersama najisnya yang turut sama keluar. Selang beberapa saat, bayi itu menangis dan tangisan itu memberi kelegaan kepada kami.

Namun mimpi itu baru memasuki episod awal. Uri di dalam perut ibu pula tersangkut dan terasa tali pusat seperti mahu putus. Kini saya mempunyai masalah baru iaitu retained placenta. Ketika sedang runsing bertanya bagaimana status helikopter saya, tiba-tiba seorang bayi yang mengalami demam panas mendapat sawan betul-betul di depan mata saya. Terus saya membawanya ke atas katil dan melakukan resusitasi. Selepas 30 saat, sawannya kebah tetapi anak itu sangat-sangat kepenatan. Saya segera memaklumkan situasi semasa kepada bilik gerakan banjir. Semua pihak bertungkus lumus mencari helikopter.

Jam antara 7-8 pagi.

Sebuah helikopter tentera mendarat di Kolej Jaiputra. Saya terus disambut Dr Muzammil, pegawai perubatan tentera. 2 bayi dan seorang ibu diterbangkan segera ke HUSM. Sebelum terbang, Dr Muzammil sempat membisik ke telinga di celah kebingitan putaran bilah Helikopter : "Good Luck"

Saya bergegas pulang ke hospital darurat Badang dan mendapati ibu kedua kini memasuki fasa kedua bersalin. Sama juga seperti pesakit pertama, ibu kelihatan sukar untuk memberi momentum bersalin. Saya tidak mempunyai vacuum machine ketika ini. Selepas hanya tinggal 10minit untuk pesakit memasuki fasa prolongef second stage of labor, akhirnya bayi yang ditunggu-tunggu berjaya dilahirkan.

Selepas uri berjaya dikeluarkan kami bersorak gembira hingga saya ternampak sesuatu yang tidak patut muncul. Kelihatan seperti bibir berwarna merah kehitaman dengan koyakan besar muncul di celah-celah genangan darah di bahagian tempat bersalin.

Ya Allah, Cervical Tear(cerviks koyak) pula!

Luka itu sangat besar di bahagian bawah dan terus berdarah dengan lajunya. Saya sendiri berasa pucat lesu melihatnya. Saya belum pernah menjahit cervical tear lebih-lebih lagi tanpa bius dan peralatan secukupnya.

Bersambung....

Catatan ke-9 pada 28/12/14

Sambungan

Darah mengalir dengan derasnya daripada luka cerviks itu. Dikala wajah saya bertukar kepucatan, tiba-tiba tuhan seolah-olah mendengar rintihan pilu saya. Dr Haza hadir tepat pada masanya.

Beliau terus mengambil posisi dan melakukan pemeriksaan lanjut. Luka episiotomy hanya kecil tetapi luka cerviks itu berukuran 3cm di posterior, satu lokasi yang sukar. Jika di hospital, pasti kes ini akan dibawa ke bilik bedah namun kami tidak punyai masa untuk menunggu satu lagi helikoter.

Syntocin kami yang terakhir telah diberikan kepada pesakit. Pitocin yang ada juga yang terakhir. Memang Allah itu maha pengasih, Dr Haza adalah bekas MO OnG. Lantas beliau memulakan prosedur menjahit tanpa sedatif/bius yang cukup. Saya segera mengemaskini status helikopter saya kerna saya perlukan sebuah lagi untuk ke HUSM.

Dr Haza menggunakan pengalaman beliau di bilik bersalin. Akhirnya pendarahan itu berjaya dihentikan namun episod malang kami masih belum berakhir. Ibu itu kini mendapat uterine atony/rahim tidak mengecut dan seterusnya PPH/tumpah darah.

Saya mengaktifkan kod merah di klinik saya. Semua staff dikerahkan ke klinik dengan kadar segera. Ketika saya keluar daripada bilik bersalin saya, seorang wanita berumur lingkungan 50an didapati terbaring di atas stretcher saya di kecemasan sambi dikelilingi orang ramai. Saya bertanya status pesakit ini kepada MA Shakri

"Hypoglycaemia doc. Dxt 1.4!"

"Oh god another headache!" Bisik hati saya. Lantas saya meminta SN Zu memberi D50 dan mengarahkan MA Shakri untuk take over pt itu kerana saya ada red code case di labour room.

Bantuan tentera dan polis telah tiba. Katanya helikopter telah mendarat di Kolej Jaiputra. Ketika kami bersiap untuk mengangkut pesakit ke atas troli, pesakit mengeluh sesak nafas dan secara tiba-tiba tidak sedarkan diri. Ibu itu kini dalam Shock State akibat kehilangan darah yang banyak. Tekanan darahnya sangat rendah dan nadinya sangat lemah. Hujung jari jemarinya terasa seperti di kutub utara.

Kami melakukan resusitasi dan terus mengangkut pesakit ke sana. Setibanya di kolej tersebut, kelibat helikopter langsung tidak kelihatan. Aduh kenapa banyaknya ujian pagi ini keluh saya. Terus saya membawa pesakit ke kantin kolej itu. Pesakit semakin lemah. Nyawanya seperti di hujung tanduk seolah-olah malaikat maut sedang berdiri di hujung kepalanya. Pasukan kami tidak berputus asa. Kami meneruskan uterine and nipple massage untuk merangsang pengeluaran hormon oxytocin dan pengecutan rahim. Saya meminta semua staff yang ada untuk mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah. Juga memohon bantuan orang ramai membina tabir agar aib dan auratnya dijaga ketika proses resusitasi.

Anak yang baru dilahirkan diazankan kemudian diberi susu ibu agar dapat membantu merangsang deria rasa ibunya. Saya bertali arus dihubungi bilik gerakan namun bantuan helikopter masih tidak kunjung tiba. Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. Tidak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati:

"Dr, helikopter itu kami terpaksa hold untuk seorang VVVIP yang ingin melawat kawasan banjir"

Bagai disambar halilintar saya mendengarnya lalu saya menjerit ke telefon saya:

"What!!!!!! I need my helicopter now,now, now! Pt is dying here!!!!"

Lalu meletakkan telefon dengan perasaan yang sangat frust. Frust kerana pihak autoriti gagal meletakkan prioriti antara nyawa dan individu VIP tersebut.

Selepas kami berjaya secure satu lagi IV line di kaki (total 3 large bore branula/jarum) kami meneruskan fluid resuscitation. Total 9 botol air dimasukkan dalam kadar pantas. Selepas 30 min,pesakit mula sedarkan diri. Tekanan darah kembali normal tetapi nadinya masih lemah.

Masalah kami belum berhenti di sini. Masalah baru pula muncul di saat genting ini.

MENTERI MOA : DAH NAMA KAMI UMNO, MEMANG JENIS LAGU NEH ...

Mengapa bantuan banjir ada gambar Najib dan Ismail Sabri?


Sukarelawan dari luar Kelantan mendakwa bantuan banjir kepada mangsa-mangsa agak lewat tiba di lokasi pemindahan disebabkan kerenah birokrasi.

Mereka mendakwa pihak berkuasa membuat sekatan di kawasan tidak jauh dari sempadan Pahang-Kelantan menanyakan pelbagai soalan kepada kenderaan bantuan banjir.

“Mereka tanya permit bawa bantuan banjir. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mangsa sedang berdepan dengan kesukaran di tempat pemindahan banjir.

“Banyak kenderaan bantuan dari luar Kelantan terkandas kerana pihak berkuasa seperti cuba melengah-lengahkan perjalanan,” kata seorang sukarelawan dari Selangor.

Mereka juga mendakwa bantuan banjir yang diserah kepada pihak berkuasa di tempat-tempat yang sukar dilalui jalan darat difahamkan dilekat pembungkus berwajah pemimpin Umno.

Kata mereka tindakan melekatkan gambar pemimpin menyebabkan bantuan yang sepatutnya diagih lebih cepat mengambil masa untuk sampai kepada mangsa banjir.

Dakwaan sukarelawan terbabit berasas apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan berkata, apa yang penting sumbangan itu sampai kepada mangsa banjir bagi mengurangkan beban mereka.

“Tak apalah mereka hendak kecam. Yang penting barang-barang daripada kementerian sampai kepada mangsa banjir dan dapat membantu mengurangkan bebanan mereka,”

Friday, December 26, 2014

PM TERBAIK MALAYSIA ... SYABAS !!!

Inilah seorang Perdana Menteri yang bagus - Mahfuz

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang bercuti di luar negara dan sedang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii.

Menurut beliau, kini keadaan banjir di Pantai Timur terutama di Kelantan agak kritikal, tetapi Najib sedang bercuti di luar negara ketika rakyat sedang mengalami kesusahan akibat banjir.

"Jadi tahniahlah saya ucapkan kepada Perdana Menteri yang sedang bercuti di luar negara sekarang dan sedang bermain golf bersama Barack Obama. Ini adalah seorang Perdana Menteri yang mempunyai tahap keprihatinan yang sangat tinggi terhadap kesusahan rakyat.

"Walaupun sedang bercuti di luar negara, mungkin Perdana Menteri juga turut berdoa. Mungkin beliau tak akan lupa doa beliau kepada mangsa-mangsa banjir. Inilah seorang Perdana Menteri yang bagus berbanding Perdana Menteri sebelum ini," kata Mahfuz dengan nada sinis.
Kini Najib diberitakan sedang bercuti ke Hawaii dan ketiadaan beliau dalam negara juga menimbulkan pelbagai reaksi tidak senang, malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik beliau secara terbuka.

Akhbar The Washington Post hari ini melaporkan, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sedang menghabiskan cuti Krismas di Hawaii ditemani rakan-rakan dan keluarga bermain golf serta beristirehat.

Bersama beliau di lapangan golf adalah tetamu mengejutkan, Najib yang merupakan antara empat orang termasuk Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama di pangkalan Marine Corps, Kanehoe Bay.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk kumpulan pendesak Melayu, Perkasa juga memberi kata dua kepada Najib supaya berhenti banyak menghabiskan masa ke luar negara jika tidak mahu hilang kuasa.

Kejatuhan mata wang ringgit dan harga pasaran minyak dunia yang memberi impak kepada keadaan ekonomi negara juga membimbangkan pelbagai pihak, namun Najib dilihat tidak serius terhadap masalah itu.

Malah, ketika rakyat sedang menghadapi banjir di beberapa buah negeri dengan keadaan yang agak kritikal di pantai timur terutama di Kelantan, Najib masih berseronok bercuti di luar negara dan turut menghabiskan masa dengan bermain golf bersama Barack Obama.

Sementara itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menggesa pihak kerajaan pusat dan Majlis Keselamatan Negara bertindak pantas memberikan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan kritikal di Kelantan termasuk di kawasan Kuala Krai.

"Kini penduduk di Kuala Krai sudah ada yang menyelamatkan diri sampai ke atas bukit tetapi mereka ketiadaan bantuan segera termasuk makanan, pakaian dan peralatan yang diperlukan.

"Untuk menyampaikan bantuan itu, segala peralatan yang diperlukan perlulah digunakan oleh pihak kerajaan pusat dan Majlis Keselamatan Negara termasuk helikopter," ujar beliau.

Thursday, December 25, 2014

PM KITA : JANGAN BERDUKA KETIKA BANJIR, JOM MAIN GOLF ...

Yesss...Inilah PM TERBAIK Untuk Malaysia!!

Ketika rakyat di Kelantan, Terengganu dan Pahang didakap sengsara akibat banjir yang dianggap paling buruk kali ini dan ramai pula yang tertanya-tanya di mana Perdana Menteri, Najib Razak dalam detik sengsara ini, The Washington Post akhirnya tampil memberikan jawapan yang kita tunggu-tunggu.

Dalam laporannya, ia melaporkan Najib kini sedang bercuti di Hawaii dan turut bermain golf dengan santai dan riang bersama Presiden Amerika, Barack Obama.

Sebagaimana tahun lalu, terbukti sekali lagi Najib bercuti ke luar negara ketika musim sambutan Krismas sedang berlangsung. Sebagaimana tahun lalu juga, percutiannya kali ini mungkin sehingga sambutan tahun baru 2015 nanti.

Kesanggupan Najib bercuti di Hawaii, bergembira dan bermain golf dengan Obama ketika rakyat di Pantai Timur sedang menderita kesejukan, kelaparan dan mengalami kemusnahan harta-benda, tidak lain membuktikan beliaulah Perdana Menteri TERBAIK untuk negara ini.

Lupakanlah untuk menukar Perdana Menteri dengan Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Anwar Ibrahim atau sesiapa saja dan lupakanlah juga kehebatan Mahathir Mohamad membangunkan negara ini selama 22 tahun pemerintahannya kerana semuanya tidak terlawan dengan kehebatan Najib yang baru enam tahun dengan kuasanya.

Najib bukan saja hebat dengan kejayaan meningkatkan hutang negara, menghapuskan subsidi minyak dan gula, memansuhkan pelbagai akta, bangga dengan ungkapan haramjadah dan bangangnya, bermewah serta membazir harta negara dan banyak lagi yang jumlahnya tak terkira, tetapi juga hebat dari segi kekentalan jiwa kerana tidak peduli dengan rakyat yang derita.

Tiada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini yang ketika negara ditimpa bencana besar seperti banjir yang sedang melanda ketika ini, namun masih sanggup bercuti di Hawaii dan bermain golf dengan Obama yang menjadi idolanya.

Bagi manusia bernama Najib ini, kepentingan dirinyalah yang lebih utama daripada segala-galanya. Ketika beliau mula bercuti, banjir baru saja bermula dan tidak terdetik pun di hati kecilnya mahu menangguhkan percutiannya. Semasa di Hawaii pula, sudah tentu beliau diberi khabar oleh para pegawai dan macainya tentang banjir yang semakin buruk, tetapi tetap tidak sedia memendekkan pemergiannya.

Cuti dan agenda peribadi tetap lebih penting biar apa pun yang sedang berlaku dalam negara. Maka, inilah Perdana Menteri TERBAIK untuk kita semua.

UMNO dan 47 peratus pengundi yang memilih BN seharusnya amat berbangga mempunyai pemimpin seperti Najib ini. Mereka bolehlah terus mempertahan dan mengagungkannya walaupun ramai yang sudah kehilangan kata-kata apabila melihatnya bergembira dan bertepuk bahu sambil bermain golf dengan Obama.

Walaupun banjir terus menggila, Najib tidak perlu pulang segera. Teruslah bercuti di Hawaii dan Amerika. Sehari dua selepas ini postinglah gambar dalam FB atau Twitter ketika syok membeli-belah bersama Rosmah pula.

Yesss...sekali lagi inilah Perdana Menteri TERBAIK untuk Malaysia. Hentikanlah usaha mahu menukar, menjatuh dan menggulingkannya, sebaliknya kekalkanlah Najib di Seri Perdana sampai bila-bila.

Tuesday, December 23, 2014

MAS TERGULING, 1MDB TERGOLEK ...


Mahfuz: 1MDB bakal berakhir seperti MAS NIZAM ZAIN




1MDB, MAS 1MDB, MAS

KUALA LUMPUR - Nasib syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bakal berakhir seperti syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airline System Berhad (MAS) yang mewujudkan syarikat baharu jika dalangnya tidak dibawa ke muka pengadilan.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa jika masalah itu berlarutan hingga 2015, Malaysia bakal berdepan dengan penjajahan ekonomi.

"Masih tidak terlambat kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat dan satu suruhanjaya siasatan khas perlu ditubuhkan segera.

"Kebimbangan saya ialah ia akan menjebakkan negara kepada penjajahan ekonomi, bila tak dapat keluar masalah ini, ia akan kesan kepada ekonomi apabila pelabur asing hilang keyakinan dengan institusi perbankan negara.

"Kesannya cukup besar hingga boleh memerangkap negara hingga terpaksa mencari satu dana untuk selamatkan negara termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

1MDB, syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan, mencatat kerugian RM665.36 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 berbanding untung RM778.24 juta dalam tahun kewangan sebelumnya.

Selain itu, nilai aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 bilion berbanding RM44.6 bilion pada tahun kewangan sebelumnya manakala jumlah pinjaman meningkat daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion.

Monday, December 22, 2014

BERPISAH PUN TAK PA, HARTA PUSAKA DAH BANYAK DAPAT ...


Najib Terpisah Dari UMNO, Barisan Nasional, Lapor TMI




KUALA LUMPUR  - Dakwaan Bekas Tun Dr Mahathir Mohamaad mengenai parti Melayu terpaksa mengemis untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina menyebabkan Datuk Seri Najib Razak terasing daripada partinya.

The Malaysian Insider yang mendapatkan ulasan bekas pengarang New Straits Times Datuk A Kadir Jasin melaporkan, Najib menggambarkan dirinya terdesak mendapatkan sokongan masyarakat Cina mengakibatkan hubungan dengan kaum Melayu terjejas.

"Namun segala strategi ke haluan ini belum menunjukkan hasil," tulis beliau dalam blognya, merujuk kepada prestasi buruk BN semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di mana Najib menyalahkan 'tsunami Cina'.

Dalam pilihan raya itu, BN dengan parti utamanya Umno, gagal mengekalkan majoriti dua pertiga yang diperlukannya untuk kali kedua.

Kerajaan memerintah itu mengalami prestasi paling teruk dalam PRU13, menang hanya 133 kerusi persekutuan, kurang tujuh berbanding pilihan raya 2008.

Ahad lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran, mengatakan penguasaan Melayu ke atas politik lemah kerana tidak bersatu padu, kemudiannya mendesak mereka untuk mengemis undi dari bangsa lain untuk kekal berkuasa.

Beliau berkata orang Melayu yang merangkumi 60% rakyat sepatutnya dominan dalam politik. Namun kuasa itu kian lemah.

"Kini Umno, PKR, dan PAS perlu mengemis sokongan daripada DAP untuk memenangi pilihan raya umum. Apabila kita jadi pengemis, kita tidak punya kuasa lagi," katanya, menambah yang sekalipun negara mencapai status negara maju, Melayu masih ketinggalan.

Kenyataan perdana menteri paling lama berkhidmat itu ditentang oleh penganalisis politik serta ahli politik PR, termasuk ahli Parlimen DAP dari Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang mengatakan dominasi Melayu di dalam setiap sektor masyarakat Malaysia sebenarnya sedang memuncak sekarang.

Kadir berkata pada masa ini, Melayu tidak ke mana-mana, dan dengan parti asas-Melayu berpecah kepada tiga, mereka terpaksa merayu kepada Cina untuk kekal berkuasa.

"Terbiasa dengan sokongan bukan Melayu sekian lama, BN terdesak sekarang. Jika mereka berterusan hilang sokongan bukan Melayu dan golongan muda Melayu berterusan lebih ke arah PR, BN mungkin menjadi pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang," katanya menggunakan akronim untuk pembangkang Pakatan Rakyat.

PM ROSMAH : NAK TUDUH BINI AKU LER TUH ???

"Cari siapa pelingkup MAS" desak Bekas Pengarah Urusan MAS


SEBAGAI individu yang dipertanggungjawabkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein untuk membuka syarikat penerbangan negara bernama Malaysia Airlines (MAS), tiada apa yang lebih mengecewakan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman apabila melihat syarikat yang dahulunya gah terbang di udara kini hampir menyembah bumi.

Bekas Pengarah Urusan MAS itu tidak sanggup melihat syarikat yang dijaganya selama 20 tahun kini kerugian hampir RM7 juta setiap hari, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan semasa beliau dan pasukannya membuka MAS pada 1972 sehinggalah beliau bersara daripada syarikat itu pada 1992.

Beliau menegaskan, terlalu banyak masalah dihadapi MAS selama ini dan pihak bertanggungjawab tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

“MAS sejak 20 tahun lepas telah rugi banyak dan sekarang ini ada liabiliti lebih kurang RM12 bilion dan kerugian tiap-tiap hari RM7 juta.

"Banyak harta terutama bangunan termasuk ibu pejabat di Kuala Lumpur telah dijual dan merata pejabat (MAS) di dunia telah dijual.

“Kerajaan melalui duit pembayar cukai telah rugi berbilion ringgit. Ramai rakyat rugi berbilion ringgit sebab saham yang dibeli mula-mula pada 1985 bernilai RM11.50, sekarang terpaksa jual 27 sen.

"Kini, kakitangan pula akan dipecat seramai 6,000. Oleh sebab ini semua, adalah perlu bagi kerajaan menubuhkan suruhanjaya menyiasat punca semua ini berlaku dan siapa yang bertanggungjawab,” katanya.

Katanya, suruhanjaya itu juga boleh mengesyorkan cara MAS perlu diurus pada masa akan datang sebagai syarikat kebangsaan.

Ternyata jiwanya masih teguh bersama MAS apabila Abdul Aziz kini menjadi Pengerusi Jentayu Danaraksa Sdn Bhd, iaitu syarikat yang mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan ia sedia mengambil alih beberapa aset MAS untuk membantu menyelamatkan syarikat itu.

Ikuti temu bual eksklusif beliau bersama Sinar Harian bagi mengupas lebih lanjut pendapat tokoh perniagaan dan undang-undang ini mengenai pelan pemulihan semula MAS yang diumumkan Khazanah Nasional Bhd, cadangan Jentayu Danaraksa untuk membantu MAS serta harapan Tun Abdul Razak untuk melihat MAS sentiasa membawa nama negara di seluruh dunia.

Boleh Tan Sri kongsi sedikit latar belakang Jentayu Danaraksa?

Syarikat ini ditubuhkan untuk ambil alih (aset MAS), buat sementara waktu ini. Tujuan kita nak ambil bahagian dalam perniagaan penerbangan. Jadi ini (penstrukturan semula MAS) satu peluang bagi kita untuk buat cadangan untuk memulihkan MAS. Saya sendiri terlibat dalam MAS sudah lama.

Adakah Tan Sri rasa pelan pemulihan MAS oleh Khazanah tak memuaskan?

Ada perkara dalam pelan (12-poin) Khazanah yang saya musykil. Saya tanya mereka pun, jawapan yang saya dapat tidak memuaskan.

Yang pertama, saya tak puas hati kerana (mereka) nak buang kakitangan seramai 6,000 orang. Ramai pekerja yang kenal saya dulu, yang kerja di bawah saya dulu, datang jumpa saya mengadu.

Saya pun rasa simpatilah. Jadi saya tanya Khazanah, macam mana dia dapat angka MAS terlebih 6,000 orang sekarang ini? Saya soal lah, ini pengurusan apa benda? (Seolah-olah ada) 6,000 (pekerja) tiap-tiap hari tidur, dan pengurusan tak buat apa-apa.

Tapi yang sebenarnya saya tak percaya MAS lebih 6,000 pekerja. Kalau lebih 500 atau 1,000 orang mungkinlah. Sebab apa saya tak percaya, sebab kakitangan MAS ada jumpa saya, mereka sendiri pun persoal yang dikatakan lebih 6,000 orang.

Sebab kebanyakan mereka bekerja lebih masa, sesetengah daripada mereka tak nak kerja overtime sebab terlalu letih tetapi terpaksa kerja juga. Jadi kalau kakitangan lebih, kenapa kerja overtime? Itu satu.

Yang kedua, katanya, MAS masih nak pekerja, keluar iklan minta pekerja baru. Macam mana begini kalau dia (kata) lebih (pekerja)? Saya juga tanya (Khazanah) bagaimana dia dapat angka (hanya perlukan) 14,000 pekerja itu.

Pada permulaan perjumpaan saya dengan wakil Khazanah, dia kata mereka buat perbandingan dengan syarikat lain, maknanya jumlah kapal terbang lebih kurang sama (dengan MAS), syarikat itu (ada) lebih kurang 14,000 pekerja, terutama Singapore Airlines. Itu satu perbandingan yang salah, kita tak boleh banding begitu. Orang Inggeris kata it’s not apples to apples.

Kenapa tidak boleh bandingkan begitu, Tan Sri?

Sebabnya, Singapore Airlines yang ada 14,000 orang itu, untuk operasi penerbangan sahaja, tak termasuk pekerja kejuruteraan, perkhidmatan lapangan terbang, katering, kargo. Kalau masuk semua, Singapore Airlines ada 23,000 pekerja, saya dah semak.

Satu lagi, kita tak boleh banding dengan Singapore Airlines (kerana) operasi dia laluan yang jauh, pesawat badan lebar, 10 hingga 15 jam dia pergi tak balik. Kita sini (MAS) dua pertiga laluan ialah laluan singkat, domestik dan serantau.

Jadi jumlah kakitangan (perlu) lebih ramai sebab lebih banyak take-off, perlepasan, ketibaan, landing. Ada beza di situ. Jadi perbandingan ini adalah satu kesilapan besar. Jadi macam mana saya nak percaya.

Dia nak buat satu syarikat penerbangan baru nak guna 14,000 kakitangan sahaja. Boleh lah jika dia ada laluan yang setanding dengan syarikat lain. Persaingan hebat sekarang ini.

Dan kemudian dia nak mulakan syarikat baru ini dalam Julai tahun depan. (Pada) hujung 2015 atau awal 2016, sudah ada (polisi) langit terbuka Asean. Bolehkah guna 14,000 orang untuk (bersaing di) langit terbuka? Ini yang saya tak percaya bahawa pelan dia itu boleh berjalan baik.

Boleh Tan Sri jelaskan lebih terperinci mengenai dasar langit terbuka Asean dan kesannya?

(Dasar) langit terbuka ini maknanya semua syarikat penerbangan dalam Asean boleh beroperasi di negara sendiri dan mana-mana negara lain dalam Asean. Kita pun boleh buat, kita pergi Singapura-Jakarta, atau Singapura-Bandung, Singapura-Filipina.

Sekarang tak boleh, kena ada perjanjian dua hala. Syarikat lain akan buat begitu di Malaysia, persaingan akan menjadi lebih hebat. Adakah kita tidak akan menyahut cabaran ini?

Kalau nak sahut, mesti kena ada kapal terbang lebih, pekerja lebih. Bukan sekadar 14,000 orang. Ini terlalu awal dia tetapkan (perlukan) pekerja 14,000 (sahaja). Padahal pelan perniagaan dia tiada lagi. Laluan semua tak sebut. Ini yang jadi masalah.

Kalau (Khazanah) boleh jawab semua ini, tak apa lah. Saya (bercakap) sebagai seorang warganegara dan ramai orang yang berharap pada saya untuk beri penjelasan tentang perkara ini sebab mereka tahu saya 20 tahun lebih dalam MAS.

Selain pembuangan pekerja, apa lagi keputusan Khazanah yang Tan Sri rasa tak perlu dibuat?

Saya rasa nak ambil orang luar (Christoph R Mueller dari syarikat penerbangan nasional Ireland) jadi ketua pegawai eksekutif. Itu tak perlu. Kita nak bawa dia untuk menguruskan syarikat baru. Apabila dia datang, dia urus syarikat baru, syarikat lama tak ada lagi.

Syarikat baru, bukan nak memulihkan. Syarikat baru (operasi) baru, pulih apa lagi. Kapal terbang sudah ada, ambil dari sini (MAS) angkat pergi sana (MAS NewCo), pekerja sudah ada. Laluan sudah ada lama. Pasal apa nak ambil orang luar, nak memulih apa.

Itu satu, yang keduanya, orang asing ini dia tak tahu budaya negara kita. Dia tak tahu polisi kerajaan. MAS ini syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Orang yang tadbir GLC mesti tahu dasar kerajaan dalam mengambil pekerja, memberi kontrak. Dia tak tahu ini semua. Nak faham ini semua (ambil masa yang) lama.

Tetapi beliau dikatakan berjaya memulihkan syarikat penerbangan lain dalam masa singkat.

Itu tak apa lah, boleh jadi dia bagus, tapi kita bukan nak bagus sahaja, dia ada roh ke tidak, spirit dia. Kita ini syarikat nasional, bukan sektor swasta punya. Adakah dia ada roh nak kembangkan syarikat ini supaya jadi syarikat besar, boleh bersaing di seluruh dunia?

Apa rancangan Jentayu Danaraksa untuk MAS?

Mula-mula kita buat cadangan, kita nak ambil alih (anak syarikat MAS) Firefly, (cabang) kejuruteraan MAS dan Penerbangan Malaysia Bhd (PMB). Lepas saya jumpa wakil Khazanah, nampaknya mereka tak setuju cadangan ambil alih Firefely, (untuk) kejuruteraan pun nampaknya dia tak setuju.

Untuk rancangan ambil alih PMB dan beli kapal terbang MAS, itu dia tak kata tak setuju tapi dia pertikaikan macam mana kita nak buat semua ini. Mereka tahu saya tak ada duit (ketawa). Tapi kita ada rakan kongsi strategik di beberapa tempat di dunia.

Dari segi kewangan tak ada masalah, pembiaya banyak. Mereka setuju ambil alih kapal terbang ini dan kita kendalikan PMB, kemudian kita beli semua kapal terbang MAS, kita sewakan balik kepada MAS atas harga yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Adakah patut MAS jual pesawatnya dan kemudian sewa semula?

MAS (ada) hutang RM12 bilion sekarang. Dia boleh ambil hasil jualan (pesawat) dan bayar balik hutang, kemudian kita beri harga sewaan yang berpatutan dan rendah daripada biasa. Kita untung juga tapi sikit. Itu yang kita nak buat.

Kemudian sekarang ini kerana Khazanah tak mahu (jual Firefly dan cabang kejuruteraan), kita hanya tumpu (cadangan) beli kapal terbang MAS dan beli PMB.

Berapa jumlah kapal terbang dimiliki MAS dan nilainya?

Jumlah pesawat MAS lebih kurang 82 unit. Kita dah kira, lebih kurang RM8 bilion kita kena bayar (untuk beli semua pesawat). Jadi MAS boleh guna hasil itu untuk bayar hutang dan tak adalah (perlu) belanja duit kerajaan banyak sangat, RM6 bilion kan kerajaan nak belanja sekarang ini?

(Jika MAS jual pesawat) tak banyaklah (kerajaan perlu beri duit) RM1 bilion hingga RM2 bilion sudah cukup. Itu kita punya perkiraan. Kalau dia tak setuju, apa boleh buat.

Jika Jentayu Danaraksa beli pesawat dan PMB, bagaimana ia boleh selamatkan 6,000 pekerja yang akan kena buang ini?

Yang pertama, saya pertikaikan kenapa perlu 14,000 pekerja sahaja. Saya rasa perlu lagi ramai. Mungkin kita kena buang 2,000 hingga 3,000 sahaja, kalau kita kira betul-betul. Syarikat baru (MAS NewCo) itu kalau dengan 14,000 pekerja sahaja nak buat laluan baru, saya ingat tak cukup.

Kalau boleh kita nak runding dengan MAS, mana-mana laluan yang dia tak buat kita boleh kaji, kalau boleh buat kita buat dan kita serap kakitangan ini. Ini perlu dikaji dan dihalusi tapi pada prinsipnya kita nak buat syarikat penerbangan juga. Tapi bukan persaingan kepada MAS, tetapi saling melengkapi laluan yang dia tak ada.

Berapa kali Tan Sri telah menemui Khazanah mengenai cadangan ini dan bagaimana maklum balas mereka?

Saya sudah jumpa dua kali. Saya nampak mereka tak berminat nak menimbang (cadangan itu) sebab mereka dah ada rancangan sendiri.

Selain Khazanah, pihak mana lagi yang Tan Sri jumpa untuk jelaskan cadangan Jentayu Danaraksa?

Kita tak ada jumpa orang lain tapi surat cadangan kita hantar kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Tetapi perkara ini perkara rumit.

Ada yang pertikai Jentayu Danaraksa baru ditubuhkan beberapa bulan, sudah nak ambil alih MAS.

Kita tubuh (syarikat) memang sebab nak ambil alih MAS. Kalau meniaga 100 tahun pun kalau tak ada duit tak boleh buat juga. Kita ada duit, ada kepakaran.

(Pekerja) MAS yang baru bersara, semua datang jumpa saya, tawarkan pertolongan, bagi idea dan mahu kerja semula pasal mereka bimbang mengenai MAS nak buang pekerja dan takut MAS lenyap, tak mampu nak bersaing dengan syarikat lain yang bertambah besar.

Syarikat lain bertambah besar, kita nak jadi kecil lagi. Mereka bimbang itulah. Ini syarikat kebangsaan. Duit orang ramai dah berbilion dibelanja untuk MAS.

Siapa di belakang Jentayu Danaraksa dan apa kepakaran mereka?

Kebanyakannya orang (dalam bidang) kewangan, setengah ada latar belakang penerbangan dan kejuruteraan. Pelabur saya tak boleh beritahulah. Kalau kita berunding nanti (dengan Khazanah), bolehlah beritahu.

Bagi Tan Sri sendiri, apa masalah sebenar MAS sampai boleh rugi teruk?

Yang pertama, kena tahu perniagaan (penerbangan) ini, laluan yang dibuat itu, kena tahu. Kena tahu pasaran, apa pasaran kita masuk dan cara macam mana kita nak masuk.

Kedua, kita kena tahu dari segi teknikal, jenis kapal terbang, kos penyelenggaraan.Orang pengurusan kena tahu ini semua, kalau tidak dia tak boleh cari jalan.

Ketiga, kena ada integriti, mesti tidak ada penyelewengan di seluruh atas bawah syarikat itu. Kalau tak ada ini semua, tak boleh nak jalan. Jalan pun mesti rugi punya. Saya rasa MAS ada masalah ini semua.

Orang selalu kata kesatuan pekerja MAS yang jadi penyebab syarikat itu rugi, Tan Sri setuju?

Mereka kata pengurusan tak boleh buat apa-apa, kesatuan pekerja sekat. Itu mengarutlah. Bukan kesatuan pekerja yang (urus syarikat). Kesatuan pekerja bukan kebal, mereka tidak boleh buat apa kalau pengurusan tak setuju (apa-apa tuntutan).

Kalau mereka degil, buat piket sana sini, kita kena tahu macam mana nak kendalikan mengikut undang-undang. Kalau tak tahu kawal kesatuan pekerja, maknanya pengurusan tak cekaplah.

Suruhanjaya yang Tan Sri cadangkan itu, kalau dapat tahu siapa yang salah...

Suruhanjaya perlu buat pengesyoran supaya ambil tindakan terhadap individu atau pihak tersebut. Kalau tak ambil tindakan, apa yang berlaku sebelum ini habis semua sekali. Siapa yang kena hukum, kakitangan yang kena hukum, kena buang kerja. Ini tak adillah.

Sebagai orang yang bina MAS dari bawah, apa perasaan Tan Sri apabila lihat MAS sedang berdepan banyak masalah?

Saya rasa cukup sedih tengok begini. Seolah-olah syarikat ini sudah bankrap dan ditutup. Dulu menjadi harapan kerajaan, harapan (perdana menteri kedua), arwah Tun (Abdul) Razak (Hussein) dan mereka yang sekali dengan saya pada permulaan untuk jadikan syarikat penerbangan kebangsaan ini sebagai salah satu syarikat terbesar dan termasyhur dalam dunia. Itu kita punya objektif supaya kita boleh promosi pelancongan, perniagaan, perkenalkan negara kita di seluruh dunia. Kita dah berjaya.

Semasa saya bersara pada 1992, kita sudah capai semua ini. (Cabang) kejuruteraan kita besar, kita punya rangkaian (laluan), kita pergi seluruh dunia. Boleh kata seluruh dunia sudah kenal kita, sudah kenal MAS. Kita banyak dapat anugerah. Tiba-tiba jadi begini. Masa bersara dulu, saya rasa alhamdulillah, kita dah capai semua ini.

Saya harap ia akan jadi lebih besar dan lebih maju. Saya beritahu semua kakitangan semasa saya ucap selamat tinggal: “Saya serah kepada tuan-tuan sekalian, ini syarikat kita, negara kita, kita kena jaga”. Cuma dalam masa tiga empat tahun sahaja selepas itu, (MAS mula bermasalah).

Ini kita kena siasat. Bukan semua orang buat tak betul. Saya rasa kalau kita buat suruhanjaya itu, ramai orang nak tahu (apa punca masalah MAS). Tak adil juga semua salahkan pekerja dan kesatuan pekerja. Kalau saya cakap salah, beritahu saya. Kalau saya salah, saya mengaku.

Macam cabang kejuruteraan (MAS) saya nak pertikaikan. Beberapa tahun lalu saya diberitahu MAS nak batalkan (perkhidmatan) penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kepada pihak ketiga walaupun pada masa itu MAS buat untung dalam bidang itu.

MAS hanya nak buat MRO untuk (pesawat) sendiri sahaja. Pada hal masa saya (buka MAS) dulu, kita rancang khusus, latih orang dan cari pelanggan untuk adakan MRO dengan kita.

Kita dapat kelulusan Amerika Syarikat, Kanada, Australia supaya kejuruteraan kita boleh buat penyelenggaraan untuk pihak ketiga. Dan sekarang ini nak tutup terus. Kalau kita buat MRO untuk orang lain, kita boleh buat keuntungan. Kita ada kepakaran, alat semua.

Orang lain berikhtiar sedaya upaya nak dapat pelanggan. Sekarang Singapore Airlines lebih maju daripada kita (dalam MRO), dulu kita lebih maju daripada dia.

Adakah MRO ini memang boleh jana banyak keuntungan?

Ya, kita baiki kapal terbang, macam baiki kereta. Kita buka bengkel, orang datang baiki, kita kenakan caj.

Bagaimana Tan Sri jangka prestasi MAS apabila dasar langit terbuka Asean bermula tahun depan?

Kita kena bersedia untuk atasi persaingan langit terbuka. Jika tidak kita akan tenggelam. Kalau ikut keadaan sekarang ini, (MAS) tak kan mampu (bersaing). Saya nak tengok apa perancangan Khazanah untuk atasi perkara itu. Boleh jadi dia kata ini perkara sulit.

Dari segi korporat, adakah memang patut dirahsiakan rancangan perniagaan?

Ada perkara sulit, ada tak sulit. Macam (sebuah syarikat penerbangan Malaysia) umum nak beli 100 kapal terbang. Sebagai syarikat penerbangan, kita kena beritahu juga (apa pelan) untuk pemasaran. Orang kena tahu, (apa) laluan baru kita.

Tetapi Khazanah tak sebut, mungkin dia kata ini rahsia. Laporan akhbar (baru-baru ini), Khazanah kata kita (Jentayu Danaraksa) tak hormati dari segi sulit (dalam perbincangan perniagaan). Saya ingat perkara ini sudah terbuka, tak ada lagi sulit.

Khazanah sudah keluar (pelan pemulihan) 12-poin, kita pun keluar kita punya 8-poin. Sulit apa lagi, orang ramai sudah tahu. Ini bukan tender. Kita buat cadangan, kita terbuka. Ada orang lain nak buat lebih baik, buatlah, tak ada nak sembunyi apa-apa.

Tetapi mereka mesti beritahu perkara sebenar. Kalau salah, kena mengaku. Saya tiada apa-apa kepentingan peribadi dalam hal ini, saya bukan buat ini untuk wang. Ia semata-mata kerana saya ingin hidupkan semula syarikat ini.

Saya sudah tua, umur sudah 81 tahun. Sebelum mati, saya ingin lihat syarikat penerbangan ini tumbuh semula ~ Sinar Harian

PM PT3 : PADAN MUKA HANGPA 1 MALAYSIA ....


Konflik PT3: PT3 ‘Kelam Kabut’ Perlukah Ia Dikekalkan?


Keputusan Pentaksiran Tingkatan tiga (PT3) yang diumumkan hari ini ternyata mengejutkan pelbagai pihak, mana tidaknya PT3 yang mengambilalih ‘peranan’ Peperiksaan Menegah Rendah (PMR) telah melihatkan penurunan calon yang mendapat semua A.

Antaranya Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff turut mempersoalkan PT3 ini.

Menurutnya reaksi yang beliau dapat terutama daripada ibu bapa calon ternyata mereka kecewa dengan PT3.

“Jam 9 pagi, saya keluar pejabat untuk ke SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi melihat reaksi anak murid dan ibu bapa menerima keputusan peperiksaan PT3. Saya ke sekolah ini kerana inilah sekolah terbaik di daerah ini yang setiap tahun ratusan pelajarnya mendapat 8A ke atas.

“Namun, tahun ini hanya 8 orang pelajar sahaja dari sekolah ini yang mendapat semua A. Pencapaian sekolah ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan pencapaian dari sekolah berasrama penuh yang lain.

Maklumat awal yang saya perolehi menunjukkan hanya 11 orang dari Tunku Kursiah yang mendapat semua A, 10 dari Faris Petra, seorang dari SDAR, seorang dari Sakti, 21 orang dari Mozac dan 26 orang dari Tun Fatimah.

“Saya bertanyakan ibu bapa dan para guru tentang tentang pelaksanaan PT3. Satu persamaan pandangan mereka ialah PT3 adalah peperiksaan yang paling bercelaru, kelam kabut dan kucar kacir,” katanya dipetik menerusi laman sosial Facebooknya.

Jelas Agus lagi, luahan hati ibu bapa calon juga mengatakan bahawa PT3 dilaksanakan secara tergesa-gesa sehinggakan anak-anak mereka tidak sempat untuk ‘bersiap siaga’.

“Kata mereka, inilah peperiksaan yang format peperiksaannya bersifat ad hoc (sementara), diumumkan lewat, anak-anak dijadikan bahan uji kaji, calon-calon dan para guru tidak diberitahu langsung tentang peperiksaan ini pada peringkat awalnya dan banyak lagi.

“Ibu bapa tidak berpuas hati dengan pentaksiran mengikut sekolah ini kerana kertas jawapan diperiksa oleh guru yang sama mengajar di sekolah, tidak guru dari sekolah atau negeri lain. Mereka mempersoalkan tentang keadilan untuk memohon masuk ke sekolah berasrama penuh dan lainnya,” katanya.

Menurut Agus lagi, oleh itu pandangan ibu bapa dan guru perlu tentang PT3 perlu diambil kira sekiranya sayangkan pendidikan negara.

“Betul, soalan PT3 adalah berbentuk subjektif yang memerlukan pelajar berfikir. Betul, soalan PT3 adalah bersifat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tetapi pertanyaannya, apakah dengan KBAT ini, ia dapat membantu kita dalam menaikkan taraf pendidikan negara?

“Melihat kepada kecelaruannya, saya tidak fikir ia dapat membantu meningkatkan sistem pendidikan negara kita. Jadi, apa tindakan seterusnya?

Buatlah survei secara jujur dari kalangan guru dan ibu bapa, dan ambillah cadangan dan pandangan mereka. Itulah yang terbaiknya,” katanya.

MENTERI PENDIDIKAN : PT3 @ PMR HANCUR? ADA AKU KESAH ???

KEPUTUSAN PT3 HANCUR,IBUBAPA SALAHKAN MENTERI


“Pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji untuk peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan 3) PT3 dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur!”

Itulah luahan beberapa ibu bapa pelajar yang baru menerima keputusan PT3 yang baru dikeluarkan hari ini.

Menurut seorang ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz, perubahan secara mengejut dari PMR ke PT3 tidak patut dilakukan.

“Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mereka hendak menghadapi peperiksaan besar seperti PT3?

“Lebih teruk lagi, sebelum ini menteri kata tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Apa dah jadi?” katanya memettik laporan dari MalaysiaGazette

Ibu tunggal berkenaan yakin sekiranya PMR dikekalkan pada tahun ini, keputusan anaknya akan lebih baik jika dibandingkan dengan keputusan PT3 yang amat mengecewakan.

Tambah ibu tunggal itu lagi, dia yakin keputusan peperiksaan anaknya jauh lebih baik jika masih kekal dengan sitem PMR berbanding PT3 yang hasilnya amatlah mengecewakan.

Bagi Fatimah Jais(gambar bawah), sepatutnya penukaran dari PMR ke PT3 dikaji dan dilaksanan secara berperingkat.

“Ibu bapa seperti diper*****kan. Ikut sahaja apa kata menteri yang membuat dasar sedangkan dari awal lagi saya dah nampak apa yang cuba dipraktikkan melalui PTG ini akan gagal.

“Buktinya jelas, tak ada seorang pelajar pun yang dapat semua A dalam PT3 di sekolah anak saya di Hulu Langat dan lebih teruk lagi, hampir semua pelajar gagal dalam matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

“Sudahlah gagal, layak pula masuk ke kelas aliran sains. Cuba bayangkan bagaimana mereka nak hadapi mata pelajaran di aliran sains yang lebih mencabar nanti,” ujarnya.

Seorang lagi yang ditemui, Hairi Kamaluddin berkata, gred F yang tercatat dalam sijil ditaksirkan sebagai Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak ubah seperti mem *****kan ibu bapa dan pelajar.

“Sudah tentu gred F itu gagal. Sebut sahaja gagal dan tak payahlah nak berlapik-lapik. Alasan tidak mahu menyebut ada pelajar yang gagal adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal.

“Harus diingat bahawa kegagalan anak-anak untuk mendapatkan keputusan cemerang dalam PT3 ini adalah tanggungjawab Menteri terbabit yang tidak mengkaji apa implikasinya membuat perubahan peperiksaan daripada PMR,” tegas Hairi.

Menurut Hairi, dia bimbang pelakar-pelajar ini akan lahir sebagai pelajar yang tidak berkualiti untuk masa hadapan.

Sistem PT3 telah diumumkan oleh kementerian pada bulan tiga tahun ini bagi menggantikan sistem PMR yang digunakan sebelum ini. Pertukaran secara mendadak ini telah membuatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa khususnya. - Siakapkeli.com.my

Sumber : malaysiagazette

Sunday, December 21, 2014

TEKSI : BN KAKI KENCING ???

Najib kata tiada GST untuk Teksi tapi...

'Pemandu wajib bayar GST' kata Kastam


Mula-mula kita baca dulu apa yang diucapkan oleh Menteri Kewangan Malaysia dalam pembentangan Bajet 2014 mengenai Teksi dan GST ini..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata perkhidmatan pengangkutan dan perkhidmatan yang disediakan kerajaan tidak akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pengecualian perkhidmatan pengangkutan terbabit daripada GST termasuk bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot dan tol lebuh raya.

Sementara itu, bagi perkhidmatan yang disediakan Kerajaan, katanya, pengecualian GST turut meliputi penyediaan dokumen pasport, lesen, kesihatan dan pembelajaran di sekolah. 

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur lapor Berita Harian di SINI

Tiada GST untuk perkhidmatan TEKSI kata Najib..

Rentetan dari tersebarnya gambar di atas dilaman Facebook dan berbagai media sosial yang lain pihak Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM) tampil memberikan penjelasan..

Bagaimanapun penjelasannya bercanggah dengan apa yang Najib ucapkan mengenai perlaksanaan GST terhadap Teksi .

Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM) mengesahkan bahawa GST akan dilaksanakan kepada Pemandu-pemandu Teksi di Malaysia bermula 1 April.

Berikut adalah maklumbalas berkenaan dengan soalan yang dikemukakan daripada Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM) kepada pihak Kastam.

Encik Kamal, 
Selamat petang. Berikut merupakan maklumbalas berkenaan dengan soalan yang dikemukakan daripada Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM) : 
Soalan 1: 
Adakah pemandu teksi yang diberi perkhidmatan dan berpendapatan rendah diwajibkan membayar cukai GST? 
Ya. Apa-apa perkhidmatan yang tidak dikategorikan di bawah Perintah Cukai & Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 dan Perintah Cukai & Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 adalah tertakluk kepada GST pada kadar standard sebanyak 6%. Sebagai contohnya, sewaan teksi dan servis ke atas teksi adalah perkhidmatan bercukai GST pada kadar standard 6%. 
Soalan 2
Sekiranya kami harus membayar cukai GST, kepada siapakah perlu kami jelaskan pembayaran tersebut? 
GST dibayar oleh pemandu teksi kepada syarikat teksi berdaftar di bawah GST yang mengenakan GST ke atas bekalan atau perkhidmatan bercukai tersebut, dan seterusnya syarikat teksi yang berdaftar tersebut harus membayar GST tersebut kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 
Soalan 3 
Apakah kewajaran kami dikenakan cukai GST sedangkan tambang yang penumpang bayar kepada kami tidak dikenakan cukai GST? 
GST dikenakan kepada semua rakyat Malaysia yang memperolehi barang dan perkhidmatan bercukai di Malaysia. Mana-mana orang yang menjalankan perniagaan dikecualikan atau orang yang tidak berdafar GST juga perlu membayar cukai. 
Soalan 4 
Adakah tindakan syarikat teksi mengarahkan pemandu teksi membayar cukai GST 6% kepada syarikat itu benar? 
Sewaan teksi yang dikenakan oleh syarikat teksi yang berdaftar di bawah GST kepada pemandu teksi adalah perkhidmatan bercukai dan GST akan dikenakan pada kadar 6%. Ini tertakluk sekiranya jualan tahunan syarikat telah melebihi nilai ambang (threshold) sebanyak RM 500,000, syarikat adalah wajib didaftarkan di bawah Akta GST 2014 dan mengenakan GST sebanyak 6% ke atas perkhidmatan bercukai tersebut. 
Soalan 5 
Jika tindakan syarikat teksi mengenakan cukai GST kepada pemandu teksi itu benar, bagaimanakah pelaksanaanya, 6% itu diambil kira dari mana? 
Sebagai contohnya, GST harus dikenakan ke atas jumlah sewaan seperti berikut :  
Nilai Sewaan RM 50
GST 6% (RM 50 x 6%) RM 3
JUMLAH RM 53

Sekian, terima kasih.  
Kho Wun Lin
Penolong Pengarah Kastam
Sektor V, Bahagian GST
Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia

Persoalannya disini ialah apakah Pemandu-pemandu Teksi yang dikehendaki membayar 6% GST itu akan memotong 6% dari jumlah tambang yang dikenakan mereka terhadap penumpang untuk menjelaskan 6% GST yang dikenakan itu?

Sanggupkah mereka mengorbankan 6% tambang atau bayaran yang mereka perolehi itu untuk membayar GST sedangkan tanpa GST pun hidup mereka sudah terbeban?

Sudah tentu tidak.. 6% cukai itu sudah tentu akan dipindahkan kepada pengguna..

Jadi bagaimana Menteri-menteri dan Macai-macai boleh mengatakan perkhidmatan Pengangkutan tidak akan terjejas dengan perlaksanaan GST?

Tapi.. mungkin juga ada benarnya kata Najib itu.. Teksi tak dikenakan GST sebab Teksi tu bukannya boleh berjalan ataupun makan dan minum sebab ianya sebuah Teksi..

Jadi kalau dikenakan GST kepada Teksi macammana Teksi tu nak bayar sebab dia bukannya hidup..yang membolehkannya bergerak ialah Pemandu.. kah.. kah.. kah..

PM : AKU DIAM TANDA SETUJU LAH ...

Tun M akan setuju, Najib bisu – Marina


Datuk Paduka Marina Mahathir yakin bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad akan bersetuju dengan pendapat dan kenyataan 25 tokoh Melayu berhubung masalah yang dihadapi masyarakat Islam dan Melayu di negara ini.

“Saya harap begitu kerana saya melihat di dalam surat tersebut, dan saya rasa tidak ada masalah untuk dia bersetuju,” katanya.

Aktivis sosial itu berkata: “Saya memang mengalu-alukan kumpulan 25 orang tokoh Melayu tersebut menyeru pihak kerajaan supaya bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang.”

Walaubagaimana pun, Marina memberitahu, setakat ini sudah hampir dua minggu surat terbuka daripada 25 tokoh Melayu ternama yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berjawab.

“Sekarang ni banyak tekanan dan kita perlu semua duduk bersama-sama untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah ini dengan cara yang tenteram dan rasional,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Institut Pengurusan Wanita (WIM), hari ini.

Jelasnya, beliau menghormati kepada kumpulan 25 orang tokoh Melayu itu yang telah memberi harapan kepada rakyat.

“Saya amat tabik kepada mereka kerana mereka telah memberi harapan kepada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Sebelum ini, 25 tokoh Melayu ternama itu mencuri perhatian umum selepas menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kepimpinan terhadap suara-suara yang tidak bertoleransi dalam negara. Selain turut, melontarkan kritikan pedas terhadap PERKASA dan ISMA lapor Free Malaysia Today

MENTERI BUIH : MUNGKIN ITU JANJI BUIH-BUIH DI LAUTAN ...

Mana komputer yang dijanjikan untuk cikgu?


Kalau tak buat janji, orang tak akan minta. Tapi janji dah dilafazkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Chik untuk memberi setiap guru sebuah Netbook 1Malaysia pada 16 Mei lepas sempena sambutan Hari Guru.

Malangnya setelah tujuh bulan berlalu, berita tentang janji yang dilafazkan itu terus senyap tanpa ada sebarang perkembangan.


"Saya masih ingat lagi beliau menyebut sebagai permulaan, kira-kira 400,000 guru akan menerima komputer tersebut.

"Pemberian tersebut kata Ahmad Shabery adalah sebagai hadiah kepada guru yang dianggap sebagai tonggak kemajuan negara.

"Persoalannya, bila komputer yang dijanjikan itu akan sampai ke pangkuan kami? Kalau tak janji, kami pun tidak akan bertanya, apa lagi untuk menuntut," kata seorang guru sekolah rendah, Mohamad Azian Abdul Aziz.

Jelasnya, soal mampu atau tidak untuk membeli sebuah komputer bukan menjadi persoalan dan tidak perlu dibangkitkan tetapi apa yang dituntut adalah janji yang dibuat wajar dilaksanakan.

"Memang boleh dikatakan semua guru kini memiliki komputer sendiri kerana ia merupakan satu keperluan dalam urusan kerja harian.

"Namun itu bukan alasan untuk memungkiri janji yang telah dibuat oleh menteri terbabit," ujarnya.

Tambah Mohamad Azian lagi, apa juga perkembangan mengenai janji yang dibuat perlu dimaklumkan agar ia tidak terus menjadi bahan perbualan sesama guru. - MalaysiaGazette

MENTERI POINTER TINGGI : SAYA TAK BODOH, CUMA IDEA SAJA BODOH ...

Cadangan bodoh Ahmad Maslan dibidas NUTP


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menganggap cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tidak beretika kerana mahu tempoh pengajaran mata pelajaran Geografi dipendekkan.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, langkah berkenaan akan menyebabkan guru Geografi marah kerana masa pengajaran mereka diambil untuk subjek lain.

"Ini tak kena kerana (mata pelajaran) masing-masing adalah subjek peperiksaan. Takkan kita hendak potong masa orang lain?

"Cikgu Geografi tentu akan marah," katanya yang mengulas cadangan Ahmad agar waktu pengajaran Geografi dipendekkan untuk mengutamakan subjek keusahawanan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Hashim berkata langkah yang lebih baik adalah dengan memperluaskan sukatan keusahawanan yang kini diterapkan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

"Saya bukan bermaksud untuk melihat guru yang mengajar Kemahiran Hidup perlu mengajar lebih masa, tetapi penambahbaikan kurikulum dan mata pelajaran tersebut dan titik beratkan keusahawanan agar diperluaskan," katanya.

Cadangan itu dilontar Ahmad sebagai keluhan terhadap perbezaan kecenderungan sikap anak Melayu dan Cina dalam bidang keusahawanan.

Menurutnya, anak Melayu lebih gemar melastik burung dan mandi parit sedangkan anak Cina mempraktikkan keusahawanan dengan menolong ibu bapa mereka di kedai.

Ahmad merupakan anggota kabinet yang sering tampil membuat penjelasan mengenai kerugian yang dialami syarikat pelaburan dicetuskan perdana menteri, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara isu utama yang membelenggu 1MDB ialah soal pelaburan di bank luar pesisir Cayman Island, yang disifatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu “perjudian”.

UMNO/ BN : MASUK POKET KRONI KAMI LAAA..... LAGI MAU TANYA ...

Minyak: Rakyat Pula Kena Beri Subsidi Kepada Kerajaan RM274 Juta

Rakyat bayar harga lebih untuk RON95

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata pengguna terpaksa menanggung harga tinggi untuk petrol RON95, sedangkan harga purata bagi 15 hari pertama Disember 2014 jatuh ke paras kurang dari RM2 seliter.

Menurutnya, formula yang diumumkan oleh kerajaan BN sebelum ini menunjukkan harga RON95 kini telah jatuh ke paras RM1.98 liter tanpa subsidi.

Malah, jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan, maka harga RON95 bagi dua minggu pertama bulan ini secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter, katanya.

"Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin BN pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014.

"Mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi," katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan pengiraan itu, beliau mendesak kerajaan BN agar tidak berdolak dalih dan menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta.

Rafizi berkata, jika harga RON95 yang akan diumumkan pada 31 Disember ini lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ia bermakna BN terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.

"Selagi BN tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar, siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam laporan Bernama semalam menyebut, harga runcit RON95 dan diesel dijangka diturunkan di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Jan ini, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.

"Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter," katanya.

Harga runcit semasa bagi RON95 dan diesel pada ketika ini masing-masing RM2.26 dan RM2.23 seliter. -mk

Thursday, December 18, 2014

1MDB : SAPA KATA RUGI ...

boikot

NAK JAWATAN : CIUM TANGAN ROSMAH ...


Siapa kenal Datuk Syukur - Kroni Dato Sri Azeez Rahim mamak....

Kalau Felda melalui FGV bakal musnah akibat kejatuhan harganya dipasaran saham,,, satu lagi harta rakyat umat Islam iaitu tabung haji pun akan menurut sama...

Kejahatan Najib@Rosmah apabila melantik anak mamak pedukang ni jadi Pengerusi Tabung Haji...


Berita sedih ini aku dapat dari FB orang umno woiii, bukan nak reka cerita....




Patutlar aku dengar di Parlimen Baling skrg ni ada 13 pegawai khas dia untuk menjaga pengundi parlimen Baling,, kalau dah ada pegawai mesti ada pejabat, ada kereta jenazah,,, macam-macam lagi... berapa bajet semua tu,, kira sendiri la,,, cukup ka kalau nak tampung dgn elaun ahli parlimen dan elaun pengerusi tabung haji...

DR. MASHITAH : ARTIS BERANI KATA KAT AKU ....

Fara Fauzana Hantar Mesej Mengejutkan Kepada Dr.Masyitah!


Apabila seseorang itu telah berhijrah dan memenuhi imej yang sepatutnya dalam hidup beragama tak perlu lagi dia nak menjawab soalan mengapa dan kenapa perubahan itu berlaku. “Pada saya hanya ucapan tahniah harus diberikan, untuk memastikan orang itu akan terus kekal dalam penghijrahannya. “Saya berhijab kerana Allah SWT,” jelas Fara atau dikenali juga sebagai ‘Fafau’ ketika ditemui The Rakyat Post. 

Fara yang juga pengacara rancangan televisyen NONA berkata, sejak berhijab dia sering memohon doa agar dirinya bertemu guru mursyid yang membawanya ke jalan yang benar mengikut tuntutan syarak. “Saya suka mendengar ceramah ceramah agama. Dalam doa saya selalu minta perlindungan Allah SWT agar ilmu yang saya cari itu tidak membawa ke jalan yang menyesatkan, mudah-mudahan membawa saya ke jalan yang benar,” katanya. Fara berkata, kalangan pendakwah tempatan sebenarnya telah berjaya menyampaikan dakwah di kalangan artis dan selebriti di negara ini dengan baik. 

Sambil menjelaskan perubahan beliau juga tiada kaitan dengan sebarang parti politik atau pertubuhan, Fara berkata memakai hijab tidak bermakna dia akan mengehadkan hubungan yang sudah lama terjalin dengan semua pihak yang membantu perkembangan kariernya. “Saya (hanya) akan menghadkan diri saya untuk bercakap soal agama kerana saya bukan individu yang layak untuk membuat sebarang komen mengenai isu-isu tertentu,” ujarnya yang bimbang ada pihak tertentu mengaitkan selebriti dan artis sepertinya dengan pertubuhan tertentu. 

Ditanya mengenai penampilan selepas berhijab, beliau mengakui perlu lebih teliti memilih pakaian yang ditaja. “Saya bergabung dengan FF By Maganda buat pada masa ini untuk menyediakan fesyen yang bersesuaian dengan imej hijab yang akan digayakan dalam majlis. “Saya cuba elak berpakaian ketat menampakkan bentuk tubuh,” kata Fara. -ekeleh 

PM : TAHNIAH PENGUNDI ...

Harga Tambang Bas Sekolah Naik, Lagi Hadiah UMNO BN Untuk Rakyat...



Tambang baharu bas naik Januari 2015

KUALA LUMPUR - Tambang baharu bas sekolah akan dikenakan menjelang Januari 2015 dan jumlah kenaikan akan dibuat oleh pengusaha bas sekolah secara individu.

Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata, pengiraan tambang baharu itu akan dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang dibuat pada tahun 2009.

"Kami terpaksa menerima regulasi yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),tetapi SPAD tidak ada garis panduan untuk tetapkan tambang bas sekolah, maka kita akan guna pakai panduan yang pernah dibuat LPKP 2009.

"Kadar itu akan ditetapkan secara individu oleh pengusaha sendiri disamping mengambil kira Seksyen 4 Akta Persaingan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)," katanya pada sidang media selepas mengendalikan Mesyuarat Tahunan kali ke-42 semalam.

Amali menegaskan pihak persatuan tidak akan campur tangan berapakah jumlah kenaikan yang akan dikenakan itu nanti.

"Persatuan tiada kuasa untuk tetapkan berapa peratus kenaikan itu kerana ia tertaluk dibawah Akta Persaingan.

"Namun apa yang boleh kita tegaskan berdasarkan keadaan semasa kadar tambang bas sekolah akan naik tahun depan," katanya.

Beliau berkata, peningkatan itu bukan tujuan untuk menekan ibu bapa tetapi keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pengurangan subsidi diesel yang dibuat kerajaan terhadap pengusaha perkhidmatan bas sekolah.

Menurutnya lagi, peningkatan itu juga berdasarkan kenaikan harga bagi kos penyelenggaraan bas dan belanja pengurusan yang lain.

"Namun paling terkesan adalah pengurang subsidi diesel kerana kos itu melibatkan 40 peratus daripada keseluruhan kos perkhidmatan ini," katanya.

Jelas beliau, tindakan SPAD untuk tidak meletakkan siling harga bagi tambang bas sekolah juga menyukarkan pihak mereka menetapkan tambang baharu itu. -SH

ULASAN GB

Satu demi satu "hadiah" UMNO BN untuk rakyat.

Kini tambang bas sekolah akan naik. Lebih malang apabila SPAD tidak menetapkan harga siling kenaikan tersebut. Ini bererti tiada had bagi kenaikan tersebut.

Rakyat terus tertekan dan terus terhimpit selagi UMNO BN memerintah negara! 

KJ : HANGPA AHLI BAWAH, PENCACAI ANGKAT NAJIS JAAA...

Muhyiddin lebih layak sebagai PM dari Najib dan Khairy angkuh kata Pemimpin UMNO Cawangan


Pemimpin Umno cawangan Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata, Datuk Seri Najib Razak perlu berundur dari kedudukannya dalam parti serta sebagai perdana menteri agar ruang itu dapat diberikan kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya cadang timbalan perdana menteri ambil alih kedudukan Najib. Beliau lebih layak dan ini supaya dapat memberi nafas baru kepada parti," kata beliaur.

Cadangan ini dibuat sebagai tambahan kepada surat terbuka Ketua Penerangan Umno cawangan Taman Chempaka, Pandan, sebelum ini yang menuntut supaya Najib berundur.

Dalam pada itu, Syed Rosli mengingatkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin beliau tidak mungkin berada di tahapnya seperti sekarang tanpa sokongan akar umbi.

Malah beliau juga turut mengingatkan menteri belia dan sukan itu suara akar umbi itulah yang menyaksikan bagaimana bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi terpaksa berundur daripada jawatannya.

"Khairy Jamaluddin kena ingat undian daripada akar umbilah yang menyebabkan beliau menang dan daripada suara akar umbilah membawa kejayaan desakan Tun Abdullah Badawi meletakkan jawatan," katanya.

Menjawab reaksi Khairy dalam surat terbukanya kepada perdana menteri pada Rabu lalu, ketua penerangan Umno cawangan itu berkata, kenyataan Khairy selain bersifat angkuh dan sombong, juga akan memberikan persepsi negatif kepada ahli Umno yang sememangnya menjadi suara akar umbi parti itu.

"Beliau tidak boleh kata suara akar umbi ini tidak relevan. Tidak adil kalau ahli Umno ini tidak dapat bersuara, jadi apa tujuan menjadi ahli kalau tidak dapat bersuara atau suara kami dipandang hina.

"Umno sendiri cuba permudahkan cara bagi rakyat menjadi ahli, jadi dengan kenyataan Khairy bukan sahaja menyebabkan ahli berasa kecewa tetapi menyebabkan timbulnya tanggapan negatif rakyat apabila suara akar umbi ini dianggap paling rendah.

"Sebagai pemimpin Umno, Khairy sepatutnya lebih menghormati suara akar umbi," katanya.

Khairy dalam reaksinya kepada surat terbuka itu menghina Syed Rosli dengan berkata ia adalah suara yang paling rendah dalam hierarki Umno.

Bercakap di sidang media semalam, Khairy berkata beliau hairan mengapa media memilih untuk menyiarkan surat Syed Rosli kerana beliau tidak mempunyai jawatan tinggi dalam Umno.

Apatah lagi kata Khairy, Syed Rosli pernah mencabarnya untuk jawatan ketua pemuda, namun tidak mendapat sebarang undi.

Mengulas mengenai surat terbukannya yang mendesak Najib untuk berundur agar Umno dapat dikukuhkan semula, Syed Rosli berkata pandangannya itu dibuat secara ikhlas tanpa ada agenda tertentu.

Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Umno Taman Chempaka, Pandan, itu berkata beliau bebas menyuarakan pendapatnya menggunakan media sosial tanpa sekatan.

"Saya ikhlas apabila menyuarakan hal ini, saya rasa ia salah satu cara menarik perhatian pemimpin Umno. Saya bukan ahli majlis tertinggi juga bukan berada dalam Kabinet. Saya tidak ada akses untuk bercakap terus dan surat terbuka merupakan medium saya.

"Saya juga tidak mendapat apa-apa manfaat, tidak ada projek atau tender yang saya perlu jaga. Saya cuma ahli biasa, apa yang saya cakap adalah luahan dari hati yang bimbang dengan masalah parti," katanya.

Tambahnya lagi, gesaan mendesak Najib berundur bukan hanya datang daripada suara akar umbi, malah daripada pimpinan tertinggi sekalipun, seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Seperti saya nyatakan dalam surat terbuka, Najib perlu berundur kerana sudah menjadi liabiliti dalam parti, terlalu banyak isu seperti 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beliau sepatutnya sebagai menteri kewangan menjawab isu tersebut, namun hanya bertindak mendiamkan diri," katanya.

Selain itu, Syed Rosli mengakui tidak gentar sekiranya Umno bertindak memecat atau menggantung keahlian beliau kerana kelantangannya itu.

Beliau berkata sekiranya parti itu bertindak menggantung atau memecatnya, ia membuktikan tiada kebebasan untuk ahlinya bersuara atau bercakap mengenai pemimpin.

"Saya ini lebih sayangkan parti daripada pemimpin dan andai kata saya dipecat, jadi perjuangan saya bersama Umno akan terhenti setakat ini, namun perjuangan saya bersama rakyat akan berterusan," katanya.

Dalam surat terbukanya, Syed Rosli menuntut Najib berhenti kerana perkhidmatan beliau tidak lagi diperlukan.

Beliau berkata, Umno ketika ini sudah semakin lemah daripada segi sokongan orang Melayu, mahupun pengundi parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya parti berteraskan bangsa Cina dan India.

Sebelum ini, Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1MDB tentang pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu.

Beliau yang merupakan penerbit buku "50 dalil kenapa Anwar tidak boleh menjadi PM" itu berkata, siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengenalpasti punca masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi syarikat tersebut.

Pada masa sama, Syed Rosli turut mencabar Najib membuat undian secara online, adakah khidmat perdana menteri itu masih diperlukan bagi membuktikan dakwaannya mengenai penolakan akar umbi.

"Selama ini Najib pegang jawatan tersebut tanpa bertanding, jadi saya cabar, adakah beliau berani secara terbuka mengadakan undian online dan saya jamin daripada situ kita tahu beliau diperlukan atau tidak," katanya lapor The Malaysian Insider