Muhyiddin Dakwa UPSR Bocor Satu Sabotaj, Betulkah?
Muhyiddin: Soalan bocor satu sabotaj
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan berlaku sabotaj dalam kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, menurut Utusan Online.
Bercakap di Vientiane, Laos, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia mungkin tindakan sabotaj terhadap dirinya dan juga kementerian itu.
"Saya anggap ini tindakan sabotaj untuk menjejaskan integriti saya dan kementerian," katanya pada satu sidang media di sana, jelas marah dan dukacita dengan apa yang terjadi.
Muhyiddin dilaporkan berkata, tindakan segera bukan sahaja diambil untuk mengesan dalang yang terlibat malah mengkaji keseluruhan prosedur operasi standard (SOP) penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelakkan ia berulang pada masa depan.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa yang melakukannya tetapi meminta polis menyiasat sehingga ke akar umbi untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan.
Beliau yang begitu marah atas insiden itu, berkata beliau memandang serius kejadian itu kerana semua pihak pihak sebelum ini telah dingatkan supaya sentiasa mematuhi segala peraturan dan prosedur penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelak kejadian seumpama itu.
"Kita harap pihak polis mengambil tindakan tegas dan seterusnya satu hukuman seberat-beratnya (diambil terhadap pelaku)," katanya pada sidang media untuk menjelaskan perkembangan terbaru mengenai perkara itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebocoran terbaru melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan semalam.
Kertas-kertas peperiksaan berkenaan akan diadakan semula pada 30 Sept ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata satu jawatankuasa bebas akan dilantik dalam masa terdekat melibatkan pegawai berpengalaman dalam menguruskan peperiksaan umum bagi memastikan integriti dan kerahsiaan peperiksaan tidak lagi dikompromi.
ULASAN GB
Sekalipun kertas yang perlu diduduki semula, menurut Kementerian hanyalah kertas Sains dan Bahasa Inggeris, namun maklumat yang tersebar luas ialah hampair kesemua kertas UPSR 2014 bocor.
Astro Awani semalam melaporkan Adakah kertas Matematik UPSR juga bocor? siap dengan bukti-bukti soalan-soalan yang dikatakan bocor itu.
Apa yang menarik perhatian GB ialah dakwaan Muhyiddin yang dilaporkan Utusan Online kebocoran itu adalah satu perbuatan sabotaj terhadap integriti dirinya dan kementeriannya.
Persoalan kini, jika dakwaan Muhyiddin itu benar, siapa pula yang mensabotajnya?
Apakah beliau hendak menuduh parti pembangkang atau "musuh-musuh politiknya" di dalam partinya sendiri melakukan perbuatan sabotaj berkenaan? Atau pihak tertentudi dalam kementerian sendiri yang sangat tidak berpuashati dengan cara beliau mengendalikan Kementerian Pelajaran sehingga begitu banyak "ujikaji" dan "cubajaya" dilakukan sehingga guru-guru dan murid-murid menjadi mangsa. Kini dengan menduduki semula UPSR, sekali lagi guru-guru dan murid-murid jadi mangsa. Itu tak lagi kita kira pembaziran tambahan kos yang terpaksa dilakukan untuk membiayai peperiksaan semula terseut.
GB tertarik dengan sebuah komen di sebuah portal. Tulisnya:
Mesyuarat Menteri Pendidikan Asean ke-8 tlh bermula di Vientiene, Laos. Kesemua Menteri Pendidikan dari negara Asean menghadirinya & berita kebocoran soalan UPSR (M'sia) sudah diketahui oleh beberapa negara jiran terdekat. Apakah telahan menteri mengatakan perbuatan sabotaj oleh individu yg ingin menjatuhkan nilai kerja dirinya & kementerian pelajaran yg diselianya bersama dua org menteri, tak mungkin sesekali.
Setiap tahun ada terbaca berita kertas soalan peperiksaan SPM asyik dibocorkan oleh mereka yg belum dikenali setakat ini. Adakah penyiasatan dalaman tlh dikendali dengan penuh teliti, mungkin juga setlh diketemui didiam shj utk seberapa hari, setlh reda tak usah diungkit-ungkit lagi. Tahun depan masih ada peluang lagi. Bila kelulusan terbaik akan terpampar di papan kenyataan dipersimpangan jalan utama setiap negeri yg Umno-BN perintahi. Inikah telatah utk memasyorkan diri dgn meramal soalan yg sebenarnya diseludupi, sudah pasti yg berjaya dikenali ttpi tak mungkin boleh menaik taraf pengajian akademik kerana perihal politik (pemerintah) tlh diserapi ke sekolah & varsiti.
Bila dibandingkan dgn lain-lain negara Asean, kewajaran sistem pendidikan M'sia tak sanggup dicontohi kerana masih terkebelakang prestasi. Sistem sentiasa diubah, dicuba seumpama ujian tubi, bahasa pengantarnya ada shj diubah dari sessi ke sessi. Diharapkan kpd menteri terlibat (TPM) bersama menteri pelajaran (1) & (2) serta kesemua timbalan &lain-lain wargakerja di KemPel M'sia harus teliti & berhati-hati disetiap sudut kerja yg melibatkan mutu ilmu pendidikan yg diberi. Jangan seronok menyalahi murid / siswa bila guru yg dikenali (urusan politik) tak minat hadiri kelas setiap hari. Tahun ini taraf pencapaian pendidikan di M'sia terlepas ke bawah, apakah tahun-tahun akan dtg kerana asyik mencuba & mencuba sistem akan bertahan ditahap sedemikian tragedi, tak usahlah dilancarkan kebangkalian penamat kerapkali --- transformasi sistem pendidikan janganlah berkali-kali. -mael mad

Di mana sikap amanah mereka yang uruskan soalan peperiksaan?
Seorang tokoh akademik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof melahirkan rasa terkejutnya apabila mendapat tahu bahawa kertas mata pelajaran sains bagi peperiksaan UPSR bocor dan dikesan tersebar luas di laman sosial.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Lembaga Peperiksaan cuai dalam meningkatkan tahap kerahsiaan soalan, selain mengapa perkara ini masih lagi berlaku.
“Di mana silapnya dengan pengurusan peperiksaan ini? Di mana sikap amanah mereka yang dipertanggungjawabkan menguruskan soalan peperiksaan ini?” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.
Jelasnya lagi, kebocoran kertas soalan ini boleh menyebabkan anak-anak hilang tumpuan untuk menghadapi peperiksaan seterusnya.
“Ketahuilah kebocoran ini boleh menyebabkan anak-anak, ibubapa dan guru-guru hilang keyakinan kepada sistem peperiksaan kita,” ujarnya.
Jelasnya, beliau kasihan apabila melihat anak-anak terpaksa melalui keperitan ini hanya kerana adanya manusia yang tidak bertanggungjawab membocorkan soalan ini.
“Saya marah kerana anak-anak terpaksa melalui pengalaman ini hanya kerana kecuaian pengurusan peperiksaan kita. Kelu saya tidak terkata,” ujarnya. -
ULASAN GB
Sekalipun kertas yang perlu diduduki semula, menurut Kementerian hanyalah kertas Sains dan Bahasa Inggeris, namun maklumat yang tersebar luas ialah hampair kesemua kertas UPSR 2014 bocor.
Astro Awani semalam melaporkan Adakah kertas Matematik UPSR juga bocor? siap dengan bukti-bukti soalan-soalan yang dikatakan bocor itu.
Apa yang menarik perhatian GB ialah dakwaan Muhyiddin yang dilaporkan Utusan Online kebocoran itu adalah satu perbuatan sabotaj terhadap integriti dirinya dan kementeriannya.
Persoalan kini, jika dakwaan Muhyiddin itu benar, siapa pula yang mensabotajnya?
Apakah beliau hendak menuduh parti pembangkang atau "musuh-musuh politiknya" di dalam partinya sendiri melakukan perbuatan sabotaj berkenaan? Atau pihak tertentudi dalam kementerian sendiri yang sangat tidak berpuashati dengan cara beliau mengendalikan Kementerian Pelajaran sehingga begitu banyak "ujikaji" dan "cubajaya" dilakukan sehingga guru-guru dan murid-murid menjadi mangsa. Kini dengan menduduki semula UPSR, sekali lagi guru-guru dan murid-murid jadi mangsa. Itu tak lagi kita kira pembaziran tambahan kos yang terpaksa dilakukan untuk membiayai peperiksaan semula terseut.
GB tertarik dengan sebuah komen di sebuah portal. Tulisnya:
Mesyuarat Menteri Pendidikan Asean ke-8 tlh bermula di Vientiene, Laos. Kesemua Menteri Pendidikan dari negara Asean menghadirinya & berita kebocoran soalan UPSR (M'sia) sudah diketahui oleh beberapa negara jiran terdekat. Apakah telahan menteri mengatakan perbuatan sabotaj oleh individu yg ingin menjatuhkan nilai kerja dirinya & kementerian pelajaran yg diselianya bersama dua org menteri, tak mungkin sesekali.
Setiap tahun ada terbaca berita kertas soalan peperiksaan SPM asyik dibocorkan oleh mereka yg belum dikenali setakat ini. Adakah penyiasatan dalaman tlh dikendali dengan penuh teliti, mungkin juga setlh diketemui didiam shj utk seberapa hari, setlh reda tak usah diungkit-ungkit lagi. Tahun depan masih ada peluang lagi. Bila kelulusan terbaik akan terpampar di papan kenyataan dipersimpangan jalan utama setiap negeri yg Umno-BN perintahi. Inikah telatah utk memasyorkan diri dgn meramal soalan yg sebenarnya diseludupi, sudah pasti yg berjaya dikenali ttpi tak mungkin boleh menaik taraf pengajian akademik kerana perihal politik (pemerintah) tlh diserapi ke sekolah & varsiti.
Bila dibandingkan dgn lain-lain negara Asean, kewajaran sistem pendidikan M'sia tak sanggup dicontohi kerana masih terkebelakang prestasi. Sistem sentiasa diubah, dicuba seumpama ujian tubi, bahasa pengantarnya ada shj diubah dari sessi ke sessi. Diharapkan kpd menteri terlibat (TPM) bersama menteri pelajaran (1) & (2) serta kesemua timbalan &lain-lain wargakerja di KemPel M'sia harus teliti & berhati-hati disetiap sudut kerja yg melibatkan mutu ilmu pendidikan yg diberi. Jangan seronok menyalahi murid / siswa bila guru yg dikenali (urusan politik) tak minat hadiri kelas setiap hari. Tahun ini taraf pencapaian pendidikan di M'sia terlepas ke bawah, apakah tahun-tahun akan dtg kerana asyik mencuba & mencuba sistem akan bertahan ditahap sedemikian tragedi, tak usahlah dilancarkan kebangkalian penamat kerapkali --- transformasi sistem pendidikan janganlah berkali-kali. -mael mad
p/s : kalau kerajaan banyak buat benda haram..rakyat tumpang sekaki...budak2 jadi mangsa.
rasuah berluasa oleh kerajaan BN. kalau Menteri Makan tomyam, VVIP makan sup gear boz.... takkan rakyat makan kuah saja. rakyat pun teringin nak makan bubur...
kalau tender kerajaan pun asek ketirisan jer....budget pun asek ketirisan jer..aperlah sangat setakat soklan peksa tuhhh....
No comments:
Post a Comment