Sunday, September 14, 2014

EX MP MERBOK : DAH MARAH DEKAT NAJIB ???

MALAYSIAKINI






Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini dengan sinis meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mendengar pandangan Umno mengenai Akta Hasutan.

Sebaliknya dalam tulisan blognya hari ini beliau meminta Najib mendengar cakap Datuk Seri Idris Jala (bawah) yang secara sinis dikatakan sebagai menteri kabinet yang "berpengaruh".

"Pergi jahanam dengan suara semua orang Melayu, orang Umno, PERKASA, ISMA dan suara-suara  NGO Melayu lainnya.

"Ini semua suara ekstremis, bigot, bodoh, sempit dan tidak setaraf dengan pemikiran Western Liberalisme Datuk," kata beliau yang nampaknya kecewa dengan pentadbiran Najib yang telah menarik Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kini menilai pemansuhan Akta Hasutan pula.

Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang akhbar milik Umno, Utusan Malaysia turut mencadangkan Najib 'membuka seluasnya' negara ini ke arah lebih liberal.

"Sekarang semua polisi termasuk politik mesti disesuaikan dengan semangat globalisasi dan bukan lagi glokal.

"Jika ISA pun ditarik balik dengan cara persendirian maka apalah perlu dicadangkan dulu pindaan sehingga timbul perbahasan dan berbagai tekanan terhadap Akta Hasutan 48.

"Bukalah lagi apa nak buka. kita mesti bebas sebebasnya," kata beliau.

Zainuddin juga meminta agar suara akar umbi Umno dan orang Melayu tidak lagi diendahkan Najib kerana Idris "adalah menteri kabinet yang berpengaruh di dunia kewangan, telah disenaraikan oleh Bloomberg antara 50 tokoh the most influential di bidang Koporat Bank dan sebagainya di dunia."

"Jangan pedulikan suara orang Melayu, jangan pedulikan suara orang Umno, jangan pedulikan suara orang Islam kerana jika tekanan membantah tindakan di bawah Akta Hasutan 48 telah semakin hebat terutama dari (Lim) Guan Eng yang maki hamun KPN, (Datuk S) Ambiga, siswa bukan Melayu dan ramai lagi tidak didengar, maka populariti Datuk (Najib) akan merudum," kata penyokong kuat bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad itu.

Beberapa menteri kabinet sebelum ini mempertahankan tindakan mengekalkan Akta Hasutan dan penggunaan dalam siri pendakwaan ke atas pemimpin pembangkang, NGO, wartawan dan aktivis kebelakangan ini.

p/s : tu dia... datuk zam pejuang asli melayu dah tak pueh hati dah....
pejuang melayu tulen dari melayu tulen macam neh memang cepat tak puas hati...

No comments:

Post a Comment