Tuesday, September 9, 2014

MACAI UMNO : PAS...PARTI YANG MENGECEWAKAN ...


'PAS tiada niat terkinja-kinja dengan Umno' - Dr Mujahid



Ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai niat atau hasrat untuk "terkinja-kinja" bersama dengan Umno sepertimana andaian pelbagai pihak.

Mengakui wujud usaha memecahkan PAS dari dalam, Dr Mujahid menegaskan berdasarkan pengalaman dan sejarah, ahli yang menjadi agen Umno dalam parti "akan mengakhiri karier" politik mereka dalam parti itu jika berbuat demikian.

"Saya tidak menafikan bahawa hari ini Umno menggunakan taktik untuk memecahbelahkan PAS. Saya menyatakan PAS berdiri teguh menentang usaha untuk merosakkan PAS dari dalam.

"Pengalaman dan sejarah PAS, siapa yang merosakkan PAS atau menjadi agen yang terkinja-kinja (untuk) bersama Umno, mereka akan mengakhiri karier (politik) dalam PAS," katanya dalam satu forum malam tadi.

Bercakap atas pendirian PAS, Dr Mujahid yang juga MP Parit Buntar memberi jaminan PAS tidak akan bersama dengan Umno sekalipun pelbagai andaian dibuat mengenainya dan beliau tidak mampu menyekat persepsi itu.

"Saya nak beritahu, PAS tidak ada apa-apa hasrat atau niat untuk bersama dengan Umno," katanya sambil menegaskan sekali lagi pendirian PAS akan menolak jawatan menteri besar Selangor jika istana menawarkan kepada parti itu.

Anak lelaki bekas presiden PAS Yusof Rawa itu menjawab soalan berhubung tanggapan bahawa PAS akan bekerjasama dengan Umno susulan krisis pelantikan menteri besar Selangor yang baru, dalam forum 'PAS campur Umno: Ke mana Hala tuju?' di ibu negara.


Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor membangkitkan cadangan bekerjasama dengan Umno jika Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan beberapa wakil rakyat sedia memberi sokongan.

Membangkitkan contoh tekanan Umno kepada Kelantan dan Terengganu yang majoriti rakyat kaum Melayu mengenai hak dan royalti, Dr Mujahid menempelak Umno yang didakwanya "tidak pernah mengambil peduli ketuanan Melayu dan Islam."

"Ini cukup terang dan jelas. Kalau parti ini dengan sama bangsa dia pun, dia injak-injak, adakah kita akan percaya Umno betul-betul boleh memperjuangkan semua bangsa di negara ini.

"Kami tidak sebodoh itu. Sebab itu tuan-tuan kena ingat, Umno (itu) tarikh luputnya sudah lama dah. Sebab itu kita sakit perut sekarang ini," katanya yang diiringi gelak ketawa kira-kira 500 hadirin yang membanjiri Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur.

Turut menjadi panelis dalam forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) ialah Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi dan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

'Sokongan majoriti'

Sementara itu, Dr Abdul Aziz pula berpendapat bahawa pihak Istana wajib melantik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang jelas mendapat sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat di Selangor.

Beliau juga berpendapatan kemelut yang berlaku termasuk meminta nama calon lain untuk dipertimbang menjadi MB "adalah satu penyimpangan daripada undang-undang, amalan dan adat politik yang konsisten" yang diamalkan di negara ini sejak merdeka.

"Maknanya, parti politik majoriti, (ataupun) parti pemerintah berhak untuk menukar kerajaan mengikut kehendak mereka. Jadi soal wajar ataupun tidak, itu bukan soal istana, itu soal orang politik.

"Rakyat yang akan menentukan sama ada terima ataupun tidak. Kerana dalam sistem kita kerajaan bertangungjawab kepada dewan dilantik secara formal oleh istana, baik Sultan, Yang di-Pertuan Agong atau Yang di-Pertuan Negeri.

"Tetapi kalau ditolak, saya katakan ia pelanggaran. Ia tidak ada remedi. Itupun sebenarnya dari segi perlembagaan dan deklarasi 1992 pun betul, supaya Istana jangan campur, sebab kalau campur, kita nak remedi, nak saman tak boleh," katanya.

No comments:

Post a Comment