Friday, September 12, 2014

DBKL PUN IKUT CARA UMNO ???

plaza_rakyat_pudu

Roketkini.com.


KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal melaksanakan dasar tender terbuka apabila 'memilih' syarikat Profit Consortium Sdn Bhd untuk membangunkan semula projek Plaza Rakyat.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, DBKL bertanggungjawab memberi penjelasan berhubung penganugerahan projek ini, kerana dibimbangi wujud unsur rasuah.

"Tindakan DBKL memberikan projek berbilion ringgit di pusat bandar Kuala Lumpur kepada syarikat milik bekas tentera tanpa sebarang tender menyebabkan kita sangsi.

"DBKL perlu memberi penjelasan, demi kepentingan rakyat kenapa perkara sebegini boleh terjadi?, kata Lip Eng dalam satu kenyataan.

Akhbar The Star sebelum ini melaporkan DBKL gagal melakukan penawaran secara terbuka kepada pihak-pihak lain yang berminat sebelum bertindak memberikan projek tersebut kepada Profit Consortium Sdn Bhd.

Tegas Lip Eng, tindakan itu bercanggah dengan dasar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bahawa semua perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad bagi projek tertentu.

"Mesyuarat Kabinet pertama selepas Pilihanraya Umum ke-13 memberikan gambaran indah kepada kita bahawa kerajaan Barisan Nasional menjamin proses pentadbiran yang telus," kata Lip Eng.

Namun kata Lip Eng DBKL sendiri gagal menerapkan prinsip 'penyertaan dan ketelusan' orang ramai seperti yang ditetapkan pihak berkuasa itu dalam perkara Agenda Tempatan 21.

"Saya menuntut supaya Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib supaya segera mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan dan membuka ruang soal jawab kepada wartawan mengenai pemberian projek tersebut.

"Sekiranya gagal, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kuala Lumpur pastinya akan membangkitkan hal ini di sidang Parlimen bulan hadapan.

"Datuk Bandar mesti menjelaskan apa sebabnya projek ini dianugerahkan kepada syarikat yang mempunyai hubungan dengan ahli politik kerajaan Barisan Nasional tanpa sebarang tender," tegasnya – Roketkini.com.

P/S : kalau puak menteri pun makan dengan kroni..
takkan DBKL tak boleh... takkan hangpa makan kami tengok saja...
hak kami mana...

No comments:

Post a Comment