Friday, September 12, 2014

MENTERI KPM : TAHUN DEPAN KITA BAGI SKEMA JAWAPAN PULAK SEBELUM UPSR ...

ong_kian_ming

Roketkini.com


KUALA LUMPUR : Masalah kebocoran kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris tahun ini menyebabkan ibu bapa dan penjaga pelajar hilang keyakinan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming berkata, kecuaian Lembaga Peperiksaan memberi kesan kepada 472,853 pelajar Darjah Enam yang sedang menduduki peperiksaan UPSR di seluruh negara.

"Kesan yang terbesar ialah keyakinan para ibu bapa dan pelajar yang semakin merudum terhadap kerajaan dalam memastikan kerahsiaan dan integriti kertas peperiksaan daripada dibocorkan.

"Pelajar-pelajar yang telah bersiap sedia daripada aspek mental untuk menamatkan peperiksaan UPSR dalam masa tiga hari kini terpaksa menunggu selama tiga minggu lagi," kata Kian Ming dalam satu kenyataan.

Pada 10 September, Kementerian Pelajaran menangguhkan tiga kertas peperiksaan UPSR mata pelajaran Sains – 018, 028 dan 038 yang dijadualkan semalam kepada 30 September 2014.

Akibat penangguhan itu kata Kian Ming menyebabkan ibu bapa dan penjaga yang telah merancang aktiviti musim percutian bersama keluarga terpaksa menyusun semula perancangan mereka.

Dalam pada itu kata Kiang Ming, masalah kebocoran kertas peperiksaan tersebut tidak hanya selesai dengan permoohonan maaf Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Menteri Pelajaran Malaysia.

Dalam masa sama Muhyiddin tidak memberi jaminan bahawa kertas peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tidak akan bocor.

"Integriti dan keselamatan kertas peperiksaan PT3, SPM dan STPM lebih penting. kerana sekiranya berlaku kebocoran keputusan mengambil semula atau menangguhkan peperiksaan tidak relevan memandangkan masa yang terhad pada akhir tahun 2014," ujarnya.
Mengulas kebocoran kertas UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris melalui telefon pintar dan teknologi salinan 'softcopy', Kian Ming berkata Lembaga Peperiksaan perlu bekerja keras bagi memastikan integriti dan keselamatan kertas peperiksaan tersebut.

Beliau bimbang kertas peperiksaan dimuat turun ke dalam komputer guru-guru di sekolah-sekolah dan menjadikan mereka sasaran mudah penggodam serta pihak tidak bertanggungjawab yang berniat 'mencuri' kertas peperiksaan untuk kepentingan komersial dan peribadi.

Dalam pada itu Kian Ming turut mengingatkan Kementerian Pelajaran pernah mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas berperanan menyiasat laporan berhubung kebocoran kertas peperiksaan SPM pada 2013.

"Sekiranya jawatankuasa khas ini telah melaksanakan tugas mereka dengan baik, bukankah cadangan ataupun tindakan proaktif telah dirancang untuk mengelak kebocoran kertas peperiksaan UPSR pada tahun ini?, katanya. – Roketkini.com

p/s : dulu kata pendidikan kita bertaraf dunia...
lebih baik daripada amerika...perggghhhhh.....
tiap-tiap tahun soalan periksa bocor... tapi tahun neh lagi dahsyat...berkeping bocor...
tak payah dok muhung dah la....letak jawatan jer lahhhhh

No comments:

Post a Comment