Sunday, September 14, 2014

MASUKLAH UMNO.....ANDA PASTI SELAMAT ....

UMNO BUAT: BOLEH BELAKA .......

Royalti: Muhyiddin, Mustapa hina mahkamah

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum dianggap sebagai subjudis dan menghina mahkamah.

Timbalan Presiden Pertubuhan Royalti, Abdul Shakur Sharrie berkata, penafian dibuat pemimpin Umno terbabit berdasar kepada pentafsiran Kelantan tidak layak mendapat royalti.

“Menafsirkan berdasar kepada 3 batu nautika dan undang-undang berkaitannya adalah subjudis kerana isu itu dalam perbicaraan di mahkamah.

“Dan ia juga termaktub sebagai pre-emptive decision dan penghinaan kepada mahkamah. Ini kerana Petronas adalah milik kerajaan,” katanya di sini.

Sehubungan itu beliau sebagai mewakili R membuat laporan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Umno Kelantan di Balai Polis Tumpat jam 12.30 pagi tadi.

Muhyiddin dalam kenyataan media di sini kelmarin mencabaran kerajaan PAS menyiasat jumlah royalti yang belum dijelaskan kerajaan pusat.

Manakala Mustapa ketika berceramah di Kampung Tebing malam semalam turut mencabar kerajaan Kelantan mengemukakan bukti berhubung tuntutan royalti petroleum.

Menurut anggota parlimen Jeli itu fakta yang dikemukakan PAS adalah fitnah semata-mata dan tuntutan yang dibuat tidak berlandaskan undang-undang.

Pada Ogos 2010 kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas) di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur berhubung dakwaan melanggar kontrak.

Dalam tuntutan itu kerajaan negeri menjelaskan Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, secara jelas menyatakan bahawa Petronas hendaklah membayar secara tunai sebanyak lima peratus bagi segala hasil minyak sama ada di pantai ataupun di luar pantai negeri berkenaan.

Sementara itu Presiden R, Nazri Deraman berkata, kenyataan dibuat kedua-dua pemimpin Umno terbabit bertentangan sama sekali dengan amanat bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada 15 November 1974:

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya,".

Tun Abdul Razak merupakan antara individu merangka Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang ditandatangani kesemua negeri di Malaysia.

Nazri berkata, tuntutan royalti berdasarkan Undang-Undang dan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Surat Cara yang ditandatangani Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasir pada 9 Mei 1975.

“Perjanjian itu melampirkan surat penyerahan hak (vesting deeds) kuasa petroleum negeri Kelantan, kerajaan Persekutuan dan Petronas yang jelas menyebut pembayaran tunai 5 peratus daripada pengeluaran.

“Semua negeri di Malaysia menandatangani perjanjian yang sama kerana semuanya merujuk kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974,” katanya.

Beliau berkata, mengapa pemimpin Umno terbabit yang melaungkan 1Malaysia tetapi memberi layanan yang berbeza terhadap negeri. Ia jelas amalan pecah amanah. - HD
P/S : untung gile masuk umno..kata apa pun tak per... pasti selamat...
hina mahkamah pun x paaa...kata kat hakim pun bolehhh...
lain la kalau korang pembangkang...akta hasutan menanti, ternanti-nanti anda ....

No comments:

Post a Comment