UMNO/MCA/BN : KAMI TAK MAU SEBUT LAGI PASAI KAJANG ...
Kebiasaannya sejurus selesai pilihan raya kecil (PRK), pakar pemutar parti akan cuba berhujah mengenai kemenangan dan kekalahan mereka demi keuntungan politik.Di PRK Kajang, tiada bezanya, meskipun diselubungi insiden kehilangan MH370.Sebenarnya, sekain misteri kehilangan MH370, tiada apa yang berlaku di luar jangkaan di PRK Kajang.
Kekalahan BN sudah pun dijangka dari awal sejak perletakan jawatan Lee Chin Cheh Januari lepas.Kemenangan PKR sudah diramal apabila Anwar Ibrahim diumum sebagai calon. Perkara itu tidak berubah apabila isteri beliau Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa menggantikannya kerana beliau dihukum 5 tahun penjara.Mari kita lihat apa yang tersirat di sebalik PRK Kajang:Lebih ramai pengundi Pakatan Rakyat tidak balik mengundiPKR: 16,741BN/MCA: 11,362Majoriti: 5379 (2013: 6824, kurang 1445)Peratus mengundi: 72.1% (2013: 88.1%, kurang 16%)Peratus undi PKR: 59.43% (2013: 57.99%, tambah 1.44%) (2013: 19,571, kurang 2,830 undi)Peratus undi BN: 40.43% (2013: 37.77%, tambah 2.66%) (2013: 12747, kurang 1,385 undi).Perkara ini mudah difahami, kerana PRK yang disengajakan ini hilang makna yang penting selepas Anwar tidak dapat bertanding. Kerana itu, untuk melabur dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mengundi, dan pulang ke tempat bekerja sejurus itu untuk PRK ini, sudah tentu tidak berbaloi.Pakatan Rakyat juga perlu mengambil berat sudut impak penyokong yang protes terhadap Langkah Kajang dan dengan sengaja tidak keluar mengundi.MCA secara diam guna isu tempatan melawan isu nasional yang dibawa PKRPKR mengambil langkah memainkan isu nasional ketika berkempen di Kajang. Dengan "Langkah Kajang" yang terkubur kerana hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar, PRK ini digunakan sebaliknya untuk mencari ‘keadilan’ bagi Anwar melalui isterinya Wan Azizah.Langkah ini adalah langkah yang bijak bagi PKR, kerana golongan muda lebih mengikuti isu nasional yang berlegar di internet daripada isu tempatan yang berkeliaran di warung kopi di Kajang.Namun, kehilangan MH370 mencairkan sentimen terhadap isu penjara Anwar.MCA pula sedar mereka tidak boleh bertarung pada isu nasional. Isu nasional yang berlaku adalah di luar kawalan mereka.Oleh itu, MCA menjual isu-isu tempatan dan bermain dengan sentimen orang Cina terhadap Kajang sebagai satu-satu kawasan DUN yang dipegang oleh orang Cina di bawah parlimen Hulu Langat.MCA menggunakan pendekatan isu tempatan pada mereka yang berumur 45 tahun ke atas yang tinggal di kawasan Kajang.Golongan ini amat mementingkan kawasan mereka dijaga dengan baik oleh Adun mereka. Oleh itu, MCA menggunakan pendekatan menjual kehebatan servis calonnya Chew Mei Fun. Dan ini berjaya menarik perhatian dan sokongan generasi Cina yang lebih tua.MCA tidak membazirkan masa pada golongan muda yang asalnya orang Kajang tapi sudah berpindah ke luar Kajang kerana golongan ini tidak memerlukan servis seorang Adun yang baik.MCA menimbulkan persoalan yang membakar sentimen orang Cina iaitu samada DUN ini akan kembali ke tangan orang Cina pada pilihanraya-pilihanraya akan datang sekiranya Wan Azizah memenangi DUN Kajang kali ini.
No comments:
Post a Comment