Sunday, March 2, 2014

TUN. DR. M : BR1M SOGOKAN @ POLITIK WANG ???

"BR1M Sogokan Pada Pengundi"

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar tidak menipu diri sendiri dalam isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapat rendah.

Katanya, kerajaan tidak harus terus menanggung beban hingga RM8.4 bilion demi menyalurkan BR1M, yang menurutnya tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi.

Dalam tulisannya di blog chedet.cc, beliau menegur pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memahami sentimen rakyat dengan lebih baik.

"Kegagalan untuk memahami sentimen awam akan memberi akibat buruk kepada ahli politik. Menipu diri sendiri adalah lebih buruk," tulisnya.

Jelasnya, kerajaan masih mendapat sokongan baik walau tanpa memberi "sogokan" seperti itu, katanya.

"Sebenarnya, ramai juga yang memberitahu saya bahawa BR1M adalah sogokan, terutama apabila diberi sebelum pilihan raya.

"Ini samalah seperti memberi plakad untuk dipamerkan apabila anda lalu. Ia tidak mencerminkan perasaan atau sentimen sebenar.

"Perasaan itu lebih baik dinyatakan melalui undi mereka. Undian mereka menunjukkan kematangan masing-masing," katanya.

No comments:

Post a Comment