Sunday, March 23, 2014

UMNO : SELAWAT OK! KONSERT MAKSIAT LAGI SYIOKKK !!!!

Kenali siapa sebenarnya yang memperlekehkan agama
 Habaib Najib dan Abdul Azeez ikut-ikutan berselawat 
bersama Syech Abd Kadir Assegaf (gambar@APA)
 Mereka yang memperlekeh program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul mempunyai hati yang berpenyakit, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata bila pembangkang memperlekeh program, yang berjaya menghimpunkan 500,000 umat Islam di Putrajaya pada Jumaat lepas, bermakna mereka kecewa dengan sambutan ratusan ribu yang menyertainya.
 

 Pada malam itu kebanyakan yang hadir berpakaian serba putih, membanjiri Dataran Masjid Putra Presint 1 dan sepanjang jalan Kompleks Pusat Putrajaya sehinggakan diumpamakan sebagai himpunan di Padang Arafah pada musim Haji dengan penuh ketertiban. Baca sepenuhnya di sini  
Bersih putih mulus pakaian seseorang itu belum pasti bersih mulutnya, bersih hatinya dan bersih pula kelakuannya. Cer dengar apa yang Najib pernah cakapdi sini. Maka amat benarlah maksud firman Allah berikut: 
 
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (An Nisa :61)  
 
  Ada orang yang rajin bicara anti korupsi, tapi hidupnya dibiayai koruptor. Ada aliran dana ke dalam akaun simpanannya.
 Jejak hidup mereka selama ini cukup mencurigakan dan nampak hanya kepura-puraan semata. Sangat jelek dan menjijikan.
Alangkah baiknya kalau dia dapat terus 
menutup auratnya sebegini…
  Allah sangat suka kalau kita berkelakuan baik.Namun amat murka kalau kita sekadar berpura-pura berkelakuan baik. Berpura-pura itu Munafiq namanya.
 Pekerjaan solat itu pekerjaan baik. Tapi kalau solat mahu menunjuk-menunjuk kepada orang …. itu perangai sang Munafiq :  Mengadakan majlis ugama seperti Selawat Perdana itu baik, tapi kenapa tidak benar-benar berterusan buat yang baik-baik? 
 Apa perlunya mahu mengadakan konsert Twin Tower pada 28 dan 29 Mac ini  di Menara Berkembar Petronas (KLCC). Apakah dengan menugaskan 300 anggota polis termasuk yang berpakaian preman akan menjamin peristiwa enam maut kerana penyalahgunaan dadah di konsert Bukit Jalil tidak berulang?
Jom ikuti sepatah dua kata dari Habib Muhyiddin Yasin : Maka dengan ini saya meresmikan Zumba Perdana pergerakan Puteri Umno Malaysia!
 
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu mahu menipu Allah dan Allah pula yang menipu mereka(dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik).Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan) kepada manusia dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (An Nisa : 142) 

1 comment:

  1. Benar bersalawat ke atas Nabi saw adalah baik dan dituntut. Tapi setakat bersalawat di mulut tapi hati dan perangai semuanya bersalahan dan menentang apa2 yang dihukumkan oleh Allah dan Nabi jelas sangat sifat2 orang munafik. Apa guna pakai kopiah putih dan bertelekung pada malam itu. tapi disetiap hari aurat didedah sehendak2nya? Dan Jamil Khir tak payah nak kondem Pakatan Rakyat atas sebab majlis Salawat tersebut. Cermin diri sendiri dan ingatkan di masa wang zakat .........

    ReplyDelete