Sunday, March 16, 2014

PM NAJIB : MENTERI UMNO TAK NAK KOMEN KER ???

[BONGKAR] Anak Towkeh MYDIN Penganjur Festival FFMA Yang Sebab 6 Kematian (?)

Pemuda PAS Kecam Konsert Liar
Dewan Pemuda PAS Melaka mengecam penganjuran konsert luar Festival Future music Asia yang menyebabkan 6 penontonnya meninggal dunia. Ketuanya Jauhar Md Dawi berkata di sebalik kisah duka dan ujian yang sedang dihadapi rakyat malaysia khususnya umat Islam tentang isu MH 370 , kemarau dan ketiadaan air , kita menyaksikan tragedi kebobrokan moral yang berlaku akibat ketiadaan pemantauan yang tegas oleh pihak berkuasa terhadap Festival future Music baru-baru ini.

"Pemuda PAS Melaka amat berduka cita dengan perkara yang berlaku dalam Festival Future music di stadium Bukit Jalil pada 13 -15 mac 2014 , di mana berlaku kematian seramai enam orang dan empat orang lagi dalam keadaan kritikal."

"Penganjur seolah-olah mendapat lesen besar dalam penganjuran festival ini kerana secara terang-terang mempromosi bahawa akan ada parti liar "Malaysia biggest and wildest party". " ujarnya.

Beliau mempersoalkan adakah pihak penganjur iaitu syarikat Live Scape sdn. bhd mengikut piawaian hiburan dalam negara ini atau mereka yang meluluskan festival ini tidak memantau sepanjang perjalanan festival ini berlaku.

"Bagi kami peristiwa ini amat memalukan negara kerana pada masa yang sama kita sedang bersedih tentang kehilangan pesawat MH370. "

"Lebih malang lagi kematian ini melibatkan anak-anak muda yang beragama islam. Di mana letaknya peranab pihak penguatkuasa dan pihak kementerian dalam isu yang besar ini." tambahnya.

Menurutnya Dewan Pemuda Pas Melaka merasakan pihak kementerian yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan perlu memberi penjelasan tentang punca mengapa konsert liar ini dibenarkan.

"Jelas sekali menteri berkenaan dan pihak berkuasa gagal menjalankan tugas mereka dan sesiapa yang berkenaan mesti meletakkan jawatan sekiranya jawapan itu tidak menyakinkan kerana ia sudah melibatkan nyawa dan maruah negara."tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa Dewan Pemuda Pas Melaka memandang berat isu ini kerana ia adalah pertama kali berlaku di malaysia yang merupakan negara majoriti umat Islam dan ia melibatkan kematian anak muda yang beragama Islam akibat penggunaan dadah yang berlaku dalam konsert itu.

"Sudahlah negera kita dicemuh dan dipersendakan oleh akhbar-akhbar antarabangsa akibat memanggil Bomoh 1Malaysia untuk mencari pesawat MH 370 di KLIA , ditambah pula dengan kes ini yang memaparkan imej yang buruk terhadap negara akibat penganjuran konsert yang jelas bertentangan dengan Agama dan tatasusila Rakyat Malaysia." tegas beliau. -mutaligat

Siapa Lulus Permit Untuk Konsert Maksiat? - Kerajaan Perlu Jawab !!!

Ini ialah pengetahuan umum sebenarnya. Kalau nak buat apa2 ;
1. Konsert
2. Program yang berskala besar
3. Event
Di kawasan awam ataupun kawasan yang diwartakan perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan, kita perlu mendapatkan permit kelulusan terlebih dahulu dari mereka sebelum menganjurkan majlis tersebut.
Setelah mendapat permit baru la apa2 program yang direncakan akan berjalan tanpa serbuan dari pihak berkuasa kerana program tersebut telah mendapat kelulusan dari kerajaan untuk dijayakan.
Siapakah penganjur konsert tersebut?
Syarikat Live Scape Sdn Bhd
Siapakah pemilik syarikat Live Scape ini?
Apabila kita google nama Iqbal Ameer muncul.
Siapa Iqbal Ameer ini?
Ini link yang serba sedikit boleh menjadi rujukan anda ==>http://my.linkedin.com/pub/iqbal-ameer/23/504/a38
Dalam link yang sama ada diberitahu Iqbal Ameer ini juga terlibat dalam bisnes berkaitan arak dan alkohol.
Iqbal Ameer ini juga sebenarnya bukan calang2 orang. Rupanya dia anak kepada pemilik rangkaian perniagaan MYDIN.
Dan syarikat Live Scape ini juga bukan syarikat baru. Syarikat ini memang terkenal dengan penganjuran pelbagai jenis konsert bertaraf antarabangsa.
Pada tahun lepas salah satu konsert bertaraf antarabangsa di batalkan di Malaysia. Ia melibatkan Live Scape selaku penganjur. Lihat beritanya mengenainya disini ==>
http://mynewshub.my/2013/10/26/livescape-rugi-rm1-juta-konsert-kesha-batal/
Gambar Iqbal Ameer seperti yang tersebar ;

Apakah konsert yang cuba dianjurkan? 
Konsert Festival Future Music. 
Apakah disebalik penganjuran konsert tersebut? 
Konsert tersebut kononnya dikatakan berperanan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai hub music antarabangsa sekaligus menaikkan nama MALAYSIA sebagai salah satu tempat pelancongan bagi masyarakat eropah. 
Tetapi apa yang berlaku? 
Pada hari pertama konsert tersebut berlangsung sudah berlakunya insiden yang kurang enak. Iaitu 3 individu yang menghadiri konsert tersebut dikesan positif dadah dan telah ditahan. Polis telah membuat siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut. 
Pada hari kedua, sekali lagi polis terpaksa bergegas ke lokasi apabila 5 maut manakala 4 yang lain berada dalam keadaan kritikal akibat kegagalan bernafas angkara pengambilanan dadah dan alkohol secara berlebihan. 
Ini melibatkan 3 buah negara iaitu penonton dari Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. 
Insiden ini sebenarnya mencemarkan nama baik negara dikala kita semua menghadapi permasalah2 seperti ; 
1. Kemarau sehingga catuan air dibuat. 
2. Jerebu dengan pembakaran hutan demi hutan yang menyebabkan IPU berada pada paras yang tidak selamat. 
3. Insiden MH370 
4. Masalah kegawatan ekonomi dan kenaikan kadar inflasi dengan kadar penganguran yang semakin tinggi.. 
Jelas, konsert ini walaupun mahu mempromosikan Malaysia sebagai hub hiburan tetapi keterlaluan dalam penganjurannya. 
Bayangkan. 
Tak mungkin la penonton2 yang bawa dadah dan alkohol secara haram tak boleh dikesan oleh pihak penganjur. Kalau dadah logik juga. Tetapi kalau arak bagaimana? 
Sudah semestinya arak ada disediakan dalam konsert tersebut. 
Apa tak cukup PANAS lagi bumi Malaysia ini sampai nak tambah PANAS? Dah tak cukup lagi MASALAH2 yang sedang dihadapi untuk tambah MASALAH baru lagi? Dah terer sangat ke nak selesaikan semua MASALAH2 yang ada? 
Kerajaan perlu ; 
1. Dedahkan kenapa permit diberikan kepada penganjur konsert ini. 
2. Dedahkan apakah syarat2 yang menyebabkan kerajaan bersetuju beri permit. 
3. Siasat bagaimana dadah dan alkohol boleh berada di dalam konsert. 
4. Siasat mengapa sesetengah dari mereka boleh overdose. 
Dan seterusnya dedahkan kepada masyarat mengenai hasil siasatan dan tolong dakwa mana2 pihak yang cuai sehingga mengakibatkan kematian. Meskipun mereka cuai kerana mengambil dadah dan alkohol secara berlebihan, pihak yang sediakan 'service' itu juga perlu diheret sama ke muka pengadilan sebab menyediakan service yang tidak sepatutnya kepada para pengunjung. 
Untuk rekod, ia perkara yang sangat memalukan untuk tahu salah seorang penganjurnya ialah seseorang yang menganuti agama Islam. 
Terima kasih. -sozcyili
Foto2 Suasana Konsert Di Bukit Jalil Yang Meragut Enam Nyawa

Semalam kecoh apabila enam remaja mati ketika konsert berlangsung di Bukit Jalil.Empat lagi dimasukkan ke hospital dan keadaan mereka dilaporkan kritikal DISINI.Di sini aku paparkan foto2 suasana konsert tersebut.
Untuk tidak mengaibkan mana2 pihak aku sengaja mengaburkan muka mereka,kerana tujuan aku hanya sekadar ingin berkongsi suasana konsert tersebut saksikan : 

 Sumber Foto DISINI
 
Apa pandangan korang selepas menyaksikan foto2 diatas ? Ada yang berpendapat konsert ini tidak patut diadakan ketika negara berada dalam suasana kesedihan ekoran kehilangan pesawat MH 370.
Tapi bagi aku konsert sebegini sepatutnya diharamkan terus buat selama lamanya.Banyak keburukannya.Selain pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan suasana sebegini juga mengundang kepada penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Dan bernasib baik kerana isu ini dilihat tenggelam ekoran negara lebih tertumpu kepada isu kehilangan pesawat MH370 yang lebih diberi perhatian.
Jika tidak sudah tentu isu penyalahgunaan dadah  hingga membawa kematian ini menjadi isu besar dan diperdebatkan seluruh golongan masyarakat di seluruh negara.
Sudah sampai masanya kerajaan mengharamkan konsert2 sebegini. Wallahua'lam -malaysiaberih
 
ULASAN GB
Ulasan-ulasan dari sozcyili dan malaysiaberih di atas, GB rasa memadai dan menyamai apa yang hendak GB luahkan. Kredit untuk mereka berdua di atas tulisan-tulisan mereka. 

No comments:

Post a Comment