Selepas hampir 30 tahun, Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada di KL ketika peristiwa Memali
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan
dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang
mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.
Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk
Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus
Yusof.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala
Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu
pun dia berada di Kuala Lumpur."
Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut
ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di
China ketika kejadian itu berlaku.
"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.
Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya
adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang
dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.
Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19
November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang
lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim
Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.
"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia
berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya
oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala
Lumpur.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan
ajaran sesat.
Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA.
Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan
kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.
Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana
menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika
itu, iaitu China.
Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.
PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan
Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya
serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – 28 Mac, 2014.
Bila dikenang kisah Memali ni, teringat apa yang berlaku di Mesir sekarang ni, bagai saudara-saudara kita Ikhwan Muslimin dibunuh, sedangkan mereka-mereka yang kena bunuh dengan mereka yang tukang bunuh adalah sebangsa iaitu Arab dan beragama Islam,,,
Begitu juga kes Memali, yang kena bunuh, dan tukang yang mengarah supaya membunuh adalah melayu dan beragama islam.
Jadi perkara 30 tahun yang lalu boleh berulang kembali bila-bila masa sahaja,,, inilah perangai dan dasar umno, ia hanya baik boleh buat kawan apabila terdesak atau didesak, tetapi apabila ia kuat, maka angkuh dan sombong dan sanggup melakukan apa sahaja demi nafsu dan amarahnya.
No comments:
Post a Comment