[EDISI BINGAI] Acara Bomoh Khurafat Dibiarkan, Solat Hajat Diambil Kenyataan.
Solat hajat di KLIA diambil keterangan, ritual bomoh tidak ditahan
SHAH ALAM, 14 MAC: Tindakan polis yang mengambil keterangan daripada Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim kerana meneruskan Solat Hajat dan bacaan Yasin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencetus polemik di ruang maya khususnya laman sosial Facebook.
Ia timbul kerana beberapa hari sebelumnya, individu yang mendakwa dirinya Raja Bomoh, Ibrahim Md Zin, 80, yang melakukan ritual di KLIA tidak diambil tindakan sama.
Perbuatan bomoh itu ditegur sebagai khurafat dan salah di sisi agama oleh Mufti dan beberapa pakar agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pengguna laman sosial mula berkongsi gambar terbabit dan memberikan komen negatif terhadap penguatkuasa yang tidak mengambil keterangan terhadap ritual yang diadakan di lokasi sama.
Bagi Gary Shah ALam, dia berpendapat pihak berkuasa Malaysia membiarkan perkara khurafat dilakukan tetapi solat hajat beramai-ramai diambil keterangan.
“Kesian jugalah, kita buat sesuatu untuk kebaikan masih di soal jawab bukan dengan tuhan,tapi dengan sesama makluk,semua dugaan dari tuhan, kearah kebaikan agak susah..tapi bila arah kerosakkan, memang mudah,” kata Nonoi Atie.
Manakala, bagi Pas Cawangan Simpang Lima, berkata perkara terbabit berlaku hasil didikan pemerintahan yang tidak mengamalkan cara Islam.
“Inilah dia didikan dari pemerintahan yang tidak mengamalkam cara Islam. Islam itu indah jika diamalkan. tetapi tidak bagi kerajaan BN. mengapa? mengapa mereka rela menolak Islam dan memartabatkan perkara yg bodoh untuk perjuangan dan sandaran mereka?,” katanya melalui ruangan komen facebook Pas Cawangan Lima.
Difahamkan, pada mulanya, Solat Hajat dan diimamkan Datuk Ismail Kamus yang diadakan anjuran Dewan Pemuda Selangor itu tidak dibenarkan pihak KLIA.
Namun, diteruskan juga disebabkan kehadiran orang ramai untuk bersama mendoakan keselamatan penumpang MH370 sehingga memenuhi kawasan luar KLIA menyebabkan ia diteruskan.
Bagaimanapun, Selangor Kini tidak dapat menghubungi Ismail dan Syarhan untuk mendapatkan sebarang komen, namun, melalui laman sosial itu, Syarhan berkata, beliau tidak mahu memperbesar dan mempolitikkan isu terbabit. -selangorku
Solat Hajat vs Bomoh, Ramai Keliru Dengan Tindakan Polis
Apa sudah jadi di KLIA agaknya?, ritual pembomohan yang bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan sebaliknya mereka yang mahu melakukan solat hajat tidak dibenarkan oleh pihak polis. Inilah yang cukup membingung dan memalukan sebenarnya.
Hanya kerana solat hajat dan bacaan Yassin dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, maka pihak polis telah mengambil keterangan atas tindakan itu. Difahamkan, pihak KLIA memang tidak membenarkan program tersebut diadakan, namun pihak penganjut iaitu Dewan Ulama PAS mahu meneruskan juga akibat kehadiran ramai umat Islam hingga memenuhi kawasan luar KLIA yang mahu bersama mendoakan keselamatan penumpang pesawat MH370 yang hilang.
Tindakan pihak polis mengambil keterangan terbabit amat mengelirukan kerana sebelum ini pihak polis tidak pun mengambil keterangan kepada Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin yang melakukan amalan syirik di KLIA.
Apapun menurut seorang saksi, dia mendapat info daripada salah seorang jemaah berkenaan, polis mengambil keterangan/maklumat yang hadir untuk dimaklumkan kepada pihak masjid KLIA sahaja dan bukan bertujuan menghalang jemaah melaksanakan solat.
Namun, tindakan itu jelas mengelirukan orang ramai yang menyangka polis menghalang jemaah mahu melakukan solat hajat dan bacaan yasin tersebut.
No comments:
Post a Comment