Tuesday, March 25, 2014

PRESIDEN UMNO/BN : HANGPA JANGAN LA TANYA BANYAK SANGAT !!!

 Ramai yang masih sangsi dan ragu-ragu mengenai kenyataan PM Najib malam tadi berhubung MH370 telah mengakhiri penerbangannya di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

 Ini adalah kerana kata mereka, tiada sebarang tanda-tanda penemuan bangkai kapal itu yang dapat disahkan.

 Entri saya sebelum ini, elok sangat jika korang ulang baca dulu. PM Najib cakap berbelit-belit sekadar memberikan 'bayangan' sahaja.Dia tidak berani berterus terang untuk berkata : "Penerbangan MH370 telah di haijek"

 Siasatan polis ke rumah Kapten Zaharie dan ko-pilot Fariq serta merta dilakukan selepas sahaja Najib membuat pengumuman yang hanya membayangkan bahawa pesawat tersebut telah dirampas.

 Polis telah membawa alat simulator Zaharie ke Bukit Aman untuk di periksa dengan harapan memberi penunjuk bagi mencari pesawat itu. 

  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator milik  Zaharie itu dipercayai telah dipadam ..... Penguman polis mengenai perkara seolah sengaja mahu menggalakan  orangramai bersyak wasangka yang buruk terhadap Zaharie. 

Pihak FBI mengesahkan tiada apa-apa yang mencurigakan mengenai alat simulator tersebut. 

  Siasatan intensif polis ke atas kedua-dua suspek utama, Zaharie dan Fariq tidak mempunyai apa-apa latar belakang untuk dituduh sebagai ekstremisme atau masalah psikologi - spekulasi membunuh diri tidak berkemungkinan sama sekali.

 Kalaulah saya seorang wartawan saya akan bertanyakan Najib soalan-soalan berikut yang mudah:

1) Dato' Seri, apakah MH370 itu sebenarnya telah dirampas semasa dalam penerbangannya?  

~ Maafkan saya, saya hanya boleh katakan, pergerakan-pergerakan ini adalah selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang di atas kapal terbang...

2) Dato' Seri hanya menyebut, 'seseorang di atas kapal terbang'. Bukankah 'seseorang di atas kapal terbang' yang Dato' Seri maksudkan itu adalah 'Perampas Kapalterbang'?

~  Err... maafkan saya, saya tidak boleh sebut lebih dari itu .... 
 
 3) Boleh tak dikatakan bahawa kapal terbang itu dirampas samada oleh pembantu juruterbang atau seseorang yang arif tentang penerbangan...Siapakah selain Zaharie yang pakar dalam menerbangkan pesawat MH370?

~ Saya tidak tahu.... Saya tidak tahu....

4) Apakah  kemungkinan ada pihak ketiga telah memaksa Kapten Zaharie melakukan sesuatu yang diluar jadual penerbangannya?

~ Saya tidak tahu.... Saya tidak tahu....

5) Dato Seri asyik cakap 'tidak tahu....tidak tahu....' Adakah pihak ketiga itu telah mengugut Dato Seri sebagai.......?

~  Saya tidak tahu....Saya tidak tahu.... Korang jangan banyak tanya yang pelik-pelik! Pengawal! Pengawal! Pengawal!


Kah!Kah! Kah! Kalau aku tanya macam tu....
konferm  jadi macam wartawan luar ni!!

1 comment:

  1. Kalau penerbangan itu boleh hilang dari radar pada awalnya dah tentu ia boleh hilang lagi dari radar dan tak semestinya berakhir di Lautan Hindi.

    Adakah isyarat ping itu menunjukkan ia dalam keadaan terbang. Jika tidak. Boleh dikatakan ia boleh landing dimana2 airport terpencil, isi minyak, modify sistem dan last sekali round kat Indian Ocean untuk menunjukkan ia berakhir disitu. Sela masa ping 1 jam juga amat berguna untuk membuat sesuatu perancangan. Isyarat ping dimatikan dan meneruskan perjalanannya.....

    Selagi tiada bukti kukuh, susah orang nak percaya.

    ReplyDelete